Third F.A.T.E
The
Genies’s Cuff
“Viv, makan ais cream tu elok-elok sikit.
Kan dah kotor baju kamu ni.”
Mata seorang budak 4 tahun berair kerana
baju kegemarannya kotor kerana terkena ais krim vanilla didalam tangannya. Dia
membiarkan lelaki yang lebih tua itu menggosok mulut dan air mata Ivy. “Vee
minta maaph…” sahutnya dengan pelat tersendiri, dia cuba tahan dirinya dari
menangis tapi air matanya tetap mengalir.
Lelaki yang lebih tua itu ketawa kecil.
“Bukan salah Viv baju kegemaran Viv dah kotor.”
“Taphi… taphi…” air matanya makin deras dari
sebelumnya. dia nak kata baju itu lelaki tersebut belikan untuknya tapi
tangisan kuat yang keluar dari mulutnya. “Uwaaaaaaaaa~~”
“Don’t Cry Viv…. bukannya Diaval tak boleh
cucikan untuk Viv.” pujuknya mengelap air mata budak 4 tahun itu. “Makan
aiskrim tu sebelum ia cair ke tangan Viv pula. Viv nak ke Diaval mandikan Viv.”
Ivy segera menggeleng dan sambung memakan
aiskrimnya. “Dewal menakutkan bila dia mandikan Vee…”
Kedengaran tawa sarkastik datang dari
belakang lelaki misteri tersebut membuat mereka berpaling memandangnya. “Little
Mistress, bukan selalu saya mandikan kamu.” Katanya dengan senyuman
menggerunkan membuat Ivy kembali menangis.
“Oh come on Diaval!” Lelaki misteri itu
ketawa dan mengangkat Ivy kedalam dakapannya. “Kau tahu tak betapa penatnya aku
nak hentikan dia menangis?” Soalnya sakit hati sebelum menenangkan budak 4
tahun dalam dukungannya itu dengan bisikan manis dan pujukan halus.
Diaval hanya tersenyum nakal. “Kau tak boleh
lindungi budak tu selama-lamanya di tanah Vicious ni. She will envantually
become a Villain. A great one memandangkan ibunya The Great Evil Sorcerer.”
“Stop that.” Lelaki itu memberi amaran. “Ia
kerja aku untuk lindungi Ivy. I am her father.”
“Sure whatever, jangan nak manjakan dia
sangat sudah and stop calling her by that name. Ivy lebih baik. Kang dia kena
buli bila dia masuk tadika nanti.” usik Diaval dan melihat si kecil Ivy didalam
dukungan ayahnya. “Dia dah tidur.”
“Ye ke?” Lelaki itu memandang wajah Ivy dan
ketawa kecil. “Cepat je dia pengsan. Eeeisshh, aku baru rancang nak bawa dia ke
Dementis, jumpa Sally.” Bisiknya dan kembali memandang Diaval. “Tolong aku jaga
Viv—Not a chance aku panggil dia
dengan nama tu. aku ada urusan kejap dengna Jack.”
Budak kecil itu bertukar tangan dari Ayahnya
ke tangan Diaval. Mereka berhati-hati untuk tidak bangunkan budak kecil itu.
“Sure. Mistress ubah aku jadi manusia untuk jaga dia jugak.” Diaval menyucuk
pipi Ivy membuat dahi budak itu berkerut. “Haha… tengok muka montel ni—Oh dan
Jangan lama sangat sebab Mistress akan kembali bila-bila masa je.”
“I get it.” Sahutnya dan melambai pergi.
Diaval turut melambai. “Get home soon
Master!”
“Aku dah kata jangan panggil aku ‘Master’!”
Lelaki itu menyahut rasa menjengkelkan tapi tetap tersenyum.
Diaval turut tersenyum. “Of Course, Master.”
“Diaval!” marahnya sempat toleh kebelakang
melihat Diaval mentertawakan dia.
Tanpa mereka sedari, Ivy yang pura-pura
tidur juga tersenyum kecil sebelum dia betul-betul tertidur lena.
Pada malam itu, Ivy terbangun dari tidurnya
kerana bunyi dentuman kuat datang dari luar tingkap biliknya. Dia segera turun
dari katilnya dengan tuala kesayangan di dalam tangan dan berlari keluar ke
bilik tidur ibubapanya.
“Ibu… Ayah!” sahutnya membuka pintu bilik
mereka tapi tiada siapa tidur di atas katil.
Dengan perasaan takut, dia bergegas turun ke
tingkat bawah untuk mencari ibubapanya di dapur tapi mereka juga tiada di sana.
Dia mula mencari mereka di seluruh rumah, menjerit, memanggil ibu dan ayahnya
banyak kali sehingga dia menangis tersedu-sedu.
“Ibu….! Ayah….!” Sahutnya sekali lagi.
“Dewal!” kali ini dia menyebut nama hamba ibunya yang menakutkan. “Dewal!
Dewal! Di—Ahh!!” Ivy menutup telinganya bila dentuman kuat itu terjadi sekali
lagi dan cahaya terang datang dari tingkap ruang tamu rumahnya.
Dia berlari kearah tingkap tersebut dan
melihat satu kebakaran berlaku di depan rumahnya. Riak wajah Ivy berubah
menjadi trauma bila anak matanya melihat apa yang terbakar di depan rumahnya.
“Di-DEWA—”
“Lil’Miss!” Diaval segera mengangkat budak
kecil itu dan memeluknya dengan erat, alihkan pandangan budak itu dari tingkap
tersebut. “There… there Little Mistress. Tutup telinga kamu. Please lil’miss.
Tutup mata dan telinga kamu.” Katanya memeluk Ivy dengan erat.
Tapi Ivy tak tutup matanya langsung, dia
menutup telinganya seerat yang mungkin kerana dia dapat mendengar jeritan minta
tolong dari luar rumah mereka. walaupun dia tutup telinga, jeritan tersebut
tetap dapat menembusi tangan kecilnya. Matanya melekat pada cermin grandfather
clock yang memantulkan refleksi kejadian di tingkap ruang tamu itu.
“Forget everything… this is just a nightmare
lil’miss. It’s just a nightmare.” Bisik Diaval cuba menenangkan budak itu.
Tapi Ivy tahu.
A Villain never have nightmares dan apa yang
dia lihat adalah kenyataan.
Mata Ivy terbuka dengan luas sebelum
dia memejamnya semula kerana cahaya yang datang dari celah langsir, menyilaukan
matanya. selepas itu, satu hentakan berat jatuh keatas kepala Ivy membuat dia
mengerang kesakitan. Hentakan tersebut ialah ‘hang over’.
“Ow…
ow-ow-ow-owwww…” Dia memegang kepalanya yang berdenyut sepertinya ia bom masa
yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja. “Arrrggh….. f*cking hell it
hurts..” dia berdesir tidak tahan rasa sakit kepalanya dan mencapai selimut
untuk menutup satu badannya. Mengelak dari keterangan bilik tersebut.
Sejak bila bilik
aku terang macam ni awal pagi?? Desis hatinya geram kerana cahaya matahari itu
membuat kepalanya tambah sakit. Lagipun, sejak bila matahari boleh masuk ke
tanah Vicious?
Eh? Matahari di
tanah Vicious?
Ivy segera bangun
untuk melihat sekeliling bilik tersebut dan perasan yang dia bukan berada di
dalam bilik tidurnya. Dia berada di
bilik rawatan Enchanted.
Sekali lagi
hentakan ‘hang over’ datang membuat Ivy mengerang kesakitan sambil memegang
dahinya.
“What the… apa aku
buat kat sini?” soalnya sambil memandang sekeliling, memastikan yang dia tak
silap. Betul. Setiap sudut bilik
tersebut menandakan dia berada di Enchanted. Warna putih pada dinding dan
siling dah cukup membuktikan dia bukan di Vicious.
Apa dah jadi sebenarnya ni? Bukannya semalam
aku kat Dementis ke? Wait-wait-wait…. Aku dapat surat Royal Petition dari
Pengetua Merlin semalam time aku nak jadi Pelajar Dementis… Urrgghh.. then..
then aku dan Tuan Jack meletup hampir menghancurkan satu kampus petang tu jugak. Kalau bukan sebab Puan Sally
tenangkan kami confirm collage Dementis masuk ke museum sejarah Vicious Desis
hatinya cuba mengingat semula apa dah jadi padanya dengan kepala yang sakit nak
mampus. Then…. Then another lawan minum
dengan Jack Skellington—Why am I even do that again?? Selepas tu apa jadi? Aku
pitam ke? tak…. tak mungkin
Ivy cuba ingat
balik apa yang dia buat semalam. Dia tahu dia tak patut paksa dirinya untuk
ingat kerana hang over’nya tapi dia takut kalau-kalau Ivy terbuat sesuatu yang
tak sepatutnya.
INi sebab Ivy tak
suka minum dengan orang lain. Dia akan buat perkara bodoh atau cakap perkara
yang tidak sepatutnya.
Kejap…. Kalau dia sekarang berada di
Enchanted, itu bermaksud semalam dia datang ke tempat tu dalam keadaan mabuk…
dan juga marah. Tentu Ivy buat sesuatu semalam!
Oh goshh… Oh Lord…
oh My…. Oh Noooo!!!!! Jangan cakap Ivy melepaskan geramnya kearah orang
Enchanted???
Dia ada buat
perkara bodoh ke semalam?
Dia ada kenakan
sesiapa ke semalam?
Dia ada cakap
sesuatu yang tak patut ke semalam?
Dia ada bocorkan
rahsianya ke semalam??
IVY
TAK INGAT LANGSUNG!!!!
Memandangkan dia
berada di bilik rawatan dengan baju tidur(?) sejak bila dia tukar baju?? Dia
terus memeluk tubuhnya dengan muka merah padam. Did she do something dengan orang Enchanted????
“Noooooo-ouch!” Ivy rasa tangannya terkena
renjatan elektrik bila magical corenya ingin meletup kepada api rasa malu tapi
api tersebut tidak keluar langsung, hanya asap putih keluar dari badannya.
Dia segera
memandang kedua tangannya dan perasan terdapat gelang emas melekat di kedua-dua
pergelangan tangannya.
Ivy mula rasa
panic kerana bila dia cuba membuat magic kecil di tangannya gelang tangan itu
merenjatnya dengan elektrik. Renjatan tersebut membuat dia teringatkan mimpi
buruknya tadi. Nafasnya menjadi cepat dan jantungnya berdegup dengan kuat
sehingga telinganya hanya dengar jantungnya berdegup. Sama seperti pada malam
tersebut dimana dia saksikan kejadian mengerikan dalam hidupnya.
“Tak…. tak….”
Penglihatannya mula kabur dan Ivy menutup telinganya cuba menghalang jeritan
halus itu masuk ke telinganya. “Diaval…. Di—Diaval!! DIAVAL!!” Renjatan dari
gelang tersebut makin kuat bila magical core Ivy ingin meletup, menyakiti
pergelangan tangan Ivy lagi dan ini membuat Ivy teringatkan malam itu dengan
lebih jelas.
“Ahhhhhh!!! Diaval make it stop! Diaval!”
“Ivy!”
Hansel dan Gretel
bergegas masuk kedalam bilik tersebut selepas burung gagak itu meluncur laju
masuk kedalam bilik tersebut. menyahut dengan kuat sambil terbang berputar di
bilik tersebut.
Hansel ingin
mendekati Ivy tapi tidak dapat kerana renjatan elektrik pada pergelangan Ivy
menyakitkan kulitnya. “What the—Ivy stop this! You are hurting yourselves!!”
Diaval tetap
menjerit dengan kuat diudara sepertinya memanggil nama Ivy, juga menyuruh Ivy
tenangkan diri tapi tidak lut. Ivy dah tenggelam dalam masa silamnya sendiri
dan tak dengar apa-apa langsung kecuali jeritan minta tolong itu dan juga
degupan jantungnya.
“Hans, apa dah
jadi dekat dia?”
“Dia kena panic—”
Derapan kaki
kedengaran dari luar bilik tersebut dan Putera Raja Camelot merempuh masuk
tanpa kebenaran dan terus mendekati Ivy.
“Tuanku dia tak
boleh disentuh—” Mata Hansel terbeliak bulat melihat Louis terus memegang kedua pergelangan Ivy, mengendahkan
renjatan elektrik yang menyakitkan itu terkena pada kulitnya.
Louis menarik
tangan Ivy dari menutup telinganya. “Ivy! Ivy dengar sini, bertenang! It’s just
a bad Dream!” jeritnya cuba menarik perhatian Ivy. Louis agak terkejut melihat
riak wajah Ivy bila dia mendongak memandang Louis. Matanya menandakan dia
didalam trauma; seperti mimpi ngerinya terjadi sekali lagi di depan matanya.
Ivy menggeleng
perlahan. “Tak…. Tak-tak-TAK!!!” Sekali lagi dia meronta, ingin melepaskan diri
dari genggaman putera raja itu. “Jangan tipu aku! Stop Lying! Berhenti berahsia
dari aku! I hate it! I hate—”Ayat Ivy tersangkut di kerongkongnya bila Louis
tiba-tiba memeluknya dengan erat.
“Ivy… Ivy come
back to me…” Bisik Louis di telinga Ivy, cuba kedengaran tenang walaupun
renjatan tersebut membuat Louis rasa kulitnya dikupas dengan perlahan. “This
just a bad dream… Ivy, bangun Ivy… Ia mimpi buruk… bukan betul. Hanya mimpi
buruk.”
Hansel melihat Ivy
berhenti meronta dan secara perlahan pernafasannya kembali stabil. Dia kembali
tenang tapi melihat mereka berdua seperti itu membuat Hansel marah. Dia
menggenggam kedua penumbuknya di sisi sehingga menjadi pucat.
“Hans…” Gretel
perasan riak wajah berang abangnya dan berpaling kearah Ivy dan Putera George. Dah tentu dia marah… desis hatinya
risau.
Ivy yang kembali
tenang tidak lagi mendengar jeritan meminta tolong tapi suara Louis yang cuba
menenangkan dia. “its okay… I’m here for you. It’s just a bad dream…Tiada siapa
berahsia dari kau.” katanya berulang-ulang kali membuat Ivy mengalirkan air
mata dan membalas pelukan Louis dengan erat. Menyembunyikan mukanya di buhu
Louis.
“its not a dream..”
bisiknya diantara tangisan senyap. Hanya untuk mereka berdua mendengarnya. “Itu
bukan mimpi Louis…”
“Then pretend it
was.” Bisik Louis juga. “kau pandai sembunyikan sesuatu kan? jadi sembunyikan
kebenaran tu dan anggap ia hanya mimpi.”
Ivy memejam matanya
dan mengangguk. Kembali menangis dengan senyap didalam dakapan Louis.
Genggamannya pada baju Putera Raja itu tidak pernah dilepaskan.
Diaval juga berhenti menjerit dan mendarat di
tepi Ivy, kakinya menyentuh Ivy memberi tahu yang Diaval juga berada di
sisinya.
Gretel pula datang
mendekati Hansel. “Abang… Ivy kenapa?”
“Panic attack.”
Jawabnya tanpa melepaskan pandangannya dari mereka. “Nampaknya Princy brats
juga tahu tentang ni.”
Gretel memandang
tangan abangnya yang digenggam erat. Jadi
mereka memang ada hubungan…. Aku kena tahu banyak benda lagi tentang mereka ni.
Aku ketinggalan terlalu banyak perkara desis hatinya risau.
Ivy akhirnya
kembali normal setelah beberapa minit dan sekarang dia hanya memeluk burungnya
dengan mata merah yang sembab. “I’b soldy….” Katanya meminta maaf dengan hidung
tersumbat. Ivy menarik nafas tajam cuba memulihkan salur pernafasannya semula
tapi ter’effect pada kepalanya membuat dia mengerang kesakitan sambil memegang
kepala. “Oww…”
“Kau okay?” Soal
Louis juga memegang kepala Ivy tapi ahli sihir itu segera menepisnya. “Wha—”
“This is your
fault.” Ivy menjeling sambil menuding jari kearahnya. “Apa ni?” soalnya kali
ini menunjukkan gelang emas pada kedua pergelangan tangannya. “It’s hurt like
HELL—Ow...” kepalanya terus sakit
sekali lagi bila dia nak menjerit. “I swear I’m going to beat you
up—Owwwwwwww…..” Ivy tak boleh marah langsung kerana kepalanya berdengut. Stupid hang over.
“Kau berani cakap
macam tu kat Putera George selepas apa kau buat semalam.” Gretel bersuara agak
sakit hati sekarang. bukan sahaja mengetahui Ivy dan abangnya ada hubungan tapi
mengetahui Ivy dah buat salah depan boyfriendnya sendiri sebanyak dua kali.
Ivy menjeling
kearah Gretel. “Apa aku buat semalam?” Soalnya juga annoyed.
Ini buat mereka
bertiga terdiam. Dia tak ingat apa dia
buat semalam ke??
“Oi. Jawab soalan
aku.” Ivy memandang mereka satu persatu. “Aku ada buat something kat kau ke
George?” Soalnya mendekatkan diri dengan Louis.
Putera Raja ini
naik merah dan segear membelakangkan dirinya. “N-Nothing. Kan korang?” Soalnya
memandang dua beradik itu. “Kan??” Dia
guna nada mengancam.
“Err… dah tentu.”
jawab Gretel agak cuak. Wow…. Dia tak
suka rupanya sketsa semalam tu. Gretel terus menyiku Hansel suruh dia
bersuara.
“Uh-huh.. sure.”
Itu yang Hansel jawab. Gretel rasa macam nak lempang je abangnya ni. Boleh tak dia ketepikan rasa cemburu dia tu
dahulu? Or rasa bencinya dari Putera George untuk seketika??
“See?” Louis
menuding jari kearah mereka tanda saksi kukuh. “Anyway, gelang di pergelangan
tangan kau tu ialah gari yang dah dijampi oleh Pengetua Merlin untuk menyekat
kuasa magic kau.” Katanya membuat Ivy pucat. “Yes. Hukuman kau ialah diharamkan
guna magic di Enchanted.”
“Bu-But sampai
bila??” Soalnya dan merintih kecil bila kepalanya berdenyut. Dia abaikannya ada
benda lebih penting dari itu. “I mean aku ada magic exam final ni—”
“Ia ditangguhkan.
Tentang subjek magic tu, kau kena berbincang dengan Pengetua Merlin sendiri dan
exam magic kau ditangguhkan kerana hukuman kau ni.” Louis menuding kearah
tangan Ivy. “Walaupun kau dah kembali ke sini, kau tetap dihukum. Hanya hukuman
kau diringankan dari buang Academy ke menahan magic kau.”
“Atleast wait for
me to wake up!” jeritnya naik okta 3. “I almost die because of thi—”
Penglihatan Ivy mula kabur dan hampir pitam sekali lagi tapi dia dapat menahan dirinya
sebelum jatuh di atas katil. “oowwww…..”
dia berdesir sekali lagi. “That’s it. I’m going back to sleep. Get out.”
Arahnya kepada mereka semua. “Kecuali Hansel. Dia stay.” Katanya menarik
selimut menutup kakinya.
Louis hanya dapat
tahan perasaan cemburunya sekarang ni mendengar Ivy lebih inginkan Hansel
berada di sisinya dari dia. Tapi apa Louis boleh buat? Dia dan Ivy tidak lebih
dari kawan. Mereka tiada hubungan istimewa dan mungkin tidak akan pernah ada.
“Okay.” jawab
Louis dengan nada mendatar dan beredar keluar.
“Oh dan George.”
Ivy sempat bersuara. “Please treat your wound. Kalau kau biarkan tentu
tinggalkan kesan, or worst kau kena jangkitan penyakit.”
Louis tersenyum
kecil. “You talk non-sense.” Katanya dan keluar dari bilik tersebut. menyentuh
dadanya yang agak pedih dari renjatan elektrik tadi. So, she did notice it desis hati Louis rasa gembira mengetahuinya.
“Tuanku tunggu!”
Louis berpaling
meliha Gretel berlari anak ke sisinya dan menjungkit kening. “Yes?”
“Macam mana Tuanku
tahu Ivy kena panic attack?” Soalnya straight to the point.
Muka Louis terus
naik merah dan berpaling kearah lain. “Saya lalu bilik rawatan tadi dan dengar
orang menjerit. So saya terus masuk tanpa banyak fikir. Rupa-rupanya Ivy.”
“So itu hanya
kebetulan?” Soalnya lagi membuat Louis tidak selesa.
“ya.” jawab putera
itu seyakin yang boleh.
“Hmm…” Gretel
memandang pintu bilik Ivy sebelum pintu keluar bilik rawatan itu.
Ia agak jauh. Mustahil untuk Putera George
mendengar jeritan Ivy sejauh ini?
“Tuanku ada
pendengaran agak baik.” Komen Gretel membuat muka Louis naik merah. “Apapun,
rawat luka Tuanku. Kang Ivy naik berang dan cederakan dirinya sendiri lagi.”
dan Gretel lajukan langkahnya meninggalkan Louis yang tersenyum kecil.
“Of course I
will.” Jawab Louis walaupun Gretel berada jauh di hadapannya dan dia berpaling
kearah nurse yang berdekatan. “Nurse.. saya perlukan rawatan.”
“Tangan kau tak
cedera ke?” Hansel bersuara dan menuang air kedalam gelas kosong yang ada di
tepi katil Ivy. dia membuka laci meja tepi katil tersebut dan mengeluarkan
sejenis botol kecil. “Yup. Ini ubatnya.” Kata Hansel membaca keterangan tentang
ubat tu dan berikan kepada Ivy. “Ni boleh bantu sakit kepala kau. Aku dah minta
kat nurse semalam untuk sediakan satu bila kau dah bangun nanti.”
“Thanks.” Ivy
mengambil ubat itu dengan sekali teguk dan terus minum air kosong, menelannya
sekali untuk mengelakkan rasa pahit ubat tersebut. “Euuggh… I hate medicine.”
Dia mengelap mulutnya dan berikan gelas itu semula kepada Hansel.
Hansel meletak
gelas tersebut di tempatnya semula sebelum duduk di kerusi yang tersedia di
tepi katil Ivy. “Lebih baik dari kau sakit kepala sepanjang hari.” katanya
tanpa memandang Ivy.
Terdapat armosfera
tegang di sekeliling mereka. kedua dua diamkan diri kerana tenggelam dengan
pemikiran sendiri. Ingin tanya kepada satu sama lain tentang sesuatu yang
sangat merumitkan bagi mereka.
Macam mana Ivy
boleh ‘terselamat’ dari ibunya. Macam mana dengan misi Ivy sekarang? adakah dia
akan teruskannya dan menghancurkan Enchanted?
Macam mana pula
dengan Hansel? Adakah dia betul-betul seorang pengintip? Datang ke Vicious
untuk memerhatikan Ivy selama ini? Macam mana dengan persahabatan mereka selama
ini? adakah itu hanya lakonan untuk Hansel dekatkan diri dengan dia?
Ivy menggenggam
erat selimutnya. Haaaaaaaah…. Ivy tak patut suruh Hansel tinggal
dengannya. Bukan semasa dia dalam keadaan tidak stabil dan keliru. Dia rasa
macam nak tengking je Hansel sekarang ni tapi dia akan melawan Ivy…. banyak
perkara Ivy tak tahu tentang Rancangan Pengetua Merlin dan dia takut
kalau-kalau dia dan Ivy bergaduh, hansel akan…. Dia akan…..
Percikan elektrik
keluar dari gelang tersebut menandakan ia sedang menahan Ivy menggunakan
magicnya.
Ivy takut Hansel akan jadi musuh Ivy…
Tak… tak boleh…
Ivy tersentak dari
lamunannya bila dia rasa kaki Diaval menyentuh tangannya. Dia tunduk melihat
burung gagak itu dan tersenyum pahit.
Apa aku patut buat sekarang?? mata Ivy
menggantikan bibirnya. Meminta tolong dari gagak itu.
Diaval menyahut
dengan nada rendah. Sepertinya menjawab persoalan senyap Ivy. Apa kau nak buat?
Ivy menarik nafas
dalam. “So…. Macam mana hari kau kat sini?” Ivy memalingkan kepala memandang
Hansel dengan senyuman tawar.
Hansel mendongak,
berhenti tenggelam dalam dunianya sendiri dan tersenyum. “Worried?”
“Of course I am.
Kau kawan aku, Kau tak kena buli kan?” Soalnya menahan dahinya dari berkerut. Adakah Hansel kawan dia??
“Well…
memandangkan kau dah tahu sejarah aku kat sini. Aku rasa kau dah tahu jawapan
aku.” Katanya dengan nada mengusik tapi Ivy hanya berikan senyuman kecil. “Come
on Ivy. bergembira lah sikit, kau pun buat aku risau dua tiga hari ni!”
Hanya lakonan…. Ivy cuba yakinkan
senyuman Hansel itu hanya palsu. “Really? Kau takut aku dah mati ke? Oh please,
Aku Ivy The Devil. Tak mungkin aku akan mati hanya kerana plan aku terpesong
sikit.” Ivy tersenyum nakal. Pandai menyembunyikan rasa sakit dalam dadanya.
“But I have to admit. Time aku balik sana, aku ingatkan ajal aku dah sampai…. Meh,
I’m lucky this time.”
“Kali ni?” Soal
Hansel dengan nada rendah. “Kali ni…. Kau akan teruskan misi kau ke?”
“What?” Soal Ivy
menjungkit kening. “Curi tongkat Pengetua Merlin?”
Hansel mengangguk.
“Ibu kau tak mengalah lagi kan?”
Ivy menggeleng
kecil. “To tell you the truth, Ibu aku dah give up dengan dendamnya bila aku
kembali ke Vicious tapi….” Ivy mengalihkan pandangannya ke Diaval. “nampaknya
kemarahannya kembali naik bila tahu aku dipanggil ke sini semula.”
“Then kau teruskan
misi kau?” Soal Hansel kelihatan takut membuat Ivy ketawa kecil. “I’m serious
here.”
“Let just say….
Ibu aku pun nak aku dihapuskan sekali.” Jawabnya membuat Hansel terkejut. “So,
Nyawa aku dalam bahaya kalau aku kembali ke Vicious.” Ivy tersenyum riang. “Be
Happy Hans! Aku dah tak perlu hancurkan Enchanted lagi!” Katanya seperti ia
satu lawak.
“Ivy….”
“I mean, yeah…
Satu-satunya keluarga aku inginkan nyawa aku sendiri, aku dah kehilangan rumah
dan tempat tinggal. Aku dah tiada tempat untuk kembali dan hidup aku dah
sememangnya musnah sebab kembali ke sini but look at the bright side.” Ivy
memeluk lututnya dengan senyuman sedih. “I’m free. Aku dah tak perlu berusaha
untuk banggakan ibu aku lagi, tak perlu menyusahkan diri aku dengan orang lain,
dan aku tak perlu risikokan nyawa aku lagi. This must be fate—” Ayat Ivy
terhenti bila sepasang tangan memeluk Ivy dengan erat.
“Maafkan aku..”
Bisik Hansel dengan dagunya di kepala ivy. “Aku betul-betul minta maaf.”
Ivy tertunduk cuba
menyembunyikan rasa sedihnya sebelum tergelak. “Dude… lighten up. Bukannya kau
sepatutnya gembira ke aku dah kembali? It’s not like I’m completely useless and
alone.” Mata Ivy mula berair, rasa sebak didada mula mengambil alih tapi dia
tetap tersenyum. “I still have you guys right? Kau akan tetap jadi Best Guy Friend
aku walaupun aku kelihatan pathetic macam ni kan?” Soalnya cuba buat lawak tapi
nada suaranya yang pecah mengkhianatinya. Dia menyembunyikan wajahnya pada
lengan Hansel. “Right….?”
Hansel memejamkan
matanya dengan erat. Oh god… what have I
done? Aku hanya lembih menyakiti Ivy… Desis hatinya rasa bersalah dengan
kawannya sekarang ni. Dan kau fikir kau
masih layak menjadi kawan Ivy….
Hansel tertawa
paksa. “God Damn Ai… you always such a crybaby.” Kutuknya membuat Ivy ketawa
dalam kesedihannya “Plus mulut kau macam bau longkang. Berapa gelen minuman
keras kau minum?”
Ivy tersenyum
pahit dan menggenggam erat tangan Hansel. “I hate you, you know that?”
Senyuman Hansel
pudar untuk seketika. Ivy bersuara seperti dia dalam kesakitan. Hansel memejam
matanya, Apa dia boleh buat kepada
perempuan ni untuk tebus kesalahannya kepada Ivy?
“I know.” Itu sahaja Hansel boleh jawab
sekarang ni.
“Disebabkan kau
aku kehilangan segala-galanya.” Bibir Ivy menggeletar, dia cuba menahan diri
dari jatuh pecah, berpaut pada tangan Hansel dengan erat. “Aku betul-betul
bencikan kau.”
Oh Lord… jantung Hansel rasa seperti di
cengkam oleh seseorang. Dia tidak ingin melihat Ivy seperti in, Dia rasa
seperti dia dah mengkhianati perempuan itu.
“I know.”
“Please… Don’t
ever leave me alone… aku dah tiada siapa-siapa lagi selain kau di Enchanted
ni.”
Hansel memeluk Ivy
dengan erat. “I won’t, believe me I will not leave you. I promise you that. Aku
akan sentiasa ada bila kau perlukan aku. I swear I’ll never leave you alone.” Aku pastikan kau takkan disakiti dan
keseorangan di sini desis hatinya, membuat silent vow pada dirinya sendiri.
Diaval yang
berdiri di tepi Ivy hanya melihat anak jagaannya menangis didalam dakapan
lelaki yang telah mengkhianatinya. Kalau Diaval dalam bentuk manusia, dah tentu
dia akan belasah Hansel cukup-cukup kerana buat Ivy menangis. Tapi dia tak
dapat buat apa-apa dalam bentuk sebenarnya.
Dia rasa tak
berguna sebagai penjaga Ivy. Dia tak boleh bercakap dengan Anak jagaannya,
tidak boleh tenangkan Ivy, tak boleh lagi bagi nasihat bila Ivy perlukannya.
Tak boleh jaga dia langsung selain memantau dan melihatnya seperti ini. ini
semua kerana Ivy tidak boleh menggunakan magicnya lagi.
Mereka dalam
posisi seperti itu untuk beberapa minit. Hansel membiarkan Ivy bersedih dalam
senyap sehinggalah perempuan itu bersuara; “Tell me something Hans…”
“Anything..” balas
Hansel.
“Aku ada buat
sesuatu kat Putera George semalam kan?”
“Yes—” Ayat Hansel
terhenti dan matanya terbeliak buat. “I-I mean—”
Ivy terus menepis
tangan Hansel dan merenung tajam kearah lelaki itu. “A-Hah! You admit it. Now,
tell me!”
Hansel agak
terkejut bila Ivy bangkit, berlutut di atas katilnya untuk separas denganya.
Bukan itu sahaja, mata Ivy tak merah langsung. Berair tapi tak merah. “K-kau
tipu aku!”
“Itu sebab kau pun
tipu aku!” Dia terus mencengkam collar baju Hansel. “Tell. Me. Or I will Pummel you!”
Hansel menelan air
liur kelat. Untuk seorang perempuan yang dah kehilangan hidupnya, kemarahannya
tak pernah punah. “Kau takkan suka bila kau tahu apa kau buat semalam.”
Muka Ivy terus
naik merah. “I did something stupid didn’t I?”
“Plural.” Hansel
berkata. “something’s’…”
“There’s more???”
Ivy rasa sakit kepalanya datang balik. “Oh lord—Just tell me.”
“First kau kena
bagitahu aku something. Kenapa kau cakap kat Putera George yang aku boyfriend
kau?”
“What?” Ivy
menjungkit kening. “Aku tak pernah cakap kau boyfriend—” Ivy teringatkan masa
dia dengan Louis di atas bumbung Perpustakaan semasa Ivy mengaku dia ada
boyfriend. Louis ingatkan Hansel
boyfriend aku…. “Dia dah salah faham.”
“Well, whatever
the case is… sekarang satu academy tahu kau dan aku ada hubungan.” Katanya
membuat Ivy pucat. “Yes, that means my sister too.”
“Mereka tanya kau
pasal hubungan kita ke?” soal Ivy cuak dan melihat Hansel mengangguk. “Then apa
kau cakap kat dorang?”
“First let me go.
Longgar baju aku nanti.” Hansel turunkan tangan Ivy dan perbetulkan bajunya
yang senget. “Second, rawat lengan kau tu—”
“Nanti belakang.”
potong Ivy. “Bagitau aku apa kau beritahu mereka.”
Hansel mengeluh.
perempuan ni lebih pentingkan kisah semalam dari lukanya. “Aku dah kata kat
dorang kita ada ‘hubungan’—yang tak pernah wujud—kepada mereka dan kita break
semasa kau nak ke Enchanted.” Katanya membuat Ivy lega. “Yeah, looks like
mereka ingat kita akan kembali bersama memandangkan kau dah kembali ke sini.”
“Not a chance.”
“AKu pun fikir
macam tu.” katanya dengan senyuman nakal. “Oh dan Gretel berang dengan kau
sekarang ni.”
“Sebab kita
sembunyikan ‘hubungan’ palsu tu kat dia?”
Hansel menggeleng.
“Aku beritahu dia aku yang nak putuskan hubungan kita, kerana aku marahkan kau
pergi ke Enchanted. Walaupun kita dah break kau nak jugak tolong aku untuk
satukan kitorang. so, dia tak marah sangat dengan kau. Yang buat dia berang ialah
kau dan Putera George.”
“Oh no….” muka Ivy
yang pucat tambah pucat dari sebelumnya.
“Oh yes..” Hansel
tersenyum sinis. “Kau kiss Putera Camelot tu depan
‘ex-boyfriend’ kau. Bukan depan Gretel je tapi kawan-kawan kau sekali. Dan juga
Putera Edward, Puteri Ezra dan Puteri Charlotte—By the way, asal kau banyak
kawan kerabat diraja? Bukannya kau benci orang macam mereka ke?”
“I didn’t. Aku
takkan berkawan dengan mereka bertiga kalau aku tahu mereka puteri dan the rest
is history, mereka nak berkawan dengan aku bukan aku nak dengan mereka.” katanya
sambil mengetap gigi.
“Dan Putera
George?” Hansel menjungkit kening tidak percaya. “lelaki tu perfectionist.
Mustahil korang boleh berkawan. Plus, bukan aku dah bagi amaran jangan dekat
dengan dia ke?”
Muka Ivy terus
naik merah dan sembunyikannya dengan berdehem. “It’s a long story Hans.”
Katanya cuba mengelakkan diri tapi melihat dari wajah Hansel, Ivy tahu dia tak
boleh tukar topic. “fine, long strory short; kami bermusuh, yes tapi jadi civil
sebab adik kau suruh. Dari civil terus jadi kawan—tak, kami masih saling
membenci sebab dia buat hidup aku merana setiap hari dengan adik dia.”
“Melihat perangai
Putera George dengan kau, aku tak rasa putera tu bencikan kau.” Hansel bersuara
masih tidak percaya.
“It’s hard to
explain dad!” sahut Ivy dengan muka merah. Kenapa lah Hansel ni macam orang
tua? sama dengan Gretel, asyik membebel je! “Let just say, walaupun kami dah
berbaik, perangai nak rosakkan hari indah sesama sendiri masih tak lenyap lagi
dan adik dia masuk campur sekali. Capiche?”
Kening kiri Hansel
terjungkit tinggi, sakit hati mendengar Ivy panggil dia ‘dad’ seperti dia ni
orang tua yang menangkap anaknya keluar date dengan lelaki yang tidak dikenali.
Dia menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. “Okay. Short story, semua orang
tahu kita ni ada sejarah tersendiri dan kau
kiss putera terpenting Enchanted—Kenapa dengan muka tu?” Soal Hansel
melihat Ivy seperti nak meletup tapi pegelangannya tidak percikkan elektrik.
Hanya mukanya sahaja yang merah.
“I… k-kiss George?”
Hansel memutarkan
bola matanya. “Jangan nak dramatic sangat lah, aku dah kata tadi dan kau tak
bagi sebarang riaksi—”
“Itu sebab aku
terlalu focus kat Gretel!” sahutnya dengan menyentuh kedua pipinya yang merah.
“Oh God…. Oh noooo…. What have I done? Hans, cam mana boleh jadi macam ni??”
Hansel menjungkit
kening sebelum senyuman meleret terukir di hujung bibirnya. “Oh yeah…. Aku
lupa, kalau kau kiss Putera George itu bermaksud first kiss kau kat Putera Raja
tu—”
“It’s not funny!”
sahutnya malu, mukanya dah berubah kepada beberapa jenis warna merah dan ia
panas!! Musim salji dah tamat ke? sebab Ivy tak rasa sejuk langsung! Dia
berpeluh sekarang ni. “Oh dear… Charlotte akan bunuh aku—tak Julliana will kill
me—no-no-no-no… satu academy ni akan bunuh aku.”
Hansel hanya
mentertawakan muka merah Ivy dan mendapat renungan maut dari ahli sihir merah
itu. “F*ck you, Hans.”
Hansel berhenti
ketawa dan mengangkat kedua tangannya keudara. “Oops, sorry.” Hansel tersenyum
nakal. “Aku rasa baik aku panggil nurse untuk rawat lengan kau tu. So, don’t
kill yourselve out of embarrassment while I’m gone. Okay?” Hansel tersenyum
tayang gigi dan bergegas keluar bila Ivy melontar bantalnya kearah lelaki itu.
Ivy pula tambah
merah dari sebelumnya. “Diiiiiiiiiii…. Apa patut aku buat?? Ini memalukan
sangat!!” rungutnya sambil menutup muka. “Aku dah tak boleh berdepan dengan
dorang selepas ni!”
Diaval hanya
mengangkat kepak kepada Ivy membuat Anak Jagaannya rebah di atas katil dengan
tangisan memalukan. “I want to diiiiiiieeeeeeee!!” tangisnya lagi dan menarik
selimut menutup satu badannya. Membuat dirinya seperti kepompong di atas katil
tersebut.
“I wanna die…..”
bisiknya lagi berulang-ulang kali dengan muka padam. Kalau boleh dia koma pada
saat tu jugak kerana terlalu banyak darah naik ke kepalanya.
Dan dalam beberapa
hari itu… Ivy mengelakkan diri dari berdepan dengan Louis dengan alasan dia
sibuk dengan exam dan mengubah suai jadual programme empat tahunnya di Academy
itu bersama Pengajar-pengajar Academy dan juga mengelakkan perbualan yang ada
kena mengena dengan putera raja Camelot; George Alexander Louis bersama
kawan-kawannya. Sehinggalah tamat satu semester itu.
.
.
“Kau takkan stay kat asrama selama 3 bulan!”
“Then ke mana lagi aku nak pergi? Balik
Vicious? Confirm kau takkan jumpa aku lagi.”
“Then kau balik dengan kami.”
>X<
(A/N: Berhuhuhuhu dengan burung-burung yang
berkicauan~~ MWAHAHAHAHAHAHAHA *Laugh histerically*)
25th
nk lagiiiii
ReplyDeletePlease be patient~~~~ (,,^__^,,) Angah is on its way to finish the next chapter (^3~)
Delete