New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Monday, 31 August 2015

Axerialeth: SOD -By heart or forced to?-

Bab 16

Kapal Udara itu mendarat di dalam bengkel yang teramat besar dan penghuni kapal tersebut berdiri di depan pintu masuk kapal menunggu kapal tersebut terbuka.

Spring berlari turun mendekati NightBlue dan memandang wajah M27 yang bersinar-sinar seperti ada sesuatu yang buat dia gembira. “Apa yang happy sangat?”

Miracle yang tak sabar pintu itu terbuka terkejut sedikit dan menggeleng. “I’m Back.” Sahutnya dengan nada gembira.

Spring turut tersenyum, rasa teruja ingin melihat kota tersebut sampai membuat NightBlue tersenyum lebar di sebalik topengnya seperti itu. DIa melompat gembira dengan mata tertumpu pada pintu kapal untuk terbuka.

Pole, Nuez dan Manda turun dari Second Base ke Pintu masuk kapal bersama Spring dan Miracle.

“Nampaknya kita akan lihat di mana tempat tinggal Night.” Sahut Manda melihat gerak-geri NightBlue tidak sabar ingin keluar dari kapal itu.

Pole tertawa kecil. “Aku tak sabar nak lihat kota ni.” Sahutnya siap dengan baju yang sangat menjolok mata.

Nuez menarik sengih. “Kau nak lihat kota ke atau lelaki dalam kota kecil ni?” Pole menjawab soalan tersebut dengan senyuman 1001 niat membuat Nuez menggeleng. “Just as I thought.”

Pintu tersebut terbuka dengan perlahan dan Spring orang pertama lari keluar kapal ingin melihat dunia yang dia tidak pernah lihat.

Mulutnya terngangah luas melihat Bengkel yang besar itu. “Luasnya!!! Boleh muat tiga lagi kapal!” jeritnya melihat satu kapal hampir sama dengan kapal mereka dan juga dua kapal kecil berwarna hitam dan putih.

Nuez bersiul melihat sekeliling kapal itu. “Betul ke ini kota kecil?” Dia terlihat tulisan merah besar pada dinding bilik itu. “Bengkel 07. Ini salah satu bengkel mereka? Woa bapak besar!”

Pole pula tidak hiraukan semua tu, sebaik sahaja dia keluar dari kapal tersebut, dia dah lihat dua tiga pekerja dalam bengkel yang sesuai dengan tastenya. “Yup…sangat besar..” katanya melihat lengan pekerja itu yang berotot. Dia sempat mengenyit mata kearah lelaki yang dia usha.

Manda melihat beberapa orang lelaki sedang bercakap dengan NightBlue dan tundukkan diri sebelum keluar ke dalam kapal. Dia menjungkit kening. Night orang penting ke di tempat ni? Desis hatinya hairan.

NightBlue menyertai mereka setelah bercakap dengan lelaki itu. “Mereka naik ke bilik pengemudi berjumpa dengan Rick dan Ben.”

“Kau rasa berapa lama dorang boleh baiki kapal ni?” Soal Nuez memandang Alat mereka yang sangat canggih. Dia tahu semua alat itu keluaran terbaru. Ada juga jenis alat yang dia tak kenal pasti. Mereka terlalu advance.

“Kami boleh baiki kapal ni dalam masa dua ke tiga minggu. Dengan kerosakan pada belakang kapal, aku tak rasa membaiki kapal ni sesuatu tugas yang mudah bagi pekerja aku.”

Miracle berputar kearah suara tersebut dan melihat senyuman manis yang sangat dia kenali. “El!” Dia berlari kearah lelaki tersebut dan memeluknya dengan erat.

Lelaki tersebut juga memeluk Miracle dengan tawa gembira sehingga mengangkat perempuan itu dari tanah. “Welcome home.” Bisiknya.

Miracle mengangguk. Pelukan itu sangat dia rindui, dan bau minyak wangi lelaki tersebut juga tidak berubah semenjak Miracle pergi dari kota tersebut. Ini buat Miracle hendak menangis, hanya lelaki ini sahaja harapannya sekarang dan berharap dia akan bantu Miracle dengan masalahnya.

Lelaki itu yang bersama Ellen melepaskan pelukan mereka dan mengusap rambut Miracle. “Don’t Cry. I’m here for you.” Katanya dengan senyuman.

Miracle mengangguk sambil mengusap air matanya. “I miss—”

“PM HONEY!!” sepasang tangan menarik Miracle dari dakapan Ellen dan memeluk Miracle dengan erat. “Oh gosh Honey! It’s been a long time since I see you! It’s been a year actually! Oh my look at you!” Dia mencium kedua pipi Miracle. “Did you have fun out there? Aku dengar berita hangat yang kau ada kerja. Kau buruh kapal penyelamat bergerak tu ke? Seriously? Kau nak—”

“Glend…”

“—tangkap orang dalam kapal tu? Kau dah hilang akal ke?—”

“Glend!” sahutnya memotong ayat Glend yang bercakap dalam satu nafas. “Breathe Glend dan tak, aku tak tangkap kapal tu. Aku bawa mereka ke sini.” Dia depakan tangannya kearah tetamu mereka. “Ini dia, the infamous Axerialeth team. Nuez, The engineer…”

Nuez melambai tangannya dengan janggal masih terkejut apa yang dia lihat tiga minit lalu. “H-hey..”

“Manda, The Protector…”

Manda salute kearah mereka. “S’up!”

“This is the magnificent Pole.” Sahut Miracle membuat Pole tertawa.

“At your service my dear.”

“Dan yang kecil tu pula, Spring.”

Spring melambai laju dengan riangnya. “Nice to meet you!”

Glend turut melambai. “Me too! Oh, kejap.. mana dua orang lagi. Captain dan pengemudi tu mana?”

 “Di sini!” Ben keluar dari kapal itu sambil mengangkat tangan dengan satu lagi di dalam poket seluarnya. “Dan Kapten di belakang aku.” Dia menuding kearah Rick yang mengekorinya dari belakang.

“Kapten Rick dan juga Ben.” Miracle perkenalkan. “Okay, semua dah ada di sini. Semua..” Dia menarik lengan Ellen mendekatinya. “Ini ialah pemilik bengkel ni. Elleson. Tapi boleh panggil dia Ellen.”

“Atau El.” Ellen bersalaman dengan mereka semua dan akhir sekali dengan Rick. Mata mereka saling berpandangan lebih lama dari yang lain.

Glend perasan perangai mereka berdua dan berdehem. “Aku Glend.” Dia salam dan mencium pipi Pole, Manda dan Spring semasa bersalaman. Dia juga bersalaman dengan Ben dan Rick.

“Well, look like we know each other. Apa kata kami bawa kamu semua keluar dari tempat ni dan berehat?” Soalnya dengan satu tepukan gembira. “Pasti korang semua penat dari semua masalah korang kan?” Glend memandang kearah Miracle dan mengenyit mata. Memberi signal yang ayatnya di utamakan kepada perempuan bertopeng itu.

Ellen mengangguk setuju dan memeluk bahu Miracle. “What are we waiting for? Lets go.”

Mereka berdua bergerak dahulu dan di ekori Glend dan yang lain keluar dari Garage tersebut.

Pole dan Nuez saling berpandangan dan kembali kearah Miracle dengan lelaki yang bernama Ellen itu. “Pole, aku tahu kau tahu rahsia NightBlue.” Bisiknya sesenyap yang mungkin.

Pole memutar kepalanya kearah Nuez. “Kau pun tahu?”

Engineer ini mengangguk. “I have a question though… adakah sebab dia sembunyikan identity dia dekat Rick sebab dia dah move on?”

Pole menggeleng perlahan tertewa wajah horror pada wajahnya memandang Rick yang merenung tajam kearah Ellen dan Miracle. “I don’t know Nu… I just don’t know.”

Manakala Ben yang tidak tahu apa-apa memandang sekeliling tempat itu dengan kagum. “Woa… Ini garage bawah tanah ke? Tak sangka peralatan korang agak canggih untuk kota kecil cam ni.” Dia terus memandang kearah Glend. “No offence.”

Glend tersenyum. “None taken. Di sebabkan Kota kami yang kecil, kami tak dapat nak buat bengkel besar seperti mana ada di capital city tapi thanks to idea bernas Ellen, kami buat garage bawah tanah yang luas. Bukan sahaja kami jimat tanah untuk beli, kami juga ada pendapatan baru untuk menyokong kewangan Negara. Ramai pengemudi kapal udara datang ke tempat kami untuk dapatkan perkhidmatan kami tapi hanya limited orang je yang dapat sebab garage ni agak kecil.” Katanya dan menekan lift terbuka, menyuruh mereka masuk ke dalam. Dia menekan sekali lagi butang itu setelah dia menutup pagar lift tersebut. “Garage ni ada Tiga tingkat. Tingkat pertama ialah garage biasa yang berada di surface. Ia untuk kapal-kapal kecil untuk di perbaiki. Tingkat kedua pula. Untuk kapal besar dan private ship. Selalunya kapal orang-orang penting di letakkan di sini.” Glend menuding jari kearah beberapa kapal yang di baiki oleh pekerja mereka.

“Itu Ialah kapal kebanggaan kerajaan… Err…” Glend memetik-metik jarinya memikir nama yang agak mahal untuk ingatannya ingat.

“kerajaan El-Dorado. Mereka suka datang ke sini untuk mempebaharui kapal mereka.” Sambung Ellen. “Manakala tingkat terakhir, tempat kita bertemu tadi. Di situ ialah garage private kami. Kami buat kapal baru di tingkat tu dan hanya segelintir orang sahaja yang boleh masuk ke dalam tu. You should called yourselve lucky sebab kenal Mi—NightBlue.” Dia mendapat pukulan kecil dari Miracle sebab ingin menyebut namanya yang sebenar. Segera Ellen tukar ke NightBlue.

Lift tersebut tiba di permukaan dan dua escoter mereka membuka lift tersebut untuk mereka semua. “Come this way everyone. Ini ialah garage pertama.” Katanya mendepakan tangan kearah beberapa kapal kecil yang di baiki.

“Garage ni lebih kecil dari dari garage bawah tanah.” Kata Ben memandang sekeliling. “Kenapa?”

“Untuk sembunyikan kekayaan Kota ni.” Sambung Miracle. “Kalau kuasa luar tahu kelebihan Kota ini, dah tentu tempat ni dalam bahaya. Ellen betul buat garage kecil di atas permukaan bumi supaya orang luar ingat kota ini bukan ancaman kepada mereka. That’s why this is a safe country.”

Ellen mengangguk dengan senyuman segan. “Okay… don’t praise me. Glend, tolong tunjukkan kepada mereka ke rumah tetamu.”

Glend mengangguk dan tunjukkan mereka kearah Pintu keluar. “Right this way my royal guest.”

Mereka semua mengekori Glend keluar pintu, Spring perasan yang M27 dan Ellen tidak berganjak dan berputar semula kearah mereka.

“Korang tak join sekali?”

Miracle menggeleng. “No. This is my home Spring, aku akan jumpa korang ni malam okay?”

Spring tersenyum kecil dan mengangguk, berlari keluar dari tempat itu kepada yang lain. Miracle sempat melambai kearah Spring.

Glend tunduk hormat kepada mereka berdua sebelum masuk kedalam kereta dan pandu pergi membawa tetamu terhormat mereka ke tempat yang di nyatakan.

Setelah mereka hilang, Ellen bersuara; “You shouldn’t force yourselve, you know.” Sahutnya dengan senyuman tawar. Dia memandang kearah tangan Miracle memeluk erat lengannya.

Miracle menggeleng kecil. “El, I don’t force myself. I am moving on.”

>X<

“Wow..” Manda merehatkan badannya pada kerusi kereta yang empuk itu, matanya masih kagum dengan kekayaan kota kecil itu. Tapi ada lebih mengagumkan dari tempat itu. “Aku tak sangka yang NightBlue orang penting dalam Sylvianne!”

“I know!” sahut Ben sambil tertawa. “First, kita fikir dia ni Assassin tak berhati perut, then seorang experiment yang bergelut untuk hidup dalam dunia ni dan sekarang orang penting dalam Sylvianne? Seriously dia sentiasa buat aku terkejut!”

Spring mengangguk. “Oh dan Ellen. Tak nampak ke keakraban mereka? There must be in a relationship.”

Pole tertawa kecil dengar ayat Spring. “Jangan buat konklusi cam tu Spring. Tak baik.”

“Actually…” cermin yang memisahkan pemandu dan penumpang di turunkan membenarkan Glend bersuara. DIa memandang tetamunya melalui cermin tengah. “PM, ialah tunang Ellen.”

Ini buat Nuez dan Pole saling berpandangan. Tunang? Miracle tak cakap apa-apa pun yang dia telah bertunang. Adakah dia sememangnya telah lupakan Rick? Pandangan mereka berubah ke Rick yang asyik diamkan diri tenggelam dalam lamunannya sendiri.

Glend hanya memandang mereka melalui cermin tengah, melihat terutamanya Nuez dan Pole. Mereka tahu identity Miracle desis hatinya dengan wajah kosong. Dia kembali pandang kehadapan.

Miracle, kau ada dua jalan yang berbeza. Lepaskan sayap mu atau maju ke hadapan

Mata Glend terbeliak bulat bila dia melihat sesuatu dalam mindanya. Oh no…

>X<

Mereka akhirnya tiba di Rumah Tetamu yang di katakan oleh Ellen beberapa minit yang lalu. Tempat itu tidak jauh dari istana Sylvianne.

Glend membawa mereka masuk kedalam rumah yang serba mewah itu dan tunjukkan bilik mereka satu persatu.

Setiap bilik mereka di berikan mengikut citarasa mereka sendiri tanpa mereka beritahu apa yang mereka nakkan, Glend memberikan bilik yang sesuai pada mereka.

Spring berdiri di depan pintu biliknya yang serba mewah merenung biliknya dengan lama. “M27 di mana?”

Glend menjungkit kening. M27? Jadi perempuan ni pun tak tahu Siapa Miracle. “Dia bersama Ellen sekarang. Kalau kau nak sesuatu boleh minta dengan saya.”

Spring menggeleng. “Adakah selama ini M27 tinggal di tempat seperti ini?” Soalnya memandang bilik yang di hias cantik itu.

Glend mengangguk. “Ya, tapi dia tidak pernah tenang dalam bilik seperti ini. Jadi kami sediakan ubah suai biliknya supaya dia lebih selesa. Just a simple renovation.”

Spring mengangguk. Dia faham perasaan M27. Tinggal di tempat yang serbah mewah tapi kawan eksperimennya dalam bahaya. Dah tentu dia tidak selesa dalam bilik ini.

“Jangan risau. Mereka akan di selamatkan tidak lama lagi.” Sahut Glend dan tersenyum kepada Spring. “Time makan malam M27 datang jumpa korang.”

Spring mengangguk dan masuk ke dalam biliknya. Dia mendengar pintu bilik tertutup. Dia bersendirian di bilik itu. Bilik pertamanya yang serbah mewah. Lebih mewah dari kapal Axerialeth.

Tidak lama lagi dia akan bebas dari CR dan dia boleh hidup seperti ini dengan aman. Spring tenangkan dirinya sendiri. Ya, dia akan bebas.

Sementara di bilik Rick, dia berada di balcony bilik tersebut memandang kota kecil yang aman itu. Dia tak sangka ada lagi kota yang kelihatan sangat Vintage. Dalam dunia modern ini, kota seperti ini dah pupus. Tapi technology mereka sangat up to date. Lebih canggih dari Axerialeth.

Adakah ini kerana NightBlue?

Rick tertunduk, mengeluh dengan panjang. Lebih banyak dia fikirkan tentang NightBlue, lagi sakit hati di buatnya. Fikirannya sangat bercelaru sekarang ni, dia pernah rasakan perasaan seperti ini dengan Miracle dahulu.

Adakah hatinya mengatakan dia cintakan NightBlue sekarang? Atau dia melihat Miracle melalui NightBlue? Dia dah tak pasti. Dia dah tak boleh percayakan mindanya sendiri.

“Damn..” Dia menumbuk dadanya seperti memberi tahu hatinya untuk berhenti berharap yang mustahil.
Rick jatuh terduduk, mencengkam rambut depannya dengan kedua tangan, menutup matanya yang mula pedih.

Dia berharap NightBlue adalah Miracle dan dia cuba mendekati perempuan itu. Tapi… lelaki itu muncul mengaku sebagai Tunang NightBlue. Ia sakit. Hatinya sangat sakit. Lebih sakit mengetahui Miracle korbankan dirinya kepada CR.

“Don’t force yourselve hon.”

“Go away Pole..”

Pole menghirup winenya. Dia berada di bilik sebelah, menikmati pemandangan Bandar tersebut dan terlihat ketua mereka berada dalam penjara hatinya. “Aku tak suka nampak kau terseksa lagi Rick. Cukup tiga tahun lepas. Perempuan tu buat luka lama terbuka lagi. Don’t you think you should forget about her?”

“How can I Pole?” soalnya memegang dada yang teramat sakit. “She reminds me of her. I even think she is Miracle! Setiap perbuatannya, setiap tingkah lakunya dan personalitinya sama seperti Miracle. I try to forget her but..” Dia segera berpaling dari Pole. Dia tidak mahu half gender tu lihat dia mengalirkan air mata.

Pole terdiam. Kau tak tahu betapa kau betul pasal NightBlue itu Miracle desis hatinya memandang kearah lain. Dia hormati Rick. Dia takkan pandang Rick bila dia mental break down. Sepanjang hidupnya, Rick sentiasa kehilangan orang yang dia sayang. Keluarganya.. Miracle… bila nampak Miracle yang menyamar menjadi Nightblue, Pole ingatkan Miracle takut berdepan dengan Rick. Adakah sebab dia sememangnya dah move on, sebab tu dia tak nak tunjukkan Identitinya? Dia pernah kata selepas semua ini selesai dia nak hilangkan diri. Kalau bukan Spring pujuk dia tinggal, dah tentu dia takkan jejakkan kaki ke Axerialeth.

Pole melihat di hujung matanya, Rick kelihatan sangat teruk. “Suatu ketika dahulu, aku terjumpa seorang perempuan…”

Rick menarik nafas dalam. “Please shut up Pole!”

“Dia memaksa aku untuk berjanji menyimpan rahsianya walaupun nyawa aku tergadai.” Pole tetap menyambung ayatnya. “Perempuan ini seorang yang sangat misterius pada mata dunia. Dia sangat berkuasa tapi pada masa yang sama sangat lemah. Dia mempunyai senyuman terindah tetapi pada masa yang sama tangisan darah mengalir.” Pole menghirup winenya sebelum bersuara semula. “Dia kembali ke tempat yang dia sepatutnya berada tapi di sebabkan dia ingin memulakan hidup baru, dia terpaksa menyamar menjadi orang lain. Aku tak pasti apa tujuannya untuk buat sedemikian tapi yang aku tahu dia taknak lelaki yang dahulu dia cintai terluka bila melihat dia kembali. Sebab dia telah berjumpa dengan lelaki lain.”

Pole melihat Rick sekali lagi. Dia tak berganjak dari posisinya. “Aku dapat tahu siapa perempuan tu sebenarnya dan memaksa aku untuk tidak beritahu sesiapa tentang diri dia yang sebenarnya. Dia kata dia nak lelaki yang dia cintai untuk lupakan dia dan cari perempuan yang lebih baik dari dia. Dia kata lelaki yang dia cintai bahagia dengan perempuan yang dia temui. Jadi perempuan itu boleh pergi dengan aman bersama lelaki yang dia pilih.” Pole meletak cawannya pada pagar balcony itu dan memandang Rick. “Perempuan itu berada di hujung antara dua jalan; Masa lalu dan masa depan. Guess what; dia pilih masa depan.” Pole diamkan diri untuk seketika sebelum bersuara semula. “Aku beritahu kau sebab aku tak nak kau terluka. Ambil pengajaran dari cerita ni dan buat langkah seterusnya, Rick.” Dengan itu Pole masuk kedalam biliknya.

Pole berhenti membelakangkan tingkap balconynya dan berbisik. “Miracle akan bunuh kita.”


Nuez berada di tepi pintu itu, menyandar pada dinding sambil memeluk tubuh. “I take my chances.”

No comments:

Post a Comment

Savior of Tales