Axerialeth: SOD -Shield that protect the heart-

Bab 18

I dreamt… I was embrace by the person that I love but when I woke up, the warmt of that man also disappear. If only I can keep that warmt, I rather sleep forever than waking up in a cold reality.

…..

“RISE AND SHINE, CAPTAIN!!” Ben membuka langsir bilik membenarkan cahaya mentari masuk melalui celah-celah ukiran pintu kaca itu ke Bilik Rick.

“BEN! Apa kau buat dalam bilik aku?” Suara halus kedengaran dari dalam bilik air bersama air hujan mengalir.

Ben tertawa besar. “Untuk bangunkan Captain KESAYANGAN aku lah!” JEritnya dengan senyuman nakal. Matanya jatuh kearah dua botol kosong yang ada di atas lantai bilik tersebut. “KAU MINUM KE SEMALAM?!” Tiada balasan dari orang dalam. “Dude! Asal kau tak ajak aku?”

“Pipe down Ben! Aku sakit kepala..” Rick keluar dari bilik air hanya dengan tuala mengelilingi pinggangnya dan di lehar. “Keluar sekarang.”

Ben menarik nafas dalam dan menyentuh dadanya. “Ouch, my lover tolak cintaku.”

Rick melontar tualanya tepat pada muka Ben. “Pervert Yaoi. Apa kau nak sampai masuk bilik aku hah?”

“Ellen nak bawa kita ke tempat construction kat hujung Bandar Sylvianne. Dia ada hal jadi kita jumpa dia kat sana.” Ben mengambil botol-botol tersebut dan keluar dari bilik Rick. “Tak sangka kau minum sampai banyak cam ni hanya sebab kapal kesayangan kau rosak.”

Rick menjeling kearah Ben ingin menjerit kearahnya tapi Ben sudah pun hilang dari bilik itu. Rick mengeluh. Suatu hari nanti dia akan kenakan lelaki tu.

Sementara di daput, Pengemudi kapal ini meletak botol tersebut di atas kaunter dapur. Dia memandang botol tersebut dengan lama,dahinya berkerut tanda kerisauan. Rick, jangan buat kita semua risau.

“Ben? Hoi, apa hal dengan botol tu? Kau minum ke semalam?”

Dahi Ben tambah berkerut, kali ni dia sakit hati. Dia tahu suara menjengkelkan tu dari mana-mana sahaja. The one and only Mr. Half Gender.(Dia sendiri tak tahu kalau Orang tu Mr. Ke Miss) “Nak jadi recycle bin ke Pole? Aku sumbat botol-botol ni dalam mulut kau nak?”

Pole menarik sengih. “Hah! Mesti ada perempuan reject kau dalam talian sebab tu kau macam ni kan?”

“Aku dari bilik Rick lah. Botol-botol ni Rick punya.” Kata Ben malas nak main dengan Pole. “Dia Mental Breakdown lagi. Nasib baik dia tak gila meroyan.”

“Sejak bila lagi Rick gila meroyan?” Pole bercekak pinggang. Dia dapat ke mesej aku? Dia faham ke maksud aku atau dapat teka siapa yang aku maksudkan? Desis hati Pole. Dia menggeleng, dia tak sanggup lihat Rick cam tu tapi ini untuk kebaikannya juga.

“Dia bengang kapal dia rosak. Kau tahu lah kan Rick obsess dengan misinya. Selagi kapalnya tak di baiki, cam ni lah gayanya. Buat something stupid.” Kata Ben sambil tertawa. “Oh dan NightBlue dah bangun ke?”

>X<

“Miracle~ Miracle~~ Mira~Mira~Miracle~~~”

Kepala Miracle berputar 90 darjah dengan laju, merenung tajam kearah Glend. “Stop calling me kalau kau takda hal dengan aku lah!”

Glend tertawa. “Tapi bila lagi aku nak panggil kau Miracle? Aku tahu PM lebih hebat tapi Miracle is your name! Aku suka nama Miracle tuu~”

Miracle menjungkit kening hairan dengan perangai Glend. Dia dah salah buat Glend ke? Kekadang emosi perempuan ni tak stabil.

“Puteri Miracle, aku rasa baik kita buat penebat pada tali bawah tanah ni. amacam?” soal salah satu pekerja construction itu.

“Hmm… boleh juga. Oh, lintaran tali tu boleh tahan sehingga—”

“Boo.”

“Ahh!” Miracle menyentuh telinganya dan berputar memandang Ellen yang tersenyum nakal. “El!”

“Good morning to you too.” Katanya sambil tertawa. “So, plan apa lagi yang Puteri Sylvianne buat untuk melindungi penduduknya?”

Miracle tersenyum dan tunjukkan blueprint kepada Ellen. “A shield. CR shield. Kota ni terlalu banyak barang berharga tersembunyi dan untuk mengelakkan barang Sylvianne di eksploitasi oleh orang luar, aku rancang nak buat pelindung untuk Sylvianne.” Miracle kata. “Walaupun Sylvianne mempunyai peralatan dan senjata canggih, Kota kecil tetap tidak dapat melayan kuasa besar. So, untuk mengelakkan serangan direct-harap perkara tu takkan berlaku-aku nak buat banteng CR mengelilingi Sylvianne supaya mereka selamat dari serangan tersebut.” Miracle tunjuk litar berwarna hitam berada di dalam tanah. “Tali ni akan mengelilingi Sylvianne dari bawah tanah. Setelah ia selesai, kita akan letak menara jam di tengah-tengah Sylvianne.”

“menara Jam? Untuk apa?”

“untuk aku.” Jawabnya seumpama memandang menara yang ada di tengah-tengah Sylvianne. “Hanya mereka yang ada kuasa CR sahaja boleh hidupkan benteng sebesar satu Sylvianne ni. Aku boleh buat tanpa litar ni tapi untuk mengelakkan radius aku lari, lebih baik ada litar penebat CR untuk bantu aku kan?”

Ellen mengusap kepala Miracle dengan lembut. “Ia selamat ke?”

Miracle diam seketika sebelum mengangguk perlahan. “Kalau tak selamat kenapa aku buat kan?”

Ellen tersenyum lega. “That’s good to hear.”

Glend hanya memandang mereka berdua tersenyum sesama sendiri. Miracle akan kahwin dengan Ellen. Aku pasti aku lihat Miracle pakai gaun putih dengan senyuman gembira. Aku tak syak Ellen ialah pengantin lelaki. Aky yakin apa yang aku lihat ialah masa depan Miracle tapi… Bila Rick muncul, aku lihat Miracle berada dalam dakapan Rick. Jadi aku keliru samada Miracle bersama Ellen atau Rick. Sehingga semalam, Miracle mati bersama lelaki yang aku tak pernah jumpa. Macam mana Masa depan Miracle boleh berubah? Aku kena cari cara untuk Miracle tidak mati. Dia tak boleh mati…

“Good Morning everyone!”

Glend berputar memandang suara yang menyapa dan matanya jatuh kearah lelaki yang dia takuti. Rick. Matanya bercahaya buat seketika. “Rick akan halang Ellen….”

“Oh, Ben! Aku tak sangka korang sampai cepat sangat.” Ellen melambai kearah mereka dengan senyuman. “So macam mana malam korang kat Guess house? Selesa tak?”

Pole mengangguk dengan anggunnya. “Yes. Service kat rumah tu pun sangat baik. Terima kasih sebab layan kami dengan baik Tuanku.”

Ellen tertawa sambil menggeleng. “No-No. kawan kepada Night tak perlu panggil aku Tuanku. Just Ellen is find.”

“Tapi Tuanku keturunan di raja. Kami patut hormat tuanku.” Kata Manda.

“I said it’s oka—”

“Biarkan mereka Ellen. Mereka akan panggil kau Tuanku juga walaupun kau tak suka.” Sampuk Miracle tersenyum sebalik purdahnya. “Korang akan ke bengkel nanti kan?”

Ellen mengangguk. “Yup. Nak check kerosakan kapal tu. Nak join sekali ke?”

Miracle menggeleng. “It’s okay. Aku nak siapkan benda ni secepat yang mungkin.” Dia melambai kepada mereka “Have fun you guys.”

Ellen mengambil tangan Miracle dan mengucupnya. “I’ll see you this evening. Hati-hati okay?”

Miracle mengangguk kecil dengan muka yang merah, dia sempat menjeling kearah Rick. Lelaki itu kelihatan Emotionless. Tapi entah kenapa riaksi itu buat Miracle kecewa. Dia tak tahu kau siapa Miracle, apa yang kau harapkan dari lelaki tu desis hatinya cuba marahkan hatinya sendiri.

Dia melihat mereka semua masuk ke dalam kereta dan bergerak pergi ke hujung Sylvianne. Miracle mengelu dan membuka purdahnya. “Glend, lets get back to work.”

“Okey-Dokey!”

>X<

Mereka semua tiba Di bengkel bawah tanah di mana kapal Axerialeth di baiki dan mereka terus memulakan proses memperbaiki kapal tersebut. Ellen bahagikan pekerjanya kepada beberapa bahagian dan satu kumpulan bersama dengan salah seorang dari member kapal tersebut.

Nuez bersama beberapa pekerja Ellen bertanggungjawab atas senjata Axerialeth yang telah rosak dan perlu di perbaharui. Banyak juga kerosakan yang ada pada senjata mereka, terutamanya bilik senjata yang sememangnya dah hancur.

“Kerosakan pada senjata utama agak teruk. Dua senjata Neo 07 dah hancur dan pengawalnya juga tidak berfungsi.” Nuez slide tangannya pada permukaan mesin itu tapi tidak ada apa-apa berlaku. “Controller pun tidak memberi respon. Sensor dia dah rosak jugak.” Dia mula menekan secara manual pada butang-butang yang ada pada mesin tersebut. Holo screen keluar secara samar-samar. “Gangguan pada screen. Kuasa dia tak kuat, mesti dari enjin kapal. Let’s see what else.” Dia menarik sesuatu keluar dari bajunya, seutas rantai berbentuk kunci dan masukkan kunci tersebut kedalam lubang yang terdapat dalam mesin tersebut.

Siren merah berbunyi dengan bising membuat Nuez memandang sekeliling. “Emergency Weapon room berbunyi dengan baik.” Holo screen dan screen pada mesin tersebut muncul dngan banyak menunjukkan kesemua infromasi tentang bilik senjata itu. Jari-jemari Nuez rancak menekan holo keyboard atas mesin itu.

“Hmm…. 86% kerosakan. Lebih teruk dari apa yang aku jangkakan.” Dia berputar memandang pasukannya yang terngangah dengan senyuman manis. “Nampaknya kapal ni takkan baik dalam masa yang singkat. Mesin buruk ni kena di perbaharui!”

Pasukannya hanya terngangah. Dia panggil Weapon controller yang rosak itu mesin buruk?? Ini first time mereka lihat perkara seperti itu.Weapon controller Room yang gunakan Smarttouch dan Holo Programming? Itu terlalu advance dari mereka!

Sementara Di Bilik pengemudi pula, Ben bersama teamnya memeriksa kerosakan pada bilik itu. Ben tak tahu samada dia patut rasa sedih atau gembira sekarang ni. Melihat dari mesin tersebut, dia dah dapat tahu lebih dari 60% kerosakan dalam bilik itu. Not to mention dalam enjin lagi. “Urrrgghh… Aku happy nampak bendalah ni rosak tapi…” Dia dahulunya suka sangat maki mesin buruk tu tapi bila dah rosak, dia rasa sedih sebab dia dah mula suka kerjanya sebagai pengemudi. “Alright. Kita upgrade menatang ni. With my Style.” Kataya dengan senyuman jahat. “Biar Rick keliru dengan kapalnya sendiri! Mwahahahaha!” Team Ben hanya melihat Ben ketawa seorang diri seperti orang gila.

Mereka takkan faham perangai orang luar. Mereka semua sangat pelik.

Speaker kapal tetiba hidup membuat tawa Ben serta merta dan menekan butang microfon bilik itu. 
“Hah, kenapa?”

“Ben, aku perlukan kau di bilik Enjin. Boleh kau naik kejap?”

“Roger that.” Sahutnya dengan senyuman. Dia memandang Teamnya. “Aku kena naik. Ini korang patut buat. Check holo screen dan Throtle kapal ni. Aku rasa ketumpatan udara dia dah rosak sebab time kami terbangkan bendalah ni ia susah sangat nak di imbangkan. Oh, dah check Gravity Newton dia sekali. Aku takut angin N dia rendah sangat. Steering dan ekor juga perlu di perbaiki. Ia susah nak di kawal dan di putar. Kalau ada apa-apa masalah beritahu aku okay? Pasal organ dia pula nanti aku check kerosakan dia.” Ben merenung kearah mereka satu persatu. “Jangan sentuh organ bilik ini. faham. Aku tak percayakan tangan korang.” Selesai bagi amaran dia terus keluar dari bilik tersebut dan pergi ke Bilik Enjin di mana Rick berada.

“Yo! Mana team kau?”

Rick menendang spana yang ada di lantai dan mengeluh. “Aku suruh mereka pergi ambil spare part. Aku nak discus something dengan kau.” Katanya memandang Ben dengan serius.

Ben tersenyum nakal. “Kau nak cakap yang kau tak tahu enjin ni ke? Ini ke captain Axerialeth yang hebat? Tak tahu pasal kapalnya sendiri?”

Rick menarik sengih dan memandang kearah satu bahagian kapal yang di tutup dengan kain usang. “Ya, aku tak tahu kapal aku sendiri sekarang ni.”

Ben memandang kearah mana Rick lihat dan menepuk bahu Rick.”Chillaxz Dude, tiada siapa tahu apa fungsi bendalah tu. Sekarang, apa problem kau?”

Lain pula ceritanya di Third Base kapal tersebut di mana Pole menjadi Sparta mengarah pasukannya untuk mengalihkan barang-barang dalam kapal itu keluar. “Hati-hati dengan kotak kayu tu—Hey! Benda dalam tu harga Berjuta billion tahu tak?” Jeritnya kearah seorang lelaki yang hampir tersandung membawa kotak. “You there! Kotak tu letak dengan kotak yang ada chop Hijau understand?” Dia melihat seorang pasukannya lalu di depan Pole membuat mata half Gender ini turun ke bahagian rare dan tersenyum. SMACK! “Move it Sexy Ass!” katanya dengan senyuman menggoda. Lelaki itu memandang Pole dengan muka merah tahap gaban dan Pole tambahkan lagi kepedasan dengan reshberry kiss. Lelaki itu segera lari keluar dari kapal tersebut.

“Hmmm… He can’t handle my charm.” Katanya dengan bangga dan keluar dari perut kapal itu.

 Ellen melihat berkotak-kotak barang di keluarkan dan kerana firasat ingin tahunya agak tinggi ketika itu, Dia membuka salah satu dari kotak kayu tersebut. “Woa! Navy 05N! Dari mana kau dapat?”

Pole menolak rambutnya dengan bangga. “Like what you see your Hightness. It’s take a lot of charm to get this baby.”

Ellen tertawa janggal. Dia tak tahu macam mana Pole boleh dapat senjata canggih tu, sedangkan dia sendiri susah nak dapatkannya. Dan Ellen tak nak tahu cam mana Pole dapatkannya. Biarlah jadi rahsia. “Aku pasti kau hebat dalam babak-babak ‘charm’ ni.” Ellen memandang kearah beberapa lagi kotak yang mempunyai chop yang berlainan. “Chop merah untuk senjata. Hijau dan kuning pula untuk apa?”

“Hmm? Oh, Hujau untuk bahan mentah dan hasil ‘buruan’ kitorang. Kalau Kuning pula barang penting untuk kapal ni. Spare part, besi dan macam-macam lagi.”

“Wow… kau atur semuanya dengan baik. Patutlah kau jadi Stock Girl dalam kapal ni.” Ellen mendongakkan kepalanya melihat ke arah bahagian enjin kapal. “Siapa yang buat Enjin? Aku dengar khabar angin yang Kapal Axerialeth lain dari yang lain.”

“Dulu, Nuez yang jaga Enjin tapi Nightblue ambil alih tempat tu dan cipta Supernova.” Pole melihat wajah terkejut Ellen. “Aku tahu Siapa NightBlue tapi jangan risau. Aku sayangkan Miracle. aku takkan buat something yang akan buat dia sedih.”

Ellen memandang Pole lebih lama. “Kau akan satukan Rick dengan Miracle ke?”

Pole tertawa kecil. “Tuanku tak perlu risau. Itu Miracle yang tentukan. Aku hanya melihat dan menghalang jika something berlaku antara mereka berdua.”

>X<

Glend melihat Miracle dari cermin tengah yang sedang membuat pengiraan kos untuk membuat benteng Sylvianne itu. “Mira~ kau patut rehat.”

Mira mendongak, memberi senyuman kepada Glend. “Don’t worry. Aku tak buat apa-apa pun ni hari kecuali menyibuk kat construction tu.”

Glend mengangguk dan kembali tumpukan perhatiannya pada jalan. Bukan itu yang aku risaukan… Kau terlalu banyak guna kuasa CR. Kuasa tu ada kesan sampingannya dan kau takda antidote untuk liquid tu desis hatinya risau.

“Bila kali terakhir kau tambah kuasa?” Glend mula menyoal membuat Miracle tertangguh dengan kerjanya.

Dia menjeling kearah Glend untuk seketika sebelum sambung membuat kerjanya semula. “Glend, aku kata jangan risau.” Dia melihat huruf dan nombor atas kertas putih itu tapi mindanya kea rah lain. 10 hari lalu. Dia patut dapat kesannya pada bila-bila masa sahaja tapi dia tak kisah sangat pasal benda tu. Ada perkara lebih penting dari itu.

Dia termenung jauh keluar tingkap kereta. Adakah hidup di dunia luar buat kita keliru dengan diri kita sendiri? Adakah hidup di dunia luar memaksa kita untuk buat pilihan? Adakah kehidupan di dunia luar kita perlu korbankan segalannya yang kita sayang?

Miracle mengeluh. Aku tak patut berharap sesuatu yang tinggi, Aku takkan tanya Glend apa akan jadi pada aku sebab aku dah putuskan sendiri masa depan aku dan aku takkan benarkan sesiapa ubah fikiran aku lagi. Miracle melelapkan matanya. Rick… maafkan aku.

>X<

Rick mengusap belakang lehernya bila dia rasa seram sejuk. Dia memandang kearah pintu bilik Enjin itu sepertinya mengetahui seseorang akan masuk ke bilik tersebut. Namun, tiada siapa yang datang.

“That’s weird…”

Rick, do you here me? Speaker testing one two three~~”

Rick menekan butang speakernya. “aku dengar. Kau dengar tak suara aku?”

Loud and clear capn’! Oh dan Tunang Ellen ada kat bawah. Dia datang nak lawat kita.”

Rick kaku untuk sementara sebelum bersuara. “Roger that.”

Apa NightBlue buat kat sini?

Rick turun ke Third base menggunakan tangga sebab menggunakan lift sangat merbahaya sekarang ni. Dia terpaku di mulut kapal bila dia terlihat NIghtBlue yang memakai gaun serbah biru awan. Dia tak lihat NightBlue tapi Miracle.

Rick menggeleng laju. Dia kena berhenti fikir seperti itu. NightBlue bukan Miracle dan NightBlue dah ada tunang.

“Ah Rick!” Spring yang bercakap dengan Miracle perasan kehadiran Rick dan melambai kearahnya.

Miracle berputar memandang Rick dan mata mereka bertembung. Kali ini Miracle kaku. Dia lihat Rick yang berpakaian casual yang kotor dengan minyak hitam. Rambutnya kusut masai kerana topi yang dia guna. Mukanya juga kotor. Dia juga tak terlepas pandang otot Rick. Gosh, sejak bila Ricky jadi mascular??

Miracle segera berpaling dan memegang kedua pipinya. Tak Mira tak! Jangan nak mengada sana!!

“Night, kenapa muka kau merah?”

Miracle mendongak dan mukanya dengan Manda sangat dekat. Dia terus berdiri seperti biasa. “N-Nothing. Bengkel ni rasa panas sangat. Ha-haha-hahahaha…” Dia paksa ketawanya sambil pandang kearah lain.

Manda hanya diamkan diri untuk seketika sebelum tangannya melayang kearah Miracle tapi Miracle segera menahannya. “Wow… cantik tindakan reflex kau.”

“Thanks.” Miracle tersenyum di sebalik topengnya.

“Aku nak ke Bandar untuk beli supplier. Glend, kau boleh tolong aku tak?”

Glend menjungkit kening. “Nak aku temankan kau cari supplier apa?”

“Perubatan. Aku perlukan aid kit yang baru.”

Glend memandang Miracle seperti meminta kebenaran dan Miracle mengangguk. Dia memandang kearah Manda semula. “Okay.”

Manda tersenyum manis tanda terima kasih dan bergerak keluar dari bengkel bawah tanah itu bersama Glend.

“Glend… aku nak tanya sesuatu.”

“Apa dia?”


“Kau suka cerita dongeng tak?

Comments

  1. Nak lg angah...makin best...tak cukup la satu bab je...

    ReplyDelete
  2. huhu.... maaf lambat update ;P final exam dah nak dekat and kena focus study for a week or two But No worries! Lepas habis semester ni Angah sentiasa update.... but no promises ^_~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts