Axerialeth: SOD -Twisted feeling-

Bab 20

Bilik putih. sejuk dan berbau banyak jenis ubat. Cahaya terang menyilaukan mata..

Aku di mana?

Miracle membuka matanya dengan perlahan mengetahui dia berada di atas katil bedah dengan kedua tangan dan kakinya di ikat.

Matanya jatuh kearah troli yang penuh dengan bahan bedah. Yang buat dia panic ialah sejenis batu dan liquid dalam botol yang mempunyai warna yang sama.

Dia terus panic dan bergelut untuk melepaskan diri. “Tak-Tak! Tak mungkin!”

Macam mana dia boleh ada di tempat tu? Bagaimana dia boleh tertangkap?

Satu suara yang sangat di kenali tertawa kecil bergema dalam bilik tersebut. “My little Angel… takda gunanya kau bergelut.”

Satu Figura keluar dari kegelapan di penjuru bilik itu dengan senyuman sinis yang menghantui malam-malam Miracle. “Z-Zeloid…”

Zeloid memetik jarinya memanggil empat orang saintis masuk kedalam bilik tersebut dan mengelilingi Miracle. Menahan dan mengetatkan lagi ikatan Miracle. “Tidak! Tidak! Lepaskan aku!”

Zeloid tertawa. Dia berjalan mengelilingi Miracle dan berhenti di sebelah troli. Dia mengambil jarum yang berisi liquid CR cuma warna liquid itu kelihatan berlainan dari apa Miracle pernah terima.

“Ini ialah experiment terbaru yang kami temui semasa ketiadaan kau, experiment M27. Kau tahu tak berapa banyak nyawa terkorban atas ketiadaan kau untuk uji penemuan terbaru ni?” Soalnya dengan gerun. “kau dah bunuh lima orang yang tidak bersalah.”

Miracle cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari cengkaman saintis itu. Matanya tertumpu pada jarum tersebut. “A-Aku tak…. Tak mungkin—”

Zeloid tersenyum sinis. “Kalau kau tak melarikan diri. tentu mereka masih hidup, tak terseksa secara perlahan, merintih meminta untuk mati dari menerima liquid ini. mereka hanya bertahan tidak lebih dari tiga hari. bayangkan M27. Tiga hari… betapa sakitnya liquid ini mengalir dalam badan mereka untuk mengawal kuasa yang sangat luar biasa ini.”

Miracle menjerit bila Zeloid menyentuh lengannya. “Tak! tak! Aku minta maaf, t-tolong jangan cucuk aku!” rayunya dengan tangisan.

“Tsk. Tsk. Tsk. Kau kena terima hukuman kau sebab melarikan diri dan membunuh rakan kau.”

Miracle mula bergelut sekuat hatinya tidak ingin cecair tersebut masuk dalam badannya. “T-Tolong! Sesiapa tolong lepaskan aku!”

Mereka semua tertawa mendengar jeritan minta tolong Miracle. “Tiada siapa ingin selamatkan kau M27. Kau hanya seorang dalam dunia ni. Hanya kau seorang, tiada siapa akan tolong perempuan yang menyusahkan macam kau.”

Aku bersendirian? Tak mungkin… Adakah aku betul-betul bersendirian?

Dia merasakan benda tajam di cucuk pada lengannya membuat dia menjerit dengan kuat. “Tidak! Aku tak nak! Sesiapa tolong aku! Please Help me!” Dia mula merasakan cecair tersebut mengalir dalam badannya dan anak matanya naik keatas. Kepalanya rasa seperti nak meletup dan badannya menjadi kejang. Keras membatu.

Ia lebih sakit dari sebelumnya. Seperti satu badannya nak meletup dan lebur pada masa yang sama.

“A—Ah… Ak—Aaaa..” mulutnya mula berbuih. Badan menggeletar dengan kuat. “R-R—Rick…”

“RICK!”

Miracle terbangun dari tidurnya, memegang dadanya yang naik turun dengan laju. “I—Cuma mimpi..” Air mata Miracle mula bergelinang. Walaupun ia mimpi, dia tetap rasa sakit dari liquid itu. Dia taknak kembali ke tempat itu lagi. Dia nak lari dari tanah yang buat dia terseksa.

Sesiapa tolong bagi sayap untuk terbang tinggi, setinggi yang mungkin supaya masa silamnya tidak lagi menangkap dan mengurung dia dalam kegelapan yang perit. Dia sanggup buat apa sahaja untuk sepasang sayap itu.

Dia menutup mukanya tidak boleh menahan dirinya dari menangis. “Ricky… Ricky….” Rick pernah bagi dia sayap itu tapi dia buang peluangnya kerana dia seorang yang pengecut. Sekarang, peluangnya telah diberikan kepada orang lain. Dia kembali ke mimpi ngerinya dan mungkin tidak dapat lagi sayap yang dia nakkan.

>X<

Rick mengusap belakang lehernya. Rasa resah pada malam yang sunyi itu. Kenapa dengan dia ni malam?

Rick merenggangkan badannya yang sakit kerana membaiki enjin kapal tersebut tanpa henti dari tadi tengahari. Sepatutnya bukan Rick yang buat semua ni tapi dia tak percayakan sangat pekerja  Ellen.

Sejak hari pertama dia jumpa lelaki tu, dia dah tak suka Putera Ellison dari kerajaan Sylvianne tu. Walaupun dia baik giler dengan mereka dan dah tahu yang Rick pernah nak bunuh tunangnya. Lelaki tu sememangnya baik. Baru-baru ini lelaki itu juga gandakan pekerjanya untuk baiki Azerialeth.

“Dia terlalu baik.” Bisik Rick. “Dan itu sangat musykil.” Rick meletakkan playar kedalam kotak nya semula. Cukup untuk ni malam, esok dia akan sambung dengan pertolongan pasukannya.

Rick meramas rambutnya malas nak fikir semua perkara tu. “Esok ada meeting dengan mereka semua! Kena tidur sekarang.” Dengan hati yang lega Rick bergerak turun dari enjin besar itu dan hentakan kakinya bergema. DIa terdiam seketika.

Sangat sunyi.. Dah lama dia tak dengar bunyi bergema dalam kapal itu. Kali terakhir ialah semasa dia bersendirian dalam kapal tersebut setelah seluruh keluarganya mati. Tapi tak lama kemudian, satu persatu anak kapalnya datang memenuhi gelak ketawa dalam kapal yang sunyi itu.

Rick tersenyum sendiri. Selepas kapal itu di baiki dan kembali ke udara, kapal tersebut tidak akan sunyi lagi. Ben dan yang pasti akan buat bising dan takkan biarkan Rick bersendirian menikmati harinya dengan tenang.

*CLANG*

Rick berpaling kearah bunyi tersebut. “Siapa tu?”

“Alamak..!”

Suara perempuan… desis hati Rick. Jadi dia tak risau sangat, kalau lelaki dah tentu dia lebih berjaga-jaga tapi itu tak bermaksud dia tak keluarkan pistolnya. Rick bersembunyi di belakang sebuah mesin penyejuk udara dan mengintip di tempat suara itu datang.

“Boo.”

“Ack!” Rick jatuh terduduk bila si mencurigakan rupanya ada di sebalik mesin itu. “Wh-NightBlue!”

Miracle mengangkat tangan peace. “Good Evening.”

Rick menarik nafas dalam sambil mengurut-urut dadanya. Melihat NightBlue berpakaian gelap, seluar jeans tight warna hitam, jaket berhoodi warna hijau gelap. Tambahan pula pakai mask gas mini buatan sendirinya.

“Apa kau buat di sini?”

“A midnight stroll.” Miracle kembali berdiri dan bersihkan seluarnya yang kotor dari debu lantai tersebut. “Aku tak sangka aku akan sampai ke sini.”

Rick turut berdiri. “Aku tak sangka kau akan sampai ke sini. Bukannya kau tak sukakan kapal ni ke?”

Miracle menjeling kearah Rick. “I never said that, you idiot.”

“Siapa kau panggil, idiot huh?”

“Kau lah!” Miracle menarik nafasnya sedalam yang mungkin menenangkan hatinya yang membara. “Geez, kenapa setiap kali aku jumpa kau mesti begaduh.”

Rick tertawa. “Kau yang mula dulu. Kau tahu aku tak suka kalah kan?”

Miracle berdecit. Dah tentu dia tahu, Rick lelaki yang dia cintai dan masih menyintainya. “Anyways, nampaknya kapal ni tak lama siap. Mungkin dalam masa empat ke lima hari lagi.”

“Tiga hari.” Rick bersuara. “Kami rancang nak cepatkan sebab nak selesaikan misi hapuskan CR. Kita tak boleh lengahkan masa, takut CR dapat tahu Axerialeth berada di sini. Aku tak nak ketenteraman kota aman ini terganggu kerana kami.” Rick tersenyum kepada Miracle tapi perempuan dalam penyamaran ini tidak. Hatinya layu mendengar Axerialeth di betulkan dengan cepat. Lebih cepat dari apa yang Miracle bayangkan.

“Hmmm… I like you.”

“A-Apa?” muka Rick naik merah.

Miracle tertawa kecil. “aku kata I like you. Tak sangka kau berfikiran cam aku, nak jaga ketenangan Sylvianne. Aku suka Rick yang ni.” Actually, aku saja nak cakap. Dah lama aku nak beritahu kau tapi aku taknak ambil risiko. “Anyways… Kau pernah keluar nampak Bandar Sylvianne tak?”

Rick menghembus nafas lega. Dia ingatkan NightBlue confess kat dia. “Huh? Takda masa nak keluar. Kapal aku masuk hospital takkan aku nak duduk diam dan biarkan pekerja Ellen baiki dia? No. I don’t trust them.” Rick menjawab persoalannya sendiri. Of course dia takkan suruh orang lain baiki Axerialeth kesayangannya tanpa dia pantau mereka. Macam mana kalau mereka ubah suai Axerialeth tidak mengikut citarasanya?

Typical Ricky desis hati Miracle. “Kau busy tak sekarang? Kita keluar round Sylvianne nak?”
Rick menjungkit kening. Dia segera menyentuh dahi Miracle. “Hmm… kau tak sakit. Kau dah kenapa tetiba baik ni?”

Miracle terus menepis tangan Rick. “Ha-ha Very Funny. Kau nak ke tak nak? Kalau taknak sudah.”

Rick segera menangkap lengan Miracle bila dia nak turun dari bilik tersebut. “Bila aku kata aku tak nak?” Dia segera menarik tangannya. Alamak.. tindakan reflex. “M-maksud aku.. round Sylvianne dalam satu malam? Kau rasa sempat ke?”

Miracle tertawa kecil. “ke tempat yang menarik je.” Dia turun dari bilik tersebut bersama dengan Rick keluar dari bengkel bawah tanah itu ke permukaan semula tanpa kedua dari mereka bersuara.

Tapi, Rick akhirnya bersuara bila mereka tiba di parking lot. “Motobike?!”

Miracle menutup telinganya. “Sorry. Aku terlupa yang aku tunggang motor ke sini. Anyways…” Miracle mengambil helmet spare dari motorsikalnya dan lontar kearah Rick. “Nak aku pandu ke?” Dia mengenyit mata membuat Rick naik merah.

“Of Course aku! Agaklah aku benarkan perempuan tunggang.” Rick segera naik motorsikal. Dia sempat menjeling kearah Miracle bila perempuan bertopeng itu ketawakan dia. “Shut up and hop on.”

Miracle terus menutup mulutnya, hanya tersenyum dan mengangguk. “Kau tahu tak jalan?” Soalnya sambil memakai helmet di atas motorsikalnya.

“Kau cakap je nak belok mana. Aku ikut je lah.” Kata Rick juga memakai helmetnya. Dia mula hidupkan enjin motor dan test power. “Ready Night?”

Night menyentuh bahu Rick. “Of course.”

Rick menarik sengih. “Kau pasti ke kau nak pegang kat situ?”

“Kenapa?” Miracle mula rasa tak sedap hati.

“Heh.” Dia naikkan kelajuan secara mendadak dan break mati membuat Miracle memeluk pinggang Rick. Much better desis hatinya. “Lets go!” Rick terus tunggang dengan kelajuan yang tinggi masuk kedalam Bandar Sylvianne.

Miracle yang di belajang Rick rasa nak meletup kerana malu. Kenapa Rick buat cam tu?! Tapi… Dia tak sangka dia boleh peluk Rick. Miracle merapatkan dakapannya. Mungkin ini sahaja cara untuk dekat dengan Rick.

“So Mi, kita nak ke mana?”

“Belok kanan selepas traffic light kat depan nanti!”

“Alright!” jerit Rick balik sekuat yang mungkin untuk Miracle dengar. Sepanjang perjalanan mereka, Miracle terus memberi arahan kearah Rick pergi mana dan nak ke mana. Sehingga mereka sampai ke destinasi mereka.

“Kita pergi makan?” Soal Rick sebaik sahaja mereka parking di depan kedai makan vintage dan membuka helmetnya.

Miracle menggeleng. “Kita jalan kaki dari sini. Kat hujung jalan ni ada gerai-gerai makan yang sedap. Mereka selalu ada pasar jual beli besar-besaran sebulan sekali.” Katanya tersenyum di sebalik topeng. “Dah jom.”

Tanpa banyak soal, Rick mengekori bekas assassin itu berjalan seiringin denganya beberapa minit sehingga mereka tiba di tempat yang Miracle katakan. “Wow… banyaknya gerai!”

Miracle tertawa. “Sebab tu mereka panggil tempat ni pasar malam. Kat sini mereka jual banyak makanan yang sedap-sedap! Ia macam festival!” sahutnya dengan gembira dan berlari ke kedai berdekatan. “Rick! Cepatlah!”

Rick tersenyum kecil. NightBlue kelihatan gembira berada di sini dari semasa dia berada di atas kapal dahulu. Mungkin sebab dia tak selesa dengan mereka dulu tak? Ah, lantaklah… dia malas nak fikir.

Mereka menikmati malam mereka di pasar malam itu dengan riang, penuh dengan gelak ketawa dan usikan sesama sendiri.

“Putar!” marah Nightblue sambil bercekak pinggang.

Rick tertawa dan berputar. “Fine. Cepat sikit makan tu.”

Miracle membuka topengnya dan menikmati snak kek panasnya. “Sedapnya~~”

Rick mengeluh tanpa berputar memandang Nightblue. “Kau suka ke makan benda manis cam ni?” Soal Rick memandang snacknya sendiri. Dia hanya makan segigit dan taknak lagi makan sebab manis sangat. “Sweettooth.”

“Well, sorry for being a sweettooth tapi untuk lab rat macam aku tak pernah rasa benda seperti ini dalam seumur hidup aku. Yang lain tentu sukakan benda cam ni kalau dorang—” Ayat Miracle mati di situ sahaja. Dia terus membuang makanannya kedalam tong sampah. “Aku dah habis makan!” sahutnya dengan gembira.

Rick dengar bunyi makanan di buang tapi dia buat tak tahu. Dia faham maksud NightBlue. “Cepatnya!”

“Jom! Kita ke tempat lain lagi.” Sahutnya dengan gembira dan menarik Rick ke tempat mereka parking motorsikal mereka.

Mereka teruskan perjalanan mereka ke tempat lain pula di mana tempat tarikan yang ada di Bandar Sylvianne itu. Setelah pergi ke beberapa tempat, mereka akhirnya berehat di tepi Jeti yang terletak di kaki Kota Sylvianne.

Rick membuat batu loncatan sambil bercerita dengan Miracle. “Yes! Lapan. I break your record.”

Miracle mencebik. “Fine whatever.” Dia duduk di hujung jambatan itu dan membuang batu dalam tangannya. “Kau selalu menang.

Rick tertawa dan duduk di sebelah Miracle. “Haaaa… dah lama aku tak berseronok cam ni. Night..”

“Hmm?”

“Thanks.” Katanya dengan senyuman yang boleh buat hati para wanita cair. Yup, Hati Miracle cair. Hatinya yang dia sedaya upaya bekukan untuk Rick tetap cair. Memanaskan dadanya yang sejuk atas kehilangan Rick dalam hidupnya.

Miracle mengangguk kecil, memandang kakinya yang tergantuk di atas lautan malam itu. “You welcome. Yea… thanks jugak sebab temankan aku keluar. Aku dapat alihkan perhatian aku dari mimpi buruk.”

“Mimpi buruk?”

Miracle mengangguk. “Yup. Setiap kali aku tambah kuasa CR dalam diri aku, kesan sampingan akan kena kat aku. Mimpi buruk. Ia boleh menjejaskan kesihatan aku.” Dia mendongak memandang langit malam yang penuh dengan bintang berkelipan. “It’s feel so great!”

Rick tersenyum kecil. “Sebab tu ke kau tetiba baik dengan aku?”

Perempuan itu menggeleng. “Nope. Aku juga nak baiki hubungan kita. Time kat kapal dulu, we misunderstand each other. So, before it’s to late, aku nak baiki hubungan kita dan hilangkan salahfaham antara kita.” Miracle memandang jauh ke horizon dunia di mana ia memisahkan lautan dan langit malam. “Aku terlalu takut nak percayakan orang lain untuk tolong bebaskan lab rat seperti aku dari CR. Di tempat aku membesar dalam base rahsia CR, aku hanya ada Spring, LK54 dan” Miracle menarik nafas panjang. “….K012 sebagai kawan. Hanya mereka sahaja yang bertahan menjalani pelbagai ujian sadist dari saintis-saintis tu. Sorry sebab tak percayakan kamu boleh tolong aku dan Spring bebas dari CR.” Miracle memandang Rick dengan senyuman tawar. “Maaf untuk segalanya Rick. Maaf sebab tak percayakan kau selama ni.”

Rick hanya diamkan diri memandang wajah Miracle melalui pantulan cahaya bulan penuh. Lelaki itu tersenyum. “Then… trust me with all your heart. Kali ini, Percaya kat aku yang aku akan selamatkan kau dari penjara mimpi ngeri kau.”

Miracle mengangguk setuju dan hulurkan tangannya. “Mari kita ulang semula. Hi, Aku NightBlue, harap kau akan tolong aku dan Spring bebaskan kawan-kawan kami dari cengkaman CR. Oh, aku akan lakukan apa sahaja untuk bantu kamu semua.”

Rick memandang tangan kecil Miracle untuk seketika sebelum tersenyum mengalah. Perempuan ni mengelirukan aku desis hatinya. “Rick. Aku juga akan buat apa sahaja untuk selamatkan mereka semua dan termasuk kau.” Rick mencium jari jemari Miracle membuat muka perempuan itu nak merah. Rick tersenyum nakal. “Hope you’ll be nice to me.” Dia mengenyit mata.

Kalau kepala Miracle boleh meletup, dah lama dia menjadi gunung berapi meletupkan lava panas dalam badannya. Mukanya merah, telinganya panas, satubadannya panas. Kenapa hanya satu tindakan flirty Rick boleh buat Miracle naik gila macam ni??

Miracle segera menarik tangannya dan berpaling. “S-Stupid. Jangan nak naik kepala bila aku dah bagi muka kat kau.”

Rick tertawa besar membuat muka Miracle tambah merah dari sebelumnya. “What are you laughing at?!”

Captain kapal Axerialeth ini menggeleng. “Nothing. So my new… Friend. Kau dah selesai bagi aku tour kat Sylvianne? Apa kata kita balik sekarang?”

Miracle mengangguk kecil. Hatinya layu bila dia ketahui waktunya bersama dengan Rick telah berakhir tapi dia tidak boleh minta lebih, takut dia akan terlanjur. “Okay. Let’s go.”

Rick memberikan helmet Miracle dan kedua mereka naik atas motorsikal tersebut. Miracle memeluk pinggang Rick dengan erat.

“Istana?”

Miracle menggeleng lemah. “Guess house.” Rick mengangguk dan terus bergerak ke rumah tamu.
Miracle merehatkan kepalanya di belakang Rick dan memandang cahaya Bandar pada waktu malam yang lalu seperti laser. Walaupun terdapat banyak cahaya di hadapanya, namun di belakang Miracle sangat gelap. Seperti dirinya. Wajahnya penuh dengan kegembiraan tapi hatinya sedih dan sangat sakit.

Ini yang aku pilih, aku kena tanggung akibatnya desis hati Miracle menahan tangisan dari mengalir ke pipinya.

I wish the time just stop where we can be together where we forgot our problem for a while and laugh with each other to never ending happiness but… that’s all a dream. Every dream must come to an end and face the reality.

>X<

Miracle memandang wajah tidur Spring. Dia nampak tenang, tiada mimpi ngeri atau jeritan pada waktu malam. Baguslah, dia taknak lihat Spring terseksa lagi.

Dia mengusap lembut rambut perempuan itu dengan lembut. Membelainya dengan penuh kasih sayang. Sampai bila dia akan bersama Spring? Dalam masa tiga hari dia dan spring akan berjuang untuk kebebasan tapi setelah itu mereka akan berpisah mengikut haluan masing masing.

Spring akan jaga Rick untuk dia. Suatu hari nanti, Rick akan lupakan Miracle dan membuka hatinya untuk Spring. Miracle menutup matanya, menahan air mata dari mengalir keluar.

Sebanyak mana pun aku cuba cakap macam tu, aku tetap tak boleh terima hakikat yang aku akan kehilangan mereka semua. Kenapa ia mesti jadi begini? Kenapa aku harus buat pilihan yang buat aku kehilangan segala-galanya?

Miracle keluar dari bilik itu tidak ingin mengganggu Spring. Dia pergi ke taman belakang rumah tersebut, menenangkan minda dan hatinya kembali. Dia mendongak memandang bulan penuh, menyinari cahayanya pada taman kecil itu, menemani malam sedih Miracle.

Setelah balik dari keluar bersama Rick, mereka mengucapkan selamat malam sesama sendiri sebelum kembali ke bilik masing-masing. Mungkin ia ucapan biasa bagi Rick tapi ucapan tersebut seperti ucapan ‘selamat tinggal’ bagi Miracle. Dia takkan dekat dengan Rick lagi, dia akan cuba lupakan Rick dan maju ke hadapan.

Kehadiran sesuatu membuat badan Miracle menjadi tegang dan segera tunduk mengelak satu serangan yang sangat pantas dari belakangnya. Dia berputar melihat siapa yang membuat tendangan tersebut.

“Manda?”

Manda tersenyum sinis. “nampaknya puteri Sylvianne kita masih bangun. Kenapa? Having nightmares ke? Mimpi buruk apa yang kau dapat setelah semua impian kau dah tercapai, hah puteri?”

Adakah Manda menyindir dia? “Manda, kenapa dengan kau ni?”

 Manda membuat posisi bersedia dengan dua batang baton di tangannya. “figure out yourselves.” Dia menyerang Miracle dengan batonnya tapi Miracle menahan serangan tersebut dengan tangannya. Manda segera berputar 360 darjah untuk buat tendangan ke muka Miracle. tapi Assassin ini segera mengelak denan membuat back flip kebelakang. Jauhkan diri dari Manda dalam 5 meter.

Manda tersenyum sinis melihat posisi bersedia Miracle. “Nak dengar cerita dongeng tak?”

Dahi Miracle berkerut. “Apa?”

“Once apon a time…. There’s a fairy who was trapped in a cage for her whole life and never taste the sun on her face.” Manda berlari kearah Miracle, menyerangnya sekali lagi tapi apa yang Assassin ini buat ialah mengelak serangan tersebut. “Fight me!—Dia di kurung oleh raja yang kejam kerana kuasanya yang sangat berharga. Namun, fairy ini dapat melepaskan diri dan buat kali pertamanya bebas menerokai dunia di bawah matahari.” Manda low kick Miracle membuat Miracle jatuh di atas lantai.

“namun sayapnya yang lemah tidak membantu dia lari jauh dari istana raja tapi dia mendapat bantuan dari rakyat biasa dengan mendapatkan sayap baru. Semenjak dari hari tu dia dapat terbang JAUH—” Manda mengelak tendangan Miracle dan berdecis.

“Apa kau cakapkan ni Manda?”

“Just listen!” marahnya dan kembali berlawan dengan Miracle. “Disebabkan kebaikan fairy itu, Rakyat jelata sukakan dia tapi kebaikannya buat rakyat jelata terseksa kerana Raja. Mereka nak tolong fairy tu bebas dari cengkaman raja tapi tak. Fairy tersebut serahkan dirinya semula kepada Raja tersebut setelah apa rakyat tersebut berkorban untuk keselamatannya.”

Ayat tersebut membuat Miracle terpaku dan mendapat tendangan dari Manda. Dia jatuh ke tanah masih dalam keadaan terkejut. Dia cerita pasal aku ke? Desis hatinya. Miracle segera mengelak Smack foot Manda dengan berguling ke tepi. Dia kembali bangun dan menyentuh kain topengnya. Darah.

“Heh, kuat juga tendangan kau.”

Manda semakin membara dan sekali lagi menyerang Miracle. “Mereka ingatkan Fairy tu dah mati tapi rupanya dia sekali lagi melepaskan diri dan tak pernah sekali pun terfikir ingin kembali kepada rakyat yang telah membantunya. Malah, dia ke kerajaan lain tinggal bersama seorang putera!”

Miracle rasa sakit mendengar cerita itu. Makan dalam. Miracle menangkap penumbuk Manda dan memulas badan perempuan itu membuat dia bertiarap di tanah. Miracle menepuk tangan tanda dia selesai menjatuhkan Manda.

“Dia buat semua tu mesti ada sebab.” Sahut Miracle memandang Manda bangun.

“Shut it!” Dia menyerang lagi. “Dia berlindung di bawah kuasa yang lebih besar. Dia tahu yang rakyat tu takda kuasa untuk bantu dia. Takda harta atau perlindungan yang kuat untuk dia sebab tu dia berpaling kearah Putera!” Manda menjerit sambil menghayun batonnya ke muka Miracle.

Miracle menangkap serangan itu dengan tangannya sendiri. Menarik satu baton dari tangan Manda dan membuang jauh ke tepi. “That’s enough Manda.”

Manda berdesir marah. “No! Fairy tu tinggalkan orang yang dia sayang dalam kalangan rakyat tu, patah hati dan menjauhkan diri dari rakan-rakannya sebab dia fikir fairy yang dia sayang dah mati.”

Miracle menggenggam penumbuknya di sisi. “Dia dah temui orang lain! Fairy baru datang ke rakyat tersebut. Dia dah lupakan Fairy tu!” Miracle pula menyerang Manda. Jangan nak kelirukan dia! “Kalau dia patah hati pun, kenapa dia nampak baik-baik sahaja?! Lelaki tu tak pernah pun fikir pasal Fairy tu!”

“Kau salah!” Manda menghayunkan penumbuknya dan Miracle menangkapnya sekali lagi. Manda menolak penumbuknya sekuat yang mungkin, memandang mata Miracle dengan tajam. “Dia jatuh. Setiap hari hatinya yang rapuh makin hancur melihat fairy itu bersama putera raja. Lelaki itu berikan segalanya kepada Fairy tersebut, sayap baru, kebahagiaan, pengalaman dan pengetahuan. Mengembara ke tempat baru! Tapi apa yang Fairy tu balas kat lelaki malang tu?” Manda menghayun penumbuknya lagi satu, segera Miracle mengelaknya membuat dia melepaskan tumbukan Manda. Manda ambil keputusan ini untuk buat 360 darjah low kick, menjatuhkan Miracle sekali lagi.
“Fairy tersebut berpaling muka, belot dan tipu dia.” Katanya mengetap gigi menahan marahnya yang amat.

Miracle merenung tajam kearah Manda. “Dia tak tahu pun Fairy tu bersama Putera raja.”

Manda menarik sengih dan ketawa paksa. “Hah! Itu yang Fairy tu nak dia fikirkan. Lelaki tu tahu Miracle. Dia tahu siapa kau sebenarnya. Sebanyak mana pun kau sembunyikan identity kau. Rick boleh lihat menembusi ketebalan penyamaran kau tu!” akhirnya Manda bersuara membuat Miracle terdiam.

“Sambung cerita.” Katanya dengan senyuman sinis, puas hati melihat riaksi Miracle. “Sekarang, salah seorang rakyat jelata itu mengetahui siapa Fairy itu sebenarnya dan memberi dia peluang. Samada dia nak kembali terbang ke udara bersama sayap yang lelaki itu simpan untuknya or give up her wings and stay on the hell ground forever.” Setelah itu, Manda mengambil Batonnya dan kembali masuk ke dalam rumah itu semula. “Think Miracle. make a choice, then we make ours’.”

Miracle hanya kaku dalam posisinya. Dia tak dapat bergerak kerana mindanya memproses ayat yang Manda katakan.

Rick tahu aku Miracle… Sejak bila dia tahu? Macam mana dia boleh tahu? Jadi.. dia tahu aku dan Ellen… Miracle menutup matanya menyembunyikan air matanya yang nak mengalir. Tak… tak…. Dia tak boleh kelihatan lemah.

"Fairy tu terpaksa bersama putera raja tu." Miracle bersuara membuat Manda berhenti di depan pintu masuk rumah.

"Apa?"

Miracle membuka topengnya dan mengelap darah yang ada di mulutnya sebelum berkata; "Fairy tu mesti menjadi orang penting di negara putera itu untuk melindungi rakan-rakannya. Di mana lagi nak letak rakan sespisis dengannya kalau bukan di negara Putera tu? dunia tu tak terima fairy yang mempunyai kuasa magic. mereka akan buru kami dan guna kami untuk kepentingan mereka sendiri.

Miracle mendekati Manda, memandang tepat kearah matanya dengan serius. "Seseorang kena berkorban untuk keselamatan mereka dan di situ 'Fairy pembelot' tu berdiri. Tanpa Fairy tu, rakan-rakannya tidak akan percayakan putera raja tersebut. takut mereka akan di gunakan. Sebab tu aku tinggalkan Rick, Manda. Untuk kebaikan mereka."

Miracle diamkan diri untuk sementara waktu menunggu jika Manda ingin katakan apa-apa, namun tiada. "Aku sakiti dia. ya. aku tahu. kamu patut benci aku setelah apa aku buat dekat kamu semua. Aku terima semua tu. aku berhak dapat semua tu tapi... aku tak boleh tinggalkan mereka Manda. Mereka seperti aku, perlukan sokongan untuk teruskan hidup. seperti kamu tolong aku." 

Miracle tersenyum kecil dan menepuk bahu Manda dengan lembut. "That's the end of the Story. everyone is broken heart but its for the good." dengan itu Miracle masuk kedalam meninggalkan Manda yang tergamam mendengar kata-kata Miracle.

Dia dah plan semua ni... dia tahu dia boleh kembali pada Rick tapi di sebabkan salah faham dengan Spring... Tak... Sebab dia bertanggungjawab atas Eksperiment CR..... Oh, apa Rick akan kata kalau dia tahu tentang ni... Desis hati Manda.
>X<
Sementara di Bilik Rick. Captain Axerialeth ini berada di balcony dengan segelas air keras dalam tangannya. Dia memandang bulan penuh pada langit malam.

“Mira… Kenapa kau buat macam tu?” Soalnya di tujukan kepada orang yang tiada di situ. “Smiling like that when you know you hurt so much?”

Rick mengeluh sambil tersenyum tawar. Dia teringatkan masa mereka keluar ke banda Sylvianne, menikmati masa mereka bersama tanpa memikirkan dinding yang memisahkan mereka berdua.

Rick memandang tangannya yang telah memegang tangan Miracle. Dia sangat dekat namun tersangat jauh. Susah untuk mencapainya sekarang. Dinding di antara mereka menghalang Rick untuk menyentuh Miracle.

Walaupun terdapat dinding memisahkan mereka, menyakiti hati mereka berdua. Kenapa Rick lihat Miracle masih boleh tersenyum, bersenda ketawa? Bagaimana dia boleh topengkan kesedihannya? Dan kenapa Rick tidak boleh?

Dia menyentuh dadanya yang mula sakit dari luka lama. “Kenapa hati ni tak berhenti mencintaimu? Ia sakit melihat kau menyakiti dirimu.”


Rick menutup mukanya dengan tangannya, air mata yang dia tidak ingin mengalirkan telah mengugutnya. “Miracle… stop torture me. Don’t put me into your misery.”

Comments

  1. Waa...dah nak klimaks...lg angah...

    ReplyDelete
  2. Waa...dah nak klimaks...lg angah...

    ReplyDelete
  3. Wooohooo <3 <3 <3 masih struggle dengan plot cerita hahahaha BTW thanks Salmi sebab sentiasa membaca ^_~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts