New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Monday, 26 October 2015

Axerialeth: SOD -A dance to remember-

Bab 23

Glend merenung tajam kearah Miracle. renungan yang Miracle cuba elakkan dari bertemu mata kerana renungan tersebut boleh sampai ke lubuk hatinya. Actually, Glend buat renungan tu pun dah buat Miracle tak selesa.

“Okay fine! I cried, can you please stop staring at me like I’m sort of a criminal to you.” Miracle akhirnya mengalah membuat Glend tersenyum puas.

“dan kenapa kau boleh-Oh no.” Glend mengangkat tangannya tanda dia batalkan persoalannya. “Aku tak nak tahu bagaimana atau kenapa kau menangis yang aku nakkan sekarang ialah kau focus untuk majlis tari menari ni malam. You’re not even listening to anything I just said for the last 30 minutes!”

Miracle mencebik. Ikutkan hati bukan sahaja dia buat tak endah dengan ceramah panjang Glend malah dia tak nak datang ke dewan peribadi tu. “Tak boleh ke aku skip majlis ni? Hanya sekali?”

“Over my dead body.” Kata Glend menarik Miracle ke tengah-tengah bilik. Dia memandang kearah mini okestra yang ada di hujung bilik itu dan memberi signal untuk mainkan lagi waltz. “Kau tak boleh bagi alasan tak munasabah time majlis ni malam. Kau nak bagi alasan kau demam ke, sakit tenat ke, atau dapat cancer ke…aku tak kesah. Kau kena datang juga ke majlis tari menari ni malam.”

Miracle mengeluh. Mereka berdua berada dalam posisi tarian waltz di mana Glend menjadi watak lelaki dalam tarian itu. Mereka mula mengikut irama lagu yang di dendangkan oleh okestra di raja itu. “I mean… it’s a masquerade party, tiada siapa tahu siapa di sebalik topeng dan gaun yang aku pakai nanti. Apa kata kau gantikan tempat aku? Kau lagi terer menari dan adab dalam majlis dari aku kan?”

Miracle tersalah langkah dalam tariannya dan tidak sengaja terpijak kaki Glend. “Oh sorry!”

“Ouch!—It’s okay..” Dia terjungkit-jungkit memegang kakinya yang sakit tapi dia kembali berdiri, menahan rasa sakit di ibu jari kakinya. “Aku okay.”

“See! Tarian waltz asas pun aku gagal. You know me than I do Glend. Aku tahu kau dah nampak cam mana aku buat kat majlis tu malam nanti kan?”

Glend menarik nafas dalam dan mengangguk. “Yup, aku nampak sangat kesilapan besar kau tu.” Katanya memandang Miracle dengan serius. “Tapi, itu bukan alasan untuk kau skip majlis ni. Aku nampak kau hadir dalam majlis tu bermaksud kau kena hadir walau kau kena lawan dunia ni!” sahutnya naik okta dua menyebabkan okestra mereka berhenti bermain.

“Take five.” Miracle kata kepada okestra di raja dan kembali kepada Glend. “Tapi aku tak sesuai dengan benda macam ni. Kau takpe lah. You are all, noble, high pride, elegent and princess’s like attitude. While me; all blood, bullet and kill. Tak sama Glend. Jaaaaauuuuhh beza dia.”

“Alasan, alasan…” Glend mengipas-ngipas tangannya tanda menolak alasan Miracle. “Sekarang, kau ada 5 jam belajar menari sebelum majlis tu bermula dan persiapan untuk gaun kau nak makan sejam lebih. Minus that, kau ada tiga jam untuk master tarian waltz.” Glend memandang jam tangannya dan mengeluh. “Urrghh… aku lupa aku kena jumpa tunang kau kat tempat pembinaan.”

“So, go.” Kata Miracle sambil buat tangan menghalau. “Mesti hal penting kan?”

“Yea but takkan aku nak tinggalkan kau sendiri. Takut kau pergi panjat bumbung orang lain lagi.”

Miracle tertawa. Apa? Cara miracle membuang masa ialah mengasah bakat assassinnya selain sibuk membina benteng CR itu. Entah macam mana boleh kantoi oleh Glend dan selepas itu Glend sentiasa pantau Miracle hampir setiap masa. “Don’t worry. Aku akan cari cara untuk belajar menari, okay?”

“Hmmm… susah nak percayakan kau ni.”

“Then percayakan aku.”

Mereka berdua berpaling kearah jejaka yang masuk ke dalam bilik kecil itu membuat riak wajah kedua wanita tersebut menjadi gelap dan suram.

“Apa kau buat kat sini, transsexual.” Soal Glend mengetap gigi. “Oh nampaknya kau pakai baju lelaki kali ni.” Glend melihat Pole memakai jubah cina warna putih yang di perbuat dari kain sutera. Rambutnya yang panjang di ikat satu syle loose dan sandangkan pada bahu kanannya. Dia juga tidak memakai sebarang make up dan juga high heels. Walaupun dia berpakaian lelaki, dia tetap kelihatan seperti perempuan.

Pole menarik sengih. “Jangan kata kau terpikat dengan aku, cik adik.” Dia mengusap dagu Glend dengan lembut membuat Glend menjadi merah tapi perempuan itu segera menepis tangan Pole.

“I don’t have time for you Transsexual.” Dia memandang kearah Miracle untuk seketika sebelum kembali kepada Pole. “Get out from here.”

“Nope. Sorry, no can do.” Pole mengendahkan ugutan Glend dan bergerak mendekati Miracle. “May I take this dance?”

Glend memutarkan bola matanya sakit hati dengan ketidaksopanan Pole. Dia menarik lengan Pole suruh dia putar memandang Glend tapi Pole bergerak lebih pantas dengan menangkap tangan Glend. “Aku nak bercakap dengan Mira. Now please leave us alone.”

Glend mengetap giginya sangat marah dengan lelaki ini tapi wajahnya berubah menjadi terkejut bila dia melihat masa depan. Dia menghembus nafas mengalah dan menarik tangannya. “Fine. Kalau kau sakiti Miracle sekali lagi, aku akan pastikan kamu semua terima akibatnya.” Dia berpaling kearah Miracle dan tunduk hormat. “Aku kena pergi dulu, tolong jaga diri kau elok-elok.” Dengan itu Glend keluar dari dewan tersebut meninggalkan Pole bersama Miracle.

Pole tersenyum manis kearah Miracle. “How are you?”

“A little confuse and stuck between to roads.” Jawab Miracle dengan jujur membuat Pole tertawa kecil.

Pole mengangkat tangannya memberi signal kepada pemain music untuk dendangkan lagi waltz untuk mereka. Dia tunduk alaala gentlemen sambil menghulurkan tangannya kearah Miracle. “may I take this dance?”

Miracle menyambut tangan Pole. “Kau akan menyesal nanti.”

“I take my chances.” Katanya sambil mengenyit mata dan mereka berdua menari mengikut irama secara perlahan.

Mereka berdua menari secara senyap kerana suasana yang sangat janggal bagi mereka berdua. Masing-masing memandang kaki mereka atas sebab-sebab tersendiri. Miracle ingin memastikan dia takkan pijak kaki Pole, manakala Pole mencari cara bagaimana nak mulakan perbualan mereka.

“Miracle… Listen.”

Miracle mendongak memandang Pole dengan perasaan takut. “A-Apa dia?”

Pole tersenyum tawar. Adakah dia berkasar sangat dengan Miracle? “Maafkan aku.” Katanya, berhenti seketika. “Aku salah sebab marahkan kau time tu dan aku tak patut buat cam tu setelah apa kau lalui selama ni untuk teruskan hidup.” Dia menarik nafas dalam. “kau pasti ada sebab kenapa kau…. Lakukan semua ni dan kalau boleh—”

“Kenapa aku berkahwin dengan Ellen ialah kerana aku perlukan Ellen.” Miracle sebut perkataan yang Pole tak nak katakan dan berikan jawapan yang lelaki itu nakkan.

“O-Oh… of course.” Pole hanya mengangguk. Dah tentu dia kahwin dengan Ellen kerana dia perlukan lelaki tu tapi… “Adakah kau cintakan dia?”

Miracle menggeleng. “Tak.” matanya mula mengugut untuk keluarkan air mata. “Aku sayangkan dia tidak lebih dari seorang kawan tapi aku perlukan dia Pole, Untuk kawan eksperiment aku.”

“Apa?” Pole terkejut tidak faham maksud Miracle. “Kenapa Ellen?”

Miracle mengeluh panjang. “Di mana lagi mereka yang terselamat patut pergi? Mereka akan jadi seperti aku, berkeliaran di dunia yang tidak mereka ketahui. Merempuh pelbagai dugaan dan mungkin juga di buruh kerana kuasa mereka. Walaupun mereka bebas dari tangan CR, mereka tetap harus di lindungi.” Katanya dengan senyuman pudar. “Aku nak lindungi mereka semua Pole. Mereka dah macam keluarga aku sendiri dan aku taknak mereka lalui apa yang aku lalui.”

Pole memandang wajah Miracle seperti mencari kebenaran dalam kata-kata itu. Mata Miracle mengatakkan segalanya. “Cara untuk lindungi mereka ialah menjadi permaisuri Sylvianne. Miracle kau pertaruhkan kebahagiaan kau untuk orang lain.”

Miracle menggeleng dengan tangisan. Senyuman tetap terpapar di wajahnya. “Nope, one day…setelah aku jadi isteri Ellen, aku akan berusaha untuk kembali melupakan Rick dan cuba untuk mencintai Ellen seperti mana aku cintai Rick sekarang. Aku pasti Ellen juga akan berusaha untuk aku, aku pasti aku akan bahagia dengannya.”

Pole tersenyum pahit mendengar luahan Miracle. “God damnit girl, kenapa kau ni terlalu baik. Spring kata kau lah experiment yang tak berhati perut di dalam kalangan korang, apa yang buat hati kau jadi lembut ni hah?”

Miracle tertawa kecil. “Rick, Manda, Nuez, Ben…” Dia memandang Pole dengan senyuman. “Kau. Korang mewarnai kehidupan monochrome aku. Korang yang mengubah siapa diri aku sebenar dan aku berterima kasih disebabkan itu.”

Pole pula rasa nak menangis, hati wanitanya mula mengambil alih dalam dirinya. “Girl, kau pikul tanggungjawab yang sangat besar untuk badan kau yang kecil ni.”

“Hey. Jangan pandang rendah kat aku okay? aku lebih dari experiment yang menyedihkan.”

Pole tertawa. “Ha’ah. Kau bukan sahaja seorang experiment. Kau juga bekas assassin, si penyamar expert dan lebih mengejutkan seorang puteri! Tell me something Miracle, rahsia apa lagi yang kau ada yang kau tak beritahu aku hah?”

Miracle turut tertawa. “Hmmm…. Aku juga dah siapkan mesin dalam Axerialeth.”

“Hah!” ketawa Pole makin besar. “Sekarang kau seorang pakar engineer! You are something, honey!” Dia mula membawa Miracle berputar-putar dalam tarian mereka.

“Woah, slow down!” sahutnya dengan tawa turut menari dengan Pole.

Pemain okestra melihat keseronokan mereka mula menukar lagi waltz ke irama lagi yang lebih menggembirakan mengikut gerak tarian mereka berdua.

“Let me ask you something, my Queen?”

“Apa dia?”

“Bagaimana dengan gaun kau?”

Tarian mereka terhenti dan begitu juga lagu mereka. Miracle menelan air liur tiga kali sebab Pole menyoal soalan tersebut. Oh my gosh…

Setelah kelas tarian mereka…

“OUCH!!!! Ouw.. Ouw.. Ouw.. Gosh Pole you are killing me!”

Pole tertawa jahat dan menarik tali bengkung dengan kuat hampir buat Miracle mati kekurangan udara. “Badan kau dah naik ke? Asal bendalah ni susah sangat nak di ketatkan?” Dia menariknya sekali lagi.

Miracle menarik nafas dalam menahan penyeksaan Pole yang sememangnya tak masuk akal. “Kenapa aku kena pakai benda ni hah?”

“Duh! Kau kena nampak cantik dalam Ball ni malam. Kau bakal menjadi permaisuri Sylvianne kenalah nampak yang tercantik dalam bilik tari menari nanti.” Katanya mengikat tali bengkung Miracle. “Anyways, bila lagi aku nak hias kau secantik puteri-sememangnya kau puteri sekarang-setelah selesai misi ni?”

Miracle mencebik. “Tapi tak yah lah sampai pakai bengkung ni. Aku tak boleh bernafas!”

“Shush!” Dia buat zip mulut pada tangannya dan mengambil gaun Miracle yang tergantung di dalam almari. Pole melihat gaun Miracle dengan mata yang bersinar-sinar. “Glend pandai cari gaun… aku puji dia untuk tu tapi attitudenya? Jauh ke laut.” Katanya dan menyuruh dayang-dayang yang ada di bilik itu membantu Miracle pakai gaun tersebut di sebalik dinding penghalang.

“Hmmm… macam manalah majlis Ellen adahkan ni malam eh?” Soal Pole sambil duduk memandang keatas melihat corak holy di siling bilik Miracle. “Mesti extravagance kan?”

“Ouch!—Entah lah. Aku sendiri tak tahu.” Miracle bersuara di sebalik penghalang tersebut. “Ellen tak benarkan aku masuk ke bilik tari menari sebab dia kata ianya surprise. Kenapa dia nak bagi surprise kat aku pula? Bukannya majlis tu untuk korang ke?”

Pole mengangkat bahu. “Who knows. Kau dah siap ke?”

“Dah.” Miracle keluar dari sebalik penghalang itu dengan gaun yang di kenakan oleh dayang-dayangnya. Dia sempat mengusap-ngusap skirt gaun tersebut sepertinya menghilangkan kusut pada gaunnya. “So, how di I look?”

Pole menepuk tangan dengan riang. “Oh my Gawsh… you look beautiful! Come here, come here, come here!” Dia menarik Miracle ke meja mekap, menyuruh dia duduk supaya Pole dapat mendandan rambutnya pula. “Aku pasti dia akan tergoda dengan kau!” katanya sambil bermain dengan rambut Miracle.

“you think?” Soal Miracle melihat dirinya dalam cermin. Adakah dia akan memandangku? Miracle menggeleng secara mental. Pasti Pole katakan tentang Ellen, bukan Rick. “Tapi macam mana dia nak tahu aku yang mana satu kalau aku pakai topeng? Dia tak tahu aku pakai gaun apa.”

Pole tertawa kecil. “Jangan risau, kalau dia cintakan kau.. dah tentu dia tahu kau yang mana satu.” Dia mencuit pipi Miracle kerana comel sangat dan mencapai tiara Miracle. “atau kau pakai ni sebagai petunjuk.”

Miracle menggeleng kecil. “hampir semua orang pakai tiara atau perhiasan di atas kepalanya. Jangan nak bagi aku harapan palsu Pole.”

Pole mencapai pula topeng Miracle. “Hmm… kalau cam tu, kau je lah cari dia. Mustahilkau tak tahu cara pemakaiannya. Tentu baju dia lain daripada yang lain.”

Miracle mengangguk. “Betul juga kan? Of course lah dia raja, dah tentu baju dia lebih extravagance dari yang lain.”

Bunyi deringan phone berbunyi tanda Pole menerima panggilan dan segera mengangkatnya. “Oh come on Ben, time sekarang ni pun kau nak kacau aku ke?” wajah Pole berubah menjadi senyuman bila dia dengar apa yang Ben katakan di sebalik talian. “Is that so? First time aku dengar kau beritahu aku tentang benda macam ni.” Pole tertawa. “Dah agak dah. Alright-alright I here ya… jumpa kau kat sana nanti. Uh-huh…” Pole mengangguk dan mengenyit mata pada Miracle melalui cermin. “Ya, aku bawa Manda. Okay? okay. best of luck.” Dia segera mematikan talian mereka bila Ben nak menjerit di dalam talian.

Miracle tertawa kecil. “Kau tak pakai gaun?”

Pole menggeleng. “Nope. Not in this Ball.” Katanya dengan keluhan dramatic. “So, aku kena pergi sekarang untuk bersiap. Jumpa kau kat majlis tu nanti okay? Bye.” Dia memeluk Miracle sejenak dan berlari keluar dari bilik tersebut.

Miracle hanya menggeleng melihat telatah Pole. Dia sememangnya bersemangat dengan babak-babak cam ni. Mungkin Spring dan Manda juga dia dandan ikut citarasanya. Tak mustahil.

Miracle mengambil topengnya yang berada di atas meja, memandang topeng yang terhias cantik itu dengan lama. Ni malam ialah malam terakhir mereka sebelum memulakan misi esok. Dia sepatutnya menikmati malam itu sebaiknya.

Dia dekatkan topeng itu pada bibirnya. “Forget all your trouble and enjoy your life for a night. Just for tonight.” Katanya berbisik. “Miracle… nikmati malam terakhir kau.”

Dia membuka matanya setelah membuat hajat pada hatinya dan memakai topeng tersebut. “Best of Luck, Miracle.”

>X<

Spring mengeluh panjang di dalam kereta limo memandang keluar tingkap. Dia sepatutnya gembira sebab dia pergi ke Majlis tari menari untuk pertama kali dalam hidupnya. Dia di hias cantik oleh Pole dan manda. Tapi… kenapa dia bersedih? Spring mengeluh sekali lagi tapi kali ni lebih panjang dari sebelumnya.

Manda menggeleng. “Spring, jangan buat muka murung cam tu. You look ugly.”

Spring memandang kearah manda dengan wajah yang tidak berubah. “kenapa Rick tak nak join sekali? Ini malam terakhir kita sebelum buat misi! We should have fun together!”

Nuez tergelak. “Don’t worry. Aku bertaruh dengan semua duit yang aku ada yang Rick akan datang majlis ni malam.” Katanya dengan yakin. “Dia tu berlagak sedikit. Suka buat solo entrance supaya semua perempuan pandang kemachoannya masuk kedalam dewan tari menari tu.”

Yang lain tertawa. Yup, mereka semua masak dengan perangai Rick. that Mr. Showoff!

Spring turut tertawa. “Tapi cam mana aku nak tahu dia tu Rick?”

“Easy.” Jawab Ben yang menjadi partner Spring ke majlis itu. “dia ada aura tersendiri. You know him when you see him. Okay?”

Spring mengangguk. “okay.”

Mereka akhirnya tiba di depan pintu Istana dan seorang pengawal di raja membuka pintu kereta untuk mereka. Secara berpasangan, mereka keluar dari kereta tersebut kecuali Nuez yang bersendirian.

“seriously Nu, aku rasa kau ni Gay.” Kutuk Manda yang memeluk lengan Pole.

Nuez menarik sengih. “jangan pandang rendah kat aku. Date aku lebih high Class dari korang semua.” Dengan itu dia bergerak dahulu masuk ke dalam istana.

Spring mendongak memandang Istana yang tinggi itu. Ia kelihatan sangat cantik pada malam itu dengan lampu berkelipan dan juga bersama bintang-bintang malam. Not to mention di sambut dengan mewah. Siap dengan red carpet lag.

Mereka semua masuk kedalam istana mengikut arah pengawal di raja berbaris memberi laluan yang tepat kepada mereka semua ke bilik yang sepatutnya.

Spring memegang erat tangan Ben. “It’s scary yet exciting.”

Ben menepuk-nepuk tangan Spring menenangkan perempuan itu. “Everything will be okay.”

Mereka akhirnya tiba di dalam dewan tari menari dan seperti yang mereka jangka di mana-mana majlis di raja dah tentunya ramai bangsawan hadir di dalam majlis itu dan juga suasananya sangat berbeza dari majlis-majlis biasa.

“Selamat datang Tuan…”

“Kami tetamu istimewa.” Sahut Nuez kepada butler yang berdiri di pintu masuk bilik tersebut.

“Oh of course.” Dia mengambil gelas kaca dan juga garfu yang ada di tepinya dan di ketuk untuk mengambil perhatian semua orang dalam bilik tersebut.

“Ladies and Gentlemen” katanya dengan kuat namun penuh bersopan santun. “Our main guess have arrive. We present to you Mister Nuez from Axerialeth.”

Nuez masuk kedalam bilik tersebut dengan matanya dah aim seorang wanita dan terus bergerak kearah perempuan itu. “Good evening my lady.” Dia mencium tangan perempuan itu dengan nada menggodanya.

“Mister Ben and Miss Off-Spring from Axerialeth.” Butler itu berhenti seketika dan menyambung ayatnya setelah Ben dan Spring masuk kedalam. “Mi-Miss—Mister—Errr…” Dia memandang Pole dengan keliru. Dia ni lelaki ke perempuan? Bukannya lelaki yang pakai baju lelaki ni sepatutnya perempuan ke?

“Just call me Mister for tonight.” Kata Pole dengan senyuman manis.

Butler itu hanya mengangguk. “Mister Pole and Miss Amanda From Axerialeth.” Butler itu diamkan diri hanya memandang mereka berdua masuk dan beramah mesra dengan tetamu yang lain. Dia memandang senarai nama yang ada dalam tangannya. Aik? Dia terlepas seseorang ke? Butler itu berpaling kebelakang. Tiada siapa di luar bilik itu. Dia hanya mengangkat bahu.

Manda menyentuh bahu Nuez menarik perhatiannya dari perempuan bersama Nuez. “Ini ke date kau?”

Nuez hanya menarik sengih. “Maybe. It’s a surprise.”

Manda berdengus. Sempat lagi dia main misteri girl dengan Manda. “Fine… aku akan cari dia sebelum kau jumpa perempuan tu.” Katanya dengan senyuman nakal dan kembali kepada Pole.
Nuez tertawa kecil. “baiklah cik adik... sudi kah beritahu siapakah si jelita di sebalik topeng ini?” Soal Nuez kepada perempuan itu.

Perempuan tersebut memakai holding mask yang senang di buka. Bermaksud perempuan itu hanyalah orang biasa dan tak kisah sangat identitinya terbongkar. She’s an innocent spoiled brat desis hati Nuez tahu sangat dari melihat telatah gedik perempuan itu.

“Saya Cristiana Mondrake anak kepada perusahaan ladang wine terbesar di Sylvianne.” Dia bersalam dengan Nuez cara gedik yang buat Nuez nak tarik balik tangannya tapi dia kena bertahan. “Hmm… saya tak tahu yang kapal Axerialeth akan mendarat di sini. Saya dengar banyak cerita tentang kamu semua.” Dia dekatkan dirinya dengan Nuez, menggoda lelaki bertopeng itu. Perempuan tersebut membuka topengnya. “I never thought that… pakar engineer Axerialeth nampak lebih hensem dari orang gambarkan tentang kau.” Bisiknya menggoda. “May I… see the man behind the mask?”

Nuez tersenyum paksa menahan dirinya dari memutarkan bola matanya. Sebab tu dia tak nak ada makwe! Perempuan semua gedik! Tak termasuk kawan-kawannya.

Bunyi irama lagi waltz bergema di dalam dewan itu membuat Nuez tersenyum lega. “Dear my most beautiful angel, sudahkah kamu menari dengan saya?”

Perempuan itu dengan bangganya menyambut tangan Nuez dan di bawa ke tengah-tengah lantai menari. Dari situ, mata nuez meliar melihat rakan-rakannya menari. Manda dengan Pole, Ben dengan Spring. That’s good, mereka nikmati malam mereka. Mana Miracle?

Matanya jatuh ke lampu solo yang menyinari dua pasangan di atas lantai menari itu. Oh great… tak susah sangat nak cari pasangan di raja ni desis hati Nuez.

“So, enjoy the evening?” soal Ellen yang menari dengan Miracle di bawah sinaran lampu.

“kau sengaja kan pasang lampu di atas kita?”

Ellen tertawa kecil. “What makes you think that? Biar mereka semua tahu yang kau sangat cantik pada malam ni dan juga kau dah berpunya.”

Miracle tak tahan dari tersenyum. Cheesy pick up line. “atau nak jealouskan seseorang?”

“tapi seseorang tu tak hadir pada malam ni.” Kata Ellen membuat senyuman Miracle hilang. “Sedih kan? But it’s okay,yang lain ada datang. Tak spoil lah majlis ni.”

Miracle tertawa paksa. “Y-yeah… kalau mereka tak datang majlis ni takkan berjalan dengan baik.” Miracle memandang pasangan yang menari di sekeliling mereka dan tersenyum. “Aku jumpa Spring.”

Ellen turut berpaling kearah mana Miracle pandang. “Hmm… tentu itu Rick.”

Miracle menggeleng. “Nope. Itu Ben.”

“Oh, macam mana kau tahu tu?”

Miracle mengangkat bahu. “Entah. mungkin aku salah.” Katanya dan kembali tumpukan perhatian kepada Ellen. “So, any surprise for me this evening?”

Ellen tersenyum bernawaitu. “Just wait and see. Tepat pukul 12 malam.”

Tarian mereka di ganggu oleh Glend yang datang mendekati mereka. Dia berbisik sesuatu kepada Ellen. “Mereka dah datang?” Glend mengangguk. “Baiklah, Mira, sudi temankan aku jumpa client penting?”

Miracle mengangguk. “okay.”

“Eherm..” mereka bertiga berpaling kearah Lelaki yang menegur mereka. Lelaki itu berpakaian design yang lain dari tetamu lain dalam dewan itu dengan topeng bewarna perak menutup sebelah mukanya dan kedua matanya. “may I have a dance with the princess?”

Ellen menjungkit kening musykil dengan lelaki tersebut. “Who are you?”

“Just a commoner yang menagih janjinya kepada sang Puteri.” Lelaki itu mengenyit mata kearah Miracle.

Miracle tertawa kecil. “Don’t worry Ellen, it’s Nuez.”

Bila Ellen tahu siapa lelaki misteri itu, dia tersenyum lega dan mengangguk. “Take care of her for a while.”

“As your wish your majesty.” Nuez tunduk hormat dan meminta tangan Miracle setelah Ellen dan Glend pergi meninggalkan lantai tari menari itu.

Miracle menyambut tangan tersebut dan mereka berdua terus menari di bawah lampu mereka.

Ben memandang kearah Miracle yang berganti partner dan menarik sengih. “Tak guna punya lelaki.”

“kenapa ni Ben?” Dia memandang kearah mana Ben lihat. Dia hairan. “Siapa lelaki tu?”

“A son of a b*tch.” Katanya dengan senyuman nakal dan teruskan menari dengan Spring. Takda gunanya dia nak fikir tentang mereka.

“Tak boleh ke kita menari bukan di bawah lampu?” Soal Miracle sangat berharap dia tak menjadi tumpuan orang ramai. “It’s embarrassing.”

“Why not? aku rasa di bawah lampu lagi best sebab biar semua orang tengok yang date aku menari ni malam ialah bakal Permaisuri Sylvianne.” Katanya dengan senyuman nakal. “Ia akan jadi skendal terbesar. Siapakah lelaki misteri yang menari dengan Puteri Miracle? Puteri Miracle ada lelaki lain di belakang Tunangnya? Puteri Miracle main gila dengan lelaki lain sebelum perkahwinan mereka!”

Miracle memukul bahu Nuez membuat lelaki itu tergelak. “Are you nuts? Jangan nak cakap bukan-bukan lah.” Miracle terdiam seketika mendengar Nuez tertawa. “That’s weird.”

“What’s weird?”

“Aku hampir ingatkan yang kau ni Rick.” katanya dengan ketawa. “Mustahil, Rick tak datang ni malam.”

“Oh yeah?” Nuez menarik sengih. “Macam mana kalau aku betul-betul Rick? kau tahu kan yang Rick tu pun Master of disguises?”

“No way.” Miracle segera menafikannya. “Butler depan pintu tu dah tentu akan sebut nama Rick kalau dia datang.”

Sementara di depan pintu, Butler yang di tugaskan menyambut tetamu sedang mengira sejumlah wang secara senyap. Uuuu…. 500 Syl. Lumayan… lumayan…

Nuez hanya tertawa. “Alright lets play a game.” Katanya dengan riang. “Semua member Axerialeth sedang menari sekarang. So, aku nak kau cari ke semua member Axerialeth.”

Miracle menjungkit kening dengan senyuman. Hmm.. dia sempat main. “Okay, tapi apa ganjaran aku kalau aku menang?” Nuez boleh minta habuan kat dia time di bilik enjin. Takkan dia tak boleh kan?
Nuez tersenyum nakal. “Kau dapat lihat siapa lelaki hensem di sebalik topeng ni.”

Ini buat Miracle tertawa. Ada-ada je Nuez ni tapi Miracle mengangguk. “Alright, Deal.” Mata Miracle mula meliar memandang sekelilingnya mencari kesemua crew-crew Axerialeth dan dengan serta merta alunan lagu berubah menjadi lebih meriah.

Mata Miracle terbeliak bulat. Semua penari mula berubah-ubah pasangan dan target Miracle semua hilang. Satu lagi masalah… “Aku tak tahu tarian ni!” bisiknya cemas membuat Nuez tertawa.

“it’s called Flower Ring. Jangan risau, hanya kita je yang menari bersama. Orang di sekeliling kita akan berubah pasangan.” Katanya mengubah posisi tarian. Dia memberi signal mata kepada Miracle untuk buat posisi yang sama dengan Nuez.

Posisi mereka sekarang ialah berdepan sesame sendiri dengan tangan kanan bersama. Miracle hanya mengikut gerak langkah tarian Nuez. Mereka mula menari mengikut bulatan. Setelah habis bulatan tarian itu, mereka menari lawan arah jam pula.

“Oh dan satu lagi Mira. Permainan ni hanya sampai lagu ni tamat.”

Miracle mendongak memandang Nuez. “What? Kenapa tak cakap awal-awal?”

Nuez hanya mengangkat bahu buat muka innocent. “Hey, it’s fun and thrilling bila nampak kau cemas.”

Issshh! Lelaki ni desis hatinya geram. Dia kembali mencari crew Axerialeth, agak susah jugak sebab semua orang bergerak dengan riang dan dengan penari yang bertukar-tukar pasangan, susah nak jumpa mereka.

“Oh jumpa Manda!” sahutnya berbisik.

“Tunduk Mira.”

Miracle memandang Nuez yang nak tunduk seperti penari lain dan dia turut ikuti seperti mereka dan sambung tarian sebelumnya. “Thanks. Aku jumpa Manda.” Dia memandang sekeliling sebentar dan naikkan dagunya kearah perempuan bertopeng peach.

Nuez memandang kearah perempuan tersebut dan mengangguk. “great. One out of four. Cari lagi tiga.”

Miracle mula excited dan sambung mencari yang lain. Dalam pencariannya, Nuez juga membantu Miracle untuk menari. Memberi dia signal bila tukar tarian, bila nak skip, tepuk tangan dan juga turn around.

“Ben!” sahutnya melihat lelaki tersenyum riang sambil menari. Hanya Ben sahaja yang segembira seperti itu kalau buat benda yang menyeronokkan.

Nuez memandang kearah Ben dan mengangguk. “Nice. Two more to go.”

Yang ni senang desis hatinya. Matanya bercahaya dan dia tersenyum nakal. “Aku jumpa Spring.” Dia memuncungkan bibirnya kearah Spring.

“That’s cheating!” sahut Nuez.

Miracle tertawa besar. “Hey, it’s fun and thrilling nampak kau cemas.” Katanya mengajuk balik ayat Nuez.

“Alright. No cheating this time. Tinggal Pole.”

Miracle kembali kepada pencariannya dengan senyuman lebar di wajahnya. Dia akan menang, habis lah kau…. Nuez? Senyuman Miracle hilang bila dia terlihat seorang lelaki yang kelihatan seperti Nuez sedang menari di dalam bulatan tarian itu. Dia kembali memandang kearah Nuez yang bersamanya.

Nuez tidak lagi tersenyum dan menarik Miracle keluar dari bulatan tersebut keluar dari dewan tari menari ke taman belakang istana.

Miracle menarik tangannya tapi tidak Berjaya. “Lepaskan aku!” sahutnya membuat mereka berhenti tapi tangan Miracle tetap tidak di lepaskan.

Miracle mula rasa cemas. Tak mungkin kan? Tak mungkin lelaki ni dia. “R-Rick?”

Lelaki itu tertawa kecil. “Hmm? Siapa Rick? permainan kita belum habis lagi.”
Miracle menghembus nafas lega.. dia kenal sangat suara tu. “Kau takutkan aku tadi. Aku ingatkan kau ni—”

Lelaki itu menarik Miracle mendekatinya dan memeluk pinggangnya dengan erat.

“R-Rick… kenapa ni?”

“Shhh…. Listen closely.” Katanya sambil letak tangannya lagi satu di telinga.

Miracle  diamkan diri dengan memejam mata dan cuba mendengar irama-irama halus datang dari dalam. “Lagu waltz.” Katanya membuka mata. Dia tergamam bila mata mereka bertemu. Dia rindukan mata itu, mata yang hanya memandang kearahnya.

Rick yang di sebalik topeng itu tersenyum manis. “Dance with me?” Dia hulurkan tangannya tanpa melepaskan pelukannya.

Miracle mengangguk dan menyambut tangan tersebut. Satu lagi tangannya di letak pada bahu Rick. mereka mula menari mengikur irama lagu yang bergema di taman itu. Menari di bawah cahaya bulan penuh. Hanya mereka berdua Jauh dari mata memandang. Jauh dari dunia reality.

Mereka menari dengan riangnya di taman tersebut. Senyuman gembira teserlah di wajah mereka. Menari di tepi tasik yang terdapat di sungai itu. Rick memutar Miracle dalam tarian mereka mengikut rentak irama lagu classic itu.

Tanpa mereka sedari, terdapat dua pasang mata yang turut tersenyum melihat dua pasangan yang saling menyayangi itu sedang menari dengan gembira.

Manda dan Pole buat Fist bump. “told you he’ll come. Dia takkan benarkan lelaki lain sentuh Miracle.”

Manda tertawa kecil. “Harap plan kita Berjaya. Bagaimana dengan Spring?”

Pole memandang ke tingkat atas di mana ada cermin terbuka dan tersenyum tawar. “Dia akan terluka tapi Ben ada bersamanya.”

Sementara di tingkat atas di mana Pole sedang memandang. Spring hanya diamkan diri melihat lelaki yang dia cintai sedang menari dengan rakan baiknya.

Tak mungkin…. Desis hatinya. Satu badannya menggeletar menahan perasaan yang sangat pahit dalam hatinya. Dia tak tahu apa yang dia sedang rasakan ini tapi dia tahu dia sangat marah. Sangat marah kearah mereka berdua. Dia menggenggam erat tangannya sehingga tulang penumbuknya menjadi pucat. Dia cuba menahan air matanya dari mengalir.

“Haaaih… bila lah dramatic mereka ni nak berakhir.” Kata Ben tanpa mengetahui perasaan Spring. “Harap mereka berbaik semula dan semuanya kembali normal.” Katanya dengan senyuman nakal.

Namun Spring tidak. She didn’t like what she sees now and she will not like want she see later.

Tarian Miracle dan Rick semakin perlahan dan kedua-duanya mempunyai senyuman yang gembira tertampal di wajah mereka. Mereka juga termengah-mengah kerana penat menari.

Miracle tertawa kecil di ikuti dengan Rick. “This is fun.”

“yeah…” balas Rick dengan senyuman.

“Aku tak tahu yang kita akan menari sampai ke sini but I like it.”

“Yeah…” balasnya tanpa mengalihkan pandangannya dari mata Miracle.

Miracle tersenyum. “Rick, say something. Jangan pandang aku cam tu je.”

“You look beautiful.” Katanya mencuri senyuman Miracle ke bibirnya. “You look really beautiful tonight.”

Muka Miracle berubah menjadi merah. Semerah epal yang masak. “R-Rick—Thanks.” Dia mula tenggelam dalam renungan mata Rick.

“Sebelum ia terlambat..” Rick menarik Miracle lebih erat dengannya dan berbisik. “biar aku beritahu kau sesuatu—”

Miracle meletakkan jari telunjuknya di bibir Rick. “Shh… Don’t say it.”

Rick menarik tangan Miracle meletakkannya semula pada bahunya. “Why?”

“Sebab..” Miracle cuba memandang kearah lain tapi matanya tidak boleh berganjak dari pandangan mata Rick. “Sebab aku takut…” dia menarik nafas dalam kerana dadanya mula sakit.

“Takutkan apa?” Dia menyentuh pipi Miracle.

“takut yang aku tak boleh lagi menolak semuanya.”

“Then…” Rick dekatkan wajahnya dengan Miracle. “I love you.”

Air mata Miracle jatuh ke pipinya terkena ibu jari Rick. “I-I love you too Ricky.”

Dan di saksikan bulan penuh, dua insan yang terpisah oleh jurang yang luas bersama pada malam itu menikmati saat mereka yang telah hilang di rampas oleh takdir.

Namun, saat mereka bersama sangat singkat.

>X<

Glend yang dalam perjalanan semula ke dewan tarian terhenti dari melangkah. Matanya bercahaya biru memandang masa depan yang baru sahaja tercipta. Matanya terbeliak bulat melihat apa yang terjadi pada masa depan sehingga dia tidak dapat bernafas. Terdapat kuasa CR di masa depan itu yang mengganggu minda Glend membuat jantungnya tidak berdegup dengan baik.

“JUST DIE!!!”

“Spring berhenti!” Jerit Glend sekuat hatinya.

Dia jatuh rebah di atas lantai dan tidak sedarkan diri.

(A/N: O_o ... what just happen? what have I written? O_o)

2 comments:

Savior of Tales