Axerialeth: SOD -Loved to the core-

Bab 24

Miracle dan Rick berada di bilik enjin pada awal pagi sebelum mereka berangkat untuk memulakan misi mereka. Miracle sedang menerangkan cara menghidupkan Invisibility kapal Axerialeth itu.

“Hidupkan Supernova seperti biasa tapi sebelum Supernova janakan kuasanya sepenuhnya, tarik benda ni ke bawah. It turn on Invisibility instead of Supernova.” Katanya dengan nada mendatar tanpa memandang wajah Rick. “Understand?”

“Tarik ladder ni sebelum Supernova active? Sempat ke?” Soal Rick, juga tidak memandang Miracle.
Suasana dalam bilik Enjin itu sangat mengjanggalkan bagi mereka berdua. Ia buat mereka susah nak duduk diam tapi mereka cuba elakkan rasa tidak selesa itu sebaik yang mungkin. Sekarang bukan masa untuk melayan perasaan.

Miracle mengangguk. “Sempat. Aku dah lambatkan pengaktifan Supernova lebih tiga saat. Jadi, sebaik sahaja kau putar kunci tu, terus tekan butang ni.” Miracle menarik nafas dalam mencari apa lagi yang Rick patut tahu tentang mesin terbaru itu. “I think that’s all. Aku kena pergi dulu.” Katanya mengambil beg belakangnya dan memakai topeng.

“Kenapa kau kena pakai topeng?” Soal Rick akhirnya memandang kearah Miracle. “Semua orang tahu tentang kau. Kenapa masih lagi menyamar?”

Miracle berpaling memandang Rick. “Aku bukan menyamar dari korang. Aku menyamar dari Ellen.”

“Ellen?” Nama itu bagai racun bagi Rick.

Miracle mengangguk. “Dia masih tak tahu yang rahsia aku terbongkar.” Dia tersenyum di sebalik topengnya. “Hanya sehari ni. Selepas itu semuanya akan berakhir.”

Mata Rick mengekori Miracle bergerak turun dari bilik tersebut dan mengeluh panjang setelah figura perempuan itu hilang di pandangan mata.

Damn…. It’s hard to comfront her after that kiss…” Dia menutup mulutnya dengan muka yang merah tahap gaban. Dia jatuh mencangkung di sebelah mesin itu. “Arrggghhh… Stupid love sickness.”

Miracle keluar dari Axerialeth di mana crew Axerialeth bersama dengan Ellen sedang berbincang sebelum bertolak.

“Ia ambil masa seminggu untuk ke seberang dunia. Kalau pakai Supernova mungkin boleh sampai dalam masa lima ke enam jam—” Ayat Ellen terhenti bila dia perasan Miracle keluar dari kapal tersebut. Dia melambai kearah Tunangnya.

Miracle membalas lambaian itu dan berjalan kearah mereka. Langkahnya terhenti bila dia lihat Glend juga bersama mereka. Dia terus berlari kearah Glend dan memeluknya dengan erat. “Thank goodness kau okay.” Dia memandang Glend dan memeriksa mukanya. “kau okay kan? Beritahu aku kau okay.”

Glend tertawa kecil dan mengangguk. “Ya aku okay. vision aku semalam agak kuat dari yang lain sampai ia menggangu minda aku but don’t worry. Everythings fine.” I hope so desis hatinya memandang kearah Spring yang rancak bercerita dengan Manda.

Miracle menghembus nafas lega. “Baguslah. Dan Glend… aku nak tanya kau sesuatu.” Dia menarik Glend jauh dari mereka semua sebelum bersuara. “Tell me my future.”

Glend agak terkejut mendengar permintaan Miracle. “Tapi bukannya kau kata kau tak nak tahu ke pasal masa depan kau?”

“I know what I said tapi….” Dia mendongak memandang bilik pengemudi Axerialeth dan terlihat Rick sedang sibuk memeriksa kapalnya. Dia mula rasa resah, dia tak tahu nak buat apa selepas kejadian malam tersebut. “Please tell me atleast a hint? Adakah misi ini akan Berjaya?”

GLend mengangguk kecil. “Y-Ya… ia akan Berjaya.”

“Rick? Ellen? Mereka akan mati ke?”

Glend hanya terdiam. “Aku tak boleh bocorkan masa hadapan.” Dia memegang kedua-dua tangan Miracle. “Tapi apa yang aku harus katakan ialah tolong… sentiasa berjaga-jaga time misi tu.” Dia memandang sejenak kearah sekumpulan rakan mereka. “Jangan percayakan sesiapa pun.”

Miracle tertawa kecil faham maksud Glend. “Aku dalam Axerialeth. Dah tentu aku selamat.”

Itu yang aku risaukan. Kau tinggal di dalam kapal tu pun kau dalam bahaya desis hatinya risau. “Ya. But just be elert by your surrounding. Kau takkan tahu apa yang akan berlaku nanti.”

Miracle tersenyum kecil dan mengangguk. Something will happen in the ship? Tapi kalau misi tu Berjaya dah tentu Miracle boleh atasinya. “Okay. noted.”

“Miracle! Glend! Come here you two!” Pole melambai memanggil mereka untuk datang.

Mereka berdua berlari semula kepada mereka dan misi mereka bakal bermula tidak lama lagi.

“Baiklah semua, kembali ke kapal masing-masing! Kita akan bergerak dalam masa kurang 10 minit!” Suara Ellen bergema di dataran bawah tanah itu dan semua orang-orang Ellen berlari masuk kedalam kapal mereka.

“Attention all crew. Kapal Sylvie-01 bersedia untuk berlepas.”

“Attention all crew. Kapal Nibula-Ex bersedia untuk berlepas. Tuanku, sila kembali ke kapal untuk memberi arahan sterusnya.”

“See you all back here.” Dia salute kepada anak kapal Axerialeth dan berputar kearah kapalnya.

“Ellen..”

Ellen berpaling memandang Miracle dan tersenyum. “I almost forgot.” Dia memeluk pinggang dan mendekatkan wajahnya dengan Miracle membuat bakal isterinya memejam mata. Ellen tertawa kecil. Dia mencium dahi Miracle.

“What the—Ellen!” Dia memukul bahu lelaki itu, geram. “Stupid.”

Ellen tertawa besar dan mencuit hidung Miracle. “I save it for the wedding.” Katanya sambil mengenyit mata. “Come home safe okay? aku perlukan permaisuriku masa hari perkahwinan kita nanti. Oh dan no funny bussines. Got that?”

Miracle hanya mencebik rasa bersalah kepada Ellen. “Kau pun. Hati-hati.”

Ellen mengangguk. Dia melepaskan Miracle dan bergerak semula kearah kapalnya.

“Ladies, half-ladies and gentlemen. Sila masuk ke dalam Axerialeth sekarang sebab captain kita dah tak sabar untuk KICK ZELOID ASS OFF!”

Miracle hanya tersenyum mendengar Ben mencarut di bilik pengemudi. Dia tidak bergerak dari kedudukannya hanya melihat Axerialeth bersedia untuk terbang keluar dari bengkel itu.

“Puteri Miracle, Puteri tak join sekali ke?” Soal salah seorang pekerja yang bertanggungjawab atas mengendali perlepasan kapal-kapal tersebut.

“I just need to check on something.” Kata Miracle matanya tidak lepas pada kipas kapal Axerialeth.

Ben yang berada di dalam kapal menjungkit kening, hairan melihat Miracle masih di dataran. “Errr Captain..” Ben memanggil Rick tanpa matanya berganjak dari Miracle. “Miracle tak join kita sekali ke?”

“Apa?” Dia berhenti dari kerjanya dan berdiri di sebelah Ben. Jelas dia lihat Miracle berdiri di tepi kapal tidak bergerak atau berlari kearah kapal tersebut. “What is she doing?”

Miracle melihat satu persatu kapal kepunyaan Sylvianne berlepas dan akhir sekali Axerialeth yang masih lagi menunggu masa untuk berlepas.

“Puteri, adakah Tuanku akan ikut mereka sekali?” Soal pekerja tersebut sekali lagi bersedia menarik ladder untuk mendorong kapal itu berlepas dalam kelajuan 200km/h dalam masa 5 saat.

“Just pull it.” Arahnya tanpa mata terlepas dari kipas kapal tersebut. harap Invisibility tak kacau proses perlepasan Axerialeth desis hatinya mula risau melihat kipas itu mula bergegar bila pekerja tersebut menarik ladder tersebut.

Mata Ben terbeliak bila kapal mereka mula nak berlepas. “Dia serius tak ikut!—What? Rick, kau tak risau ke?!”

Rick hanya memandang Miracle dengan senyap. Dia tak kisah kalau Miracle tak ikut, malah dia lagi suka kalau dia tak ikut sekali dalam misi merbahaya ni tapi… Miracle takkan duduk diam kalau dia menunggu kepulangan mereka yang tak terjamin.

“Kamu akan berlepas dari 5…. 4…..”

Ben menghidupkan Speaker kapalnya dan menjerit; “Miracle! get your butt in here now!”

Bekas assassin itu hanya tertawa dan menghalau mereka guna tangannya membuat Ben terngangah habis. “That crazy Woman…”

“3…”

Rick juga tertawa membuat Ben memandang captain mereka dengan wajah terkejut beruk. “You too??”

“Siapa boleh masuk kalau kita dah nak berlepas?”

“2…”

Spring memandang kearah dinding kaca di second base memandang pintu keluar yang mula terbuka luas untuk mereka. “Mana Miracle?”

“1!”

Pekerja itu menekan butang ‘GO’ dan kelajuan Axerialeth meningkat mendadak. Kapal itu terus berlepas keluar dari dataran bawah tanah itu.

Miracle tersenyum puas. “Invisibility is a success.”

“Apa?”

Miracle tersenyum manis kearah pekerjanya dan hilang dari pandangan. Pekerja-pekerja tersebut terngangah. Dia dah lenyap?

“DAMN THAT GIRL?! Siapa nak bawa dua lagi kapal Ellen dalam Supernova?!” Ben meletup memukul steering kapal itu.

“Ehermm… kau betul-betul fikir ke aku akan tinggalkan misi ni kat tangan korang?” Ben dan Rick berputar kearah Miracle yang menyandar pada bingkai pintu sambil memeluk tubuh.

Kedua lelaki itu tersenyum lega. “You give me a heart attack. Don’t ever do that again.” Ben beri amaran.

Miracle hanya menarik sengih. “Move aside. Rick, bukannya kau sepatutnya berada di bilik enjin ke? Bersedia untuk hidupkan Supernova.”

Rick mengangguk dan keluar dari bilik tersebut. Ben tersenyum nakal kearah Miracle. “Hmmm… nampaknya assassin misteri kita dah Berjaya jinakkan harimau terhebat Axerialeth. How do you do that?”

Miracle menjeling kearah Ben. “Tak lawak Ben. The wedding still on and nothing change.”

“What? How about that kiss?” Soal Ben terperanjat. “You have—”

“Kau mengintai?” Miracle menggeleng dan menghembus nafas panjang. “Itu takda maksud apa-apa Ben. Ciuman tu hanya untuk malam tu sahaja. Sekarang ia takda apa-apa.” Dia segera menekan butang radio dan bersuara sebelum Ben nak menjerit. “Attention Sylvie-05 dan Sylvie-06. In your position.”

“kau menyesal dengan ciuman tu kan?”

“Attention all crew.. supernova akan di hidupkan dalam kiraan 5…4…”

Mata Miracle bercahaya menggunakan kuasanya untuk tingkatkan kekuatan Supernova dan pindahkan ke dua lagi kapal di belakang mereka.

“3...2…”

“Oh dan Ben… I never regret that kiss.”

1.”

Ketiga-tiga kapal itu bercahaya dan terbang kelajuan cahaya ke destinasi mereka.

Glend dapat merasakan kuasa Miracle makin hilang dari tempat itu dan memandang Ellen. “Mereka dah bergerak. Dalam masa 6 jam mereka akan tiba di Base CR.”

Ellen mengangguk tanda faham. “baiklah Captain. Bawa kami semua ke Bandar Chonxier.”

“mengikut perintah Tuanku.” Kata Captain itu dan membawa kapal tersebut ke utara di mana destinasi mereka berada.

>X<

Zeloid sedang memerhatikan para saintis terbaiknya sedang membuat ujikaji keatas satu-satunya experiment kebanggaannya yang tinggal. LK54 berada di dalam sebuah tube yang penuh dengan air CR. Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdapat banyak wayar melekat pada kepalanya, lengan, badan dan kakinya.

Kali ini P.A Zeloid tiada di sisinya kerana dia telah arahkan perempuan itu pergi ke sesuatu tempat untuk memudahkan Zeloid menyelesaikan dua kerja dalam satu masa.

“Bagaimana perkembangan LK54?” Soal Zeloid kepada ketua saintis pada experiment itu.

“Nampaknya badannya telah menerima CR-L yang pernah di berikan oleh K012. Ia satu keajaiban productive experiment dapat terima satu lagi kebolehan.”

Zeloid tersenyum sinis. Dia tahu kenapa LK54 berjaya menerima kuasa terbarunya. Ia di sebabkan perasaan dendam terhadap rakan-rakannya sendiri dan perasaan itu akan di gunakan untuk menghapuskan saudaranya yang telah membelot mereka. “Rupanya LK54 mempunyai kelebihan yang istimewa selama ni. Macam mana pula dengan K012?”

Ketua saintis itu terdiam semula sebelum bersuara. “Kita tak jamin jika dia akan Berjaya seperti M27. Keberangkaliannya ialah 30/70.”

Zeloid tertawa mendengar kerisauan saintis tua di sebelahnya. “Jangan risau. Catat misi untuknya dah cukup untuk bangkai Experiment tu. Kita bukan Berjaya membina M27. Kita gagal. Gagal membentuk sebuah experiment yang sempurna.” Katanya dengan nada marah. “Pastikan experiment bersedia untuk berlawan. Suntikkan CR dalam badan mereka lebih cepat dari sebelumnya.”

Saintis tersebut mengangguk tanda faham. “Baiklah tapi—maafkan saya jika saya melampaui persoalan saya tapi—kenapa?”


Zeloid tersenyum sinis bila lihat LK54 mula membuka matanya secara perlahan. “There will be a war. Siblings War.”

(A/N: PERANG AKAN MULA!!!!! Mwahahahahaha! Let see siapa akan mati. sebab setiap peperangan pasti ada yang terkorban (9_9)/ )

Comments

Popular Posts