Eighteenth L.O.V.E
The Witch beloved Guardian
Beberapa minggu
selepas program di ladang kuda itu berjalan dengan baik. Semua berjalan dengan
lancar seperti mana Ivy rancangnya. Malah, luar jangkaan Ivy!
Setelah mereka
kembali ke Academy, Ivy dan yang lain perasan perubahan pandangan Pelajar lain
terhadap Ivy. Ini kerana khabar tentang Ivy dan Musuh ketatnya Prince George
menjadi kawan di dalam program yang dianjurkan oleh kerabat diraja itu. Ramai
pelajar sebenarnya tidak percaya yang dua musuh ketat ini boleh berkawan dengan
begitu mudah dan lagi susah hendak percaya kerana kedua-dua musuh ini tidak
mengishtiharkan persahabatan mereka. Tambahan pula, bila mereka terserempak di
laluan academy, tiada siapa yang menegur sapa dan tidak pandang sesama sendiri
langsung!
Susah untuk
percaya tentang berita tersebut. Sehinggalah seorang pelajar beranikan diri
untuk berdepan dengan lima sekawan ini di laluan sekolah pada awal pagi.
Memberanikan diri untuk menyoal soalan maut itu kepada The Evil Witch, Ivy the
Devil di hadapan empat kawan rapatnya.
“Err—Maaf kalau
saya mengganggu tapi kami se—semua n-na—nak tahu b-b-b-betul ke yang C-Cik Ivy
s-s-se—sebenarnya dah—”
“Oh for crying out
loud… Spit it out boy!” marah Ivy bila lelaki itu bercakap tergagap-gagap. Dia
takda masa nak layan karenah manusia pada awal pagi itu.
“Eeepp!” lelaki
itu mengeluarkan jeritan perempuan hampir buat satu sekolah mentertawakan dia
tapi mereka telan ketawa mereka kerana lebih takutkan Ahli sihir muda itu.
“Adakah Cik Ivy dan Putera George ada hubungan??” soalnya seberani yang boleh,
menahan dirinya dari terkucil dalam seluar dengan renungan maut Ivy.
Setelah mendengar
soalan itu, muka Ivy terus naik merah. Hubungan?—Oh
mereka cakapkan pasal program tu desis hatinya terfikir pasal hubungan yang
lagi satu. “Kami hanya civi—”
“Of course mereka
berkawan!” Hanna menyampuk sebelum Ivy menghabiskan ayatnya. “Listen here
buddy, kawan tidak bermaksud mereka kena bermesraan dan melekat sepanjang masa.
Lagipun persahabatan mereka masih baru dan banyak misunderstanding antara
mereka perlu di perbetulkan. So, they taking it slow sehingga persahabatan
mereka menjadi stabil. So….”
“So apa kata kamu
semua busy body…” Gweneth menyambung dengan memberi jelingan kepada pelajar di
sekeliling mereka. “tolong mereka dengan hentikan khabar angin merapu kamu dan
beri peluang untuk Ivy berkawan baik dengan Putera George—Ow!”
Apple Red memukul
bahu Gweneth. “Gwen, jangan takutkan mereka.” marahnya dengan suara yang
sememangnya lembut. “Apa yang Puteri Gweneth maksudkan ialah korang berikan
peluang kepada Ivy untuk berubah menjadi baik. Bukankah ini membawa kebaikan
kepada semua orang? A Beautiful, most sexy witch is on Enchanted side?”
Sumpah, ayat terakhir Apple Red mempunyai
maksud tersirat kerana pada masa tu Gretel ketawa pecah perut tanpa sebab.
Bukan itu sahaja, selepas penjelasan tentang Ivy, Pelajar sekolah mula menegur
Ivy seperti; ‘selamat pagi Ivy’, ‘Hey Ivy!’, ‘Ivy Prof. sugar plum panggil’,
‘Ivy, kau nak jadi partner research aku tak?’ dan kebanyakannya lelaki yang
menegur Ivy. Dah tentu kebanyakan permintaan itu Ivy menolaknya dengan
baik—sebab kawannya suruh jawab dengan senyuman sebab itu salah satu Good Deed
juga.
“Ivy, budak tu
asyik pandang kau dari tadi.” bisik Gretel menuding kearah seorang budak kecil
di sebalik pokok.
Sekarang mereka
berada di taman belakang academy, dekat dengan sungai di bawah jambatan. Makan
tengahari di sana bersama rakan-rakannya yang lain. Apple Red kata ini hari
ialah hari yang sesuai untuk makan picnic di luar bangunan dan di sebabkan
mereka dah pujuk Puan Camelia untuk meminjam Ivy sehari itu, Ivy dapat
meluangkan masanya dengan empat kawan rapatnya tanpa menghiraukan kerjanya di
Perpustakaan.
Ivy memandang
kearah budak lelaki itu dengan kening terjungkit tinggi. “So? Biar lah dia
sana—Ow!” Gweneth memukul belakang Ivy membuat ahli sihir ini menjeling kearah
anak Frog prince itu. “What?!”
“Be polite.” Tegur
Gweneth sambil mengunyah gula getahnya. “Budak tu dah jelas-jelas nak dekat
dengan kau. Pergi sana or panggil dia dengan lembut. Drop that dagger stare
too. Ia membunuh.”
Ivy memberikan
jelingan maut yang Gweneth katakan kepadanya. “Like I give a sh—Ow-ow-ow!”
Kali ini Diaval
yang berada di bahunya menarik telinga Ivy membuat ahli sihir muda ini merungut
kesakitan dan menolak Diaval dari telinganya. “Fine!” marahnya dengan nada
berbisik, memberi renungan menakutkan itu kearah burung gagak yang berada di
bahu Apple Red sebelum memandang kearah budak kecil yang ketakutan di sebalik
pokok berdekatan itu.
Ivy menarik nafas
dalam—sedalam yang mungkin sebelum bangun dari tikar picnic itu dan bergerak
mendekati budak kecil itu.
Be polite… be polite… be polite…
Itu ayat yang
disebut berulang-ulang kali dalam mindanya seperti ia sebuah mantera magic
untuk Ivy.
Dia berlutut di
sebelah pokok tersebut dan melihat budak lelaki itu menyembunyikan diri
darinya. Ivy menahan diri dari menjerit kenapa budak ni sembunyikan diri kalau
dia nak jumpa sangat dengan Ivy.
Be polite… be polite… be polite.
Sekali lagi Ivy
menyebut mantera tersebut sebelum mengukirkan sebuah senyuman manis—god forbids Ivy tersenyum manis seperti itu
kepada seorang budak kecil.
“Hai, kamu nak
berjumpa dengan saya ke?” Apatah lagi
bercakap selembut itu. “Jangan takut, saya mungkin nampak menakutkan tapi
saya tak makan orang.”
Budak lelaki yang
berumur lingkungan 8 ke 10 tahun itu keluar dari persembunyiannya dengan
sejambak bunga liar didalam tangannya, pipinya sedikit merah dan pandangannya
di tumpukan kepada kasut hitam formal sekolahnya. “Uhm—Err…”
Ivy menunggu budak
itu bercakap. Menunggu dengan penuh kesabaran. Ayat ‘be polite’ asyik di mainkan didalam mindanya seperti kaset rosak
yang menjengkelkan.
Budak itu akhirnya mengangkat matanya untuk
melihat Ivy dengan tersipu malu dan hulurkan bunga liar ikut kepada Ivy. “Eden
petiknya sendiri dan…. Dan Eden harap Cik Ivy sukakannya.” Katanya dengan suara
kecil, muka merah padam, tunduk tidak ingin memandang Ivy.
Ivy memerhatikan
bunga-bunga di tangan kecil budak tersebut dan tersenyum kecil. “Thank you.”
Bisiknya membuat Budak itu mendongak memandang Ivy. “Thank you very much.”
Sahut Ivy sekali lagi dan mengambil bunga tersebut dari tangan budak kecil itu.
Budak tersebut tersenyum
lebar dan mengangguk dengan penuh semangat. “Y-You Welcome!, Eden rasa Cik Ivy
seorang yang Awesome dan sangat Cool! Eden sentiasa sukakan Cik Ivy tapi takut
untuk dekat dengan Cik Ivy kerana Cik Ivy menakutkan.”
Jadi namanya Eden…. Ivy tertawa kecil.
“Yeah? Eden rasa saya ni baik ke?” melihat Eden mengangguk membuat Ivy rasa
bangga. Tapi dia tahan perasaan itu dengan berdehem. “Well, saya sukakan hadiah
Eden tapi malangnya ia senang layu.” Katanya membuat Eden murung. “Tapi jangan
risau. Saya tahu apa nak buat.” Ivy menggoyangkan jari jemarinya atas
bunga-bunga liar itu sambil membaca mantera pendek, menjampi sebuah pelindung
pada bunga tersebut mengelakkan ia dari layu. “Now, I can always cherish this
flower forever.”
Magic Ivy membuat
Budak Eden itu kagum dan memandang Ivy, memuja kebolehan Ivy sebelum dia
melompat dan memeluk ahli sihir muda ini. “You are so cool!!!” sahutnya dengan
manja dan cukup kuat membuat semua orang yang berdekatan—seperti di jambatan
dan bangunan academy memandang kearah mereka. melihat Ivy tertawa bila budak
itu memeluk Ivy dengan manja lagi erat. Memuji Ivy terus menerus tentang
kehebatan Ivy dengan magicnya dan juga menghargai pemberian kecil dari budak
Eden itu.
Selepas itu
jugalah Ivy mendapat lebih banyak perhatian dari pelajar Academy itu dari
pelbagai umur, bukan sahaja budak-budak malah remaja dan yang sebaya dengannya.
Not just that, Putera George pun mula bercakap dengan Ivy seperti biasa di
depan orang ramai. Menyapa seperti biasa dan bertanya khabar walaupun perbualan
mereka hanya sepatah dua sebelum mereka pergi ke haluan masing-masing.
Hari semakin hari,
‘putera George’ ini mula berani tunjukkan dirinya yang sebenar sebagai ‘Louis’
bersama Ivy, didepan orang ramai. Berbual slamber, mengusik dan menyakitkan hati
Ivy sebanyak mana yang dia boleh.
Dia kata orang lain dah menerima Ivy, so dia
patut terima ivy sebagai ‘kawan’ di hadapan pelajar lain juga. jadi dia pun
mendekati Ivy… damn that man… Cakap jelah kau cemburu! Kau cemburu orang lain
boleh berbaik depan aku sedangkan kau tak boleh!!
But.. its okay, muka cemburu Louis sangat comel! rasa macam nak cuit je pipi lelaki tu tapi tak boleh, kang Louis tengking Ivy sebab mempermainkan dia. Huhuhu sory not sorry..
Selain dari itu,
semuanya berjalan dengan lancar. Good Deed yang Ivy buat untuk beberapa minggu
ini telah meningkatkan magical Core Ivy dan seperti mana pembelajarannya dengan
Pengetua Merlin, keputusan kekuatan magicnya cukup memuaskan hati.
Akhirnya dia dapat
kembali kekuatan magicnya seperti dahulu dan mungkin lebih kuat dari
sebelumnya!
So, hari ini ialah
hari yang menenangkan untuk Ivy. tiada masalah dan semua orang dah tertipu
dengan ‘perbuatan baik Ivy’. malah kawan-kawannya juga tertipu yang ivy akan
menjadi ‘baik sepenuhnya’. Diaval ada tegur ivy tentang berhati-hati dengan
kelakuannya kerana ia boleh brainwash Ivy tanpa ahli sihir muda ini perasan.
Ivy tahu tu tapi
dia tak risau kerana hatinya yang bertanggungjawab atas perubahan diri Ivy,
selagi hatinya masih penuh dengan kegelapan dan tersimpan rapi disuatu tempat
yang selamat, Ivy akan selalu menjadi jahat dari dalam dan baik hanya di luaran.
Dia tidak akan menjadi Baik seperti mana orang Enchanted inginkan Ivy jadi.
“Like I said, My
Heart is still dark as it was before… Will you just relax!” sahut Ivy di
sebalik tirai bathtubnya, sedang menikmati mandian tub panas yang disediakan
oleh Diaval.
Diaval yang dalam
bentuk manusia, berada di dalam bilik air itu juga, sedang memerhatikan
ubat-ubat mandian Ivy. tidak ada niat pun nak intip anak jagaannya di sebalik
tirai itu. “Even so, aku kena bagitau kau juga.” Katanya dan membuka almari
bilik mandi itu. “Ai, sabun mandi kegemaran kau dah nak habis. Aku patut pergi
ke pekan dan beli sabun baru.” katanya dan berbisik pada diri sendiri pada ayat
terakhir sambil hulurkan sabun tersebut kepada anak jagaannya di sebalik
tirai—tetap tak pandang Ivy.
Ivy mengambil
sabun itu sebelum mengucapkan terima kasih kepada Diaval. “Aku tak nak sabun
dari Enchanted! It smells funny.” Rungutnya seperti budak kecil dan meletakkan
sabun badan itu keatas dirinya. “Aku suka sabun aku… It smells like home.”
Sahutnya dengan hembusan nafas lega. Sukakan eroma bau sabun badannya.
“Besides, bau sabun ni menarik perhatian pelajar di academy ni. It’s
irrisistable, bau yang tiada di Enchanted.”
“Kau nak kata
Exotic?” Soal Diaval mengusik sambil menggantung jubah mandi Ivy di sebelah tub
mandi Ivy. “be carefull Ivy, popularity sentiasa membawa bala.”
“How so?” Soal Ivy
menyelak tirai itu sedikit untuk melihat Diaval yang menyandar di singki bilik
air itu.
“Jealousy. Cemburu
itu sifat manusia semula jadi, mustahil tiada yang tak puas hati melihat kau
mendapat perhatian satu sekolah sedangkan kau ni seorang Villain. Just be
carefull okay?”
Ini buat ivy
tersenyum kecil. “Of cours Diaval. I will.” Katanya dan menutup tirai tersebut
sepenuhnya semula.
Diaval dapat lihat
figura Ivy dari tirai tersebut, bangun dari tub mandian dan mengeluarkan tangan
untuk mencapai jubah mandinya, memakai jubah tersebut sebelum melangkah keluar
dari tub mandi itu.
Diaval
mengeluarkan kerusi di bawah singki bilik air itu dan tanpa diberi arahan, Ivy
duduk dan berdepankan cermin bilik Air.
Diaval mencapai
tuala yang tergantung di belakang pintu bilik Air dan mula mengeringkan rambut
Ivy.
Mereka berdua
diamkan diri, menikmati masa mereka berdua di dalam bilik air itu. Ivy
membenarkan Diaval mengeringkan rambutnya, merasakan jari jemari Diaval
menyikat rambut Ivy dengan lembut bersama tuala tersebut dan sementara itu
mengurut kepala Ivy.
Ivy sukakan bila
Diaval mengeringkan rambutnya. Tangan Diaval sangat selesa bila dia buat macam
tu, ia menenangkan segala otot badan Ivy dengan urutan kepala dari Diaval.
Walaupun tangan Diaval kasar dan besar, dia melayan rambut Ivy dengan penuh
berhati-hati, dengan lembut seperti dia menghargai rambut hitam itu.
“Rambut kau dah
makin panjang dari sebelumnya.” Sahut Diaval dengan senyuman kecil, membelai
rambut hitam itu dengan tuala, keringkannya tanpa menarik, tidak menyakiti Ivy.
“Aku masih ingat semasa kau kecil, rambut kau masih pendek cecah bahu.” Diaval
menghembus nafas nostalgia. “Oh the day goes by so fast.”
Ivy membuka
matanya dengan perlahan dan melihat ekspresi wajah Diaval. Ivy tersenyum halus.
“Terfikir balik, kau selalu dandan rambut aku dahulu. Selalu buat style-style
pelik sebelum aku kesekolah. Kau selalu ada untuk jaga aku.” Katanya
teringatkan zaman semasa dia kecil.
“ia tak pelik tapi
comel.” Diaval bantah dan tertawa kecil. “Dah tentu. I am your guardian, dari
kau bayi sampai sekarang tugasku untuk menjaga kau. Ajar kau bejalan, ajar kau
becakap, Mandikan kau, sediakan pakaian kau, ajar kau naik basikal, masak,
temankan kau belajar magic tengah malam, jadi bahan ujikaji kau, memujuk kau
time kau menangis bila kau gagal—You are such a cry baby back then dan bantu
kau dengan homework kau—tahu tak betapa susahnya nak ajar kau benda yang aku
sendiri tak tahu? Aku terpaksa baca satu buku teks kau tu tau tak?”
Ivy tertawa besar.
“Really? AKu ingatkan kau tahu selama ni! Oh god… kau sanggup buat tu semua
untuk aku?”
“Siapa takkan?”
Soal Daival membelai rambut Ivy. merasakan setiap helai rambut hitam Ivy di
celah jari jemarinya. Merasakan kelembutan rambut Ivy yang dia jaga selama ini.
Jaga dengan penuh kasih sayang. “Akhirnya kau bersihkan rambut kau dari dye
ungu yang hodoh tu. Aku benci bila kau asyik warna rambut kau.” Bisiknya
membuat Ivy tertawa kecil.
“Hey! It’s
trending time tu! besides, I look Beautiful in those dye..” katanya dengan
bangga dan mendapat tarikan rambut dari Diaval. “Ow! Hey, kau nak buat aku botak ke?”
“Ya kalau kau cuba
dye rambut kau lagi.” marahnya dengan senyuman nakal. “Alright, rambut kau dah
kering. Now, kelas sejarah kau bermula 45 minit dari sekarang so you better
hurry up sebelum—” Ayat Diaval terhenti bila ada suara-suara halus datang dari
luar bilik air membuat Burung gagak ini memandang Ivy.
Nampaknya Ivy juga
dengar suara itu. Keningnya terjungkit hairan. Bukankah Ezra ada club meeting
ke? dan selepas tu direct ke kelas. Sebab tu Diaval dalam bentuk manusianya di
dalam bilik air, mengemas barang mandian Ivy seperti biasa dia buat di Vicious.
Sekali lagi
suara-suara halus itu kedengaran membuat Ivy menghayunkan tangannya dan tukar
Diaval menjadi burung gagak sebelum melangkah keluar dari bilik air.
Semasa dia membuka
pintu, Ivy hampir jatuh terseliuh kerana empat muka dikenali tapi menjengkelkan
terpacak di depan pintu biliknya seperti anak kucing menunggu makanan dari
tuannya.
“Gosh! Korang nak
buat aku kena stroke ke?!” marah Ivy memengang bingkar pintu sebagai sokongan
dari jatuh terduduk kerana mereka berempat. “Apa korang buat kat bilik aku?
Cari Ezra ke?”
Gretel perasan
haiwan perliharaan Ivy terbang keluar dari bilik air dan mendarat di tiang
rehatnya. “Kau mandi dengan burung gagak kau ke?”
“Tak dia temankan
aku je.”
“Dan dia jantan?”
Soal Gretel kembali memandang Ivy.
“Dah tentu dia
Jantan. Aku tak suka—Oh this is pointless, just tell me why you are here!”
marahnya menghentak kaki ke arah almarinya, tiada masa nak jawab soalan
pelik-pelik dar adik Hansel ini.
Mereka berempat
saling berpandangan sebelum memandang kearah Burung gagak dan Ivy. “Ivy, kau
tak rasa segan ke walaupun itu haiwan perliharaan kau?” Soal Apple Red dengan
lembut.
Langkah Ivy
terhenti dan menjeling kearah empat rakannya. Itu je ke soalan mereka? Asal dorang tanya Ivy soalan macam tu? dia
haiwan.. bukannya manusia—Ivy baru sedar sesuatu. Diaval boleh jadi
manusia…. Dia sepatutnya rasa segan dengan Diaval—seorang lelaki berada di
dalam bilik mandinya semasa dia Completely
naked.
Ivy memandang
kearah burung gagak itu dengan mata yang dikecilkan sebelum mengangkat bahu.
“Meh…. Dia dengan aku dari kecil lagi. so, aku dah biasa.” jawabnya slamber dan
sambung mencari baju yang dia nak pakai ke kelas. Plus, Diaval seekor haiwan… walaupun dia bentuk manusia, dia tiada
perasaan seperti manusia sebenar. He is
still a crow.
“Anyhow, kenapa
korang di sini—Oi!!” Ivy tiba-tiba
ditarik jauh dari almarinya dan hanna menutup pintu almari itu. “Korang dah
kenapa—Apa dalam beg tu?” Ivy baru perasan rakan-rakannya ada bawa banyak beg
di dalam tangan mereka dan Ivy mula rasa menyesal menyoal mereka soalan itu
kerana senyuman mereka berempat makin lebar seperti seekor Cheshire cat dari
Alice in wonderland.
“Make over time!!” sahut mereka
berempat dan menolak Ivy untuk duduk di atas meja make upnya.
“Make over what?
Korang nak make over aku ke? KEnapa?!!!” soalnya panic dan ingin melarikan diri
tapi ditahan oleh Apple Red dan Hanna.
“Next lesson for
Good Deed. Impression.” Gweneth bersuara sambil mengeluarkan pakaian dari
beg-beg yang mereka bawa—semuanya style skirt feminine. “Walaupun pandangan
mereka terhadap kau dah berubah, masih ada yang meragui kau—”
“Who Give a f*ck—”
“Dan….” Gweneth
menjeling kearah Ivy. berani dia mencarut depan Gweneth. “style baju kau masih
menunjukkan kau ni ‘merbahaya’. Kami tahu kau nampak seksy dalam baju kau tu
tapi tetap tidak diterima sepenuhnya.”
“Sebab?” Soal Ivy
menjungkit kening. Dia pandang kearah Diaval dan burung gagak itu juga
mengangkat bahu tidak faham.
“Sebab…” Hanna
pula bersuara. “You, the goddess of evil Witches secara tidak sengaja telah
menarik perhatian ramai lelaki.” Ivy masih tidak faham membuat Hanna mengeluh.
“Kau buat perempuan benci kat kau sebab lelaki lebih pandang kau dari mereka.
kau jahat and dangerous, lelaki fantasizekan kau dalam mimpi mereka.”
“Eww….. that’s
gross.” Kata Ivy menggeleng tapi tersenyum nakal. “Apa mereka fikirkan pasal
aku?”
“Something H.”
jawab Gretel yang menolong Gweneth membentangkan beberapa jenis baju di atas
katil Ivy dan Ezra kerana tak cukup ruang. “That’s no good Ivy, kau kena di
pandang mulia bukan dipandang seperti kau ni a whore. Walaupun kau tak buat apa-apa. Perempuan akan bencikan kau
kerana itu dan boleh menyebabkan orang mula bencikan kau semula. Lebih hina
dari menjadi seorang Villain yang menakutkan.”
Kening Ivy
terjungkit lebih tinggi. Bukan tidak faham tentang keterangan rakan-rakannya,
tentang dia menjadi pujaan para lelaki. Okay, dekat Vicious ada jugak yang
memuja Ivy tapi taklah sampai berani bawa Ivy kedalam mimpi mereka. mereka
terlalu takutkan Anak Maleficent ini, fikirkan dia yang bukan-bukan memang
mereka tak berani.
Kenapa Enchanted
boleh fikir Ivy macam tu? Apa dia buat? Hmmm….. Ivy memandang kearah Burung
Gagaknya semula. Dia harap dia boleh tukar Diaval menjadi manusia di depan
mereka tapi tak boleh. Nanti masalah baru muncul di dalam bilik itu.
“So, macam mana
nak buat mereka sanjungi aku tapi tidak memuja aku?” Soal Ivy melihat baju-baju
yang Gretel bentangkan sekali dengan beberapa jenis kasut di kaki katil. “Euugghh…
aku takkan pakai semua kasut tu.”
“Easy.” Apple Red
bersuara. “Ubah penampilan kau—kitorang tahu kau tak nak ubah sepenuhnya. Cuma
ubah style je, kearah lebih feminine dan diterima di mata perempuan.” Katanya
dengan senyuman manis. “So, minggu lalu kami pergi shopping dan beli beberapa
helai untuk kau cuba. Trust me, fashion expert Gweneth takkan pernah gagal!”
Gweneth tersenyum
bangga. “Dah-dah, less talk and lets get pumping!” sahutnya dan menarik Ivy
dari meja make up itu.
“What—Wait… Get
your hand off me—You F*cking retard!!”
Diaval hanya
menggeleng melihat empat kawannya mula menyeksa Ivy dan Diaval terus keluar
dari bilik tersebut. Menghargai privasi Ivy dan juga melarikan diri dari suara
nyaring dari lima perempuan yang bergaduh tentang fashion. Diaval taknak terjebak dalam peperangan itu. Dia rela lepak di
Pixie hollow dengan tupai busuk dari melihat mereka seksa anak jagaannya.
Setelah mencuba
beberapa jenis baju kepada Ivy dan juga carutan bermaharajalela di dalam bilik
tersebut, serta pergaduhan antara empat kawan tentang baju mana lebih sesuai
kepada Ivy—kerana mereka beli baju lain-lain style. Akhirnya mereka dapat
mencari baju yang sesuai untuk Ivy. Kelihatan Ivy yang sebenar Cuma lebih
feminine.
Imagine it black
“Oh my Star….”
Mata Hanna bergelipan melihat hasil karya mereka berempat. Rambut di dandan
oleh Hanna, Light Make up dibuat oleh Apple Red, kombinasi baju dah tentu
Gweneth dan beg leather tu sesuai dengan Ivy! Gretel pandai memilih beg!!
Kening Ivy
bertembung menjadi satu melihat penampilannya di cermin panjang. “Aku bencikan
hairstyle aku.”
“You welcome
honey.” Hanna sahut dengan riang.
“Aku tak suka
skirt aku. Terlalu pendek. Tak boleh ke aku pakai legging?” Soalnya melihat
kakinya yang putih pucat terdedah.
Gweneth
menggeleng. “Maaf, ia tak sesuai dengan kombinasi baju ni. Deal with it.”
“Dan Beg ni juga.”
Dia ingin melontar beg tersebut tapi terbatal bila Gretel memberikan renungan
mautnya. “Aku benci make up aku juga. It’s fake.”
“Make up kau lebih
fake sayang.” Kata Apple Red dengan lembut tapi ada unsur kemarahan di
dalamnya. Uissh…. Apple Red marah! Tambahan pula ayat Apple Red tu Deep sangat.
terasa Ivy dibuatnya.
“Fine! Aku akan
lambat ke kelas and for the record, aku bencikan style aku sekarang. It’s
hideous.” Marahnya, menghentak kaki kearah katilnya dan mengeluarkan kasut
kesayangannya dari bawah katil.
“Wait!—Wait!”
Gweneth bersuara, menghalang Ivy memakai kasut tersebut. “Kau tak boleh pakai
kasut tu. That’s hideous.”
Mereka mendapat
renungan tajam dari Ivy, renungan tersebut boleh buat mereka berempat jatuh
berlutut kerana ketakutan. “Aku takkan tukar kasut lain.”
“Alaa Ivy, this is
for your own good!” sahut Hanna memeluk tubuh. “That shoes ruin your whole
look! Pakai ballet ni.” Dia mengangkat kasut warna cream tapi Ivy menggeleng.
“Girls, aku
berterima kasih kerana tolong aku ubah penampilan dan segalanya tentang Good
Deed ni tapi…” Ivy memandang kasutnya di dalam tangan. “This old shoes is
important to me.”
“Ada cerita di
sebalik kasut ni?” Soal Apple Red duduk di sebelah Ivy. menyentuh bahu kawannya
dengan senyuman kecil. “Mind to tell us?”
Ceritakan kepada
mereka? muka Ivy terus naik merah. Dia tak pernah ceritakan kisah disebalik
kasut boot nya itu kepada sesiapa. Termasuk kawan rapatnya Hansel ataupun Kawan
rahsianya, Louis.
“It’s nothing..”
katanya dengan nada berbisik, tertunduk segan. “It’s stupid—”
“Hey.” Gweneth
menyampuk, berdiri di depan Ivy. “This is not Nothing and its not stupid kalau
kasut tu ada makna. Seseorang bagi kepada kau?”
Ivy menggeleng,
tidak memandang kawan-kawannya. “Peninggalan dari seseorang.” Bisiknya hampir
buat kawan-kawannya yang lain tidak dengar.
Mereka
mendengarnya dan ini buat mereka bertiga yang berdiri berlutut depan Ivy dan
Apple Red dekatkan mukanya dengan Ahli sihir muda itu. “Siapa bagi? Boyfriend?”
Ivy membelakangkan
dirinya bila muka mereka berempat terlalu dekat dengannya. “Too Close!”
sahutnya membuat empat perempuan itu kebelakang. “Sheeesh… korang ni jangan nak
berharap sangat lah. To put it short… It’s my dad’s.”
Jawapan Ivy
membuat mereka buntu untuk seketika. Memproses pendek yang keluar dari mulut
Ivy ke dalam otak mereka sebelum menjadi pucat dan menjerit “EHHHHHH????!!!!”
Sepanjang hidup mereka berempat mereka tidak
pernah terfikir siapa Ayah Ivy…. mereka tahu yang ibu Ivy ialah the almighty
Maleficent tapi… ayah dia? itu jadi satu mystery kepada mereka.
Melihat riaksi
mereka membuat Ivy naik merah. “Ini sebab kenapa aku tak nak bagitau korang!”
sahutnya dan memakai kasutnya dengan segera sebelum mencapai beg leathernya,
bergegas keluar dari bilik itu.
“N-Nanti Ivy!”
Mereka berempat
terus mengejar ahli sihir bermuka merah bak nama Apple Red. Mereka terus
menerus menyoal Ivy tentang ayahnya dan semua soalan itu Ivy endahkan. Umpama
mereka berempat tidak wujud di sisinya langsung.
Bukan itu sahaja,
Ivy juga menghiraukan pandangan pelajar lain sebaik sahaja dia memijak kaki di lobi
asrama. Seperti sejarah berulang kembali, semua pelajar berhenti dari kerja
mereka hanya kerana mata mereka tertumpu kepada Ahli Sihir Muda yang berpakaian
lebih keperempuanan dari sebelumnya.
Sama juga keluar
dari asrama tersebut, pekerja academy, pelajar lain dan juga pengajar terkejut
melihat penampilan baru ahli sihir ini. rutin dahulu berlaku sekali lagi. pixie
tersalah buat kerja, pelajar jatuh kedalam longkang, pengajar yang sedang
berlatih tersandung dari kecuaian mereka dan banyak lagi.
Cuma kali ini,
lima sekawan ini tidak berikan tumpuan tentang sekeliling kerana sibuk dengan
permainan wartawan mereka terhadap Ivy. sepertinya Ivy ni pelakon terkenal yang
sombong untuk berkongsikan kisah hidupnya kepada peminat.
“Come on Ivy! Tell
us!” sahut Hanna, merayu, menarik beg sandang Ivy. “Atleast give us a hint!”
“No!” muka Ivy seperti predator yang nak
makan mangsanya. Dia berdesir seperti ular tapi suara seperti singa. Membuat
empat kawannya itu kecut perut dan membelakangkan diri dari ivy.
Ivy kena lari dari
mereka berempat. Mereka akan desak Ivy tentang ayahnya dan Ivy taknak beritahu
sesiapa tentang lelaki itu! Not a Chance, over my dead body!
“Would you lots
shut up?!” sekali lagi Ivy meletup, Cuma apinya berwarna pink tanda
kemarahannya disebabkan dia segan dengan kawan-kawanya. “Listen, bukan aku
taknak cerita dengan korang tapi perkara ni sensitive dan aku tak bersedia lagi
nak bagitau korang semua. One day…” Ivy menarik nafas dalam, meredahkan apinya
(kerana pelajar lain juga ketakutan dengan api itu.). “satu hari nanti aku
ceritakan okay?” soalnya tanpa memandang mereka. Ia seperti dia tunjukkan
kelemahannya kepada mereka. Sememangnya perkara itu satu kelemahan bagi Ivy.
Gweneth menyentuh
bahu Ivy menarik perhatiannya. “Maaf sebab desak kau. Kami faham kalau perkara
ni terlalu sulit. Lagipun kitorang semua ada rahsia yang kita tak boleh
ceritakan.” Gweneth memandang kearah Gretel dengan senyuman nakal membuat adik
Hansel itu naik merah. “We all have secrets…”
“Eh?” Cuma Ivy
sahaja yang tidak faham apa yang Gweneth maksudkan.
“N-Nothing!” Sahut
Gretel sambil menolak Ivy kearah bangunan Academy. “Bukan kau kata kau ada
kelas ke? jangan nak berlengah lagi, kang Prof kau marah lagi sebab lambat
masuk kelas.” Gretel terus menolak Ivy dengan tiga puteri tertawa secara senyap
di belakang mereka, mentertawakan mula merah Gretel.
Haiiih laa Gretel ni, itu pun nak malu…
Setiba sahaja
mereka di Locker Ivy—empat kawan ini tiada kelas, saja ikut Ivy untuk show off
kan hasil karya mereka keatas Barbie doll baru mereka kepada pelajar lain—Ivy
ingin membuka Lockernya tapi terbatal bila dia dengar namanya dipanggil.
Oleh seorang yang
sangat dikenali.
“George….”
Sahutnya dengan nada berbisik, melihat Putera raja Camelot berdiri tidak jauh
dari mereka.
Mata Louis tak
lepas dari penampilan Ivy di depannya sekarang ni, dia tak cakap apa-apa sebab
takut ayat yang tidak sepatutnya keluar dari mulutnya. Plus, mereka depan
public. Bukan private place. Tambahan pula, senyuman menjengkelkan Gretel dan
yang lain tu seperti mereka menunggu komen dari Louis.
Dan komen Louis?
She
look breathtakingly Beautiful…
Rambutnya yang
dihias simple dan juga make up yang tidak terlalu berat, menunjukkan wajah
natural Ivy. tambahan pula dia memakai baju yang lebih feminine! Not to mention
the skirt. Ivy takkan pernah pakai skirt pendek. Kalau ya pun dia akan pakai
Legging.
“Kau kena rasuk
Jin apa sampai pakai baju macam ni?” Soalnya setelah menyusun persoalan itu
dalam mindanya dan melihat ahli sihir itu dari atas hingga bawah.
Muka Ivy sekali
lagi naik merah. Hari ini Ivy sentiasa merah dari tadi pagi, kalau ini
berterusan confirm Ivy akan pengsan atau lebih teruk koma kerana terlalu banyak
darah naik ke otak Ivy. “Apa lagi? empat Jin yang selalu ‘tolong’ aku dengan
Good Deed aku lah.” Jawabnya menjeling kearah kawannya yang tersenyum
tersengih-sengih, menayang gigi macam kerang busuk di sebelahnya.
“Kamu berempat
buat kerja yang bagus pada Ivy. It suits her tapi….” Pandang Louis jatuh ke
Skirt Ivy. “It too short.”
“Nonsense your
Highness.” Hanna bersuara sambil mengipas tangannya. “That beautiful leg must
be shown off to everyone! Tambahan pula dia masih single, boleh dia dapat
boyfriend dengan cepat—”
*PACK*
Ayat hanna
terhenti bila dia lihat fail keras yang sememangnya di dalam tangan Louis patah
dua membuat mereka berlima menelan air liur kelat. Cuma berlainan ketakutan.
“Oh maaf saya, ini
hari saya tidak dapat nak ke gym sebab jadual yang sibuk dan saya
rasa ini exercise yang sesuai untuk pagi ni.” Katanya dengan senyuman paksa. Walaupun
dia tersenyum, dahinya berkerut tanda dia sakit hati.
Ivy menelan air
liurnya sekali lagi sebelum berdehem. “Korang patut balik asrama kalau Korang
dah takda hal dengan aku lagi.” katanya kembali berdepan dengan Lockernya.
“George, you too. Kau ada kerja lain nak buat kan? sebelum kau cuba usik aku,
baik kau pergi sekarang—” Sebaik sahaja Ivy membuka Lockernya, selonggok besar
sampul surat terkeluar dari lockernya, jatuh bertaburan di atas kakinya.
“Dafuq….” Ivy kaku
pada kedudukannya, tidak dapat bergerak, terlalu shok melihat lockernya
berantakan.
“Ooooooo Love
letters!” sahut Hanna riang melihat semua sampul surat yang bertaburan di
lantai dan juga di dalam locker Ivy.
“Babe! Banyaknya
admires kau!” Gweneth mencapai kotak kecil yang dibalut dengan heart pink
wrapers dan membukanya tanpa meminta kebenaran dari Ivy. “Hahaha! Chocolate!
Seseorang bagi chocolate valentine day time musim luruh! You mind?” Soal
Gweneth dan memakan chocolate itu bila Ivy menggeleng. “And it homemade too.”
“Woaaaa….. Even a
princess didn’t get this many presents.” Apple Red mengambil kad yang
tergantung di kotak coklat yang Gweneth pegang dan membacanya. “Roses are red,
Violet are blue, this chocolate are specially made for you—Oh how sweet..” Puji
Apple Red, sukakan pantun pendek pemberi coklat itu.
Tapi bagi Ivy ia
meluatkan. “I think I’m going to be sick…” katanya sambil memegang perut, rasa
nak termuntah melihat semua hadiah-hadiah yang penuh dengan kata-kata manis dan
juga pelbagai wangian dari sampul surat itu.
“Then burn them.” Arah Louis sama annoyed
dengan Ivy.
Ivy mengeluarkan
kayu saktinya. “Way ahead of you.” Dia membaca mantera membakar sambil
menghayunkan kayu saktinya kearah lockernya dan *Zuuup!* api hijau membara
dengan cepat dan dengan sekelip mata kesemua barang yang tidak dikehendaki
lenyap, dan hanya tinggal barang-barang Ivy sahaja. Juga, tindakan Ivy buat
rakan-rakannya terkejut.
“Wha—Why?!”
Ivy mengambil buku
teksnya dan menutup pintu locker yang tidak berdosa itu dengan kasar,
meninggalkan kesan bengkok di pemegang kunci locker.
Kedua Louis dan
Ivy merenung mereka berempat dengan renungan yang menakutkan, seperti mereka ni
undertaker yang ingin mencabut nyawa mereka.
“Explain Gretel.”
Ivy bersuara dengan nada menahan marah. Bajunya sememangnya dah terbakar,
menandakan dia berang sekarang ni. Dah tentu Ivy berang sebab dia tak faham
kenapa dia dapat banyak surat peminat. dia tak pernah dapat macam tu. Di
Vicious tiada siapa yang berani buat macam tu kat Ivy, itu bermaksud mereka
menempah maut dengannya.
Gretel menelan air
liur tiga kali. “Uhm… well, You see ini berlaku bila kau menjadi pujaan ramai.
Ramai peminat dan secretly having…. A….. crush—Please don’t kill me.” Gretel
bersembunyi di belakang Gweneth bila muka mereka berdua tambah menggerunkan setiap
patah perkataan keluar dari mulutnya. “Di Enchanted kau akan dapat hadiah dan
surat cinta dari peminat kau setiap hari kerana mereka dah mula sukakan kau.”
Gretel terangkan dalam satu nafas.
Suka? Kening Ivy terjungkit-jungkit. Mereka sukakan the Evil Witch?!?!?!?!
Boom! Baju Ivy membara membakar laluan Block
B itu, membuat pelajar yang lalu lalang melompat ketakutan dan beralih dari
lingkaran api yang meletup sehingga ke siling laluan.
“W-Woaa…. Relaks
Babe. It’s not bad… ia untuk Good Deed jugak.” Gweneth cuba tenangkan ahli
sihir berang ini sambil melihat api ungu yang tersebar di merata tempat. Ia
tidak membunuh tapi tetap merbahaya.
Ivy menarik nafas
dalam beberapa kali, cuba menenangkan hatinya tapi setiap nafas dia ambil
umpama minyak tanah yang memarakkan lagi api kemarahannya.
“Kalau aku buru
mereka yang bagi aku hadiah ni boleh tak?” Soal Ivy melalui gigi yang diketap.
Gweneth
menggeleng. “That’s bad.”
Ivy memejam
matanya. Damn….. “Kalau aku bagi
amaran dekat mereka macam mana?”
“Defined ‘amaran’
kau?” sahut Hanna, tak sedap hati dengan itu.
“Burn one of them.” Louis memberi Idea
dan Ivy mengangguk membuat mereka berempat cuak habis.
“Y-Your Highness,
itu agak melampau.”
“Then torture them
dengan magic aku.” Ivy pula memberi cadangan dan mereka berempat menggeleng.
“magic kau untuk
kebaikan remember? Kau tak boleh.” Sahut Apple Red pula.
“Stupid good for nothing son of a winged
elf......” Ivy mencarut dalam nada berbisik, tiada siapa dapat mendengar
dengan jelas carutan Ivy yang panjang lebar sehingga lah carutan terakhir. “….Evil donkey troll Magic!” Marahnya
membuat mereka termasuk Louis membekalangkan diri. diri Ivy sekarang membara
satu badan sebelum ia kembali redah sehingga asap api itu sahaja yang tinggal
keluar dari Ivy.
“Fine.” Katanya
masih lagi marah. “This is Impossible. It’s a disgust!” katanya dan bergerak
pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawannya. Dia terlalu
sibuk memikirkan pelajar lain yang dah mula sukakan dia dan tidak takutkan dia
lagi.
Dia kena fikir cara
buat mereka tunduk kepada Ivy seperti mana Orang Vicious buat kepadanya.
Sukakan Ivy tapi juga takutkan dia. How? Orang Vicious sukakan Ivy sebab dia bawa
kesengsaraan kedalam hidup mereka dan pada masa yang sama takutkan dia sebab
Ivy menggerunkan.
Macam mana nak
buat Orang Enchanted macam tu jugak? Dia tak boleh tahan dengan semua hadiah
dari ‘peminatnya’. Ia menjijikkan. Bau wangian bunga, hadiah dan sampul surat
itu menyucuk ke hidungnya. Ia terlalu wangi!!! Wangian Enchanted!!
Sementara itu,
Putera Raja Camelot merenung tajam kearah empat kawan Ivy yang tertunduk, masih
takutkan kemarahan Putera itu.
“Jangan
terbawa-bawa dengan permainan korang ni.” tegurnya dengan nada menggerunkan.
“Dia mungkin membiarkan korang tolong dia tapi ingat, Evil Witch tu masih ada
limitnya, jangan sampai dia hilang sabar dan cederakan kamu satu-satu. Dia
mungkin kawan korang tapi dia tidak mempunyai hati.”
Mereka berempat
saling memandang sesama sendiri. Tidak faham maksud Ivy tidak mempunyai hati
sehingga pandangan mereka jatuh kearah Gretel. Gretel hanya tunduk dan
mengangguk. “Kami faham Tuanku.” Bisiknya, sambil memikirkan perkara terpenting
tentang Ivy.
Dia tiada hati….
Ivy tiada hati,
bermaksud dia tidak boleh jadi baik sepenuhnya. Gretel terfikir, apa sebenarnya
ada pada hati Ivy. adakah ia jahat? Sejak bila dia sembunyikan hatinya? Adakah
ia masih suci seperti hati seorang budak kecil kalau dia buangnya dari dia
kecil lagi?
Gretel akan tanya
Hansel nanti hujung minggu ni. Mungkin abangnya tahu bila Ivy membuang hatinya
atau di mana dia buang.
>X<
(A/N: The heart is locked away to where no
human will ever find it…. Huhuhuhuhu, One day kita akan tahu ke mana hati Ivy
sebenarnya.)
whooooaaaaaaaaaa...so many secrets....n a lot if suprising.....huhuhu suka suka suka...n love it so much....keep it up angah.....n again.. crazy in deep with louis n ivy ...hehehe
ReplyDelete~ccc(,)(,)
thank you sebab up date cepat2 muah cikit...lebih byk misteri so lebih mencabar utk angah menulis...so good luck.
ReplyDeleteHey guys!! (^3^) yupppp.... Lebih banyak mystery, makin susah nak karang but don't worry! Everythings under control.... Huhuhuhu and btw, thanks for the encouragement!! Really helps angah a lot~~ T_T
ReplyDeleteAngah. Adakah pengetua merlin tahu yang ivy dan louis selalu berjumpa semasa mereka kecil di hutan mahligai tu? Apa khabar ibu ivy?? Hehe. Terfikir tiba-tiba. -epi-
ReplyDeleteHey Epi! tentang tu angah takkan bagi komen but He IS the GREAT wizard Merlin.... dan Maleficent baik-baik sahaja di Vicious. sekarang dia dah ada hobi baru. iaitu termenung ke periuk cauldronnya berjam-jam. Memandangkan dia dah takda Diaval untuk buat kerja remeh-temeh di rumah tersebut. dia dah jadi seorang ibu yang berdedikasi. dia pergi shopping, kemas rumah dan berbual dengan orang luar selain Jack dan Sally, anak dan Diaval. Her life has become more colorful sementara dia menunggu anaknya robohkan tembok tersebut dan mereka kuasi satu tanah besar itu. ^_^
ReplyDeleteoh dan pada masa lapang Maleficent akan melukis di balcony rumah sambil membayangkan kehidupan yang penuh dengan pelangi dan unicorn--JOKING!!
Hahahahaha.... let just say, Maleficent tengah bersiap sedia untuk menghancurkan Enchanted bersama Jack Skellington. huhuhuhuhuhu