thirteenth L.O.V.E

Goddess purifcation

Ceremony penyucian diri….

oh gosh macam mana Ivy boleh terjebak dengan situasi merapik ni? Dan sekarang dia berdiri atau lebih tepat menjadi tahanan kepada tiga pari-pari di raja, berdiri di depan pentas bulat yang terukir circle ruins atasnya. Juga bersama bebeberapa saksi yang tidak Ivy tidak sangka akan tiba.

Ivy menarik nafas dalam bila salah satu saksi mereka adalah Putera Raja Camelot. Louis memberikan senyuman simpatinya kepada Ivy yang menggeletar satu badan kerana ceremony penyucian diri itu.

Mata Ivy terbeliak bulat melihat Merlin akhirnya muncul dalam upacara tersebut dengan jubah berwarna putih sama seperti pari-pari di raja lain.

“Baiklah. mari kita mulakan sekarang.”

Eeeppp!

Macam mana Ivy boleh berada dalam keadaan ini sekarang? Apa dah jadi sebenarnya dan apa sebenarnya ceremony penyucian diri sehingga kerabat di raja Camelot datang dan fairy menahan Ivy seperti seorang banduan??

4 jam sebelumnya…

Ivy sedang tidur lena di atas katilnya, tenang kerana pada hujung minggu itu dia meluangkan masa dengan kawan-kawan barunya. Dia rasa Gweneth, Hanna dan Apple Red dan Gretel taklah seteruk yang Ivy bayangkan. Tergedik-gedik tu ada tapi tak terlampau seperti mana orang lama Vicious pernah ceritakan kepada dia.

Gweneth seorang perempuan yang cool seperti Dottie, dia sentiasa tenang dan tidak selalu tunjukkan perasaannya tapi dia sebenarnya jenis perihatin, dia sentiasa memantau dua kawannya yang lebih girly dari dia. yang lebih matang dan berfikiran Rasional adalah Gweneth.

Sementara Hanna pula jenis happy-go-lucky. Dia jenis yang curious tentang semua benda dan nak cuba semua benda baru yang dibenarkan oleh Gweneth. Dah tentu Gweneth pantau budak perempuan tu. Ivy dapat tahu yang tiada siapa membenci hanna kerana dia secara natural periang dan peramah. Semua orang dia tegur tak kira baik atau jahat dan tak pernah judge orang lain.

Apple Red pula, dah tentu jenis pemalu dan Ivy dapat tahu Apple sukakan haiwan. Seperti Permaisuri Snow white. Dia juga jenis yang lebih kepada gadis ayu yang pemalu, lemah lembut dan baik hati. Seperti seorang nice princess yang sepatutnya.

Gretel… Hah! rupanya Gretel taklah seteruk mana yang Ivy fikir. Dia lebih kurang seperti Hansel juga Cuma dia tak suka kenakan orang lain. Dia suka menyendiri dengan bukunya. Walaupun dia suka menyendiri, dia tetap akan lepak dengan mereka walaupun mereka berempat—termasuk Ivy bising nak mampus. Adakalanya dia suka bermain dengan mereka dan kekadang Gretel terkeluar tanduk kecilnya meminta tolong dari Ivy untuk kenakan seseorang.

Hmm…. See? Gretel hampir sama dengan Hansel. Dua beradik ni memang menyeronokkan.

Ivy bangun dari tidurnya dengan senyuman indah melekat pada bibirnya. Dia bukan sahaja gembira tentang kawan baru dan juga tentang Louis, dia juga gembira yang ini hari ialah hari pertamanya untuk menjadi apprientice Pengetua Merlin!!

Ivy melompat turun dari katilnya sambil berputar-putar dengan riang.

Ini hari dia akan dapatkan semula magicnya! Dia akan menjadi seperti dahulu malah—

“Lebih kuat!” Sahut Ivy membuat pose tunjuk otot didepan cermin panjangnya bersama senyuman nakal terpapar pada wajahnya. Setelah itu dia mengambil tuala dan jubah mandinya di dalam almari dan masuk ke dalam bilik air dengan nyanyian riang.

Ezra yang tidur di katilnya terbangun secara mengejut bila dia dengar jeritan girang datang dari bilik air mereka. Dia menjeling kearah bilik air tersebut dengan mulut berkumat-kamit menyumpah seranah Ivy kerana kacau tidurnya awal pagi buta.

Usai membersihkan diri, Ivy mengenakan baju punk rock. Black spiky leather jaket dengan sleeveless cheeta shirt. Chain necklace yang panjang dan spiky leather braclete pada kedua-dua pergelangan tangannya. Dia juga memakai tight-jeans hitam yang koyak rabak. Oh jangan lupa boots hitam kegemaran Ivy. dia takkan pakai boots lain dari boot hitamnya itu.


Perfect desis hati Ivy tersenyum puas melihat penampilannya di depan cermin panjang dan dilengkapkan dengan make up yang sesuai dengan pemakaiannya pada kali ini. Dia ingin memakai lipstick warna jingga tapi terbatal kerana dia taknak kelihatan punk sangat. plus dia jumpa pengetua Merlin so dia hanya pakai lipstic merah darah.

Ivy tahu dia kena pakai pemakaian yang lebih elok dari apa yang dia pakai sekarang tapi dia endahkannya. Dia taknak ubah pemakaiannya kerana dia selesa dengan apa yang dia pakai sekarang. Lantaklah apa orang lain cakap. This is Ivy now and will be Ivy in the future too.

Lagipun, tak lama Enchanted akan jadi milik Villain. Nak buat apa nak tukar kan? desis hatinya dengan riang dan mengambil beg sandangnya sebelum keluar dari bilik tersebut.

“Today will be a beautiful day—for me.” Bisiknya dengan senyuman halus terbentuk di hujung bibirnya.

Dalam perjalanan dia turun ke lobi utama asrama itu, empat rakan barunya muncul dari setiap tingkat menyertai Ivy.

Pada mulanya Apple Red menyapa Ivy sebaik sahaja Ivy keluar dari biliknya kerana bilik Apple Red satu tingkat dengannya. Apple red memakai dress pendek berwarna merah gelap dan jaket biru. Stoking hitamnya bertemakan kucing dan dilengkapkan beg couch berwarna kuning. Oh jangan lupa headband bunga berwarna merahnya.



“You look cute.” Puji ivy melihat pemakaian Apple Red.

“Thank you.” Katanya dengan senyuman manis danp perasan pelajar yang sekeliling mereka memandang mereka berdua. “Mereka pandang kita lagi.”

Ivy juga perasan riaksi mereka dan tertawa bersama Apple Red. Mereka dah biasa dengan pandangan orang lain keatas mereka.

Selepas itu, Hanna dan Gweneth di tangga tingkat dua kerana hanna dan Gwen sebilik. Pemakaian Hanna simple sahaja, dress warna merah violet manakala Gweneth memakai hampir sama dengan Ivy. seluar jean putih yang koyak, t-shirt kelabu yang tertulis ‘Lettuce be Friends’ dan kardigen hijau panjang.
(Hanna)

(Gweneth kecuali rambut Gwen terhurai ikal)

Ivy tersenyum nakal. “Ripped Jeans?”

Gweneth mengenyit mata sambil mengunyah gula getahnya. “Inspired from Ivy the Devil. Model fresh from new Orleans.” Sahutnya membuat mereka berempat tertawa.

“Morning Girls.” Gretel pula muncul bersama buku dalam tangan dan coffee setelah Ivy dan yang lain berada di tangga tingkat satu. Gretel pula memakai baju-T warna putih dengan jaket berwarna perang, bersama jeans leather ketat. Beg coach tergantung pada lengannya juga menyesuaikan pemakaian Gretel.


“Morning.” Sahut mereka berempat kepada Gretel dan kelima-lima wanita ini turun ke lobi melalui tangga utama.

Sebaik sahja mereka muncul; pelajar yang berada di lobi, sedang melepak, berbual sesama sendiri, baru keluar dari bilik mereka, kesemua pelajar yang sibuk dengan kerja mereka terhenti dan memandang lima wanita itu turun dari tangga denga penuh megah. Lelaki yang melontar bola lisut kearah kawannya terkena kepala tapi dihiraukan kerana melihat lima kawan itu.

Sepertinya mereka berlima ada aura tersendiri dan *lagu latar tersendiri yang memukau mereka semua. Sepertinya masa berhenti untuk seketika, memperlahankan tindakan manusia untuk memastikan mereka perasan kehadiran Ivy and the Geng.

(A/N: Interruption! Buka youtube and dengar lagu ‘Little mix – Black magic’ chorus sebagai lagu latar mereka turun tangga. Sesuai! dan naikkan mood angah time buat babak ni huhuhu)

Turun dari tangga itu seperti ‘One direction’ dan berjalan merentasi lobi tersebut ke pintu keluar dengan Ivy berada di tengah, Apple Red dan Gweneth di sisi Ivy, Gretel sebelah Apple Red dan Hanna sebelah Gweneth. Berjalan dengan aura masing-masing sambil mengendahkan pandangan sekeliling.

Julliana dan dua kawannya, Shui Ling dan Scarlet Star yang berada di lobi itu terkejut melihat mereka. Ini kerana mereka berlima menarik perhatian pelajar lain dari Julliana. Selalunya pelajar di lobi itu akan pandang Julliana tapi kali ini tidak lagi. semua pelajar sanggup berhenti dari kerja mereka untuk melihat Ivy dan yang lain sahaja. Termasuk warden asrama yang menjaga kaunter depan terkejut melihat penampilan mereka di tangga lobi utama.

Louis yang juga berada di lobi sedang bercerita dengan kawannya di tegur oleh Xiao Ai menyuruh dia tengok kearah tangga. Mata Louis terbeliak bulat melihat Ivy di tangga tersebut bersama empat rakan barunya.

Oh my—Nafas Louis terhenti bila Ivy memandang kearahnya dan berikan satu kenyitan mata yang menggoda.

Xaoi Ai dan Philipe menjerit, bersiul kerana Louis mendapat tumpuan Villain seksi itu.

Mereka berlima tertawa dengan tindakan Ivy berani flirting dengan Putera Raja didepan Julliana dan melangkah keluar dari asrama tersebut.

Sebaik sahaja lima figura itu hilang dari pandangan, masa sepertinya kembali bergerak dan semua pelajar berbisik sesama sendiri tentang mereka Ivy dan yang lain.

Berbisik betapa peliknya Ivy bersama tiga Royal descrendants dan juga Gretel yang dahulunya membencikan Ivy. Berbisik betapa hebatnya entrance mereka dan aura di sekeliling mereka. Betapa menakjubkan mereka berlima. Apatah lagi Ivy. Villain itu menyerlah dari empat orang Enchanted itu. Walaupun dia berpakaian Gelap dan mengerikan, Ivy kelihatan hebat! Tersangat seksi dan menggoda! Dengan rambut hitamnya yang jatuh, terbelai dengan lembut, mata hijaunya yang menyerlah dan senyuman tu. Senyuman sinis yang sempurna. Tiada lelaki yang tidak mengaku mereka tak tergoda dengan Ivy sebentar tadi. pelajar perempuan pula memuji kecantikan dan keserasian lima sekawan itu.

Sementara itu pula Xiao Ai dan Philipe mengusik Louis tentang kenyitan mata Ivy. mengatakan betapa untuknya menjadi putera Raja Camelot mendapat perhatian dari Villain seksi seperti Ivy. Louis hanya tertawa, menyembunyikan rasa segannya dari rakan-rakannya. Dia mengatakan Ivy cuba membalas dendam kerana ivy membencikan Louis. Alasan. Tipu. Kalau bukan sebab persahabatan mereka dirahsia, dah lama Louis membalas flirt Ivy dengan senyuman terlebar dia ada. Tapi tak. Louis kena berlakon, berlagak terkejut dan menggeleng tanda dia tak faham perangai Ivy. Heeiisssh… perempuan tu terlalu menggoda.

Berpuluh pasang mata jatuh keatas lima kawan ini walaupun mereka berada di luar asrama; pelajar lain, staff academy, warden asrama, Makhluk magical yang lain, termasuk pengajar Academy berhenti dari kerja mereka kerana lima sekawan ini. sehingga Zorro, pakar pemain pedang sedang membuat latihan paginya dengan dummy tertusuk dummy tersebut dengan tenaga penuh membuat dia jatuh kedepan dan tercium dummy tersebut kerana perhatiannya dicuri oleh mereka. Orang naik basikal jatuh masuk longkang, Pixie yang membuat kerja hariannya; seperti pixie kebun membangunkan pokok bunga juga kaku sehingga pixie dust mereka mempercepatkan pertumbuhan pokok bunga itu tanpa sengaja.

“Oh this is fun.” Bisik Ivy tertampal senyuman nakal pada wajahnya. Dia mendongak melihat Diaval yang baru keluar dari biliknya, dia dapat rasakan Diava juga tersenyum nakal, terhibur melihat huru-hara yang Ivy dan kawannya buat hanya dengan berjalan bersama ke academy.

“Mereka tak henti memandang.” Apple Red mula bersuara bila dia dah tak selesa dengan pandangan orang sekeliling dan rasa bersalah melihat beberapa orang kemalangan kerana tumpukan perhatian kepada mereka. “Is this bad?”

Gretel tertawa, matanya beralih dari bukunya ke Apple Red. “Mereka hanya terkejut melihat Villain berjalan dengan kita. Itu salah mereka sebab tak terima kenyataan.”

Gweneth tertawa se-dekah. “Heh, atau mereka terkejut melihat kita berjalan dengan Villain. Meh… seronok jugak tengok riaksi mereka.” Dia berpaling melihat Hanna di sebelahnya. “Nice Idea Hanna.”

Hanna mengenyit mata. Rupanya dia yang merancang berjalan ala-ala one direction dari asrama ke academy. “See, told you mereka akan terkejut.”

Ivy pula tertawa sambil menggeleng. “Now, we are the new best thing dalam Academy ni.” Katanya teringatkan muka terkejut Julliana. “Miss Queen Control dah tercundang dari tingkat teratas.” Ivy mendepakan kedua tangannya kesisi dan Gweneth dan Apple Red berikan dia High Five. Dan Apple Red high five dengan Gretel, manakala Gweneth dengan Hanna. Berakhir dengan Hanna dan Gretel berhigh Five.

“See you girls in class.” Sahut Gweneth sebaik sahaja mereka tiba di Wing C, mereka berpecah ke locker masing-masing. Gweneth dan Apple Red mempunyai kelas yang sama di Wing B, manakala Hanna kelas di Wing A. Gretel orang terakhir bersama Ivy dan dekatkan diri kepada Ivy.

“Next step. Pembulian.” Bisik Gretel dengan senyuman sinis. “Let us see whom among us will get bullied.” Dia menghirup kopi panasnya di depan Ivy sebelum bergerak pergi.

Ivy tersenyum nakal. “Dah tentu bukan aku.”

“We’ll see about that!” sahut Gretel tanpa memandang Ivy dan melambai kepada ahli sihir muda itu.

Yup. Gretel masih menyakitkan hati tapi tak seteruk dahulu desis Ivy tapi dengan senyuman.

Baiklah. Masa untuk berjumpa dengan pengetua Merlin. Ivy sendiri teruja untuk berjumpa dengan The Great Wizard Merlin, beritahu orang tua itu yang dia ingin menjadi Apprienticenya. Dengan langkah yang laju, dia berjalan ke pejabat Pengajar di tingkat tiga Wing C dan mengetuk pintu pejabat itu sebelum dia dibenarkan masuk.

Bila dia masuk kedalam pejabat tersebut, semua pengajar dari berlainan subjek and section berhenti membuat kerja, memandang kearah ivy dengan senyuman lebar.

Ivy menjungkit kening hairan. Kenapa dengan dorang ni? Bukannya mereka patut takut dengan aku ke? desis hati Ivy rasa janggal dengan senyuman mereka semua. Dia masuk kedalam pejabat tersebut dan menyapa pengajar terdekat dengannya. “Di mana bilik Pengetua Merlin.”

Lelaki bermisai melentik itu segera bangun dan tundukkan diri seperti seorang budiman. Siap membuka topi yang ada buluh pelepah besar lagi. “Bon jour, Mademoiselle Ivy.” dia mencapai tangan Ivy dan mengucupnya dengan manis.

Ivy segera menarik tangannya rasa tidak selesa dengna lelaki bermisai kucing ini. “Errm... no thanks, saya tanya Pengetua Merlin.”

Lelaki itu kembali berdiri dan ingin besuara tapi dua lagi lelaki berpakaian sama seperti lelaki pelik ini datang mendekati Ivy, tunduk membuka topi didepan ahli sihir muda ini. seorang misai melentik, orang misai macam hitler dan seorang lagi—ah, baru misai seperti kucing.

Mereka bertiga asyik berceloteh dalam bahasa yang Ivy rasa bahasa French, bercakap dengan Ivy dengan senyuman lebar pada bibir mereka sambil bermain-main dengan misai mereka—eww dan tak lama kemudian mereka tinggikan suara bukan kepada Ivy tapi sesama sendiri.

Apa yang mereka merapikkan ni?

Eh nanti kejap—Baju lengkap untuk latihan pedang, pedang nipis di pinggang mereka, tiga lelaki bermisai pelik dan berbahasa French….

Mata Ivy terbeliak bulat melihat mereka bertiga bersama. “Korang the three musketeers!” sahutnya membuat tiga lelaki bermisai itu kembali memandang Ivy dan mengangguk dengan bangga; kembali berkata-kata mains(?) kepada Ivy dalam bahasa mereka sendiri.

Senyuman Ivy hilang menjadi muka menjengkelkan. Urrgghh… aku takda masa nak bersuai mesra dengan mereka!!

“Listen, saya bukan taknak berbual dengan encik-encik sekalian tapi saya ada kelas dengan Pengetua Merlin dan saya tak nak lambat pada kelas pertama saya.” katanya dengan senyuman manis—yang dipaksa kepada mereka. “tolong beritahu saya di mana bilik Pengetua Merlin…. Please?” Ivy menggigit lidahnya dengan kuat kerana menyebut ‘please’ kepada mereka. First time in her life dia berlakon baik sampai semanis itu.

“Oh Cik Ivy… You finaly came!” Tumpuan Ivy berubah ke Fairy Godmother yang menyapanya dengan senyuman manis. “Pengetua Merlin berada di pejabatnya dari tadi subuh hanya untuk menunggu kamu. Sepanjang tahun saya di academy ni tak pernah saya tengok Merlin duduk dalam pejabatnya lama sangat. selalunya dia berperap di menaranya sahaja dan Oh dear dia kelihatan gelisah! Bila dapat tahu tentang kamu, saya dan pari-pari yang lain teruja!” bebelnya dan menarik lengan Ivy dengan lembut masuk lebih dalam di bilik pengajar itu. “Dia tentu gembira bila dapat tahu kamu nak jadi apprientice dia.”

Ini buat Ivy tersenyum 1001 niat tapi pudar bila dia perasan sesuatu. “Fairy Godmother tahu tentang Aprienticeship ni?”

“Dear Child, Everyone in school knew as soon as you step in here!” sahutnya tertawa kecil sambil memegang pipinya. “Come-come… We have many things to prepare untuk ceremony purification kamu.”

Langkah Ivy terhenti, tertanam pada lantai mosac. Ceremony purification? “A-Apa?” Dia tak salah dengar ke? Fair Godmother kata Purification…. Purification??????

Fairy Godmother berputar memandang wajah pucat Ivy. “Why dear? Upacara penyucian diri. kamu akan jadi apprientice The Great Wizard Merlin, Sumber magic kamu juga perlu ditukar.”

“tapi kenapa perlukan Purification?” Soalnya cuba tidak kedengaran cemas. Tapi gagal. Tangannya sejuk di dalam genggaman Fairy Godmother.

Pari-pari tua itu tersenyum dan menepuk tangan Ivy dengan lembut, mengenggam tangannya seperti memberi semangat kepada Ahli sihir muda. “Saya tahu semua ni seems so sudden dan tak bagitau kamu awal-awal tapi ini arahan Merlin. Bila kamu setuju untuk menjadi Apprienticenya, kamu kena disucikan.”

“Dari apa?” Soal Ivy. rasa tak sedap hati.

Jangan kata dari Vicious. Jangan kata dari Vicious… jangan kata dari vicious.

“Pengaruh kamu dari Vicious.”

Shit….

Ivy dah agak dah. Ia umpama mereka nak pisahkan Ivy dari diri Ivy yang sebenar. Mereka nak brainwash Ivy!!! Dia patut dengar cakap Hansel tentang orang Enchanted agak licik walaupun mereka naïve dan innocent. Tu lah, siapa suruh tak dengar cakap Hansel?

“K-Kalau tak buat ceremony ni takpa ke?” Soal Ivy masih tidak berganjak dari tempatnya. Enggan bergerak kemana sahaja Fairy Godmother ingin membawanya.

Fairy Godmother tertawa kecil. “My Child, kalau kamu tak buat upacara ni kamu takkan capai tahap the great wizardry. Kamu nak menjadi sekuat The Great Wizard Merlin kan?”

Ivy menelan air liur kelat. Dah tentu dia nak jadi kuat seperti Pengetua Merlin! Macam mana dia nak guna tongkat Wizard Merlin kalau tidak sekuat empunya tongkat sakti?

Ivy mengangguk kecil. “Dah tentu. More than anything.”

Jawapan itu membuat Fairy Godmother tersebut dan membawa Ivy ke bilik belakang, melalui bilik pejabat Pengetua Merlin. Ivy hanya boleh lihat pintu Pejabat itu dengan muka cuak sambil ditarik—dengan sedikit paksaan oleh Fairy Godmother ke bilik yang tidak dikenali.

Bila mereka masuk bilik tersebut, Fairy Flora dan Marywhether sudah pun menunggu Ivy didalam bilik itu dengan sehelai dress putih tergantung di tepi cermin panjang. lengkap dengan perhiasan di atas meja berdekatan.

“You finally here… Oh this is good news!” sahut Fairy Flora mendekati ivy dan menarik perempuan itu ke tengah-tengah bilik bersama Fairy Marywhether. “You are going to be Beautiful!

“Huh…. Tak sangka young Villain ni akhirnya berpihak kepada kita.” Kata marywhether sambil memeluk tubuh, melihat Fairy Flora mengukur badan Ivy di depan cermin panjang. “But I still don’t like you.”

Ivy menjeling kearah Fairy Marywhether dengan jelingan membunuh. No shit, aku tak berniat nak ke ‘pihak’ korang. Aku terpaksa. Desis hatinya menahan marah, merelakan dirinya di ukur oleh Fairy Flora. Kalau bukan disebabkan menginginkan magic the great Wizardry, tak hingin Ivy buat purification merapik ni apatah lagi berlagak baik dengan mereka semua.

“Now-now Marywhether, sekarang bukan masa untuk itu. Kita kena siapkan Cik Ivy sebelum mereka tiba di Ceremony Ground.” Katanya sambil meneruskan kerjanya mengubah suai gaun putih yang tergantung di sebelah cermin panjang mengikut ukuran baju Ivy menggunakan magicnya.

Fairy Marywhether mengeluh tapi akur. “Baiklah. tapi saya tetap nakkan corak gaun tu biru.” katanya dan menarik Ivy kebelakang tirai. Memaksa Ivy masuk disebalik tirai dan strip her.

HEY!! GET YOUR F*CKING HAND OF ME!”

Fairy Flora tertawa kecil mendengar jeritan Ivy dan di balas dengan magic Fairy Marywhether, menutup mulut Ivy dari mencarut lebih banyak. Mungkin juga mengikat Ivy dari lari dari sebalik tirai itu?

Fairy Flora mengangkat bahu dan menyambung kerjanya dengan nyanyian halus, mengubah suai gaun tersebut dengan corak pink (tidak menghiraukan permintaan Fairy Marywhether)

“It’s done!” sahutnya mengagumi hasil rekaannya sebelum membawa gaun tersebut ke sebalik tirai dan menolong Fairy Marywhether memakaikan gaun tersebut kepada perempuan meroyan yang telah diikat(betul tekaan fairy Flora) dengan magic Fairy Marywhether.

Beberapa minit kemudian, Ivy telah memakai gaun tersebut dan berdiri di cermin panjang semula sambil dua pari-pari di raja itu menghias rambutnya pula. Tertera pada wajah Ivy yang dia bencikan gaun tersebut. Apatah lagi style rambutnya sekarang ni. Dalam seumur hidupnya Ivy tak pernah pakai gaun apatah lagi skirt. Gaun Putih? tak pernah mimpi langsung, fikir pun tak!!

So much for a beautiful day… desis hatinya kecewa, meniup rambut depannya yang jatuh kemuka.
(Bayangkan rambut hitam)


“Oh you look beautiful, child!” Sahut Fairy Flora dengan riang.

Fairywhether mengangguk, setuju dengan Fairy Flora. “Yes, Yes… saya mengaku dia nampak—Dear Lord!” Fairy Marywhether menarik nafas tajam melihat corak gaun putih Ivy. “Blue!” Dia menghayunkan kayu saktinya ke corak gaun Ivy menukar warna corak bunga tersebut.

“No-no Marywhether… ia sepatutnya pink.” Fairy Flora mengubah warna corak itu semula dan bercekak pinggang kepada Fairy Marywhether. “Kita kena jumpa Fairy Godmother. Kita tiada masa untuk bergaduh warna corak tu.” katanya berjalan kearah pintu. “Kami akan datang balik Cik Ivy. selepas itu kita ke Ceremony Ground.” Sahutnya tanpa memandang Ivy yang tercegat melihat dirinya di cermin.

“Saya tetap nak Biru.” Fairy Marywhether menghayunkan kayu saktinya menukar warna corak ke Biru semula dan mengekori Fairy Flora keluar.”

“It’s Pink.” Fairy Flora tukar semula sebelum mereka berdua keluar dari bilik tersebut.

Tapi Fairy Marywhether membuka pintu itu sedikit dan berbisik ‘make it blue’ sambil arahkan kayu saktinya pada gaun tersebut. Menutup pintu bilik tersebut dan mengejar Fairy Flora yang tidak tahu apa-apa.

Sementara itu, Ivy yang mengendahkan pergaduhan mereka tentang gaunnya… Ivy bencikan kedua-dua warna corak bunga itu apatah lagi warna gaun tersebut.

Dia rasa macam nak melarikan diri. perutnya mengecut, jantungnya rasa seperti nak berhenti sekarang kerana berdegup terlalu kuat. Kalau boleh ia jatuh ke perutnya kerana gagal berfungsi dengan elok.

Ivy cuak memikirkan dia akan di sucikan, brainwash, untuk mengembalikan magicnya semula. Adakah dia buat keputusan yang betul? Apa akan jadi setelah dia disucikan? Adakah dia akan mengkhianati Orang Vicious? Ibunya? Melupakan dirinya dan menjadi baik? Membelot orangnya sendiri?

Fikiran ini membuat Ivy rasa nak muntah. Kalau boleh dia akan muntahkan semua isi perutnya di bilik itu juga—atas gaun tu.

Ivy terdengar bunyi burung masuk kedalam biliknya dan melihat Diaval berdiri di atas cermin panjang di depannya. “t-Turn into a human.”

Diaval berubah dan berdiri di sebelah Ivy dengan wajah risau tertampal pada wajahnya. Dia mencapai tangan Ivy yang menggeletar. “Kau takut.” Bisiknya menggenggam erat tangan tersebut.

I am.” Katanya menahan tangisan dari mengalir. “Apa patut aku buat?”

“apa kau nak buat?” Soal Diaval balik. Dia tahu bukan tempat Diaval untuk bagi Ivy keputusan. Kali ini Diaval tidak akan beri nasihat kepada Ivy. Bagi Diaval ini penentuan samada Ivy betul-betul inginkan misi ini Berjaya atau hentikan semua dan kembali ke Vicious.

“A-Aku tak tahu. Aku taknak mengkhianati Ibu aku tapi aku taknak menghampakan dia juga.” Sahutnya memandang kebawah. “Aku takut aku akan lupakan diri aku selepas upacara ni. Macam mana kalau aku menjadi ‘baik’? Ibu akan berang kat aku dan… dan… aku tak dapat bayangkan apa dia akan buat Diaval… Aku takut.” Suara Ivy pecah dan menggenggam erat tangan penjaganya meminta pertolongan dalam senyap.

Berat hati Diaval melihat Ivy seperti ini. Dia menjaga Ivy dari kecil, tidak pernah dia lihat ahli sihir muda ini setakut sekarang. Menggeletar, pucat, sejuk. Apatah lagi menangis.

“Breath kid.” Dia menyentuh bahu Ivy. “Think. Aku tahu kau takkan mengalah setelah kau sampai ke sini. There must be a way.”

Ivy hanya mengangguk. Menarik nafas dalam beberapa kali cuba tenangkan dirinya yang menggigil, takut. Setelah dia tenangkan diri, dia kembali mendongak melihat Diaval. “Kau kena ada di Ceremony tu.” katanya membuat Diaval tersenyum kecil. “Dalam bentuk manusia.” Dan senyuman Diaval hilang.

“Kenapa?”

Ivy memutar kepalanya ke beg sandang yang tergantung di tepi cermin panjang itu, bekas menggantung gaunnya. “Kalau aku telah disucikan… kayu sakti aku dan buku aku mungkin terkena effect.” Dia kembali memandang Diaval. “Kau diselubungi kejahatan. Lindungi kayu sakti aku dan juga buku aku. Kalau aku terlupa tentang misi aku, sekurang-kurangnya influence magic ibu boleh membantu.”

Diaval diamkan diri untuk seketika, memandang kedua mata Ivy yang masih basah. “Kau yakin ke?”

Ivy menggeleng. “Tak… tapi aku berharap. Ini sahaja cara untuk mengelakkan aku jadi ‘enchanted’ sepenuhnya.”

Diaval mengangguk perlahan, mengambil beg sandang Ivy dan kembali ke sisi anak jagaannya. “Nak pegang untuk kali terakhir?” Soal Diaval mengeluarkan kayu sakti Ivy.

Ivy tertawa kecil dan mengambil kayu sakti itu. “Aku nak buat magic terakhir dengan kayu sakti ni.” Katanya memandang Diaval dengan senyuman nakal.

“Atas aku?” Soal Diaval melihat senyuman Ivy makin lebar, Diaval mengeluh tapi mengangguk. “Go ahead.”

“Aku patut buat banyak ceremony macam ni kalau kau sanggup jadi bahan magic aku.” Kata Ivy sambil menghayunkan kayu saktinya di atas Diaval. “It’s nothing big. Hanya….” Dia melihat baju gelap Diaval berubah menjadi baju lebih cerah dan ringan serta rambut Diaval berubah style. “Penyamaran kecil, encik D.”

Diaval melihat pemakaiannya pada cermin panjang dan tersenyum. Dia nampak lebih segak dan macho. “Mr. D huh? Kau patut panggil aku Prince Charming.” Katanya mencapai tangan Ivy dan mengucupnya ala-ala gentlemen. “Cinderella.”

Ivy tertawa besar melihat lakonan Diaval. “Di dalam beg tu ada invisibility potion. Minum dan kau akan halimunan selama beberapa jam. Aku rasa kau akan kembali seperti asal bila kau tiba di Ceremony Ground—entah di mana tempat tu.”

Diaval keluarkan potion tersebut dan pandang Ivy yang memberi senyuman terlalu innocentnya. “Kau teringin tengok aku minum potion ni dan muntah kan?”

Ivy tersenyum tayang gigi. “Payback’s—”

“A B*cth. Remind me jangan usik kau lagi pasal ni.” Katanya dan memandang cecair hijau dalam botol kecil itu dan minum dalam sekali teguk. “Ueerck!!!! Aku tahu benda ni teruk tapi tak terbayang seteruk ni!”

Ivy tertawa memeluk perut melihat muka biru Diaval sebelum dia menghilangkan diri. “This is priceless. Aku akan ingat muka kau tu buat selama-lamanya.”

“Don’t you dare.” Sahut Diaval walaupun Ivy tak nampak dia lagi. “See you there, Ivy.”

Ivy rasa tangan Diaval mencapai Pipinya membuat Ivy tersenyum. “Be there.”

“I will.” Bisik Diaval kedengaran serius, menyentuh rambut Ivy dengan lembut seperti dia cuba menenangkan Ivy. “Be strong little mistress.

Setelah Itu, tangan Diaval tiada lagi pada Ivy dan tak lama selepas itu tiga pari-pari di raja masuk dengan senyuman lebar pada wajah mereka.

“Oh dear, kamu betul.” Sahut Fairy Godmother melihat Ivy dari atas hingga bawah. “Baiklah semua, kenderaan kamu telah tiba my dear. Mereka dah tunggu.”

Ivy memandang tiga pari-pari di raja itu dan menarik nafas dalam, kembalikan komposisinya dan mengangguk. Berjalan keluar dari bilik itu bersama tiga pari-pari di raja ke Ceremony Ground.

Be there Diaval… I need you to be there for me…

I’ll never leave your side Little Mistress… wherever you go, no matter you went.

.


.


Ivy melihat ceremony Ground itu dengan perasaan cuak dan kagum bercampur aduk. Rupanya tempat dia akan menjalani upacara penyucian diri rupanya didalam dewan ruins. Bekas dewan di raja sebelum Perang Dua Bilah.

Perkara yang buat Ivy rasa nak pitam ialah orang yang datang ke upacara itu. Orang-orang penting seperti Makhluk mistic; Permaisuri Pixie bersama beberapa pixie penting. Wakil makhluk nymphs, Forest Sprites dalam bentuk manusia, Puteri Ezra dan Hanna?—apa mereka buat kat sini? Adakah mereka orang penting?

Ivy melihat Hanna memberi lambaian kecil kepada Ivy dan buat penumbuk pada dadanya sebagai signal Ivy boleh lakukannya. Ini buat ahli sihir muda ini tersenyum kecil, mengangguk tanda terima kasih.

Ada banyak lagi saksi datang tapi Ivy tak kenal datang ke ceremony itu sebagai saksi penyucian diri Ivy. Paling penting; keluarga Di Raja Camelot sendiri datang menghadiri upacara tersebut.

Raja Arthur, Permaisuri Guinevere, Puteri Charlotte dan Louis; Putera George.

Mata Ivy tak berganjak dari kawan rahsianya itu berdiri bersama keluarganya lengkap baju formal diraja. Ini kali pertama dia lihat Louis berpakaian formal seperti itu, dengan mahkota dan cape di raja. Betapa jauhnya beza Louis yang dia ingat dahulu kecil dan Louis sekarang..

Semua perkara berubah… lambat atau cepat. Tiada benda yang kekal sama buat selama-lamanya. Terdetik ayat itu di dalam hati Ivy melihat Louis.

Sepertinya pandangan Ivy satu panggilan senyap, Louis menoleh kearahnya dan tersenyum kecil. Ini buat ivy alihkan pandangannya dari lelaki itu. Semuanya dah berubah walaupun ia kelihatan sama desis hatinya.

Perhatian semua saksi di dalam dewan lama itu beralih kepada seorang lelaki tua yang masuk ke tengah-tengah bilik tersebut bersama satu buku lama di dalam tangan. Berjalan dengan perlahan tapi setiap langkah menunjukkan kekuatan sakti didalam dirinya. Ivy dapat rasakan kuasa tersebut. Terlalu kuat hampir buat Ivy tercekik kekurangan udara. The Great Wizard Merlin sedang menggunakan magicnya…. Ini kah kuasanya?

Ivy rasa seseorang menyentuh bahunya dan berpaling kesisi melihat Fairy Godmother tersenyum kecil kepadanya. “It’s time.”

Ivy kembali melihat platform bulat di tengah-tengah dewan ruins itu, pixie penjaga serbuk datang mengelilingi platform tersebut, berdering dengan riang menunggu Ivy naik keatas platform tersebut.

Ivy menarik nafas dalam dan mengambil langkah naik ke atas platform itu, setiap langkah membuat Ivy bertambah takut. Memikirkan kemungkinan yang akan terjadi keatasnya. Berubah menjadi baik. Menjadi orang Enchanted selamanya. Lupa tentang Membalas dendam terhadap orang Enchanted mengurung mereka buat selamanya. Menyelesaikan misinya. Membuat ibunya bangga.

Dia menelan air liur kelat, menahan tangisannya dari berderai bila dia sampai di atas platform tersebut, berdiri di tengah-tengah di mana terdapat satu lukisan circle ruins kecil.

“Let’s the Ceremony Begins.” Suara Raja Arthur bergema di dalam Dewan tersebut, memberi restu untuk memulakan upacara itu. Seperti dunia mendengar suara Raja Arthur, awan berarak ketepi membenarkan cahaya masuk dari celah-celah lubang siling dewan itu, menyunari Ivy yang berada di atas platform tersebut.

 “Baiklah.” Wizard Merlin bersuara. “Mari kita mulakan upacara penyucian kita.” Dia membuka buku dalam tangannya dan melihat Pixie-pixie yang memulakan kerja mereka, melakar sesuatu di atas platform tersebut di sekeliling Ivy menggunakan pixie dust yang berbagai warna.

Jantung Ivy berdegup dengan laju, melihat lakaran Pixie itu hampir siap dan matanya meliar mencari seseorang di dalam dewan itu.

Diaval….

Penjaganya ada antara saksi-saksi di dalam dewan itu, memandang Ivy dengan renungan risau. Tertulis pada wajah anak jagaannya yang dia rasa takut sekarang ni, takut akan teorinya menjadi kenyataan. Menjadi baik; menjadi ahli Enchanted buat selamanya. Diaval rasa hatinya terbelah dua melihat Ivy tidak dapat berbuat apa-apa di atas sana.

Tapi apa dia boleh buat untuk menenangkan Anak jagaannya itu? Dia hanyalah seeokor burung gagak biasa. apa yang dia boleh buat ialah menerima arahan dari Ivy. menjaga kayu sakti dan buku manteranya. Serta berada di sana untuk menemani anak jagaannya itu.

Kau akan okay, Little Mistress…. Kau akan okay…

Ivy mengangguk kecil seperti faham apa ekspressi wajah Diaval cuba sampaikan kepadanya. Dia kembali memandang The Great Wizard Merlin dan mengangguk. Bermaksud dia bersedia.

The Great Wizard Merlin tersenyum dan mula membaca mantera di dalam bukunya sebaik sahaja Pixie-pixie itu selesai melakar dan terbang ke tepi.

Praestante penes me
Testibus per ipsum Regem et Mythicals,
Hanc fenestram aperueritis, Young magus oculi ad lucem,
Purga cor suum.
Ea non amplius habere in tenebris,
dante beatitudine et felicitate.

Serbuk pixie itu terbang mengelilingi Ivy semasa The Great Wizard Merlin membaca Manteranya, menyelubungi Ivy. Ahli sihir muda ini menarik nafas dalam dan memejam mata, bersedia menerima akibat dari upacara tersebut.

Diaval yang dari jauh melihat serbuk tersebut mengelilingi Ivy yang memejamkan mata, mendepakan tangannya ke sisi tanda dia menerima penyucian diri itu. Setelah The Great Wizard Merlin habis membaca manteranya, pixie dust itu menyelubungi badan Ivy, bercahaya di setiap sudut badannya.

The Great Wizard Merlin mengetuk tongkat saktinya di atas tanah, membuat bebola sakti di atas tongkat tersebut bercahaya sama seperti circle ruins di bawah kaki Ivy. “Cum hoc quae purificati sunt a tua priore actum!!” Wizard Merlin mengangkat tongkatnya keudara dan satu silhouette hitam keluar dari badan Ivy dan mengelilinginya.

Ivy membuka mata secara mengejut bila dia rasa sesuatu dari dalam dirinya di tarik keluar dan melihat silhouette hitam berbentuk dirinya berdiri di hadapan Ivy. mata tajam merenung kearah ahli sihir muda dan mengelilingi Ivy untuk beberapa kali.

Silhouette itu mencapai tangan Ivy dengan lembut, sejuk desis hati Ivy merasakan sentuhan bayangan hitam itu, membawa Ivy berputar sebelum ia terbang ke udara masih memegang—berpaut pada tangan Ivy dan dengan perlahan pegangan itu terlepas dan Ia meletup seperti bunga api, meninggalkan serbuk pixie jatuh di sekeliling Ivy.

Ivy memandang tangan yang memegang bayangan tersebut dengan lama sebelum memandang The Great Wizard Merlin dengan senyuman manis. “Thank you.”

Ahli sihir Tua itu tersenyum dan tundukkan diri. “You are welcome, Cik Ivy.”

Ivy melihat kesemua saksi di dalam dewan itu dengan senyuman lembut yang boleh menenangkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Tunduk sambil menyilang kaki kepada kesemua saksi itu sepertinya tanda terima kasih dan juga salam perkenalan.

Saksi-saksi itu juga tunduk kepada Ivy. termasuk Diaval, tertunduk dengan jantung berdegup kencang. Takut. Melihat senyuman ikhlas terbentuk pada bibir Ivy.

Dia telah disucikan… dia dah suci.

Akhir sekali Ivy berdepan dengan Pemerintah Camelot, tidak memandang tepat ke mata mereka dan tunduk, duduk di atas platform dengan kaki tersilang. “Your Magesty.” Sahutnya suara selembut sutera. “Terima kasih kerana memberi peluang kedua kepada makhluk keji seperti saya.”

Raja Arthur mengangguk perlahan penuh dengan megah. “Raise my child.” Ivy bangun mengikut arahan tapi tetap tidak pandang Raja Arthur. “Kamu di sini kerana diri kamu sendiri. Kamu telah membuktikan kamu layak berada di sini dengan Upacara penyucian diri ini. sekarang kamu adalah rakyat beta dan Beta bergembira mempunyai ahli sihir berpotensi seperti kamu di kerajaan Beta.”

Ivy tersenyum, tersipu malu. “Saya takkan menghampakan tuanku.” Sahutnya dan kali ini dia memandang kearah seseorang. Seseorang yang sentiasa berada di sisi Ivy selama ini.

“Encik D.”

Wajah tenang Ivy membuat Diaval nak melarikan diri. Ini bukan Ivy…

Ivy menghulurkan tangannya memanggil Diaval datang mendekatinya. Diaval mengambil langkah teragak-agak mendekati Anak jagaannya itu dengan pemikiran yang Ivy telah berubah, rancangan Ivy telah gagal. Dia bulan lagi Orang Vicious. Dia bukan lagi seorang Villain.

“My wand.” Pintanya dengan lembut.

Diaval mengangguk kecil dan mengeluarkan kayu sakti tersebut. Patut kah aku bagi kepadanya? Diaval melihat mata Ivy dan memberi kayu sakti itu kepada anak jagaannya. Aku percayakan kau Ivy….

Ivy memandang kayu saktinya sebelum menggunakan magicnya, mengubahsuai bentuk kayu sakti tersebut.


Semua orang di dalam dewan itu rasa lega melihat Young Villain itu telah berpihak pada Enchanted dan kayu sakti itu menjadi bukti yang Ivy betul-betul disucikan. Tiada lagi kejahatan di dalam dirinya.

Namun tidak bagi Diaval…. Ia umpama mimpi ngeri kepada burung gagak ini.

Setelah tamat upacara penyucian diri itu, Pengetua Merlin suruh Ivy rehatkan diri dan akan memulakan pelajaran mereka pada esok pagi. Dia perlu rehat secukupnya kerana esok Pengetua Merlin akan ajar Ivy untuk menukar sumber kuasa magicnya.

Putera Louis yang asyik perhatikan Ivy perasan yang perempuan itu langsung tidak memandang kearahnya selepas penyucian diri itu selesai. Ini buat putera itu risau.

Adakah Ivy berubah sepenuhnya?

Ivy kembali kedalam kereta kuda yang disediakan untuknya dan naik bersama Diaval. Hanya mereka berdua kerana pari-pari di raja itu mempunyai sedikit urusan dengan Pengetua Merlin.

Dalam perjalanan kembali ke Academy, kedua penumpang ini hanya diamkan diri, Diaval takut untuk bersuara dan ivy termenung jauh keluar tingkap.

“Ivy…”

“Yes Diaval?” Ivy memandang Diaval dengan senyuman manis membuat Diaval tambah takut.

“Kau okay?”

“Never been better in my life.” Jawabnya dengan penuh sopan santun.

Diaval rasa nak muntah tengok Ivy seperti ini. dia sanggup minum 100 botol invisibility potion dari dengar Ivy bercakap lemah lembut seperti itu.

“Kau siapa?”

“Ivy… mereka di tanah Vicious panggil aku Ivy the Devil.” Tetap bersopan santun.

“Kau menyebelahi siapa?”

“Aku menyebelahi mereka yang aku fikir betul.”

Diaval mula rasa risau. Dia mengeluarkan buku mantera Ivy dari begnya. “Apa misi kau?”

Ivy melihat buku itu dan mengambilnya dari tangan Diaval dengan lembut. “Mencapai tahap magic the Great Wizardry.” Dia menyentuh cover buku yang mempunyai gambar logo black magic atasnya. “Menguatkan diri aku untuk mengelakkan…”

Diaval menelan air luar kelat, menunggu ayat Ivy seterusnya.

Ivy mendongak memandang Diaval dan sebuah senyuman sinis terukir pada bibir nipisnya. “mengelakkan misi memusnahkan tembok durjana itu dari gagal.”

“Oh Lord…” Diaval menghembus nafas lega, merebahkan kepalanya pada kepala kerusi kereta kuda itu. “Aku ingatkan kau dah hilang.”

Ivy tertawa besar. “Kau ingat ceremony kecil macam tu boleh ubah aku dengan senang ke?”

“T-tapi… bayangan hitam tu—”

“mereka hanya membuang tanggapan aku tentang Enchanted.” Jawabnya slamber bermain dengan kayu sakti barunya. “Aku terdengar mantera Wizard Merlin tadi. ‘Purga cor suum.’ Maksudnya ‘sucikan minda, hati dan jiwanya’.” Ivy tersenyum sinis kepada Diaval dengan kening terjungkit. “Aku takda hati remember? upacara tu dah Berjaya membuang tanggapan buruk aku tentang Enchanted tapi niat aku nak hapuskan tembok tu tak berubah.”

Diaval tersenyum seperti mana Anak jagaannya tersenyum. Dia dah pandang rendah dengan kebolehan Ivy. “Jadi, apa langkah kau seterusnya, you sly witch.”

“Di sini, bahagian senang bermula. Berlakon menjadi budak baik dan kuatkan kuasa aku.” Katanya melihat kayu sakti dalam tangannya. “Kalau aku boleh capai kuasa mutlak aku boleh buat tongkat saktiku sendiri dan hapuskan tembok itu sendiri.” Bisiknya dengan ekspressi wajah sinister. Mendapat jalan yang lebih bernas.

Yup, hari ini hari yang indah untuk Ivy seorang…

Bulu roma Diaval meremang satu badan melihat wajah Ivy. ini kali pertama dia lihat Ivy tersenyum sejahat itu. Dia akan jadi Villain terkejam suatu hari nanti… mungkin lebih kejam dari Maleficent dan Jack Skellington.

>X<


(A/N: *Evil laugh Inserted* MWAHAHAHAHAHAHAHA!!!! There’s no way Ivy akan berubah macam tu je. She’s stronger dan lebih wicked dari itu! Anyways… see uolls in next chapter!)

7 comments:

  1. Kembar malifiecientJanuary 10, 2016 9:45 pm

    Arghhhh..stress sgt tunggu chapter ni..akhirnya berbaloi..lega yg ivy masih jahat..

    ReplyDelete
  2. Hahahaha (^3^) saja nak suspenkan korang, terlalu awal untuk ubah Ivy jadi baik hehehe

    ReplyDelete
  3. best...sgt..janganlah buat orang tunggu lama2...

    ReplyDelete
  4. Final dah habeh. Boleh bagi fokus 100% kat L.O.V.E.. Hehe. Semoga idea mencurah-curah angah. ^_~. -epi-

    ReplyDelete
  5. Hehehehe... Angah akan cuba sedaya upaya untuk update new n3 dengan cepat! no worries baby!! hahahaha

    Epi!! Woohoo! Give that 100% to the L.O.V.E babe! hahaha Yes, semoga Angah dapat Idea non-stop dan tiada halangan untuk update cepat2. huhuhu (^______^)

    ReplyDelete
  6. Go angah go!!!X sabar nak tunggu next chapter \^0^/ ~
    (qees)

    ReplyDelete
  7. Hey Qees!! Yes! Go Angah Go!! \(>A<")/ May the Force be with us all <3 <3 <3 hahahaha

    ReplyDelete