New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Thursday, 30 June 2016

Prologue L.O.S.T

The Fragile Heart

Di dalam sebuah rumah agam yang kelihatan menggerunkan seperti ia diperbuat dari kematian dan jeritan sebelum ajal, seram seperti bayang-bayang tidak berjasad dan Senyap seperti—

KYAAAAAAAAAA!!!! TIDAAAKKKK!!!!!”  Jerit seorang budak kecil dengan tawa yang nyaring seperti deringan loceng-loceng kecil.

Okay, tak sesenyap mana bila masuk ke rumah agam itu.

“Come here little mistress!” Jerit Diaval mengejar orang kerdil setinggi setengah meter—naked by the way—bergegas turun ke tingkat bawah dengan tuala mandi didalam tangan.

Diaval hampir dapat menangkap budak kecil itu tapi gagal kerana si kecil itu dapat menyelit diantara tangannya dan pecut ke dapur sepantas kaki kecilnya boleh bawah.

Diaval turun dari tangga hampir tergelincir kerana lantai yang basah dari budak kecil yang menjengkelkan itu. Dia sempat selamatkan dirinya dari hempap punggungnya di atas lantai dengan tangan jatuh dahulu dan putar badannya kearah dapur. Dimana dia tahu ke mana budak kecil itu akan pergi.

“Taaaakk naaaaakkk!!!” sahut si kecil dengan mata yang berkaca, melarikan diri dari lelaki serba hitam yang menggerunkan itu. Muka calar-balar dan senyuman yang menakutkan.

Sebaik sahaja si kecil tiba di pintu dapur, dia terlanggar seorang wanita berjubah hitam yang mengheret di lantai. Si kecil mendongak melihat ibunya sama terkejut seperti dia.

“Ivy? You..... kamu... berbogel?” Soal Ibunya dengan kening terjungkit tinggi. Kedua tangannya sibuk memegang surat khabar dan kopi pagi. “Mana Diaval?”

“Tidak!” sahut si kecil Ivy sambil menghentak kaki. “Vee tak suka Dewal! Dewal menakutka—Ah!!” seseorang memeluk si kecil Ivy dari belakang dengan kain dan mengangkat dia kedalam sepasang tangan yang besar. Membuat si kecil Ivy meronta untuk seketika sebelum mengetahui siapa yang memeluknya.

“Ayah!” sahutnya dengan girang dan memeluk leher ayahnya dengan erat. Menggosok pipiya pada pipi ayahnya sekali. “Bila ayah balik?”

“Just a moment ago.” Jawabnya dengan senyuman menawan. “Viv baru habis mandi ke?”

Ivy mengangguk dan bibirnya kembali murung dengan comel. “Dewal mandikan Vee....”

“Little Mistress!!” jeritan Diaval membuat Ivy memeluk ayahnya dengan erat. Takut mendengar laungan kuat burung gagak berubah manusia itu.

Diaval break mati dari lariannya bila dia lihat kedua Tuannya berada di hadapan mata bersama anak mereka didalam dakapan si Ayah dan Diaval segera tunduk hormat. Menyembunyikan tuala mandi dibelakangnya.

“My apologise Master... Mistress.”

Masternya hanya ketawa besar mendengar Diaval meminta maaf. Manakala Mistressnya menggeleng tidak menerima kesalahannya.

“Its okay D. Suatu hari nanti Viv akan biasa dengan kamu.” Katanya menepuk belakang anaknya yang diselaputi dengan kot kerjanya.

“Uggh, really Robin? Saya baru je beli kot tu dua minggu lepas. awak dah rosakkannya.” Marah si Ibu tanpa tinggikan suara. “Besides, apa kamu buat kat rumah? Bukannya kamu sepatutnya ada kelas di Dementis sepanjang hari ni ke?”

“Oh, Boogey man jadi pengganti saya untuk kelas petang ni... saya pasti budak-budak sana pandai lontar daggers dengan mudah pada dia... anyways...” si Ayah menyelit tangannya lagi satu ke pinggang isterinya dan memberi kucupan di pipi. “I miss you.”

Muka isterinya berkerut dan menolak si Ayah menjauhi dia. “You see me everyday.”

“Tak. Abang tak jumpa sayang sepanjang hari ni. Betul tak Viv?” Soal si Ayah melihat anaknya ketawa disebalik kedua tangannya sambil mengangguk. “See? Oh... our daughter show her loves more than my own wife... Viv, give this old man a kiss please?” katanya dengan dramatic membuat anaknya ketawa sekali lagi walaupun dia tak faham ayahnya katakan tapi melihat signal ayahnya menyentuh pipi, si kecil Ivy mengucup pipi Ayahnya.

“Awak manjakan dia sangat. And stop calling her Viv. It’s Ivy.”

“Tak, Nama dia Vivian. My sweet little Vivian.” Robin mengusap pipinya dengan pipi Ivy membuat anaknya ketawa kerana geli.

Maleficent memutar bola matanya. “Nama tu terlalu baik untuk dia. Saya nak namakan dia Melicent tapi kamu nak Vivian. Atleast agree with me untuk panggil dia Ivy. It’s part of her name too.”

“Sayang boleh panggil dia Ivy kalau sayang nak. Anak Ayah ni tetap akan bernama Vivian.”

Maleficent menggeleng Fed up. Suaminya takkan berhenti bergaduh dengannya bila babak nama Ivy di bangkitkan. Semasa Ivy lahir, Maleficent dah namakan dia ‘Melicent’; nama yang hampir sama dengan dia sebab Ivy adalah anak Maleficent. Namun sebaik je Robin balik dari Dementis, dia terus tukar nama Ivy ke ‘Vivian Hood’. Suami isteri ini bergaduh sepanjang malam tentang nama anak pertama mereka. samada Melicent atau Vivian, dan akhirnya Maleficent bersetuju dengan nama Vivian kerana Diaval masuk campur.

Burung gagak itu penyelamat dengan berikan cadangan mengambil tiga perkataan dari nama Vivian sebagai nama panggilannya.

Ivi.

Pada mulanya Diaval cadang tiga perkataan itu disebut sebagai ‘Eivie’ tapi Maleficent mempunyai cadangan lebih baik. Dia ingin anak pertamanya dipanggil ‘Ivy’ kerana  ia diambil dari nama tumbukan ‘Poison Ivy’.

Dari situ lah datang nama Ivy dan dipanggil oleh semua rakyat Tanah Vicious. Tiada siapa tahu nama sebenar Ivy kerana Ibunya tidak ingin Ivy dipanggil dengan nama ‘Vivian’. The name sounds too Good.

Namun suami isteri ini tetap akan bergaduh tentang nama panggilan Ivy. Robin tetap berkeras panggil dia ‘Vivian’, manakala Maleficent panggil ‘Ivy’.

Ivy sendiri pening, tidak tahu nak panggil dirinya apa sehingga Diaval bagi cadangan kepada Ivy untuk panggil dirinya ‘Vee’. Permulaan ‘Vivian’ dan pengakhiran ‘Ivy’

“Whatever, Bak sini dia tu.” Katanya meletak surat khabar dan kopinya di kaunter dapur dan ingin mengambil anaknya tapi suaminya tidak benarkan. “Robin Hood. Give her to me.”

“Not until I get my kiss.” Kata si Suami dengan nada manja sambil bibirnya dicebik. “Kalau tak abang akan manjakan dia sehingga dia nak berkepit dengan abang je 24 hours dan tinggalkan ibunya sorang-sorang dengan Diaval.”

“Don’t be ridiculous Robin—

“Lagipun abang nak bawa dia ke Dementis. Dah lama Viv tak jumpa Tuan Jack dan Puan Sally kan?”

“Sally!” sahut si kecil sebaik sahaja mendengar nama perempuan yang dia suka. “Vee nak jumpa Sally! Vee nak main dengan Sally!”

“Right?? Puan Sally ada permainan baru untuk kamu, She called dart the student’s head. Bunyi macam seronok je kan?” Soalnya buat Ivy mengangguk tanpa tahu apa maksud permainan itu. “Okay, kalau Viv nak ikut Ayah, Viv kena jadi baik dengan Diaval dan bagi dia tolong Viv pakai baju okay?”

Ivy sempat menjeling kearah burung gagak menakutkan itu sebelum memandang Ayahnya dengan puppy eyes. “Kenapa tak Ayah?”

“Sebab Ayah nak berlovey-dovey  dengan Ibu.” Jawabnya straight to the point dan mendapat pukulan dibahu oleh isterinya. “See? Ibu ni pemalu sikit, kamu tak kisah kan ayah dapat ciuman ayah dari ibu? Private part?”

Si kecil Ivy hanya sengetkan kepala tak faham sangat dan belum sempat dia nak menjawab ‘tidak’, Diaval dah pun mengambil Ivy dari tangan ayahnya dan bawa dia naik ke atas.

“Dewal... Apa maksud pirate park? Taman permainan ke?”

“Lupakan je ayat tu Lil’miss, Master dah sememangnya gila dari dulu. Jangan terikut-ikut mulut besar dia tu.” Suara Diaval kedengaran dari pintu dapur bila burung gagak itu dah membawa si kecil Ivy nak ke tingkat atas untuk bersiap ke Collage Dementis.

Sementara Si Ayah hanya ketawa besar mendengar perbualan mereka berdua.

“You giving the child a bad influence.” Komen isterinya dengan gelengan kecewa.

“And I thought you like bad influence on her?” soal si suami pula dan secara perlahan tangannya memeluk pinggang isterinya. “Sayang cakap abang ni terlalu ‘baik’ untuk Viv.”

Si isteri memutar bola matanya tapi tidak menolak pelukan suaminya. “Memang pun. Saya tak kisah awak manjakan dia tapi cakap perverted things? Come on, she grew up to be a whore before she even turn 15.”

“Hmm....” Si Ayah memikir untuk seketika, bayangkan anaknya menjadi kaki lelaki dalam usia tersangat muda. “Mungkin sayang betul. So, can I get my kiss now?” Soalnya dengan senyuman nakal, mengusik isterinya selalu menjadi permainan utama baginya. “And I mean it on the Private Part.”

Si ibu ketawa kecil, bukan kerana usikan suaminya tapi kebodohan lelaki yang merupakan teman hidupnya ini. “Awak baik jaga mulut Awak tu depan Ivy, or not, that lips will never—Ever touching mine.” Katanya menarik collar si suami dengan ganas sebelum memberikan separuh yang dia inginkan.

.


.

“Sally!!!!”

“Oh my little Poison Berry!” Sally berlutut sambil depakan tangannya bersedia untuk menyambut budak 4 tahun itu dan bawa dia berputar-putar dalam dakapannya. “How I miss you so my child!”

“I miss you too!!” sahut si kecil dengan tawa riang, tapi tawanya mati bila dia perasan Suami kepada Puan Sally berada dekat di sebelah mereka. Tersenyum lebar dari telinga ke telinga (again no ears) kepada si kecil Ivy.

“Hello Little Maleficent.” Sapa Tuan Jack sambil tundukkan kepala dengan tangan di dada.

Si kecil Ivy hanya mengangguk. Tidak bersuara kerana masih takutkan lelaki separuh tengkorak separuh pumpkin king itu. Ada sesuatu tentang Pengetua Dementis tu buat Ivy takut untuk bermesra dengannya. Sesuatu di dalam soket matanya yang hitam yang menghantui jiwa kecilnya dan buat jantungnya berdegup tambah perlahan dari biasa. Sepertinya kalau Ivy tenung soket tidak bermata itu, jiwanya akan diserap masuk dan jantungnya akan berhenti untuk selamanya.

Hanya melihat senyumannya buat Ivy seram sejuk apatah lagi pandang mata Tuan Jack. Sebab tu Ivy hanya lihat tidak lebih sesaat dua sebelum tumpukan perhatiannya semula kepada Puan Sally.

“Ayah kata Sally ada permainan baru untuk Ivy. Betul ke? Betul ke??”

Puan Sally tersenyum dengan lembut. “Dah tentu sayang. Apa kata kita main di bilik saya dan biarkan Ayah kamu dan Pengetua Jack berbual di sini okay?”

“Oh tak, tidak apa Sal.” Pengetua Jack menyampuk. “SAya dan Robin akan keluar ambil angin di perkarangan Collage ni. Kamu berdua boleh berman di bilik saya.” Tuan Jack menyentuh bahu isterinya dengna lembut sebelum bergerak kepada lelaki yang berada di pintu masuk pejabatnya, menyandar di bingkai pintu dengan senyuman nakal terpapar sambil memeluk tubuh.

“Lets go Robin.” Katanya dan keluar dibilik itu bersama dengan pengajar collagenya menuju ke luar bangunan meninggalkan Sally dan Ivy keseorangan.

Sally turunkan Ivy dari tangannya dan bawa budak kecil itu menuju ke balcony pejabat tersebut. Puan Sally sempat mengambil dart yang berada di atas meja kerja Pengetua Jack sebelum dia dan Ivy berada di balcony itu, melihat pelajar Dementis sedang menjalankan rutin harian mereka di perkarangan taman gelap Collage itu.

“Permainan ni mudah sahaja. Kamu lontar dart ni kearah target yang kamu nak. Sebagai contoh, pekebun bunga tu.” Puan Sally tudingkan jari kearah lelaki gemuk yang sedang menyiram pokok pemakan manusia di taman collage itu. “Dia target senang, pasti kamu boleh sasarkan target kamu dengan mudah.” Katanya dan berikan satu dart berwarna merah kepadanya.

Ivy mengambil dart tersebut dengan senyap, dan memandang orang nightmare yang sedang menjalankan kerjanya itu. “Tapi.... dia tak salah. Kenapa nak kenakan dia?”

Sally agak terkejut mendengar soalan Ivy. Adakah dia?—Oh tidak.... desis hatinya dan kembali tersenyum. “Ia hanya untuk keseronokan. Kamu taknak cuba ke?” pujuknya semanis yang mungkin. Berharap budak kecil itu akan ubah fikiran.

Ivy diamkan diri untuk seketika, melihat lelaki gemuk tidak bersalah yang hanya menjalankan kerjanya itu dengan teliti. Akhirnya sebuah senyuman terukir di bibirnya dan mengangguk. “Okay!”

Sally juga tersenyum lebar mendengar jawapan Ivy dan melihat budak kecil itu tumpukan perhatiannya pada targetnya dengan sebelah mata tertutup, lidahnya terkeluar semasa dia ingin melontar dart itu ke arah pekerja Nightmare itu.

Sebaik sahaja dia lontar dart tersebut, ia terbang laju di udara menuju belakang pekerja itu. Sally tertunggu-tunggu jeritan dari pekerjanya tapi dart tersebut tersasar, lalu sebelah lelaki itu dan terkena pokok bunga itu pula.

“Oh...” sahutnya agak kecewa. “Takpa, kita cuba lagi sekali—”

“AAAARRGGGHHH!!!!”

Tumpuan Sally kembali ke pekerja kebun itu dan matanya terbeliak bulat; melihat pekerja itu telah diserang separuh dari badannya oleh bunga pemakan manusia itu, menggigit kepalanya dengan ganas tanda bunga itu marah.

Gelak ketawa budak disebelahnya menarik perhatiannya balik dan melihat Ivy kecil ketawa terbahak-bahak sambil tuding jari kearah lelaki malang itu.

Dan Puan Sally perasan sesuatu. “Kamu tak targetkan lelaki tu?” Soalnya sambil sengetkan kepala. Dia tersenyum lebar bila melihat Ivy mengangguk, tidak dapat bersuara kerana ketawa banyak sangat. “Bijaknya kamu my little poison bush! Kamu Berjaya buat saya tertipu ingatkan kamu tersasar tadi!” sahutnya dan memeluk Ivy dengan erat.

Ivy tertawa riang. “Vee fikir lebih seronok kalau bunga tu yang kenakan pekerja dari Vee kenakan dia sendiri. Tengok dia tu!!” dia kembali ketawa melihat pekerja lain datang untuk menolong pekerja malang itu tapi mereka juga ditangkap dengan dahan pokok bunga itu kerana menganggu. Akibatnya lebih baik dari kenakan seorang pekerja!!

Sementara itu, di taman Dementis, Pengetua Jack dan ayah Ivy terhenti dari langkah mereka bila mendengar jeritan nyaring itu datang tidak jauh dari mereka dan melihat pekerja malang yang kena serang oleh pokok pemakan manusia itu.

“Apa dah jadi?” Soal Robin dengan senyuman nakal terhibur pada wajahnya. Tidak cemas langsung sebab perkara seperti itu sudah biasa berlaku di Dementis. Jadi maklumlah bila pelajar tak berlarian atau menjerit bila melihat pokok itu meroyan.

Pengetua Jack perasan dart merah berada di dahan pokok bunga itu dan tertawa. “Nampaknya permainan Sally dan Little Maleficent telah bermula.” Katanya sambil tunjukkan dart tersebut kepada Ayah Ivy.

Robin juga tertawa dan melihat anaknya di balcony menara Jack Skellington sedang berseronok dengan permainannya bersama Sally. “Aku harap dia tak lontar semua tu ke satu Academy?” katanya agak takut. “Jangan pandang rendah dengan budak tu.”

Pengetua Jack hanya mengangguk. Faham maksud ayah Ivy ini. Ivy mungkin kelihatan kecil dan naive tapi otaknya lebih pandai dari budak 4 tahun yang biasa. Dia sama seperti tiga budak Nightmare nakal yang suka berkeliaran di dalam Dementis; Shock, Lock dan Barrel. Mereka ada sahaja hela untuk kenakan penghuni Dementis dan buat hari-hari biasa pelajar di Collage itu kucar-kacir.

Cuma Ivy lebih teruk. Dia dua kali ganda teruk dari gabungan otak tiga budak Nightmare itu.

“That’s what you get bila Wanita terkejam berkahwin dengan lelaki dengan otak yang penuh dengan muslihat extreme.” Usik Pengetua Jack membuat mereka berdua ketawa dan kembali berjalan dilaluan taman itu.

“Yeah... tapi Maleficent masih risaukan Ivy. Dia fikir masih ada ‘kebaikan’ dalam jiwa Viv.”

Langkah Pengetua Jack berhenti seketika. “Dia mengesyaki Hati tu ke?”

Robin menggeleng, teruskan langkahnya dan Jack kembali mengekorinya. “Tak, dia syak ‘kebaikan’ tu datang dari saya.” Ayah Ivy tersenyum nakal. “I was, an Enchanted Before.”

“Ya tapi itu... apa? 60? 70 tahun yang lalu?” Soal Jack dengan kening terjungkit tinggi. “Takkan Maleficent masih fikir kau ni ‘baik’? dan... berapa umur kamu sebenarnya?”

“58.” Jawabnya dengan senyuman. “Kau tahu Maleficent tu macam mana? Degil. Stubborn as an ox tapi dia jaga hati saya dengan baik...” dia berhenti seketika, rasa dadanya mekar memikirkan isterinya itu. “Tengok mukaku. Sampai sekarang tak kerepot. She do loves me walaupun dia menafikannya.”

“Oh aku boleh tahu dari melihat muka kau sahaja.” Jack Skellington mengangguk dengan tawa kecil. “Kau tak pernah menyesal serahkan hati kau kat dia. That’s a risky choice you know?”

“I know.” Jawabnya, menendang batu yang berada di hadapannya. “Tapi aku percayakan dia.”

Jack Skellington hanya mengangguk, tidak memberi sebarang komen tentangnya lagi kerana dia faham maksud Ayah Ivy kerana dia juga... telah berikan hatinya kepada seorang Bekas Enchanted. Walaupun ia merbahaya tapi mereka percayakan pasangan mereka untuk jaga hati mereka dengan baik.

You see, Sally bukanlah seorang Villain, kerana dia mempunyai hati yang suci dan niat yang baik. Dia takkan dihumban ke Vicious selepas peperangan Dua Bilah itu kalau tidak kerana pilihan Sally sendiri ingin ke Vicious.

Sally mengambil keputusan untuk tinggal di tanah penjara itu kerana dia ingin bersama-sama dengan Jack, tinggalkan dunianya yang sempurna di Enchanted hanya untuk hidup sepanjang hayatnya yang tiada pengakhiran bersama Master of Halloween itu, raja kepada segala mimpi ngeri manusia.

Seperti mana Sally menyayangi Jack, begitu juga tengkorak ini yang sanggup serahkan hati hitamnya kedalam jagaan puteri gelapnya. Membina istana di atas gunung untuk melindungi isterinya dari cacian dan makian orang Villain kearah Sally. Tapi istana hanya mereka berdua sahaja menghuninya tidak kekal lama kerana Sally rasa kesunyian duduk didalam istana yang kosong itu. Jack tahu Sally sukakan kanak-kanak tapi mereka orang Nightmare tidak dianugerahkan dengan keturunan mereka sendiri dan untuk mengisi kekosongan dalam hati mereka berdua, Jack Skellington mengumpul semua orang Nightmare semula untuk membangunkan Istana itu sebagai sekolah bagi anak-anak Villain. Mengajar mereka kearah kegelapan dan keburukan dan ini membuat isterinya teruja sehingga tak terkata.

Dan berikan nama Collage itu sempena nama Anak Jack Skellington dan Sally yang tidak akan pernah wujud didalam dunia itu. Dementis. Collage Dementis.

Jack Skellington akan buat apa sahaja untuk menggembirakan isterinya itu. Setelah apa yang isterinya telah buat kepadanya. Korbankan kehidupannya untuk dirinya yang hina. Sekurang-kurangnya dia membayar pengorbanan itu dengan kegembiraan Sally.

Sama seperti kisah Robin dan Maleficent. Robin Hood; adik kepada Red Riding Hood telah menjadi tahanan orang Villain dari kecil dan dibawah pantauan Maleficent semasa perang Dua Bilah. Dia menjadi tahanan untuk Red Riding Hood menyerah diri dan beritahu mereka tempat persembunyian The Great Wizard Merlin tapi Red Riding Hood enggan beritahu dan terbunuh kerana dimakan oleh the Big Bad Wolf. Serigala yang telah lama ingin merasa darah Red Riding Hood itu dijatuhkan hukuman oleh orang Villain kerana membunuh satu-satunya cara untuk mengetahui tempat perlindungan Para putera-puteri Enchanted.

Jadi Robin dijadikan tawanan; hamba kepada maleficent dijadikan assassin untuk mencari tempat persembunyian itu. tapi tidak pernah beritahu Maleficent kerana Robin Hood juga bukan sahaja mendengar arahan dari Maleficent tapi juga Jack Skellington yang masa itu telah jatuh hati pda seorang wanita Enchanted. Tidak ingin memusnahkan tanah itu sehingga Jack Skellington dapat menyelesaikan masalah hatinya dahulu.

Robin tidak pernah beritahu dimana tempat persembunyian itu sehingga perperangan dua bilah berakhir dan kesemua Villain dihumban ke Vicious. Tanah untuk orang-orang kejam seperti mereka.

Robin pula tidak dihumban ketanah itu kerana sepanjang dia menjadi Assassin, dia menjalankan tugas sulit, menghantar mesej diantara Jack Skellington dan The Great Wizard Merlin untuk menghentikan Perang itu.

Robin diberi peluang untuk hidup di tanah Enchanted sekali lagi dan mulakan hidup baru tapi Robin menolaknya. Dia ingin memulakan ‘hidup barunya’ itu di Vicious. Dimana Maleficent berada. Dia mengambil keputusan itu kerana dia mengaku yang dia telah jatuh cinta dengan ahli sihir itu. Telah melihat kesengsaraan yang Maleficent lalui, kesedihan yang dia hadapi dan kesunyian dalam hidupnya. Bagaimana dia boleh menjadi jahat dan ingin memusnahkan Enchanted.

Bukan salah Maleficent tapi salah King Steven yang telah mencuri hati ahli sihir itu dan mempermainkannya. Menggunakan magic Maleficent untuk mendapatkan takhta dan membuangnya seperti sampah setelah mendapat apa yang dia inginkan.

Robin Hood ingin berikan Maleficent peluang kedua untuk berbahagia. Ingin membantu buka mata Maleficent yang ada lelaki yang lebih baik dari Raja Steven itu dan dia ingin membuktikan dia ialah lelaki yang boleh jadi peneman hidupnya untuk selamanya.

Dia sanggup berikan hatinya walaupun dia tahu Maleficent tidak mencintainya balik, Robin sentiasa menemani Maleficent bila dia bersedih atau marah kerana dendamnya terhadap Enchanted tidak tercapai, Robin sentiasa berada di sisinya untuk menenangkan dia, bercerita dengannya dan cuba membuat Maleficent ketawa semula.

Ia bukan kerja yang mudah. Ia makan berpuluh tahun lamanya untuk membuka mata Maleficent untuk pandang Robin, untuk membuka matanya yang Robin ada untuknya. Ia makan masa lebih lama sehingga Maleficent menerima Robin sepenuhnya kedalam hidupnya.

Maleficent mungkin menafikan yang dia juga ada perasaan terhadap Robin tapi Robin tahu perasaan maleficent kerana dia telah menerima hati Robin kedalam dirinya. Tidak ingin melihat Robin pergi dahulu dari dia bila dia perasan perubahan umur pada wajah Robin. Dia menyimpan hati suaminya supaya Robin tidak kelihatan tua bila umurnya meningkat setiap tahun. Tidak ingin dia pergi dengan cepat bila Maleficent telah menerima lelaki itu. kerana Maleficent tidak sanggup ditinggalkan sekali lagi.

Sehingga lah si kecil Ivy muncul didunia itu. Dunia Maleficent makin cerah dan dendam terhadap orang Enchanted telah lenyap didalam mindanya.

Robin ingat kehidupan mereka akhirnya aman dan tiada lagi perasaan dendam dan peperangan berlaku bila Ivy membesar, mereka hidup dengan gembira—dah tentu pertelingkahan kecil berlaku antara Robin dan Maleficent tentang kebaikan Ivy—tapi tiada apa yang besar yang boleh merobohkan rumah tangga mereka.

Sehingga lah hati seseorang muncul didalam diri Ivy tahun lalu.

Robin tidak pernah rasa setakut itu bila mengetahui Ivy mempunyai dua hati pada malam Robin membawa dia ke Dementis untuk berjumpa dengan Jack Skellington untuk kali pertama.

Ivy menjerit dengan nyaring di laluan pejabat Jack, menyentuh dadanya sambil bercakap sesuatu yang Robin sendiri tak faham.

Ivy yang masih baru dengan percakapan, jeritkan sesuatu yang tidak jelas. Hanya beberapa perkataan sahaja yang Robin dapat agak, seperti; ‘Tidak’, ‘Louis’, ‘Diaval’, ‘Mary’, dan ‘Jack.’ Nama-nama yang Robin tidak kenal kecuali nama Jack Skellington dan burung gagak isterinya.

Jeritan itu masih segar didalam minda Robin seperti baru semalam Ivy menjerit dengan penuh kesakitan seperti itu. Dia terus beritahu Jack Skellington tentang serangan mendadak itu dan Jack beritahu hati seseorang telah bertapak didalam Ivy. Mereka ingin mengeluarkannya tapi seutus sampul surat dari The Great Wizard Merlin tiba, memberitahu yang dia akan datang ke Dementis tentang Hati tersebut.

Setelah mengetahui kenapa Hati itu berada didalam Ivy, Robin menjadi tambah takut. Takut untuk beritahu Maleficent tentang hati dari Enchanted itu. Maleficent pantang mendengar apa sahaja berkaitan dengan Enchanted apatah lagi Wizard Merlin. Dia tentu naik berang dan buat apa sahaja untuk tidak ada kena mengena dengan tanah seberang itu. termasuk menarik hati itu dari Ivy dan biarkan dunia mengalami malapetaka.

“Wizard Merlin ada jumpa aku semalam.” Jack Skellington bersuara menarik Robin kembali kea lam reality. “Dia beritahu yang dia akan ambil Ivy sebagai pelajarnya di Gracious tahun depan.”

“Tak.” Jawab Robin dengan cepat. Terlalu cepat. “Maleficent akan bakar dia hidup-hidup kalau dia dapat tahu anaknya akan ke Enchanted. Dan salahkan aku sebab ‘personaliti’ baik aku punca dia ke sana. She’ll burn me to death.”

Jack Skellington menepuk bahu Robin, agak bersimpati keatas lelaki ini kerana mendapat isteri yang mempunyai ego yang tinggi. “Jangan risau, Kami Nightmares akan lakukan apa saja untuk melindungi Little Maleficent dari orang-orang Enchanted.”

Robin menghembus nafas lega dan menggenggam tangan Jack yang menyentuh bahunya dengan erat. “Thanks Jack.”

“My Pleasure. Sally dah melekat dengan Little Maleficent, aku pasti dia akan pujuk aku untuk buat sesuatu untuk simpan Little Maleficent. Oh dan—” Ayat Jack Skellington terhenti bila sebatang dart terbang kearah Robin dan Ayah Ivy segera mengelaknya dari terkena tepat pada dahinya. Dan batang Dart itu terkena pada pelajar yang tidur di bawah pokok tidak jauh dari mereka.

“Ouch!!”

Mereka berdua mendongak ke balcony pejabat Jack Skellington dan melihat wajah terkejut Sally dan juga Ivy yang ketawa menutup mulut, menahan diri dari ketawa terbahak-bahak.

“Ivy, kamu hampir kenakan Ayah kamu!” tegur Sally tanpa tinggikan suara. “Saya dah kata berhati-hati sikit supaya—

“Vee sengaja lontar keara Ayah.” Jawabnya dengan senyuman nakal disebalik tangan kecilnya. “Vee tahu Ayah akan elak dart tu dan Sally suruh kenakan lelaki tu kan?” Soalnya dengan innocent dan tersenyum. “Vee dah Berjaya kenakan dia!”

Jack Skellington hanya tersenyum melihat Sally menggeleng dengan senyuman dari balcony pejabatnya. “Little Witch buat hal lagi.”

Robin berpaling melihat pelajar menarik keluar dart tersebut dari pinggangnya dan ketawa. “Aku rasa aku tahu apa yang Viv cuba buat.”

Jack Skellington juga ketawa. “Like Father like daughter.”

“Why, Thank you.” Robin tunduk dengan senyuman bangga terpapar pada wajahnya. “you were saying?”

“Hm? Oh ya, tentang Hati kedua Little Maleficent.” Perkataan itu membuat senyuman Robin hilang dengan serta merta. “Wizard Merlin kata hati tu mesti berada di bawah perlindungan orang Enchanted, mereka takut orang yang tak sepatutnya di Vicious tahu tentang hati itu dan akan buat apa sahaja untuk menghapuskannya.”

Robin diamkan diri untuk sementara waktu. “Tiada cara lain ke? Selain bawa dia ke sana?”

“We can always put her in Dementis.” Jawab Jack Skellington dengan slamber. Sepertinya dia telah memikir cara itu sebelum ini. “Selagi dia dapat perlindungan orang Nightmare, dia mungkin akan terselamat dari Villain. Tapi kemungkinan hati itu tersebar ke telinga orang Vicious agak tinggi juga. Ivy sendiri mungkin akan bongkarkan tentang hati itu dan tersebar ke semua pelajar sehingga keluar Collage.”

“That’s bad...” bisiknya mula risau kalau khabar angin seperti itu sampai ke telinga isterinya.

“Robin... suatu hari nanti Ivy akan ke Enchanted juga walaumacammanapun kita cuba untuk lindungi dia. There’s something will happen diantara dua tanah ni dan hati didalam diri Ivy mungkin kunci untuk mengelakkan peperangan antara Vicious dan Enchanted berlaku sekali lagi.”

“You think I don’t know that?” Soal Robin dengan nada marah. Mula sakit kepala memikirkan beban anak tunggalnya akan pikul. Robin menarik nafas sebelum menghembusnya dari mulut dengan berat. Meramas rambut perangnya dengan kasar sebelum mengeluh sekali lagi. “... tapi kenapa Ivy?” soalnya tidak tinggi dari satu hembusan

Jack Skellington tersenyum simpati pada Robin dan menyentuh belakang kawannya itu. cuba berikan semangat untuk Robin walaupun ayat seterusnya kurang tidak menyokong semangat Robin; “I wish I knew tapi The Wizard Merlin masih enggan untuk bersuara.”

Ayah Ivy menghembus nafas lelah dan mencengkam rambutnya, mendongak keudara dengan mata tertutup erat. Matanya mula berpinar-pinar kerana sakit kepala yang datang melanda secara mendadak. “Dear Lord, bila semua ni akan berhenti?” soalnya lebih kepada diri sendiri.

Jack Skellington hanya mengusap belakang Robin tanpa berkata apa-apa. Lelaki ini hanya inginkan hidup yang tenteram dan aman bersama keluarganya tidak akan tercapai kerana anaknya yang tidak bersalah terlibat dengan tanah Seberang yang Isterinya benci sampai mati.

Jack ingin bersuara tapi terbatal bila dia rasa sesuatu tajam menusuk ke dadanya, membuat dia mengambil langkah kebelakang sedikit dan menyentuh dadanya.

“Oh my—VIVIAN HOOD!!” Robin Hood yang melihat serangan itu juga terkejut dan menjeling kearah mana anaknya berada. “kamu dalam masalah besar young lady!”

Jack yang terkejut melihat sebatang dart tertusuk pada sekuntum bunga yang terselit pada suitnya tidak berkata apa-apa. Menarik dart tersebut tanpa merasa sebarang kesakitan sebelum mendongak ke balcony pejabatnya. Melihat Ivy ketawa pecah perut, tawanya yang nyaring itu sampai ke telinga (noted no ears) Jack Skellington dan ini buat pengetua Dementis ini juga ketawa.

“Asal kau ketawa?” Soal Robin hairan.

Jack hanya menggeleng dengan senyuman lebar. “Dia mempunyai mata yang tajam macam kau. Macam mana dia boleh sasarkan dart ni ke bunga sekecil ini dari jarak yang sangat jauh?” Soalnya menarik keluar bunga merah yang kecil pada suitnya. “Dan kita bergerak. Aku takkan tipu Robin, tapi kalau anak kau pegang kayu sakti satu hari nanti, tentu sasarannya takkan pernah terlepas. Dan dengan otak cair macam tu? Oh my...” Jack ketawa sekali lagi. “She might become more powerfull than her mother one day.”

Robin juga ketawa mendengar kemungkinan itu dan mengangguk, tidak menafikan teori Jack. “Seperti yang kau cakap Jack. Ini hasil dari perkahwinan ahli sihir terkejam dan assassin minda penuh dengan idea gila.”

Mereka berdua kembali ketawa dan sambung perjalanan mereka kembali masuk ke Bangunan Dementis dan naik ke Pejabat Pengetua Jack untuk menyertai permainan Ivy dan Puan sally mengenakan hampir kesemua penghuni Collage itu.

Tanpa mereka sedari, itulah permainan terakhir Ivy yang dia akan main bersama Ayahnya. Kerana beberapa seminggu lebih selepas kejadian itu....

Ayahnya telah tiada.

>X<

10 tahun akan datang.....

Jack Skellington berada di pejabatnya, sedang perhatikan model istananya dengan senyap, melihat pelajar-pelajar Dementis sedang menjalankan kerja harian mereka melalui model tersebut. Bermain, buat kerja sekolah, membuli, membuat muslihat dan hela dilaluan Collage itu. Membuat ritual tersendiri di bilik bawah tanah. Dan banyak lagi karenah pelik pelajar-pelajarnya dan setiap kelakuan mereka membuat Jack bangga setiap hari.

Tapi dia tetap sedih pada masa yang sama. Melihat semua pelajar kesayangannya membesar setiap hari dan akan pergi dalam hidupnya tanpa dia sedari. Sama seperti seorang kawan yang telah pergi didalam hidupnya 10 tahun yang lalu.

Pergi tanpa amaran dan pemergian tanpa dijangka.

Jack Skellington menghayunkan tangannya di atas model collage itu, memutar balik masa ke 10 tahun lalu, kali terakhir kawannya datang membawa anaknya ke Dementis.

Sepertinya masa berputar balik pada saat itu didalam model istananya. Melihat dia dan Robin Hood berjalan di laluan taman sambil bercerita tentang kehidupan mereka dan masalah yang mereka akan tempuhi pada masa hadapan. Tapi malangnya hanya Jack sahaja yang tempuhi masalah itu tanpa Robin.

Kematiannya tidak dapat di jangka. Jack Skellington sendiri takkan jangka yang Robin akan pergi secepat itu. Ya, dia tahu Robin takkan hidup lama. Mereka berdua sendiri jangka Robin takkan hidup lama bila dia mengambil keputusan untuk tinggal di sisi Maleficent tapi... pergi semasa anaknya masih kecil?

Ia meninggalkan kesan yang dalam pada hidup Ivy. Setelah kematian Ayahnya, Ivy telah berubah menjadi perempuan yang senyap dan dingin kepada semua orang, sehingga dia dapat kawal kayu saktinya, dia menjadi seseorang yang tidak memberi belas kasihan kepada sesiapa langsung. Menghukum kawannya dan orang yang lebih tua darinya jika mereka buat Ivy sakit hati. Tak beri peluang untuk mereka minta maaf langsung kepadanya dan seksa mereka tanpa rasa bersalah.

She is Maleficent’s  Daugther.

Ketakutan Ivy hanyalah satu dan itu ialah Ibunya sendiri. Tiada siapa berani dengan Maleficent di tanah Vicious itu kerana Ivy. Dan tiada siapa berani dengan Ivy kerana  dia anak Maleficent. Like Mother like Daughter.

Tapi Jack Skellington tetap berharap masih ada hati dan perasaan didalam diri Ivy, walaupun ia hanya datang dari Hati yang rapuh itu. Kemunculan Hansel ke Vicious juga memberi satu harapan pada tengkorak ini yang Hansel boleh tolong Ivy untuk kembali berseronok dalam hidupnya dan tidak mengikut perintah ibunya sahaja.

Dia berharap.

Dia berharap untuk Robin,.

Untuk rakan baiknya.

Kerana dia berjanji untuk melindungi Ivy dari Enchanted dan juga Maleficent sendiri. Kerana Maleficent masih tidak tahu tentang hati didalam diri Ivy.

“Thank goodness Ivy dengar cakap tentang hati tu.” Bisiknya dengan hembusan nafas lega. Ivy yang tak dengar cakap orang, mengambil nasihat Jack dan Sally untuk merahsiakan hati tersebut.

Bunyi ketukan pintu kedengaran membawab Jack Skellington kembali ke alam reality. Dia tidak berpaling kebelakang bila dengar pintu itu terbuka. Dia tetap berdiri melihat model istananya, hanya mendengar tapak kaki berbunyi di belakangnya, Jack sudah tahu siapa yang masuk kedalam Pejabatnya.

Jack.

>X<

5 tahun seterusnya.....

Jack Skellington marah. Sangat marah sehingga dia fikir hanya nak membaham semua orang yang memandang kearahnya masuk kedalam black hole yang dia hasilkan di sekelilingnya, melenyapkan mata-mata yang menjengkelkan itu.

Sebaik sahaja dia tiba di pejabatnya, dia menghentak tutup pintnya dengan kuat, hampir buat pintu itu tercabut.

“Arrgghhh! That Damn Merlin!” jeritnya keudara sakit hati dan menendang bakul sampah di tepi meja kerjanya yang penuh dengan habuk kertas, bertaburan di atas carpet hitamnya.

Aku dah kata aku akan melindungi Ivy di Dementis, Aku akan perhatikan dia di sini, Dia tak perlu pergi ke Enchanted! There’s no need for my Little Devil ke Enchanted! The Wee Merlin only messes everything up here in Vicious! Desis hatinya geram. Dia bermundar-mandir di biliknya tanpa henti, cuba tenangkan dirinya yang membara.

“Ini akibat Vicious dan Enchanted berperang semula! Maleficent tahu anaknya ke Enchanted dan ingin membalas dendam menggunakan anaknya! Anaknya! Her own flesh and Blood! Hantar Devil ke misi membunuh ini! Merlin should know better!!”

Satu ketukan lembut dari pintunya membuat Jack meraung seperti nightmare monster. Mengganggu Jack semasa dia sedang serabut adalah langkah yang sangat salah.

Tapi kemarahan Jack redah bila dia tahu siapa yang menganggunya. Sally masuk kedalam pejabatnya dengan senyuman halus. “My love...”

“Oh My Soul...” Jack mendepakan tangannya kearah Sally dan isterinya menyambut tangan tersebut dengan senang hati sebelum memeluk suaminya dengna erat. “This is a disaster!”

“Saya tahu Jack... saya tahu.” Bisik Sally sambil mengusap belakang Suaminya. “Kita tahu Ivy akan pergi juga kan? There’s no stoping thing war.” Sally cuba tenangkan suaminya. “Kita dah buat sebaik yang mungkin untuk melindunginya. Sekarang giliran mereka pula.”

“Siapa akan melindungi Ivy? Aku tak percayakan seorang pun di Enchanted boleh melindungi Ivy.” Katanya dengan geram, melepaskan Isterinya dan bergerak menuju ke meja kerja. Menolak ke semua barang diatas meja tersebut ke lantai, melepaskan marah pada meja tak bersalah itu.

Sally hanya diamkan diri, mendekati Jack dan menyentuh belakang Jack dengan lembut. Sentuhan itu membuat otot Jack tenang dengan serta merta. “Pemilik Hati tu ada.” Jawabnya membuat Jack berdecit. “Jack... dia telah korbankan hatinya untuk selamatkan Ivy, pasti dia akan melindungi Ivy di sana juga.”

“Macam mana orang yang tidak berhati ingin melindungi Ivy? Dia heartless dan tidak berperikemanusiaan. Mustahil dia boleh bantu Ivy—”

“Matanya kelihatan seperti orang tidak berperikemanusaan ke?” Soal Sally agak tegas didalam nada yang lembut. “My love, kita dah jumpa dia sekali. Dia berlutut, merayu depan kita untuk rahsiakan perkara ini dari semua rakyat Vicious. Dia sanggup terima syarat kita, biarkan Ivy di Vicious sampai sekarang, sedangkan dia sepatutnya berada di Enchanted 14 tahun yang lalu. Dia sanggup hatinya dalam bahaya di sini dari Ivy dalam bahaya di sana. Is that a heartless person to you?”

Jack tidak menjawab persoalan itu, hanya memegang erat bucu meja kerjanya sehingga meninggalkan kesan pada permukaan meja itu. Kadang-kadang dia benci bila Isterinya betul, dan dia terpaksa dengar cakap.

“Fine...” dia menghembus nafas berat. “Saya harap Ivy akan berikan pengajaran besar dekat Enchanted untuk saya di sana nanti.”

Sally ketawa kecil dan menyentuh wajah Jack, memberikan kucupan di pipi Suaminya tanda terima kasih kerana tidak melawan lagi. “We know she will. Besides, you said yourselves... abang rindukan kekecohan yang berlaku di tanah ni seperti zaman gelap dahulu. There is a chance we’ll might have another war...” katanya dengan nada menggoda membuat Jack Skellington berputar untuk memeluk pinggang isterinya. “You know what that’s mean right?”

“Another dream to disturb... another nightmare to collect.” Jawabnya dengan senyuman lebar terpapar pada wajahnya.

“Dan melihat The Heartless Witch Ivy the Devil beraksi di pentas peperangan. Menunjukkan kuasa sebenarnya.” Bisiknya dengan merbahaya. “Kita dapat lihat apa yang kita dah ajar keatas anak Maleficent sepanjang hidupnya nanti.”

Membayangkan Ivy menggunakan Magicnya untuk bawa malapetaka ke tanah besar itu membuat Jack berdengung dengan gembira. “Oh how I love you Sally.”

“And I love you too.” Sally menepuk pipi Jack dengan lembut dan suruh suaminya lepaskan dia. “Now, Ivy akan datang ke sini untuk ‘tips’ dari Pengetua Jack dan you... have to prepare a plan for her to fit in there before the war. Kita taknak our precious Devil kena buli kat sana kan?”

“Or dia buli mereka di sana.” Jack menjungkit kening double Jerk.

“Dia akan kena buang Academy kalau macam tu. Just do it Honey. This is for her own good.”

Senyuman Jack pudar dan dia memutarkan bola matanya. Dia tak suka beritahu Ivy untuk jadi baik. Dah cukup darah Enchanted dalam badan Ivy dari Ayahnya, takyah lah nak galakkan personality Enchantednya tu lagi.

“Okay... okay... saya akan buat.” Jack Skellington mengalah bila Sally dah mula bercekak pinggang di depannya. Seriously, Jack tidak boleh melawan isternya walau macam manapun dia cuba.

.


.

Tanpa mereka ketahui, pada masa itu terdapat dua lelaki tertunggu-tunggu saat pertemuan Ivy dengan takdirnya di Enchanted. Perempuan yang bukan penyelamat Enchanted tapi pencetus pada peperangan di antara Vicious dan Enchanted.

Sepasang kaki panjang berhenti di tepi tasik didalam hutan mahliagai, mendongak ke langit malam, melihat bintang-bintang malam sedang berbisik kata-kata janji padanya; janji yang dia tunggu-tunggukan akan tiba dalam masa seminggu.

DIa tersenyum sinis mengetahui ahli sihir itu akan tiba tapi matanya menunjukkan perkara sebaliknya. Sepasang mata emas yang penuh dengan kekosongan dan harapan yang telah hilang.

“How I hate that Witch…” bisiknya dengan nada lawak tapi hatinya tidak terhibur langsung.
Sementara itu seorang lagi lelaki berada di tanah Vicious sedang melihat didalam kegelapan, Dia teruja untuk melihat permainan hidup itu bermula sebaik sahaja Ivy menjejak kaki ke Enchanted. Ingin melihat huru-hara yang Ivy buat, kesilapan yang dia buat, kesedihan dan kekeliruan yang dia akan hadapi dan kebencian yang akan lahir dalam diri ahli sihir muda itu.

Orang Vicious yang telah lama diamkan diri, hanya berdiri didalam bayangan dan menikmati kesilapan manusia yang telah buat kontrak dengannya, kesilapan yang dia sengaja buat dan tahu dia sedang membunuh dirinya sendiri demi ahli sihir yang dia cintakan.

“Such a strong Heart that kid have but becoming fragile as the days goes by just to save the one the Brat truly loves... Such Tragic.” Katanya didalam kegelapan dengan mata yang tajam dan senyuman sinis sahaja kelihatan. “Macam mana akhir peperangan yang ini pula? Is it happy ending? Or not?”

>X<


(A/N: Lets cut the chase here baby~ So the truth has come out! Masa untuk isi persoalan tentang semua kejadian ni je!!!! Mwahahahahahaha! (^_____^) see you in the next chapter!)

6 comments:

  1. haha.. bertambah lagi persoalan..

    siapa dua orang tunggu si ivy.. itu menjadi persoalan sekarang ini.. dan soalan lagi satu, apa jadi kat robin hood... tiada jawapan lagi.. lain semua dah clear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha... dengan perlahan angah akan huraikan segala persoalan tu. huhuhuhuhuhuhu and how robin Hood die will be cleared on the next chapter. So, Stay tuned!! *Kisses*

      Delete
  2. Jab² Louis ke jack pemilik hati tuh ? Oke pening² . harap² Louis laa pemilik hati tuh. Janganla jack .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha.... mari kita berharap bersama2 huhuhuhuh Jk Jk! *Grin Grin* ^___^

      Delete
  3. huhuhuhu dari awal i know it. hati tu milik jack kan angah.....kan kan kan kan....oh noooo..... pls.....give me next chapter A. S.A.P angahhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korang bebas buat tafsiran sendiri and I like it when you hv different oppinion too hahahhaha (͡° ͜ʖ ͡°)

      BUT, no spoiling the stort sebab x best la kalau korang dah tahu kan? Kan?

      Huhuhuhu *hugs&kisses*

      Delete

Savior of Tales