Seventeenth F.A.T.E
Three Blind Mice
“Ivy
dah okay?”
“Hm.
Aku tak rasa dia akan jumpa Jack lagi.”
“Apa
kau buat kat dia?”
“Tuanku. Mind your own bussines.”
>X<
Ivy
merenung batu transport di atas meja belajarnya. Seperti dia menunggu riaksi
dari batu tersebut bertukar menjadi sesuatu selain dari batu kecil berwarna
amber. Ivy tahu ia tidak akan berubah ke apa-apa bentuk kerana ia tidak
berfungsi seperti itu, batu itu hanya berfungsi sebagai transport seseorang ke
suatu tempat—dan tempat itu telah dispesifikkan, hanya ke Menara Pengetua
Merlin.
Kenapa
Ivy memandang pelik batu transportation itu? Jawapannya sangat senang. Sebab Orang tua kerepot tu mengelakkan diri
dari Ivy selepas kejadian pada malam Grand Finale Ezra! Selepas sketsa di
dalam bilik rawatan, Ivy tidak lagi dapat berjumpa dengan orang tua itu kerana
kelas magicnya sentiasa dibatalkan tanpa sebab dan sprites academy yang
sampaikan berita tentang kelas dibatalkan. Sentiasa
dibatalkan. 3 minggu 4 hari bersamaan 7 kelas magic Ivy tidak masuk dan
satu habuk pun dia tidak pelajari tentang good magic.
Dan
sekarang batu transportation ke menara orang tua itu tiba-tiba muncul diatas
mejanya? Sebaik sahaja Ivy keluar dari bilik mandi, dengan badan masih berjubah
mandi dan dan rambut berbalut dengan tuala, nak bersiap untuk harinya di
Perpustakaan untuk membongkar lebih banyak rahsia didalam Enchanted itu tapi
terbatal bila matanya ternampak batu berwarna kuning yang tidak bersalah itu
bersama seutus surat kecil dibawah batu tersebut yang tertulis; ‘Meet me as
soon as you get this –P.Merlin.’
Oh
sekarang baru dia nak jumpa aku? Nak masuk sebulan kau mengecut dari aku,
melarikan diri sebab takut aku soal kau tentang kejadian malam Grand Finale tu…
kau ingat sebulan ni akan buat aku lupakannya ke? Macam kau orang tua membuang
subjek dari kepala hotak aku ke? Oh hoooo…
No.. No!
Bila
Ivy the Devil inginkan sesuatu, dia tidak akan berhenti sehingga dia
dapatkannya! Dan dia akan dapatkannya ini hari jugak!
Ivy
segera membuka balutan rambutnya melontar secara rawak tanpa sengaja terkena
burung gagaknya yang tidur di tiang rehat, hampir terjatuh kerana tuala lembab
yang berat itu. nasib baik dia cepat bertindak, terbangkan dirinya sebelum
jatuh terhempap di atas karpet bilik dan mendarat di atas meja belajar Ivy.
Diaval
menggoncang badannya sebelum menyahut marah sambil kembangkan kepaknya tanda
amaran. Dia ingin menjerit sekali lagi tapi terbatal bila kakinya terlanggar
batu kuning itu. terbaca nota tersebut sekali.
Diaval
kembali memandang anak jagaannya yang bergegas memakai pakaian dalam sebelum
mencapai mana-mana seluar; merupakan tight jeans dan sarungkan pada kakinya dan
mencapai mana-mana baju terdekat; merupakan singlet printed tiger dan leather
jaket kegemarannya. Dengan rambut yang lembab dia mengikat rambutnya style
rambut ketat dan berdepan dengan cermin panjang. Mengenakan make up—yang
sememangnya wajib bagi Ivy, pada wajahnya.
Ivy
mendengar Diaval menyahut dan melihat ke tepi mejanya. “Oh Morning. Baguslah
kau dah bangun. Aku ada hal sikit dengan Pengetua Merlin. Remember that mystery
boy I told you di dalam bilik rawatan hari tu? Aku nak dapat jawapan tu
sekarang jugak! Bye!” Ivy mengambil batu tersebut, masukkan dalam poketnya,
kasut bootnya di bawah katil dan beg sandangnya di tepi katil. Bergegas keluar
dari bilik dan Diaval segera terbang ke bahunya. Semasa Ivy membuka pintunya
dan ingin menyoal kenapa Diaval ingin mengikutinya, persoalan itu tersekat di
hujung lidahnya bila dia terserempak dengan Roommate Ivy; Ezra tercegat di
depan pintu dengan posisi ingin membuka pintu mereka.
“Oh
Ivy…”
“Ezra..”
sapa Ivy dan melihat roommatenya dari atas hingga bawah, sesuatu tentang Ezra
membuat kening Ivy terjungkit. Dia tidak kelihatan seperti Ezra yang selalu.
Always compose herselves and always look perfect. Tapi kali ini bahunya
terjatuh dan dia riak wajahnya tertera mengatakan dia keletihan. Plus rambutnya
agak kusut masai. “Kau kena sumpah lagi ke?—
“No.”
jawab Ezra cepat, agak sakit hati. “Aku hanya penat okay… Aku hanya… Aku…” Dia
mengeluh dan mengusap rambutnya membuat ia tambah serabut. “I have a rough day
that’s all.”
“Kau?
Rough day?”
Ezra
melontarkan jelingan dinginnya dan berdecit. “As the first princess and future
ruler of Arendale, juga calon bakal pemerintah Enchanted; aku hari-hari
menghadapi hari yang sukar. Aku hanya tak tunjukkan depan kau sahaja.”
Ivy
menarik sengih pada ayat Ezra, entah kenapa dia rasa terharu-sedikit-yang Ezra
tunjukkan dirinya yang sebenar depan Ivy. Mungkin ini sebab Ivy telah menyelamatkan
nyawanya dan akhirnya mempercayai Ivy. Walaupun Ezra tak pernah mengaku tapi
Ivy tahu. Melihat kelakuannya sebulan ini membuktikan Ezra tidak lagi
berjaga-jaga setiap kali bersama Ivy malah tunjukkan perangai buruknya setiap
malam di bilik mereka. Ezra telah membuktikan pada Ivy yang dia bukanlah
makhluk dingin yang tiada perasaan tapi dia juga manusia. Manusia yang
mempunyai kelemahan.
“Oh..
yeah, aku lupa pasal pangkat kau. Patut lah kau tak balik semalam, aku ingatkan
kau dah rasa malu berdepan dengan aku sebab maruah kau time Grand Finale—Oh
hey, aku ada bath bom aroma terapi kat almari bilik air aku.” Dia segera tukar
topic bila Ezra memberikan renungan dinginnya, Ivy hanya berikan senyuman
nakal, tidak pernah berhenti mengusik roommatenya itu. “You can use it to
release stress.”
“Kau
nak berikan aku barang kau?” Soal Ezra dengan curiga. “Kau pasti ke bath bom
kau tu tak beracun or anything?”
Ivy
memutar bola matanya dengan senyuman. “Come on, kalau aku nak bunuh kau pun aku
akan guna magic aku sendiri.” Katanya mengusik. “Pakai je lah, kau tahu kau
perlukannya, just try it dan kalau ada apa-apa terjadi kat kau, aku tanggung
akibatnya okay?”
“Really?”
Soal Ezra masih tidak percaya.
Ivy
bercekak pinggang. “Take it or leave it.”
“Oh…
okay baiklah!” Ezra mengangkat tangan mengalah sebelum tersenyum kecil. “Aku
akan try bath bom kau tu and thanks.”
“My
pleasure.” Jawab Ivy dengan senyuman bangga dan bergerak ketepi untuk beri
laluan Ezra masuk ke bilik mereka. “Ambil dua biji bath bom warna merun hijau.
Biarkan ia selama 5 minit sebelum kau terjun dalam bath tub okay?”
“Okay… Oh dan kau nak ke mana awal pagi ni?
Setahu aku kelas kau petang ni je.”
“Pengetua
Merlin.” Jawabnya singkat membuat Ezra mengangguk. Tidak lagi mempersoalkan
Ivy. “Then aku pergi dulu.”
Ezra
mengangguk sekali lagi. “Have fun!”
“Oh
I will.” Ivy sempat melihat dari bahunya dengan senyuman tayang gigi dan
bergerak turun dari tingkat biliknya, menuju ke Jambatan sekolah.
Diaval
ada menyahut, memberitahu Ivy sesuatu tapi Ivy tidak memahami burung gagak itu.
Melihat dari mata Diaval, burung gagak itu kelihatan risau.
“Don’t
worry. Pengetua Merlin tidak akan cederakan menteenya sendiri hanya kerana aku
tanya pasal lelaki pelik tu. Dia tak boleh guna magicnya untuk cederakan orang,
its againt his vow to Good.”
Bukan
itu yang Diaval risaukan. Dia lebih risaukan Ivy yang ingin menyoal Wizard
Merlin lebih dari itu. Soal orang tua itu tentang masalah Enchanted. Ivy tidak
sepatutnya tahu tentang ini semua sebab tu mereka merahsiakannya dari Ivy. Ia
bukan masalah Ivy dan mereka tidak percayakan Ivy untuk berkongsi masalah
dengan anak jagaannya. Diaval tahu sebab orang Vicious juga mempunyai rahsia
yang mereka tidak boleh beritahu kepada Ivy. Diaval taknak Ivy tahu semua ni,
dia taknak Ivy masuk campur dalam masalah mereka. Dia nak lihat Ivy menjalani
hidupnya seperti orang biasa. Tanpa masalah merumitkan seperti ini mengganggu
minda dan emosinya.
“Ivy!”
Semasa
Ivy ingin teleportkan dirinya ke menara pengetua Merlin, satu suara yang dikenali
memanggil namanya membuat Ivy berpaling ke arah laluan Academy dan terlihat
trio princess datang mendekati mereka, Hana yang paling hyper berlari kearahnya
dan rempuh ahli sihir muda itu dengan satu pelukan yang erat hampir buat mereka
berdua terjatuh tapi nasib baik Ivy bergerak pantas.
“Nasib
baik kitorang jumpa kau!”
Ivy
hanya menggangguk tidak selesa pada puteri hyper itu dan cuba melepaskan diri
dari cengkaman maut Hana. “Uhmm—Hanna let go… dan kenapa dengan aku?”
Hanna
melepaskan Ivy tapi dia tetap memegang tangan ahli sihir itu. “Untuk apa lagi?
kau tak dengar ke berita heboh tentang Putera George dengan Hansel?”
Mendengar
nama dua lelaki itu menarik perhatian Ivy, memandang kearah dua lagi kawannya.
“Kenapa dengan mereka?”
Gweneth
hanya tersenyum nakal dan menyentuh belakang Ivy, menolak ahli sihir itu menuju
ke Wing C dengan Hanna pula menarik tangannya. “Kalau kau nak tahu, apa kata
kau ikut kitorang ke Wing A. Nanti kita terlepas pulak.”
Ivy
memandang Gweneth dan Hanna beberapa kali sebelum memandang Apple Red. “Apa
yang kita akan terlepaskan ni???”
Apple
Red hanya ketawa kecil disebalik tangannya. “You’ll see when we get there.”
“Cepat
lah! Aku taknak terlepas satu pun perlawanan mereka!” sahut Hanna menarik
tangan ahli sihir itu, tidak sabar.
Mendengar
ayat ‘perlawanan’ membuat perut Ivy kecut dan pucat satu badan. Mereka nak berlawan? Oh no…. Tanpa buang masa Ivy terus memecut pergi hampir buat
Hana terjatuh tapi puteri Hyper itu bertindak pantas dan mengekori Ahli sihir
tersebut.
“Jumpa
korang kat Wing A!” sahut Hanna kepada Gweneth dan Apple Red yang kebuntuan dan
mengejar Ivy dari belakang.
Ivy
berlari sepantas yang mungkin menuju ke Wing A dan perasan ada sekumpulan
pelajar berkumpul di laluan tersebut melihat kearah padang latihan yang juga
dikelilingi dengan ramai pelajar academy.
Ivy
cuba masuk kedalam kalangan pelajar itu untuk melihat apa yang sedang berlaku
tapi gagal jadi dia pergi ke salah satu bilik kosong yang mempunyai tingkap
balcony dan melihat dari situ.
Mata
Ivy terbeliak bulat bila dia lihat Hansel dan Louis berada di tengah-tengah
padang latihan dengan tangan masing-masing memegang sebilah pedang dalam posisi
bersedia untuk melawan antara satu sama lain.
“What
the f*ck are they doing??” Soal Ivy bila Hana tiba di sisinya.
Hanna
yang termengah-mengah dari berlari tadi menarik nafas dalam sebelum bersuara;
“Mereka sekarang dalam kelas mempertahankan diri—by the way, kau lari laju
giler!”
“Tapi
Putera George Third Year dan Hansel first year, macam mana pula mereka boleh
dalam satu kelas?” Soal Ivy dengan nada kurang sabar. Inginkan penjelasan yang
tepat mengapa dua musuh itu berdepan sesame sendiri—dengan benda tajam didalam
tangan mereka?! They will kill each other! Literally!
“Instructor
Zorro is on duty di kerajaannya untuk beberapa minggu ni jadi dia digantikan
dengan instructor baru, disebabkan dia baru bekerja, kelas mereka disatukan
untuk Lord Elm tunjuk ajar pada instructor baru macam mana nak mengajar pelajar
dalam kelasnya teknik mempertahankan diri. Sebab tu third year dan first year
satu kelas untuk kali ni.”
“Kenapa
kau risau semacam ni Ivy? Masih risaukan ex-boyfriend kau?” Gweneth akhirnya
datang menyertai mereka bersama Apple Red. Gweneth menyandar pada railing
balcony itu dengan senyuman nakal terpapar pada wajahnya. “Aku ingatkan korang
dah jadi sejarah.”
“Mereka berdua akan jadi sejarah kalau
mereka teruskan perlawanan ni!” Marah Ivy sehingga menarik perhatian orang
disekelilingnya tapi Ivy endahkan pandangan itu seperti selalu. “Euughh… This
is pesposterious!” bisiknya sambil menyentuh dahi. Fed up melihat dua musuh
ketat itu akan bersilang pedang tidak lama lagi.
“Tak
sangka Ivy juga akan muncul untuk melihat perlawanan kita.” Hansel tersenyum
nakal melihat Ivy di balcony tingkat satu sedang menepuk dahinya, tahu sangat
Ivy risaukan tentang mereka berdua.
Louis
berpaling kebelakang dan melihat Ivy di atas balcony itu. Putera ini menarik
sengih bila lihat Ivy menuding jari kearah mereka berdua sebelum menjerit; ‘you
two better play fair!’ dengan nada amaran. “Kita akan buat dia lemah jantung
nanti kalau dia lihat kita berlawan.”
Hansel
tergelak sinis, kembali pada posisi bersedianya. “Adakah itu bermaksud Tuanku
akan serang saya dengan sepenuh tenaga Tuanku?”
Louis
kembali memandang Hansel dan juga berdiri dalam posisi lawannya. “Kalau itu
yang kamu nak. Saya gembira tunaikannya.”
“Then
bring it on.” Cabar Hansel.
“as
you wish!”
Dan
dua musuh lama ini berlari kearah satu sama lain dan menghayunkan pedang
mereka. Bermulalah perlawanan pedang antara mereka berdua.
Instructor
Putera George; Lord Elm yang berbadan sasa hanya menggeleng melihat dua pelajar
berlainan pangkat itu berlawan tanpa mendapat arahan dari dia. “Instructor
Jack, betul ke ada sejarah gelap antara mereka berdua?” Soal Lord Elm kepada
seorang lelaki serba hitam di sebelahnya, instructor baru kepada budak tahun
pertama.
Jack
yang memeluk tubuh bersama senyuman menawan yang menayang gigi taring itu hanya
mengangguk dengan mata yang tidak lekap dari perlawanan dua ‘pelajar’ mereka.
Terhibur melihat Louis dan Hansel berlawan sepenuh hati mereka, bukan atas
latihan tapi membalas dendam.
“Yup.
Dahulu kecil Putera George dan kawan-kawannya suka buli Hansel sebelum Hansel
pergi ke Tanah seberang. Melihat cara mereka berlawan, saya pasti mereka sedang
melangsaikan hutang lama.” Katanya dengan slamber membuat Lord Elm menjungkit
keningnya yang tebal.
“Sebab
ini kah kamu pasangkan Putera George dan Hansel? Untuk melihat mereka bergaduh
dan mungkin Putera George akan cederakan Hansel.”
Jack
ketawa sepenuh hatinya, terlalu terhibur
melihat sketsa sengit dihadapannya tambahan pula seorang ahli sihir yang risau
berada di balcony tingkat satu wing A, takut melihat dua orang yang penting
baginya cederakan satu sama lain. Oh this
is so exciting to watch!
“Jangan
pandang rendah pada Hansel..” katanya dengan mata tertumpu pada Hansel seorang.
“Putera George mungkin bersedia dalam pertempuran tapi Hansel berpelangaman
dengan pertempuran dengan lawannya. He is from Vicious after all.” Mata emas
Jack bercahaya, teruja melihat perlawanan sengit antara mereka berdua.
Hansel
tertolak kebelakang dari hayunan pedang Louis, membuat dia kebelakang beberapa
langkah. Hansel menarik sengih, agak kagum dengan cara berlawan Putera bongkak
yang agak halus itu. hampir sempurna.
Louis
kembali pada posisi bersedianya dan tersenyum nakal. “Heh, tak sangka kau masih
boleh berdiri. Aku jangka selepas satu atau dua serangan kau dah tumpas.”
“Jangan
pandang rendah dengan lawan Tuanku. Apatah lagi lawan tuanku datang dari
Vicious. Tuanku ingat saya kembali dengan tangan kosong ke?” Soalnya dengan
senyuman sinis sebelum berlari untuk menyerang Louis sekali lagi. “I have the
best partner to train with in Vicious!” jeritnya dan menghayunkan satu serangan
pada Putera itu.
Pedang
mereka bersilang beberapa kali menghasilakn percikan antara pedang mereka dan
bunyi yang membingitkan telinga.
“Oh
really? Dan siapa partner malang kau tu?” Louis menyerang Hansel di perutnya
tapi lelaki vicious itu segera mengelak, berputar 360 darjah sambil menghayun
pedangnya pada lawannya tapi Louis segera membelakangkan diri sebelum lehernya
dipancung oleh pedang Hansel.
Mereka
berdua kembali dalam posisi mereka, jauh antara satu sama lain dan hilang nafas
sedikit dari perlawanan mereka.
“Watch
your mouth Tuanku. Partner aku tak lain dan tak bukan Ivy the Devil.” Hansel
menepuk belakangnya secara mental kerana telah Berjaya mencabar keangkuhan
putera bongkak itu dan senyuman menjengkelkan pada wajah Louis digantikan
dengan wajah tegang, marah pada Hansel.
“Apa
yang mereka cakapkan tu?” Soal Ivy bila dia dengar pelajar di bawah mula
berbisik sesame sendiri sebelum menjeling kearah Ivy secara senyap. “mereka
cakap pasal aku kan? Aku tahu mereka cakap pasal aku! HANSEL SHUT THAT DAMN MOUTH OF YOURS!!” Jerit si ahli sihir nak je
terjun dari balcony itu dan belasah Hansel dengan tangannya sendiri tapi Hana
dan Apple Red menghalangnya.
Hansel
yang mendengar amaran Ivy ketawa pecah perut. “Babe, Aku hanya puji kau! Betapa
bagusnya kau sebagai pasangan aku! Tu je!”
Gweneth,
Apple Red dan Hana berpaling melihat Ivy dengan senyuman nakal, kening
terjungkit menunggu keterangan tentang ‘pasangan yang baik bagi hansel’. Diaval
juga memandang kearah Ivy dengan wajah tak percaya.
Ini
buat muka Ivy naik merah. “Well don’t! Just shut up Han—HANSEL!”
Hansel
segera melindungi dirinya bila Louis menyerang dia tanpa amaran dan pedang
mereka bersilang sekali lagi. Cuma kali ini mereka main tolak menolak.
Hansel
menarik sengih. “Did I touch a nerve there? I Did, did I? See? perkara macam ni
akan terjadi bila korang menjalinkan hubungan rahsia. There’s always be a man
trying to get her attention. And there’s
nothing you could do about it.”
“Arrgh!”
Louis menolak pedangnya sekuat hati dan menghayunnya semula kearah Hansel tapi
lelaki vicious itu berjaya menahannya sekali lagi, permainan tolak menolak
berlaku lagi.
“Uuu…
someone’s jealous!” bisik Hansel dengan nada sarkastik. “Come on lah Tuanku, Kau tahu hubungan korang takkan
ke mana. It only end up in tears. Revenge and then Blood. Mengetahui Ivy
seorang Vicious dan Tuanku orang yang lemah, tentu tangan Ivy berlumuran dengan
darah Tuanku sendiri.” Katanya dengan nada terhibur, perangai Viciousnya
kembali naik bersama senyuman terhibur melihat wajah berang Louis.
Louis
berhenti melawan pedang Hansel, membuat musuhnya jatuh kehadapan dan Louis
bergerak pantas; tundukkan badannya ke bawah dan menendang kaki Hansel membuat
lelaki vicious itu jatuh diatas tanah.
Louis
kembali berdiri dan arahkan pedangnya pada leher Hansel. “Jangan pernah panggil
aku lemah.” Katanya dengan nada mengancam. “Dan kau tak tahu apa yang aku
rancangkan untuk hubungan kami.”
Hansel
merenung tajam kearah putera itu sebelum menarik sengih. “let me guess? Broke
her heart and leave her?!” Hansel mengumpul segenggam tanah dalam tangannya
sebelum melontar ke muka Putera George.
Putea
Raja itu segera memejamkan matanya dan membelakangkan diri dari Hansel. Hansel
mengambil kesempatan ini untuk bangun dan kembali berlawan.
“Okay,
ini dah melampau.” Lord Elm bersuara, ingin mengambil pedangnya untuk
menghentikan mereka tapi Jack menghalangnya. “Instructor Jack. Tolong jangan
halang saya, mereka perlu dihentikan.
“Just
give them a few more minutes.” Kata Jack dengan senyuman nakal. “Saya nak lihat
ke mana pertempuran ini bawa mereka.” Mata Jack beralih pada si ahli sihir
jelita di balcony, kelihatan seperti dia nak belasah dua lelaki itu.
“Oh
this is bad for my heart!” marah Ivy sambil mengurut-urut dadanya cuba tenangkan
perasaan marah yang dah nak capai ke kemuncak, bersedia untuk meletup dan
hancurkan segalanya.
Dia
geram melihat dua lelaki bebal itu kembali berlawan dan kali ini bertambah
serious dari sebelumnya. Tertera pada wajah mereka, yang mereka ingin membunuh
satu sama lain. Hansel ni pun satu, asal pandai sangat pergi provoke Putera
Raja itu? dan main tipu?? Dia dah kalah kenapa nak lontar tanah ke muka Louis
pulak? Dia saja je kan nak tengok musuhnya berang! Saja je kan nak balas dendam
dekat Louis?!
Kalau
mereka terselamat dalam perlawanan pedang mereka ni, Ivy akan belasah mereka
pula dan bagi pengajaran kepada mereka untuk tidak buat Ivy hampir kena lemah
jantung lagi!
I will pummel them both straight to hell!
“Lets
make a bet.” Louis bersuara setelah menyelamatkan diri dari serangan mendadak
Hansel, Louis mengelap darah yang mengalir di pipinya akibat lambat bertindak
dan pipinya tercalar oleh mata pedang Hansel.
Hansel
pula mengoyakkan lengan bajunya yang terkena hayunan pedang Louis, kecederaan
pada lengannya itu tidak terlalu dalam tapi tetap menyengit. “Now you make it a
little interesting.”
Louis
mengecilkan matanya kearah Hansel. “Siapa menang, Ivy sebagai ganjaran. Hows
that?”
“Dan
yang kalah akan jauhkan diri dari Ivy?” Soal Hansel dan Louis mengangguk.
“Nampaknya Putera Camelot ni dah dasperate…”
Louis
menarik sengih. “Kau juga dasperate. Takut aku rampas Ivy dari kau. Aku tahu
kau benci bila Ivy lebih memilih aku dari kau, sebab tu kau provoke aku. Kau
juga cemburu.”
Kali
ini Hansel rasa tercabar dan Louis tersenyum sinis. Mereka berdua dapat rasakan
latihan pedang ini bukan lagi satu benda yang main-main.
Kerana
mereka berlawan dengan serious seperti mereka berada didalam pertempuran
sebenar. Cuba sedaya upaya menghayunkan pedang dalam tangan mereka untuk
mencederakan pihak lawan.
Dan
ia kelihatan sangat parah.
“Alright.
Biar saya yang hentikan mereka.” Jack bersuara dah cukup melihat dua musuh lama
ini cuba cederakan sesame sendiri. Dia mengambil dua bilah pedang nipis dari
tempat simpan senjata.
Lord
Elm melihat Jack merenggangkan pinggangnya dengan kedua bilah pedang dalam
tangan. “Kau dah lama tak berlawan jack. Mereka berdua ni bukan pemain pedang
sembarangan. They prepared for fight.”
Jack
menarik sengih kearah Lord Elm dan tampil ke hadapan menarik perhatian semua
pelajar. “Pengetua Merlin tidak akan ambil aku sebagai instructor Academy kalau
bukan sebab kepakaran aku. Aku mungkin berkarat sikit tapi melawan budak dua ni
kacang putih sahaja.”
Mata
Ivy terbeliak bulat bila dia lihat lelaki serba hitam tampil ke tepi padang
latihan itu dengan dua bilah pedang dalam tangannya. “Jack? Apa dia buat kat
situ?” Oh sekarang Ivy bertambah cuak. Lelaki yang merbahaya itu juga akan
masuk campur dalam perlawanan Hansel dan Louis.
“Dia
Instructor baru untuk budak First Year.” Jawab Apple Red, tidak perasan riak
wajah terkejut Ivy.
Oh no….. desis hati si ahli sihir ini, tidak percayakan Jack langsung untuk
masuk campur dalam perlawanan mereka. Ivy hampir menjerit bila Jack memandang
kearahnya sambil mengenyit mata sebelum masuk kedalam padang latihan.
OOooooo that sly bastard!!!
Semasa
Hansel dan Louis bersilang pedang, mereka terkejut bila dua bilah pedang muncul
di sisi mereka membuat dua pihak lawan ini membelakangkan diri jauh dari sesame
sendiri untuk mengelak hayunan pedang nipis itu kearah mereka.
Louis
dan Hansel terkejut melihat Jack berdiri di antara mereka dengan kedua bilah
pedang dalam tangannya di depakan kesisi.
“May
I join the fun?” Soal Jack dengan nada terhibur. Tersenyum sinis kepada dua
pelajarnya itu.
“f*ck
off Jack. Ini perlawanan kitorang berdua.” Marah Hansel dengan nada rendah.
“Ah
you see gentlemen, bukan korang sahaja berminat dengat Cik Ivy the Devil kita.”
Ayat itu dah cukup membuat Hansel dan Louis naik berang. Jadi Jack juga nak ikut serta pertaruhan mereka?
Jack
menarik sengih. Jadi dua pelajarnya ini faham maksud Jack. “I think I made it
clear enough.”
“Crystal
clear!”
“F*cking
clear!”
Sahut
mereka berdua serentak dan berlari kearah Jack pada masa yang sama menghayunkan
pedang mereka kearah musuh ketiga mereka.
Perkara
yang mengejutkan semua pelajar yang melihat pertempuran mereka itu, Jack dapat
menepis semua serangan dari Putera Camelot dan bekas Vicious itu dengan mudah. Jack
seperti menari didalam perlawanan pedang mereka, menghalang dan menepis dengna
cantik, riak wajahnya tidak menunjukkan sebarang kesukaran langsung semasa dia
lawan kedua pelajarnya itu.
Ini
buat Ivy sakit hati. “Hansel! George! Kick that bastard butt!!” jeritnya
membuat pelajar berdekatan dengannya memandang kearah Ivy.
Tiga
puteri itu juga memerhatikan kawannya dahulunya menentang perlawanan ini
sekarang bersorak untuk hansel dan George menang.
Tapi
Jack tidak akan berikan kemenangan itu kepada sesiapa. Jadi dia tamatkan
perlawanan mereka dengan membelit kedua pedang Hansel dan George dengan
pedangnya sendiri sebelum melontar pedang itu dari pegangan mereka dan ia jatuh
jauh dari mereka bertiga.
Jack
mengambil kesempatan ini untuk mengarahkan kedua pedangnya pada kedua leher
pelajarnya. Mereka bertiga berhenti bergerak, tiada lagi bunyi pedang bersilang
atau jeritan menyerang kedengaran di tengah-tengah padang latihan itu, hanya
nafas berat mereka yang kedengaran hasil dari memerah segala tenaga mereka
untuk berlawan.
Pelajar
lain yang melihat perlawanan itu terdiam kerana terkejut melihat pengakhiran
yang tidak dijangka. Jack mengalahkan Hansel dan Putera George. Dua lelaki yang
berlawan dengan sengit, dikalahkan dngan mudah tanpa Jack mengalirkan setitis
peluh!
Lord
Elm yang memecahkan keheningan suasana itu dengan satu tepukan perlahan dan
akhirnya dituruti oleh pelajar lain, tepukan gemuruh dari semua pelajar untuk
satu perlawanan yang sengit dari tiga pemuda itu.
Jack
tersenyum bangga dan tunduk ala-ala gentlemen kepada mereka semua. “Thank you,
thank you.” Katanya sebelum memandang Hansel dan George. “I win.”
George
berdecit dengan geram dan pergi mengambil pedangnya yang terlontar beberapa
kaki darinya.
Hansel
pula mencapai lengan baju Jack, mencengkam baju lelaki itu dan menatap mata
emas Jack. “What do you think you are doing?”
Jack
memberikan senyuman manisnya. Terlalu manis dan memaksa Hansel melepaskan
bajunya. “Now-now…. Saya minta maaf sebab masuk campur dalam pertempuran kecil
kamu tapi seseorag kena hentikan permainan merapu korang ni.” Katanya dan
menarik Hansel mendekati Putera George sebelum Jack menarik baju George juga,
menarik kedua lelaki itu dekat padanya.
“Sementara
korang berdua saling ingin membunuh sesame sendiri atas perasaan yang
menyedihkan korang panggil cemburu ini hanya kerana whore witch itu. Korang tak perasan ada seorang lagi lelaki trying
to get in her pants too.” Bisiknya hanya untuk mereka bertiga yang dengar,
membuat Hansel dan Louis naik berang terhadap ‘instructor’ baru mereka ini.
Jack
pula berikan senyuman sinis kepada mereka dan melontar kedua pelajarnya itu
kepada rakan sekelas mereka masing-masing sebelum kembali berdiri di sisi Lord
Elm. “Selesai.”
“dan
kau kata kau dah berkarat.” Puji Lord Elm dengan senyuman bangga bermain
dihujung bibirnya.
Jack
tidak membalas kerana matanya tertumpu kepada Ahli sihir di atas balcony
tingkat satu Wing A itu, kelihatan marah dan mata predator yang ingin membunuh.
Dan mata itu jatuh tepat kepada Jack seorang.
Apa
yang Jack buat?
Dia
kenyitkan mata kearah Ivy membuat Ahli sihir itu mencarut satu perkataan yang
sangat indah membuat semua orang pandang kearahnya dengan ekspressi wajah
terkejut sebelum ahli sihir muda itu menghentak kaki dan masuk ke dalam
baungunan academy itu dengan muka merah bak gunung berapi. Jack sumpah dia
boleh nampak asap keluar dari telinganya.
“Alright
Students! Next Pair up is Putera Xiao Ai dan Putera Ernest!” sahut Jack dengan
senyuman lebar, mengendahkan dua pasang renungan maut yang dilontarkan padanya
boleh buat dua lubang hidung baru di atas dahinya pula.
Dia
mungkin perlukan rongga hidung lebih kerana udara di pagi hari itu sangat manis
untuknya dan sayang sekali jika dia tidak dapat menikmati bau yang wangi itu. Bau seperti ketegangan dan kemusnahan.
.
.
“Oooooo… I want to kill
that man!” Jerit Ivy dengan nada berbisik, menahan
dirinya dari meletup. Bahunya ternaik dengan kedua penumbuk dekat dengan
dadanya sebelum dilontarkan kehadapan seperti dia sedang bertinju dengan udara.
Kiri, kanan, kiri, kanan, kanan, kanan!
Sepanjang
hidup Ivy cuba menahan panas barannya, dia hanya ikut petua Puan Sally, iaitu
menahan nafas dan kira sehingga 10 tapi setelah kena renjat lebih ratusan kali
dan cederakan dirinya sendiri hanya kerana menahan dan juga kadang-kadang
mengendahkan renjatan tersebut sehingga tangannya melecur, Ivy akhirnya dapat
cara lain untuk melepaskkan geramnya.
Bertinju
dengan udara.
Dia
dapat idea ni beberapa hari yang lalu semasa dia dan Ezra bertekak lagi didalam
bilik dengan Ezra membekukan sebahagian bilik mereka sementara Ivy hampir
membakar dirinya sendiri—that’s unfair by the way, Ezra boleh bekukan bilik
tapi dia tak boleh?—apapun, Ivy cuba menahan nafasnya dan kira sampai lebih 10
mungkin 100 untuk meredahkan kemarahannya tapi tidak Berjaya dan ia tetap
merenjat Ivy tanpa henti.
Pada
masa itu, disebabkan ivy geram dengan nada nyaring jeritan Ezra, takat sejuk
suhu bilik itu membuat giginya berketar dan juga renjatan elektrik menyakitkan
mengalir di badannya—Ivy snap. Dia
terus menjerit keudara sambil melontar penumbuknya ke pelbagai arah dengan
warak membuat Diaval dan Ezra terdiam. Terkejut melihat Ivy meronta-ronta
seperti budak kecil, menjerit dan menumbuk udara sekuat hatinya sehingga dia
penat sendiri. Rambut berserabut, baju kusut dan bernafas dengan singkat akibat
penat meronta.
Pada
masa itu jugalah Ivy mengetahui cara untuk tidak direnjat oleh gari sialan itu
adalah dengan keluarkan kemarahannya secara fizikal, bukan secara magic. Kalau
dia tahan kemarahannya dari mengalir keluar dari badannya, ia akan masuk
kedalam sehingga ia menyentuh magical corenya sebab itu gari itu memberi riaksi
bila dia marah. Tapi kalau dia lepaskannya dari badannya tanpa melibatkan
sebarang magic, gari itu tidak akan merenjat Ivy.
Jadi
selepas membuat penemuan itu, setiap kali Ivy rasa marah, dia kena terus
keluarkannya sebelum ia berinteraksi dengna magical corenya dengna bertinju di
udara dengan sekuat hati.
“Aku
patut ambil kelas tambahan dalam seni bela diri kalau macam ni.” Kata Ivy
dengan senyuman nakal, akhirnya lega selepas menumbuk musuh halimunan di
hadapannya. Dia menarik nafas dalam dan menghembusnya keluar. “See? Tiada
renjatan. Aku mesti ambil subjek seni bela diri—” sahutan nyaring Ivy membuat
ahli sihir itu melompat dna menutup sebelah telinganya.
Ivy
memadang kearah Diaval di bahunya, burung gagak itu kembangkan kepaknya memberi
amaran kepada ivy, mungkin tentang subjek seni bela diri itu.
“What?
Oh come on, it’s not that bad. Kalau aku belajar seni bela diri aku boleh
lindungi diri aku sendiri tanpa bantuan sesiapa—Ouch!” menjerit kesakitan bila burung gagak itu menarik rambutnya
dan ingin mencekik Diaval tapi burung itu terbang tinggi dan menyahut dengan
nyaring sebelum terbang pergi meninggalkan anak jagaannya bersendirian di
jambatan Academy itu.
“Dumb
Bird!! Tunggu bila aku dapat kau nanti!” amarahnya sambil menunjukkan bulu
limanya kearah burung gagak yang terbang pergi itu.
Ivy
berdengus. Stupid bird…. Kadang-kadang
aku tak faham sangat dengan menatang satu tu desis hatinya dengan bibir
dicebik.
“Oh
whatever.” Dia lepaskan diaval dan berputar untuk berdepan dengan menara
Pengetua Merlin. “Aku ada benda nak buat.” Ivy mengeluarkan batu transportation
itu dan mengaktifkannya, membawa dirinya ke dalam menara the great wizard
Merlin. Mata Ivy melihat sekitar menara tersebut, mencari mentornya jika orang
tua itu ada di dalam menara. Matanya berhenti pada meja kerja di mana Pengetua
Merlin sedang menulis sesuatu di atas helaian kertas, keningnya bertembung
seperti apa sahaja yang dia tulis sangat penting.
Ivy
tak dapat nak tahan dirinya dari rasa ingin tahu apa yang Pengetua Merlin tulis
diatas kertas itu. Tidak ingin rasa dirinya halimunan didalam menara, Ivy
berdehem menarik perhatian Pengetua Merlin dari kerjanya dan orang tua itu
terus tersenyum melihat menteenya telah tiba. “Maafkan saya, saya tak perasan
kamu dah datang.” Dia menghayunkan jarinya untuk menggulung kertasnya di udara
sebelum masukkan kedalam laci meja kerja. “Maaf beberapa minggu ni saya tak
dapat nak mengajar kamu sebab saya agak sibuk berkatian dengan urusan kerajaan
dan juga menolong putera George dalam penyediaan dirinya sebagai pemerintah
Enchanted yang pertama.” katanya bangun dari meja kerja ke rak buku di sebelah
kiri, menarik beberapa buku usang dari rak tersebut. “Saya juga kena ke kerajaan
lain sebab ada masalah sedikit terjadi di kerajaan Ababwa, sekali jumpa kawan
lama di sana. Genie? Kamu kenal dia?” Soal Pengetua Merlin memandang Ivy
seketika.
Ivy
mengangguk. “Ya. Uhm… Pengetua—”
“Oh
good! What a jolly man he is! Sentiasa ada hela magic yang menyeronokkan bila
bersamanya.” Katanya dengan sebuah tawa riang. “saya juga pergi ke majlis
meraihkan kelahiran anak pertama Puteri Briar Rose dan Putera Benjamin. It’s a
little Prince Jeremiah. Saya kena ke sana untuk sampaikan blessing kepada
putera kecil tu—Oh tentu kamu tak tahu siapa Puteri Briar Rose, dia anak kepada
Permaisuri Aurora—” Pengetua Merlin berhenti mendadak bila dia sebut nama anak
kepada Mangkat Raja Steven. Dia melihat wajah Ivy yang tidak berikan riaksi
apa-apa tentang tu.
“Saya
tahu apa yang Pengetua fikirkan dan… tak. Saya tak terasa langsung, ia kisah
silam Ibu saya dan saya takda kena mengena dengan mereka.”
Pengetua
Merlin mengangguk, agak lega mendengarnya dan kembali tersenyum lebar.
Menayangkan barisan gigi putih tapi ada beberapa gigi yang dah tertanggal.
“Apapun, beberapa minggu saya tiada di sini untuk mengajar kamu dan hampir
mengambil keputusan untuk postpone kelas kamu untuk sem ini-
“Tapi
Pengetua tak boleh-
“Saya
kata hampir.” Potong Pengetua Merlin balik dengan senyuman disebalik
janggutnya. “Tapi saya dah berjanji pada diri sendiri untuk mengajar kamu
sehingga kamu capai tahap the Great Wizardry or sampai kamu habis sem ni….” Dia
ketawa ‘berhohohoho’ dengan lawaknya sendiri tapi Ivy tidak faham langsung apa
yang lawaknya tentang ayat Pengetua Merlin. Orang tua itu mengambil buku
terakhir di rak bukunya dan mendekati Ivy, hanya untuk berikan buku-buku berat
dan besar itu pada anak muridnya.
“Ooofftt…”
Ivy hampir terjatuh kerana buku tersebut tapi dia dapat bertahan. “Ini untuk
apa?”
“letak
di atas meja kopi tu.” Kata pengetua Merlin dengan senyuman sebelum dia pegang
pinggangnya untuk bengkokkan badannya kebelakang. Bunyi ‘crack’ kedengaran dari
badan Pengetua Merlin membuat Ivy berkerut. “Oooh… my poor back!” sahutnya
sebelum bergerak ke rak bukunya untuk mengambil buku baru lagi.
Ivy
meletakkan buku dalam tangannya di meja kopi yang tersedia di dalam menara itu
sebelum bergegas ke sisi Pengetua Merlin, menolong orang tua itu mengangkat
semua buku-buku tebal itu. “Buku ini untuk apa?” soalnya melihat judul buku itu
dalam tangannya ‘the Enlightment’ sebelum ditindih dengan buku baru.
“It’s
for you to study.” Jawab Wizard Merlin memberi satu lagi buku kepada Ivy sambil
nyanyikan lagu yang merdu tapi Ivy tidak mengenali lagu tersebut.
“100
ways to be nice for dummies—Saya tak perlukan semua ni!” sahut si ahli sihir
muda dengan pipi merah. “I need real magic training. New spells and new tricks
bukannya…. This… bendalah ni!” katanya tunjukkan buku yang buat dia terkilan.
100 ways to be nice for dummies.
Dummies? Ivy kelihatan bodoh ke? Lembab?
“Oh
non-sense. Kamu perlukan semua ni.” Katanya berikan dua lagi buku sebelum tolak
anak muridnya kembali ke meja kopi. Memaksa Ivy duduk di salah satu sofa dan
mengambil buku dalam tangan Ivy untuk diletakkan di meja kopi sebelum dia
kembali berdiri dengan memegang pinggangnya yang berbunyi. Ivy berkerut
mendengar bunyi-bunyi tulang sendi orang tua itu.
“Okay…
pada sem ini, kamu akan belajar magic secara lisan. Baca semua buku ini dan
saya pasti kamu akan lulus.” Katanya dengan carefree sambil berikan salah satu
buku diatas meja kopi itu kepada Ivy.
Ivy
yang menerima buku itu, kebuntuan, tidak faham apa yang berlaku sebenarnya. Dia belajar magic dengan cara membaca?
Where’s the fun in that??
Ivy
menggeleng dan kembali melihat Mentornya. “Tapi macam mana dengan baca buku
magic saya boleh bertambah? Saya tak perlukan semua ni. Saya perlukan latihan
sebenar.” Katanya dengan sedikit tegas. Meletak buku itu semula diatas
longgokan buku di hadapannya.
“Tak.
Kali ini kamu membaca.” Pengetua Merlin mengambil buku itu semula dan
letakkannya di pangkuan Ivy. “Ini pelajaran kamu pada kali ini.”
“Tak.
Saya perlukan latihan seperti sem lalu.” Dia meletakkan buku itu semula di
tempat asal.
Pengetua
Merlin bercekak pinggang, mengambil buku itu semula dan tolakkannya pada tangan
Ivy. “Read it young Lady.”
Ivy
menolak buku itu. “Tidak.”
“Miss
Ivy.” Pengetua Merlin menolaknya balik pada Ivy.
“Taknak.”
Ivy menolak buku itu sekali lagi.
Dan
dua ahli sihir ini mula main tolak-menolak, tidak ingin mengalah sambil
memlontarkan renungan amaran antara satu sama lain, menyuruh orang dihadapan
mereka untuk menyerah kalah dahulu.
“Miss
Ivy the Devil! Untuk kamu mencapai tahap Wizardry, you need lots, and lots, and
lots, and lots, and lots, and lots, and lots, And LOTS of reading!” marahnya dengan setiap perkataan ‘lots’
keluar dari mulutnya dia tarik buku itu dari tangan Ivy.
“Tapi
saya takda masa nak—Eeeeep!!” Ivy
jatuh terbaring diatas sofa dia duduk bila Merlin tiba-tiba melepaskan
tangannya dari buku itu. Ivy terkejut. Dia kembali bangun duduk dan melihat
buku dalam tangannya sebelum memandang mentornya bergerak untuk duduk di hadapannya
pula.
Sejak
bila Ivy menarik buku ni pula? Bukannya dia menolak ke? Ivy tak tahu apa dah
terjadi dan dia salahkan Pengetua Academy itu kerana memanipulasinya untuk
menarik buku itu dari menolak.
Ivy
melihat Pengetua Merlin duduk berdepan dengannya dengan perlahan, seperti
punggungnya terlalu sensitive untuk duduk seperti biasa. Ivy rasa itu sebab dia
dah tua da nada penyakit belakang.
“Oh
dear, kita tak boleh belajar dengan meja semak macam ni!” sahut Wizard Merlin
dengan nada risau.
“I
know, ia tak sesuau untuk belajar—”
“Di
mana kita nak letak minuman dan snek?” potong Wizard merlin membuat mata Ivy
terbeliak bulat. Merlin membuka topi sihirnya; menunjukkan kepalanya yang
setengah botak dan memasukkan tangannya kedalam topi tersebut, sedang mencari
sesuatu sebelum mengeluarkan sebatang tongkat sakti yang panjang dari dalam
topi itu.
Mata
Ivy membersar melihat tongkat yang dua kali pangjang dari topi tajam Pengetua
Merlin boleh keluar dengan magicnya dan melihat wajah Merlin seperti meminta
keterangan tapi apa yang Ivy lihat ialah gelengan dari Pengetua Merlin.
“Too
big.” Kata Great Wizard itu. masukkan tongkat sakti itu semula di celah lengan
bajunya sebelum keluarkan kau sakti kecil pula. “Much better in small size.”
Katanya dengan senyuman riang dan mengetuk kayu sakti itu diatas longgokan buku
sebelum menghayunkan kayu sakti itu seperti seorang konducter okestra.
Bibirnya
berdengung lagu okestra rancak bila tangannya dihayunkan mengikut rentak dan
buku-buku diatas meja kopi itu tersusun dengan sendirinya di tepi meja kopi,
memberi ruang kosong untuk meletak barang lebih.
Selepas
itu; masih ber’conducting. Dia arahkan kayu saktinya ke topi sihirnya pula,
mengeluarkan seset minuman lengkap dengan tekoh dan cawan yang mempunyai ukiran
merah, terapung keluar dan mendarat di atas meja kopi.
“Snack!
Snack! Jangan lupa kudap-kudap~~” nyanyinya dengan nada sumbang tapi dia tidak
kesah, menghayunkan kayu saktinya untuk mengeluarkan sepinggan biskut pelbagai
jenis dari topinya dan ia mendarat di atas meja kopi. “There! Sekarang kita
boleh belajar dengan tenang.” Katanya menyelit kayu saktinya kecelah jubah dan
pakai topinya semula.
Wizard
Merlin menepuk tangannya, membersihkan dari habuk halimunan dan memandang anak
muridnya. “Why…. Kenapa ni Cik Ivy?” Orang tua itu melihat anak muridnya
terngangah, hampir membuat rahangnya tercabut dan mata terbeliak bulat—juga
hampir tercabut dari soketnya. “Did I do something?” soalnya dengan nada
innocent.
Did you do something?? “Apa Tuan buat tadi tu! T-Tukar kayu sakti, mengeluarkan b-b-barang
dari topi Tuan dan lenyapkan kayu sakti tuan dari jubah baju Tuan! H-H-How??”
“Hmm?
Oh bukannya kamu pun buat macam ni ke?” Soal Pengetua mengeluarkan kayu sakti
dari lengan baju jubahnya yang besar itu sebelum masukkan semula.
“No!”
sahut Ivy dengan mula merah, bukan marah tapi teruja. “Saya selitkan kayu sakti
saya celah lengan baju tapi lenyapkannya dan menyeru…” Ivy menggeleng laju.
“How did you do that?”
“Ah, you see cik Devil, sebab tu saya suruh
kamu membaca.” Katanya dengan senyuman lebar sambil mengangkat jari
telunjuknya. “Belajar magic bukan untuk menghafal jampi dan menjadi kuat
sahaja. Magic lebih dari serangan, sumpahan dan santuan sahaja. Its also
trickery and fun.” Katanya sambil menunjukkan kedua lengan jubahnya yang kosong
sebelum mengeluarkan dua jambak bunga tulip putih dari kedua lengan itu.
“sometimes, hela remeh-temeh dan tak berguna seperti ini ada juga faedahnya.”
Merlin melontar bunga tulip itu keudara dan ia terus meletup menjadi serbuk
putih yang begerlipan dan Ketua Merlin menyambut kesemua serbuk itu kedalam
genggamannya. “That’ why everyone wants to learn magic…” Pengetua Merlin
memandang tepat pada wajah kagum Ivy, mengenyit mata seperti menjanjikan
sesuatu mengujakan sebelum meniup penumbuknya, melepaskan sekumpulan rama-rama
dari genggaman itu dan ia mengelilingi anak muridnya. “Magic is a truly
magnificent thing.” Bisiknya dengan nada tenang dan melihat rama-rama itu
terbang keluar dari tingkap menara.
“Itu
keistimewaan Magic baik. Membawa kegembiraan kepada wajah semua orang.” Kata
Pengetua Merlin, maksudkan senyuman lebar yang terpapar pada wajah Ivy.
Ivy
segera murung dengan pipinya kemerah-merahan kerana segan sebelum berbisik; “Yeah
sure whatever.”
Pengetua
Merlin hanya tersenyum. “So, Cik Ivy. Macam mana dengan tangan kamu?” Soalnya
dan mencapai beberapa keping biskut butterscotch dari meja dan disumbat kedalam
mulutnya.
“Tangan
saya?” Soal si ahli sihir muda dan teringatkan waktu mereka di bilik rawatan.
Matanya membulat. “Pengetua! Siapa lelaki yang bercakap dengan Tuan sebelum
pengetua keluar melarikan diri?”
“Your
soulmate.” Jawabnya dengan cepat dan slamber sebelum orang tua itu terbatuk,
tercekikkan biskutnya sendiri. Dia mengetuk dadanya memaksa makanan itu turun
dari kerongkongnya dan mencapai secawan teh.
Ivy
terdiam. Darahnya berhenti mengalir bila ayat itu keluar dari mulut Pengetua
Merlin. “S-Soulmate?”
Ahli
sihir itu itu menghembus nafas lega setelah minum tehnya sekali teguk—nasib
baik dia tiup tehnya menjadi sejuk dengan sedikit magic supaya cepatkan
penyejukan teh itu sebelum dia minum teh tersebut dan meletak cawannya diatas
meja semula. Menuang teh baru kedalam cawannya.
“Korang
takkan panggil pasangan korang macam tu lagi… ‘soulmate’, ‘lover’,
‘other-half’… nooo, itu old school!” dia mengipas tangannya dengan dramatic
sebelum mencapai dua keping biskut dan sumbat kedalam mulutnya lagi. “korang
memanggilnya, ‘boyfriend-girlfriend’, ‘couple’, ‘a thing’—saya tak pasti dengan
‘a thing’ tu, macam korang dah buat fusion jadi satu dan menjadi makhluk yang
tidak bernama. ‘a thing’.” Pengetua Merlin ketawa melalui hidungnya dan ambil
dua keping lagi biskut.
Ivy
pula tidak ketawa, dia tak faham apa yang Merlin maksudkan yang sebenarnya
kerana mindanya tertumpu pada benda lain. “Dan bukan pemilik hati
ni—nevermind.” Dia tarik balik ayatnya, hampir membongkarkan rahsia tentang
hati lagi satu itu. Dia terus membuka buku ‘1001 ways to be nice for dummies’
mengalihkan tumpuannya dari persoalan itu.
Tapi
Merlin dapat menangkap ayat Ivy. “Isn’t that how it supposed to work?”
Ivy
kembali mendongak melihat pengetu Merlin yang minum tehnya dengan kaki
bersilang sopan dan jari kelingking ternaik. “what supposed to work?”
“Serahkan
hati kamu kepada orang yang kamu sayang.” Jawab Pengetua Merlin dengan nada
mendatar, mengusik. “Saya ingatkan serahkan hati kat kekasih kamu ni satu trend
pada zaman sekarang? Or is it…. Trend 50 tahun yang lalu?—Oh I don’t know, saya
dah tua untuk ingat trend-trend merapu kamu ni.” Rungutnya tanpa sebab sebelum
mengunyah lagi dua keping biskut. Bila pinggan biskut diatas meja nak habis, Pengetua
Merlin selitkan tangannya dari celah lengan bajunya dan mengeluarkan sekotak
coklat dan membukanya. “Want some?”
Ivy
buat ekspresi wajah geli melihat dari mana datang kotak coklat itu dan
menggeleng. “I’ll pass…”
Pengetua
Merlin mengangkat bahu dan melontar sebiji coklat kedalam mulutnya. “Hmm… dark
chocolate~~”
Ivy
pula rasa nak muntah tapi dia menelan perasaan itu dan menggeleman satu badan.
“A-Anyway, Pengetua kata berikan hati kepada kekasih… Pengetua tahu pasal hati
kedua dalam diri saya?”
Persoalan
itu membuat ahli sihir tua itu ketawa kecil, geli hati tanpa sebab. “Dah tentu
saya tahu. I am the Great Wizard Merlin. Saya dapat gelaran tu bukan
dengan senang je tau. I’ve earned it for reasons.”
Ivy
terdiam. Mengangguk, faham maksud Pengetua Merlin. Dah tentu, the Great Wizardy
in Enchanted, Wizard Merlin tentu tahu segalanya yang berlaku diatas tanah
besar itu. Ini buat Ivy menyedari sesuatu. “L-Lelaki yang bercakap dengan
pengetua di bilik rawatan… Tuan tahu siapa dia?”
“Kamu
tahu siapa dia.” Pengetua Merlin memperbetulkan ayat Ivy dengan mulut penuh
dengan coklat.
“Saya
tahu siapa dia?”
“Bukannya
dia soulmate kamu ke? Dah tentu kamu tahu siapa dia.” Kata orang tua itu sambil
menikmati coklat dalam tangannya.
“Tapi….
Tapi pengetua Merlin macam mana saya nak tahu siapa dia kalau saya tak pernah
jumpa dia?”
“Hmm?”
Merlin menjungkit kening tinggi. “Cik Ivy, kamu sentiasa berjumpa dengan dia.
Bukan soulmate namanya kalau korang tak saling mengenali.”
Ini
buat Ivy tambah buntu, walaupun dia sebuntu mana, hatinya—hati yang berada
didalam dadanya berdegup dengan kencang seperti memberi tahu Ivy yang Ivy tahu
siapa lelaki itu. Ivy tahu siapa lelaki
itu. tapi dia tak percaya lelaki itu yang berikan hatinya pada Ivy. Tanpa
persetujuan dari Ivy tapi Dia tak percayakan jawapan dalam kepalanya. dia ingin
mendengar jawapan itu dari mulut orang lain jugak! Untuk kepastian.
“Tell
me who, saya nak kepastian.” Pinta Ivy, ada beberapa sebab dia perlukan
kepastian dari orang tua itu. Pertama, untuk mendapat jawapan yang tepat.
Kedua, untuk sedapkan hatinya sendiri.
“Kamu
dah tahu siapa lelaki itu?” Soal orang tua itu dan Ivy mengangguk. “Kamu rasa
siapa?”
“D-Dia….”
Ivy menutup mulutnya semula. Dia tak boleh beritahu Pengetua Merlin! Kalau dia
tahu tentu Pengetua Merlin menyoal hubungannya dengan Louis! Tapi betul ke
Louis yang berikan hatinya kepada Ivy?
“Please…
Pengetua Merlin, tolong beritahu saya kalau tekaan saya betul. Hati dalam diri
saya ni milik siapa?”
Wajah
slamber Wizard merlin cair ke wajah murung, dia mengeluh kecil dan meletakkan
kota coklat itu ketepi. Dia memandang tepat ke wajah anak muridnya. “Cik Ivy….
Saya dah berjanji untuk tidak beritahu kamu siapa si pemilik hati itu.”
“Tapi…
tapi kenapa?!” soalnya kedengaran terdesak. Keningnya berkerut dengan sedih dan
tangannya digenggam erat di atas dadanya kerana jantung itu berdegup dengan
kuat. Terlalu kuat sehingga ia berdentum ditelinganya juga.
“If
I told you… you’ll smack him silly!” kata Pengetua Merlin dengan senyuman nakal
sambil buat signal memukul kepala seseorang di udara. “Kamu akan bunuh dia
kalau kamu tahu siapa pemilik hati itu. you’ll scream at him and punch him in
the face—before you kiss him of course.”
Muka
Ivy teru naik merah. Sempat lagi orang tua itu mengusiknya tapi degupan jantung
didalam dadanya mengingatkan dia untuk mendapat kepastian siapa si pemilik hati
itu. “Kenapa Pengetua tak boleh beritahu saya siapa lelaki tu? Kenapa perlu
merahsiakannya?”
Senyuman
pengetua pudar, ia berubah ke senyuman simpati, memahami betapa Ivy ingin mengetahui
si penghuni jantung hati yang telah menetap didalam dirinya hampir sepanjang
hidup Ivy. “Sebab dia ingin melindungi kamu.” Jawabnya membuat Ivy bertambah
buntuh.
Jadi
pengetua Merlin kedepankan badannya, siku direhatkan di lutut untuk lebih dekat
dengan anak muridnya, berdehem untuk memastikan Ivy tumpukan perhatian padanya
sebelum bersuara; “You see, didalam dunia ini, kita dilahirkan untuk mencari
pasangan kita, jatuh cinta dan hidup bersama mereka sehingga ke akhirnya. That
called soulmate, dan soulmate mengangkat sumpah untuk saling menyayangi dengan
exchanging their heart with each other. Vowing to take care of your heart as long as they live. Mereka boleh merasakan kesedihan dan kegembiraan pasangan
mereka dengan pertukaran hati itu. menjalani susah senang bersama dan susah
untuk dipisahkan. Juga, sanggup korbankan nyawa mereka untuk melindungi orang
yang mereka sayangi. That’s soulmate Cik Ivy.” Pengetua Merlin berhenti
seketika, untuk melihat jika Ivy masih bersamanya dan bila Ivy kembali menatap
matanya, The Wizard Merlin sambung;
“Di
dalam dada kamu, itu adalah hati soulmate kamu. Saya pasti kamu tahu bagaimana
fungsi pertukaran hati ni dari Jack Skellington dan Sally. Mereka contoh
soulmate yang terbaik untuk kamu di Vicious. Saya pasti mereka ajar kamu segalanya.”
Ivy
hanya diamkan diri. Mata terlekap pada refleksinya didalam air teh didalam
cawannya. Melihat wajahnya yang kelihatan horror mengingati nasihat dan amaran
yang dia endahkan selama ini dari Jack Skellington dan Puan Sally, tentang
penjagaan hati kedua dalam dirinya.
“Ivy, jaga hati tu
baik-baik. Jangan rosakkannya faham?”
“My little Devil, apa saya
kata tentang membunuh the big bad wolf? Hati tu yang tanggung akibatnya, bukan
hati kamu.”
“My…. Ivy, kamu
mempermainan kawan-kawan kamu? How great!—apa? It’s a real curse?! Cik Ivy, you
are damaging that heart my child!”
“Miss Devil, saya tak kesah
kalau kamu nak hancurkan satu tanah ni tapi tolong… fikir bila kamu bertindak,
hati itu yang terima padahnya.”
“Cik
Ivy? Kamu mendengar ke?”
Ivy
tersentak dari lamunannya dan mendongak melihat Pengetua Merlin dengan cuak.
Dia mengangguk perlahan.
Pengetua
Merlin dapat baca riak wajah anak muridnya dan menarik nafas dalam yang berat.
“Pemilik hati itu memberikan hatinya kepada kamu untuk melindungi kamu dari
pengaruh Vicious. Dia terlalu sayangkan kamu untuk biarkan kamu menjadi jahat
seperti seorang Villain—”
“S-siapa
pemilik hati ni?” Potong Ivy, nadanya kedengaran makin terdesak dari
sebelumnya. Mata hijaunya bercahaya dari air mata yang bertakung. Tangannya
juga menggeletar, takut, menyesal atas perbuatannya selama ini terhadap hati
itu. “Please wizard merlin… Please, Please
tell me… siapa pemilik hati ni?”
“I
can’t.”
“Please!!”
Ivy berdiri dari sofa itu, dengan air mata mula bergelinang turun sambil
tangannya mencengkam erat dadanya yang mula rasa sakit. “Saya merayu pada Tuan!
What do you want me to do? Get down on my knees? Menjerit, mengaku Tuan ahli
sihir terhebat di dalam dunia ni didepan orang ramai? Tolong beritahu pada
saya, Wizard Merlin, Tolong beritahu saya!!” Ivy rasa sesuatu tersekat di
kerongkongnya membuat dia sukar untuk bernafas dan dia hampir jatuh berlutut di
depan pengetua Merlin tapi orang tua itu bergerak pantas, menyambut Ivy sebelum
lututnya mencecah lantai.
Memeluk
perempuan itu dengan erat dan biarkan Ivy menangis, membasahi jubahnya. Berpaut
erat pada orang tua itu seperti nyawanya bergantung didalam tangan Merlin.
Mustahil hati tu milik
Louis… tidak mungkin Louis…. Ivy tidak akan maafkan dirinya sendiri kalau hati
dalam dirinya itu sebenarnya milik Louis selama ini. Selama ini dia membenci
hati didalam dirinya itu kerana menjadi penghalang dia menjadi jahat sepenuhnya
dan Ivy mempergunakan hati itu dan menghancurkannya secara perlahan, pada masa
yang sama berharap pemilik hati itu merasakan kesakitan dari perbuatan Ivy. Ivy
mengendahkan nasihat Jack Skellington dan Puan Sally dan sekarang dia
menyesal….
Menyesal….
Dia telah buat hati yang
dahulunya kuat dan sihat itu menjadi rapuh dan boleh hancur pada bila-bila masa
sahaja….
“Tolong
beritahu saya Pengetua…. Berikan saya satu kepastian… apa-apa sahaja bukti atau
petunjuk..” pinta Ivy diantara tangisan kecil didalam pelukan orang tua itu. “yang
pemilik hati ini bukan siapa yang saya fikirkan…”
Pengetua
Merlin diamkan diri untuk seketika, tidak sanggup untuk memberi sebarang
informasi kepada ahli sihir muda ini. Melihat dia menggeletar seperti ini,
menangis teresak-esak dan kelihatan sangat rapuh seperti mana hati didalam
dirinya.
Wizard
Merlin telah bersumpah untuk tidak beritahu siapa si pemilik hati itu. Dia
telah bersumpah apa sahaja yang terjadi, dia kena melindungi ahli sihir muda
itu dengan menyembunyikan nama si pemilik hati itu.
Tapi…
Melihat
Ivy seperti ini… Dia tidak sampai hati.
Wizard
Merlin memejam matanya dan menarik nafas dalam. Forgive me… dan bersuara; “Dia mengenali kamu dari kecil, dia
sentiasa ingin berada di sisi kamu; ingin kamu dalam masa depannya, bencikan
keras kepala kamu, sukakan semangat kamu, inginkan kamu berdua sentiasa
bersendirian bersama, inginkan segala masalah antara kamu berdua lenyap dalam
sekelip mata. Inginkan kamu selamat dari semua masalah yang terjadi di Tanah
ini. Dia inginkan kamu selamat kerana dia tak sanggup hidup tanpa kamu.”
Setiap
ciri-ciri lelaki itu keluar dari mulut Pengetua Merlin membuat dada Ivy tambah
sakit dari sebelumnya seperti dia dipanah berkali-kali dan Ivy tidak dapat nak
mengelak, membuarkan dirinya di tikam dan di tikam dan di tikam. Sehingga dia
tidak berhenti berdarah dan luka itu tidak akan sembuh untuk selamanya.
Tangisan
kuat pecah dari kerongkongnya dan bergema didalam menara itu, menangis sekuat
hatinya kerana rasa sakit itu tidak dapat lagi ditanggung. Kesedihan,
kemarahan, penyesalan bercampur-aduk didalam dadanya seperti ramuan sumpahan yang salah dan ia meletup
menjadi butiran rantai mutiara yang tidak berhenti mengalir. Tidak ingin
berhenti langsung.
Setelah
beberapa minit membiarkan perasaannya menghancurkan maruahnya sebagai ahli
sihir tidak berhati, tangisan Ivy makin redah dan dalam pelukan orang tua itu
ivy berfikit dalam diam. Berfikir atas kelakuannya pada hati itu, berfikir atas
nasibnya selama ini, berfikir mengapa semua ini terjadi. Berfikir apa yang sebenarnya Louis cuba lindungi dia dari?
“Adakah
ini ada kena mengena dengan sumpahan Lady Morgana?” soalnya dalam nada
berbisik.
Pengetua
Merlin kaku untuk sementara waktu. Terkejut yang Ivy dapat tahu tentang
sumpahan tersebut dan dengan perlahan dia melepaskan Ivy, melihat anak muridnya
itu tepat pada matanya. Mata Hijau itu
membuktikan dia mengetahui kewujudan sumpahan itu di tanah Enchanted.
“Kamu
tak sepatutnya tahu pasal sumpahan ni—
“sebab
saya bukan orang Enchanted?—
“untuk
melindungi kamu dari sumpahan itu.” jawab Merlin sebelum Ivy kembali marah. Dia
taknak anak muridnya cederakan dirinya cedera sekali lagi akibat gari itu.
“Kamu buat penyelidikan tentang sumpahan tu kan?”
Ivy
diamkan diri, tertunduk tidak sanggup untuk melihat wajah tegang Pengetua
Merlin.
“Sejak
bila?”
Sekali
lagi Ivy berdiam. Tidak tahu samada dia ingin menjawab persoalan itu atau
tidak.
Mendengar
Pengetua Merlin mengeluh membuat Ivy rasa lega sedikit. Tanda orang tua itu
tidak akan mendesaknya untuk menjawab.
“Listen
here Child. Saya taknak kamu menyelidik sumpahan Lady Morgana ini lagi.” kata
Pengetua Merlin membuat Ivy kembali memandangnya, ingin membantah tapi Merlin
bersuara dahulu. “It’s not your place to know. Ini untuk kebaikan kamu juga CIk
Ivy. Kamu akan menyesalinya jika kamu tahu kebenaran tentang sumpahan lady
Morgana ni.”
“Jadi
kenapa bawa aku ke sini—”
“Please
don’t ask anymore question.” Merlin sudah mengetahui apa yang Ivy ingin
menyoalnya. “Listen to me, jangan buat apa-apa lagi Cik Ivy. Jangan
persoalkannya, jangan fikirkannya. Jika kamu ingin hati itu selamat juga,
jangan sesekali cari tahu kebenaran sumpahan ini. Biar kami yang urus masalah
tanah kami sendiri.”
Ayat
terakhir Pengetua Merlin membuat Ivy sakit hati. Dia segera jauhkan diri dari
orang tua itu, dan memeluk tubuh, terkilan dengan ayat tersebut. “Kenapa semua orang kena berahsia dari
aku?” soalnya dengan nada berbisik, hampir tidak kedengaran oleh telinga lelaki
berusia 100 tahun lebih itu. “Semua orang berahsia dari aku! Kenapa? Kenapa?! Sedangkan aku terlibat dalam
semua ni! Sekurang-kurangnya aku berhak tahu kenapa aku berada di sini! Kenapa
korang sanggup hancurkan hidup aku yang sempurna? Kenapa korang nak sangat aku
di Enchanted? Kenapa korang nak sangat tengok aku menderita?! I’m not a thing
you all can use and play around with!!”
“Ini
sebab kami tidak beritahu kamu apa-apa. kamu menjerit seperti kamu mangsa dalam
masalah ini. Sedangkan ada orang yang mengalami masalah yang lebih teruk dari
kamu sekarang Cik Ivy. Dia menanggung beban atas sumpahan Lady Morgana. Dia
yang menanggung akibat dari kejahatan yang kamu lakukan.” Merlin bersuara kali
ini kedengaran gagah dan berkuasa, bukan lagi merlin yang berperangai seperti
budak-budak. “Kau tidak bersedia lagi. Cik Ivy, kamu akan tahu bila masanya
telah tiba dan sekarang bukan masanya.”
Ivy
mengetap bibir dengan erat sehingga dia rasa darah di hujung lidahnya. “Jadi
bila aku akan mengetahui segalanya? Sehingga sumpahan itu berlaku? Sehingga
Enchanted musnah sekali lagi?!”
“Sehingga
kamu buat pilihan.” Jawab pengetua Merlin dengan tegas.
Ivy
terdiam. Persoalan Jack pada Ivy semasa mereka di Dessert Shop itu muncul
didalam kotak mindanya.
‘There’s more about you
Ivy… tapi yang paling kau takuti ialah membuat pilihan. Kau tahu kau kena buat
pilihan. Choose Evil or Good?’
Choose Evil or Good?
Evil or Good?
Vicious
atau Enchanted?
Maleficent
atau Putera George?
Ivy
menggenggam erat penumbuknya di dada. Dia tidak boleh buat pilihan… mereka tak
boleh paksa dia buat pilihan… Kerana… Ivy tak tahu macam mana nak pilih.
Dia
tak tahu.
Ivy
segera berpaling muka, segala kemarahannya hilang didalam atmosfera tegang itu.
“Saya nak kembali ke asrama.” Katanya dengan perlahan tanpa memandang Mentornya
dan bergerak ke tingkap yang satu-satunya wujud di menara itu. Mengambil batu
transportation di tepi tingkap itu.
Tapi
sebelum Ivy pergi, Merlin bersuara. “Jangan beritahu dia kau tahu dia pemilik
hati tu.” Ini buat Ivy hampir berpaling kebelakang. “Jangan beritahu sesiapa,
terutamanya si pemilik hati tu. That’s the last thing you want to tell him
before you regret it.”
Before you regret it… ayat itu bergema di dalam minda Ivy, terlalu banyak penyesalan dia
buat selama ini…
Ivy
tidak memberi sebarang respon, hanya lenyapkan diri dari menara tersebut.
Bila
menara itu kembali senyap, meninggalkan perbualan/pertengkaran diantara Mentor
dan Mentee… Pengetua Merlin jatuh terduduk di atas sofa semula, tidak lagi
bermaya untuk berdiri, kejadian pertengkaran diantara dia dan Ivy mengingatkan
dia kisah silam yang pernah berlaku padanya berpuluh tahun dahulu.
“Merlin, Beritahu aku
sekarang! Kenapa kau berahsia dari aku?!”
“Sebab kau belum bersedia
lagi! Listen to me, jangan fikir pasal sumpahan tu,ia hanya akan makan diri kau
sendiri!”
. . .
“Merlin, please.. tell me,
aku akan okay ke?”
“Kau akan okay, aku janji
kau akan okay.”
. . .
“Merlin tolong… tolong
jangan beritahu abang aku… dia.. dia akan—”
“Aku berjanji… aku
berjanji. So sleep… sleep for tonight, Morgana.”
Merlin
rasa sentuhan lembut pada bahunya tapi dia tidak perlu berpaling untuk
mengetahui siapa berdiri di belakangnya.
“Morgana’s curse is not your fault Merlin…”
Merlin
hanya diamkan diri. Merasakan angin sejuk membelai pipinya, mengelap air mata
yang mengalir di pipinya tanpa Merlin sendiri sedari. “Macam mana kalau mereka
berakhir seperti Morgana juga?”
“Tak. Kita ada Ivy untuk menghentikan
sumpahan itu. Kita ada penawar di pihak kita. Lihat apa jadi pada Puteri Ezra?
She’s alive after the Losing Heart curse.”
“Macam mana kalau Ivy terkena sumpahan itu?” Soal Merlin pula kali
ini memandang perempuan bermantel merah dalam bentuk dewasanya. Mata biru itu
terlalu suci sehingga ia menggambarkan jiwa Merlin sendiri. “Dia tidak kebal
dari sumpahan Losing Heart. Apa jadi kalau dia yang kena sumpahan itu?”
Hood
diamkan diri untuk seketika. “The Cuff—”
“Will kill her.” Potong Pengetua Merlin. “kematian Ivy akan
menghancurkan pelindung Enchanted, kematian ivy akan menghancurkan kekuatan
Enchanted. Dia kunci kepada segalanya Hood. Dia kunci pada masa depan Enchanted.”
Hood
hanya melihat Merlin yang happy-go-lucky bersedih, menunjukkan kelemahannya di
depan hantu yang tidak tenang itu. “Merlin…
Have faith in the three of them. Dan kau teruskan dengan tugas kau. Pimpin
mereka bertiga kearah yang betul.”
Merlin
kembali diam. Dia hanya mengangguk, tidak dapat nak berkata apa-apa lagi.
.
.
Ivy
muncul di jambatan academy itu, jatuh tersandung kerana kakinya gagal bekerja
sama dengannya. Dengan mata merah sembab, sisa air mata masih terselit diatara
bulu mata, muka bertambah pucat dan satu badan menggeletar seperti dia baru
sahaja terkena serangan panik.
Ahli
sihir ini segera bangun sebelum sesiapa datang menolongnya dan sembunyikan
matanya yang merah itu disebalik rambutnya. Tiada siapa boleh tengok dia
seperti ini, dia taknak sesiapa lihat dia seperti ini.
“Ivy!”
Crap.
Ivy
berharap dia boleh putar balik masa untuk beberapa saat, menyesal tindakannya
untuk berpaling kesuara yang memanggil namanya.
Louis. Putera Raja Camelot yang tersenyum indah itu berhenti melambai sama
seperti senyuman menawan itu lenyap bila dia perasan mata hijau yang Louis
kagumi bawah dan sembab, bibir nipis yang cantik itu jatuh murung dan
menggeletar. Wajah putih bak bulan itu hilang keseriannya.
“Ivy?”
Tak…
tak-tak-tak-tak-tak….. Ivy segera mencengkam dadanya teringatkan kelakuannya
pada hati dalam dirinya selama ini.
Mempergunakannya..
Menyeksanya..
Merosakkannya..
Penyesalan
Ivy yang tiada kesudahan. Dia tak boleh pandang Louis lagi.. tidak selepas apa
dia telah lakukan kepada hati lelaki itu.
Ivy
berputar membelakangkan Louis dan berlari sepantas kakinya boleh bawa dia
kembali ke asrama,tundukan diri sambil menutup mulutnya menahan diri dari
bunyikan sebarang tangisan.
Louis yang melihat Ivy melarikan diri darinya
rasa sesuatu yang perit didalam dadanya dan ingin mengejar ahli sihir itu;
“Ivy—” tapi seseorang menarik lengan Louis dari mencapai kearah ahli sihir itu
dan memutar badannya kebelakang. Bertemu dengan sepasang mata emas.
“Jack…. Apa kau nak?” Soalnya seperti ada
bisa didalam mulutnya.
Jack
menarik sengih dan tuding ibu jari kebelakang bahunya sebelum beri laluan untuk
Putera Raja itu melihat apa yang Jack tunjuk.
Mata
Louis terbeliak bulat melihat Puteri Julliana berjalan mendekati mereka dengan
penuh sopan santun, rambut emas beralun seperti angin bayu dan berkilau bak
mentari. Mata perang Puteri itu tertumpu pada buku didalam tangannya, wajahnya
kelihatan tenang bersama senyuman kecil dihujung bibir puteri jelita itu.
“Jull….”
Bisiknya tanpa Louis sedari ia terlepas dari bibirnya.
Seperti
Julliana mendengar namanya dipanggil, dia mendongak keatas dan mata mereka
terus bertemu. Sebuah senyuman indah terukir pada bibir lembapnya itu dan
berlari anak kearah Tunangnya. “Putera George!”
“Remember
Louis… selepas ini, bukan mudah untuk
kau teruskan hubungan sulit korang.” Bisik Jack dekat pada telinga George
sebelum dia bergerak pergi, meninggalkan Putera Camelot itu dalam keadaan
terkejut dan cemas, tida sempat menyoal kerana Julliana telah tiba di sisinya.
Jack
pula yang jauh dari dua tunang itu mengukirkan sebuah lagi senyuman kemenangan.
Tapi…. Berubah menjadi ekspressi wajah yang menggerunkan, bibir jatuh ke bawah
dan mata emas yang tajam itu bercahaya menunjukkan perasaan sebenarnya terhadap
lelaki yang bakal bergelar Pemerintah seluruh tanah Enchanted itu.
Be careful George… be
careful.
>X<
(A/N: angah perlukan air cond dibilik angah
sebab keadaan citer ni dah semakin panas!!! Let’s see what happen in the next
chapter!)
[Previous] | [MiT] | [Next]
Tiga orang yg dimaksudkan tu Louis, Ivy n Jack ke? Makin menarik.
ReplyDelete-minah-
Yesss.... yess, mereka bertiga yang Hood maksudkan. ^____^ and thanks for reading Minah! really appreciate it! *Hugs&kisses*
DeleteAngah. Wow. Masterpiece yang terbaik. Good. Kipidup. Hehe.
ReplyDeleteWuuuuu masterpiece!!! Angah rasa berbaloi karang chapter panjang 10 batu kali ni! Hahahahaha thank you love (*^ω^*)
Deletehuhuhuuhuhhu so curious laaa angah...why jack know everythingssss.... hohuhuhhhhuhuhu i loveeee jack too but i hate him but deeply jack sgt kesepian... q.terpingggir mencari perhatian atau kasih syg....ohhh godddd...dalam jahat masih stil have... even just a piece of love...attention...caring....h.huhuhuhu im totally crazy now..tell me .... ~ccc(,)(,) ^_____<
ReplyDeleteUuuuuuuuu teori y baik awak!! (≧∇≦)b we'll see in the near future apa akan jadi kat watak2 kegemaran kita!!
DeleteAND CONTINUE GOING CRAZY!!! hehehehe \(^^)/
why jack termasuk campur kat sini...
ReplyDeleteand siapa bagi hati kat ivy... jack or loius?
Semua org tau Jack adalah 'evil' dan dia berminat dgn Ivy thr Devil sbab tu dia xkan duduk di n biarkan Louis dptkan 'mangsa barunya'
DeleteAnd Ivy dpt teka y Louis y berikan hati tu kat dia...
Anyhow! Lets wait for the next chapter to confirm everything!! Keep reading dearie! *hugs&kisses* (≧∇≦)
Typo correction: dia xkan duduk diam* ( ͡ʘ ͜ʖ ͡ʘ)
Deletememang teruk la jack ini.. patut ivy hentam je si jack itu...
Deletelepas ini nampaknya ada LOST pula.. lama lagi game jack
Oh trust me, one day Jack akan kena... Dia pasti kena! Hahhahahaha
DeleteAnd yes, sambungan citer selepas FATE akan tiba!!! Jack pasti buat hidup mereka semua bagai neraka hahahaha