Axerialeth: SOD -Closer-
(What if)
Angah buat Cerita pendek ini sekadar suka-suka. Chapter ni mengisahkan
apa akan jadi jika Miracle kahwin dengan Raja Sylvianne dan tidak kembali ke
Axerialeth. Apa jadi jika Miracle stay di Sylvianne. Apa jadi pada Axerialeth…
dan Ex-CR. Sekali menceritakan bagaimana, Spring, LK54, K012 dan Miracle
menjadi kawan.
P/S: As we all know, L.O.S.T has been in a sloooooooooooooow process sebab angah busy with project belambak100x tambah join society (Terpaksa for star points) and part time job (I'm always broke since my course eats my money instead me eating it lol) Anyways, the reason angah karang citer ni sebab dia dah lama bersarang kat draft and instead let it rotten till the end of time, Angah habiskan memandangkan idea for new chapter ditemui dijalan buntu (Need to think of a good plot) so yeah, here you go peeps!
Enjoy!!
>X<
Kehidupanku berubah sebaik sahaja seorang saintis yang
menjagaku masuk ke dalam bilikku yang serbah putih dan kosong, hanya katil dan
pintu untuk ke tandas.
“O-S, it’s time to see your brothers.” Katanya kepadaku. Aku
hanya memandang wanita berkacamata itu tanpa memberi respon. Aku terfikir; ada
lagi ke orang lain selain aku dalam bangunan ni? Adakah mereka seistimewa aku?
Seperti mana saintis ini katakan? Mereka saudara aku?
Saintis itu menarik tangan O-S menyuruh dia bediri dengan
lembut dan membawa dia keluar dari bilik itu dengan memegang tangannya.
Para saintis yang lalu memandang muka O-S dengan risau tapi
tidak di tunjukkan pada wajah mereka. Muka O-S kelihatan sangat pucat, di
sebabkan wajahnya yang sememangnya putih tidak pernah keluar dari tempat itu
dan terkena matahari, susah nak lihat jika dia sakit atau tidak. Saintis di
sebelah O-S di tugaskan untuk menjaga Experiment itu tidak mahu sebarang
kemalangan berlaku kepadanya.
Mereka akhirnya tiba di depan pintu yang O-S tidak pernah
ketahui berada dalam bangunan itu. Malah, lorong ke bilik itu juga baru
baginya. Sebelumnya, hanya personal saintisnya sahaja yang membawa dia kemana
dia perlu pergi. Kebilik makmal, kebiliknya, dan kebilik kurungan itu sahaja
bilik yang dia pernah tahu sepanjang mana dia berada dalam bangunan tersebut.
Lagipun, tidak pernah terlintas dalam mindanya dia nak menerokai bilik
tersebut. Bilik makmal dan bilik kurungan telah bagi dia cukup mengajaran dan
kesedaran untuk pergi kemana-mana. Dia takut ada lagi bilik lebih menyeksakan
dari bilik dua tu.
Sekarang, dia takut bilik itu lebih menakutkan dari dua
bilik yang dia selalu pergi. Dia menggenggam erat tangan saintis itu seperti
minta semangat darinya walaupun dia tidak pernah dapat semangat itu dari wanita
tersebut.
Saintis itu membuka pintu tersebut membenarkan cahaya terang
keluar dari bilik tersebut menyilaukan mata O-S. Dia tidak menutup matanya, dia
sudah biasa dengan cahaya tersebut. Matanya menyesuaikan diri pada keterangan
bilik itu dan dia melihat dua orang budak lelaki yang sedang seronok bercerita
di bilik yang bukan sahaja berwarna putih malah ada beberapa peralatan dan
warna hijau yang dia tidak pernah ketahui selama ini.
Mereka buat apa tu? Mereka sedang berkomunikasi sesama
sendiri seperti saintis selalu lakukan di luar bilik aku tapi kelihatan
berlainan. Bibir mereka naik keatas dan juga ketawa. Apa yang mereka ceritakan
sehingga buat wajah seperti itu?
Aku di bawa mendekati mereka dan kedua lelaki itu memandang
kearahku dengan senyuman yang lebih lebar dari sebelumnya. That’s weird…
“Ini ialah Off-Spring.Experiment dari Health and Treatment
CR department.” Kata Saintis itu menolak O-S kedepan dengan lembut. “Berbaik
dengan adik kamu.” Katanya dan bergerak keluar sebaik sahaja ayat yang dia
perlu katakana selesai.
Seorang lelaki berambut emas pucat panjang hingga bahu
dengan mata hijau papermint yang berkilau, terdapat code K012 pada bawah
matanya, wajahnya kelihatan seperti seorang perempuan tapi bajunya menandakan
dia seorang experiment lelaki. Dia tersenyum manis kepada O-S dan menghulurkan
tangan. “Hi Off-Spring! Code aku K012. Experiment Mental CR department.”
O-S memandang tangan experiment K012 untuk sementara waktu
dan menyambutnya. Dia tersenyum kecil. “O-S.”
“O-S?” Soalnya dengan senyuman. “Woa! Bestnya kau ada
nickname! Kalau lah department aku bagi aku nama comel cam tu jugak.”
Muka O-S menjadi merah bila namanya di kata comel. Itu kali
pertama orang memujinya. “M-Mungkin sebab nama aku panjang sangat kot.. sebab
tu mereka panggil O-S.”
Experiment lagi satu tertawa besar. Dia kelihatan lebih
besar dari Experiment K012. Rambut sylver spiky dengan mata tajam warna emas.
Code lelaki itu pula berada di lehernya. “Code aku ialah LK54. Physical CR
department. Experiment termuda dan terkuat dalam department aku!” katanya
dengan bangga membuat O-S tertawa kecil.
Aku tak tahu yang experiment lain kelihatan riang dan ceria
macam ni. Kenapa department aku tak macam dorang? Oh, mungkin sebab kami
berasingan kot? Atau hanya aku dalam department tu? Anyways, aku gembira jumpa
mereka berdua. Banyak benda aku tahu dari mereka. Tentang benda hijau di dalam
bilik ini di panggil tumbuhan Hijau, pokok, shrubs, grass, Flower… ia sangat
cantik.
“Well, ini bunga palsu, ia takkan layu. Kalau bunga
original, dah pasti ia mati kalau kita pijak ia.” Kata K012 memegang bunga yang
masih melekat pada lantai. “Bunga original juga kau boleh petik tapi ini tak
boleh. Hanya perhiasan.” Dia cuba memetik bunga tersebut tapi tak boleh.
O-S tertawa kecil. “Di mana nak dapat Bunga Original?”
“Di Dunia Fana.” LK54 turun dari pull upnya dari palang yang
tinggi itu dan menepuk tangan. “Dunia yang Experiment seperti kita tak boleh
pergi.” Katanya duduk bersama mereka. “Aku pernah terdengar dari saintis yang
Dunia Fana tu penuh dengan banda hijau macam ni tapi ia merbahaya bagi kita
untuk ke sana. Ia boleh bunuh kita dalam masa sekelip mata.”
K012 tertawa membuat LK54 menjeling kearahnya. “Kau ketawa
apa hal? Kau tak percayakan aku ke?”
K012 menggeleng. “Tak, kau salah, mengikut pengetahuan aku.
Dunia Fana ialah tempat yang paling indah dalam planet ni!” Dia terus menutup
mulutnya dan memandang saintis yang lalu lalang di luar bilik kaca yang mereka
duduk itu. “Shhh…. Mereka set dalam minda aku yang Dunia Fana ialah tempat
terteruk tapi aku dapat Hack programme mereka dan aku dapat tahu yang Dunia
Fana sangat cantik. Mereka hanya tunjukkan baagian buruk Dunia Fana itu
sahaja.” Katanya dengan senyuman manis. “Terdapat 76% keindahan dalam Dunia
Fana dari Keburukannya.”
“Jadi kenapa mereka panggil Dunia Fana?’ Soal O-S.
“Sebab untuk kita tidak keluar dari bangunan ini.” katanya
masih lagi dengan senyuman yang segar di wajahnya. “Aku tak terfikir nak keluar
dari tempat ni sebab kita tak tahu apa ada di dunia tersebut dan juga bagaimana
ia berfungsi. Kita mungkin juga akan mati kalau kita tak tahu macam mana Dunia
itu berfungsi. Macam LK54 katakan, kita mungkin boleh mata dalam sekelip mata
kalau kita ke dunia tu.” K012 membuat signal pancung.
O-S terus memegang lehernya dengan wajah horror. “Aku taknak
keluar. Aku taknak mati…”
LK54 mengusap kepala O-S sambil tertawa. “Don’t worry! Kami
ada di sini untuk lindungi kau. We are brothers and sister right?” katanya
membuat aku tersenyum gembira dan mengangguk setuju.
Tiga saintis masuk kedalam bilik dan mendekati kami.
“masa untuk berpisah.” Kata K012 bangun dan diekori oleh dua
lagi Experiment. Dia perasan wajah murung O-S dan menyentuh tangannya. “Don’t
worry, esok kita akan berjumpa lagi dan main. Okay?”
O-S tersenyum semula dan mengangguk. “Okay!” O-S mendongak
memandang Saintis peribadinya dan melihat tangan terbuka saintis tersebut. Dia
terus menyambutnya tanpa berfikir.
Saintis tersebut membawa O-S keluar dari bilik tersebut. Dia
sempat memandang kebelakang melihat dua rakannya sedang bercakap dengan saintis
mereka dengan serius. O-S tersenyum sendiri, mereka tersenyum hanya dengan dia
sahaja. Itu buat dirinya istimewa. Sangat istimewa.
Ya, dunia aku yang suram dan monochrome menjadi lebih cerah
dan berwarna apabila aku bertemu dengan K012 dan LK54. Hampir setiap hari kami
akan main bersama dan meluahkan perasaan yang sakit selepas kami berada di
bilik makmal. Cerita tentang keperitan suntikan yang kami terima setiap hari.
itulah kewujudan kami, untuk jadi experiment kepada saintis. Aku tak pernah
menginginkan apa-apa dalam hidup aku selain ingin terus hidup untuk hari esok
tapi setelah berjumpa dengan mereka, aku ada tujuan yang baru. Aku selamat dari
bilik makmal dan berjumpa dengan K012 dan LK54.
Aku akan bertahan untuk bertemu dan berseronok dengan mereka.
>X<
“235 experiment?” Soal O-S memandang K012. “100 kali ganda
dari kita. Aku tak tahu Tuan Zeloid ada banyak experiment dalam bangunan ni?”
K012 mengangguk. “Aku pun tak tahu. Setelah mereka masukkan
informasi tu kat kepala aku, aku sendiri terkejut.”
“Jadi… kenapa hanya kita bertiga sahaja kat sini? Mana lagi
252?” Soal LK54 memeluk tubuh tidak puas hati.
“Duh! Kita tiga ialah experiment kebanggaan Tuan Zeloid.
Kita dah Berjaya menerima banyak jenis CR dalam badan kita dalam usia yang muda
dari experiment yang lain.” Kata K012 bersimpul tangan seperti LK54. “kita
ialah experiment Khas yang dibesarkan dalam bangunan ni dari bayi, jadi kita
dah imun dengan CR. Yang lain pula dari peringkat pertengahan. Tak mustahil ada
yang lain tak Berjaya dalam ujian mereka.”
O-S terdiam untuk seketika sebelum bersuara. “Apa jadi
kepada mereka yang tak Berjaya?”
Kedua experiment lelaki ini memandang O-S. “Exterminated.”
Satu ayat itu cukup buat O-S terdiam. Di hapuskan?
Mereka telah bersama selama dua tahun dalam bilik itu dan
baru sekarang O-S rasa takut dengan pengetahuan yang dia lelaki itu tahu lebih
dari dia. Apa lagi mereka tahu tentang bangunan itu?Bermaksud, kalau O-S tidak
Berjaya di dalam bilik makmal bermaksud dia akan di hapuskan?
O-S menggeleng. K012 dan LK54 ada untuk lindungi dia jadi
mustahil untuk dia gagal dalam ujian tu. O-S tertarik pada seseorang di luar
bilik kaca mereka itu dan segera menarik lengan baju LK54. “L-Lk54… Tuan
Zeloid..”
Mereka berdua berpaling kearah lelaki bersuit hitam berdiri
di sebalik dinding kaca tersenyum memandang kearah mereka. Senyuman yang buat
bulu roma mereka remang satu badan.
“Apa Tuan Zeloid buat kat sini?” Soal LK54
“Untuk pantau kita apa lagi?” jawab K012 sama nada seperti
LK54; berbisik.
Ini kali pertama mereka berjumpa dengan Tuan Zeloid secara
real. Mereka dah di fahamkan siapa Tuan Zeloid melalui gambar dan penerangan
tentang tuan mereka dan berdepan dengan lelaki itu secara real membuatkan
mereka bertiga cuak.
K012 menyentuh bahu O-S dan tersenyum manis. “Jangan risau,
selagi kami hidup, kau takkan tercedera.” Dan O-S mengangguk kecil.
Tuan Zeloid bersama dengan personal Assistantnya sedang
melihat experiment terbaik mereka dengan bangga. “Bagaimana dengan perkembangan
mereka?”
“Ujian kali ni lebih baik dari sebelumnya. Method ini sangat
berkesan kepada mereka bertiga.”
Zeloid tersenyum sinis. “Kalau begitu teruskan dengan
Experiment lagi satu.”
Ly memandang Zeloid. “Tapi ia berisiko tinggi untuk
teruskannya Tuan. Bagaimana kalau kemalangan berlaku?”
“Jangan risau. Aku pasti ini akan Berjaya.”
Dan semenjak hari tu, Aku mula tak sedap hati dan
kehidupanku berseorangan semakin berkembang dari sebelumnya desis hati O-S
ketakutan.
>X<
“Hentikan! Hentikannya!” jerit seorang budak perempuan lapan
tahun merayu untuk kesakitan yang mengalir dalam badannya untuk berhenti. Dia
menjerit sekuat hatinya namun orang di sekelilingnya hanya mengendahkan
perempuan itu dengan urusan mereka masing masing. Bunyi denyutan nadi pada mesin berbunyi
bersama jeritan si kecil itu.
“Denyutan Jantung naik 60%. CR O-S ke-32 mengalir sebanyak
78%.” Kata seorang saintis.
“Naikkan lagi tekanan CR.” Kata ketua saintis dalam bilik
itu.
“Aaaaaaaahhh!!!”
Gelap…. Setelah dia menjerit hampir buat jantungnya keluar
dari dadanya, O-S pitam dan tidak sedarkan diri. Apabila dia bangun dari
tidurnya, dia perasan yang dia kembali di dalam biliknya.
Dia mula menjadi takut. Ujiannya kali ni lebih menyakitkan
dari sebelumnya. Dia tak pernah rasa sesakit itu dalam seumur hidupnya. Adakah
itu ciptaan terbaru CR?
“Baguslah kau dah bangun.”
O-S mendongak memandang saintis peribadinya masuk kedalam
dengan satu fail dalam tangan.“Ujian lagi?”
Saintis itu mengangguk. “Masa untuk menguji kuasa tu. Jom.”
O-S mengangguk dan mengekori Saintis itu dari belakang.
Lepas ujian ni, aku boleh jumpa K012 dan LK54… yes, aku tak sabar nak jumpa
diorang.
Aku menjalankan Pengujian Kuasaku dengan mudah. Tidak sangka
kali ini kuasa CR yang masuk dalam badan aku boleh mempercepatkan pemulihan
tulang patah. Kasihan tikus tu di patahkan tulangnya, tapi aku dapat sembuhkan
kakinya semula dan dia kembali berlari dengan laju. Mesti dia juga ketakutan
macam aku… O-S menggeleng kecil. Aku tak patut fikir cam tu, K012 dan LK54 ada
untuk lindungi aku. Aku kena yakin.
Dalam perjalanan aku nak ke bilik kami, aku terdengar satu
jeritan tidak jauh dari tempat aku berjalan, jeritan kesakitan itu kedengaran
semakin jelas setiap langkah yang aku ambil. Ini bukan laluan biasa yang aku
ambil ke Bilik kami…
O-S memandang kearah cahaya silau yang menyinari laluan itu.
Tingkap kaca yang datangnya suara kesakitan itu.
O-S memegang erat tangan saintisnya dengan mata tidak lepas
dari tingkap kaca tersebut yang dia dekati. Sebaik sahaja dia lalu tingkap itu,
dia lihat sesuatu yang lebih teruk dari apa yang dia pernah lalui selama ini.
ia sangat teruk kerana terdapat banyak darah. Bilik tersebut berlumuran dengan
darah seorang budak perempuan yang menjerit sekuat hatinya di tengah-tengah
bilik itu, bersendirian tanpa seorang saintis menemaninya.
Sesuatu perkara yang tidak di jangka ialah perempuan itu
berpaling memandang tepat kearah O-S dengan mata yang penuh dendam. Dia berlari
kearah tingkap tersebut. Mengetuknya dengan kuat dengan darah mengalir pada
cermin itu. Dia merenung tajam kearah O-S. renungan yang sangat menggerunkan.
O-S segera berpaling dan lajukan langkahnya. Dia tak tahu
kenapa perempuan itu memandang O-S seperti itu dan dia tak nak tahu siapa
perempuan itu. Apa yang dia nak ialah bersama dua lelaki yang memahami dirinya.
Rakannya.
Sebaik sahaja dia tiba di bilik tersebut, dia perasan wajah
kedua rakannya kelihatan pucat dan kurang bertenaga dari sebelumnya.
Wajah ceria K012 tidak lagi seriang semalam dan dia
sepertinya termenung jauh ke udara. Entah apa yang dia fikirkan tapi ia buat
O-S risau.
LK54 pula kelihatan sangat letih, wajahnya murung seperti
dia nak bersendirian. Mungkin kalau O-S kacau dia tentu LK54 akan marah O-S.
Dia menelan air liur tiga kali takut untuk menegur dua rakannya itu.
LK54 membuka matanya dengan perlahan bila dia dengar tapak
kaki yang dia kenali dan mendongak memandang O-S yang berdiri di hadapan
mereka. LK54 tersenyum kecil, terlihat di wajahnya yang dia sangat penat. “So,
cam mana hari kau?”
O-S bermain-main dengan jarinya rasa bersalah pulak nak
bersuara. Sepertinya dia mengganggu mereka. “Urrm.... I-Ini hari Ujian CR lebih
sakit dari sebelumnya dan—”
“Kau pun?” K012 tersentak dari lamunannya bila dengar O-S
bercakap pasa Ujiannya. Dia memandang kearah LK54. “Jadi tak syak lagi, Tuan
Zeloid memang merancangkan sesuatu.”
LK54 mengeluh sangat penat nak marahkan diri. “masalah dia,
mungkin aku tersalah dengar apa yang saintis tu bincangkan. Aku tak pernah
dengar mana-mana department mula dari ‘M’ something.” Katanya memeluk tubuh.
“Korang ceritakan pasal apa?”
K012 menggeleng dengan senyuman kecil. “Tak, Kami syak yang
ada seorang experiment yang juga dapat Ujian macam kita. Lebih teruk, jalani
Ujian kita semua dari setiap department.”
Spring teringatkan perempuan misteri yang dia temui dalam
perjalanan ke bilik tersebut. Dia tak kenal perempuan tu dan… Dia perasan yang
perempuan tersebut mempunyai kod di bahu kirinya. “Kejap, Kod korang katakan
bermula dari M ke? M apa?”
LK54 mengangguk. “Hmm-hm… Tak silap aku M—”
Pintu bilik tersebut terbuka menarik perhatian mereka bertiga,
Mata Spring terbeliak bulat melihat siapa yang masuk kedalam bilik mereka
bersama seorang saintis yang mereka juga tidak kenali.
Perempuan yang berlumuran darah tadi tu… desis hati Spring
segera bersembunyi di belang LK54.
Wajah perempuan tersebut kelihatan sangat pucat dan terdapat
kesan hitam di bawah matanya. Bibirnya kering kekurangan air dan matanya warna
putih bulan menggambarkan penyeksaan yang dia pernah alami selama ini.
“kenapa ni O-S?” Soal K012 berbisik tanpa matanya tidak
lepas dari perempuan yang menggerun di hadapan mereka itu.
“D-Dia perempuan tu.” Katanya tunduk memandang lantai takut
bertemu mata dengan perempuan itu.
“Semua, meet your new
sister. M27.”
Mereka bertiga semua memandang perempuan tersebut dengan
terkejut. Jadi betullah khabar angina yang mereka dengar. Experiment itu
mengalami ujian yang lebih dasyat dari mereka.
>X<
Semenjak kedatangan M27 ke dalam bilik pertemuan, kami semua
menjadi takut untuk pergi ke bilik tersebut untuk bertemu dengan yang lain.
Terutamanya saudari baru kami, M27. Dia sangat berbeza dari kami,dia seperti
tiada perasaan langsung.
Hari pertama dia bersama kami, K012 cuba menyapanya tapi
perempuan itu merenung tajam kearah K012. Perempuan itu menggunakan kuasanya
dengan mudah, mencekik K012 sehingga dia terangkat ke udara. LK54 segera
membantu K012 dengan menutup mata M27 tapi tidak Berjaya kerana M37 sangat kuat
untuk melawan LK54 walaupun badannya dua kali lebih kecil dari LK54.
Nasib baik saintis segera masuk ke menyelamatkan K012 dengan
memberi renjatan elektrik keatas M27. Sepanjang hari M27 pitam di penjuru bilik
jauh dari kami dan K012 di bawa keluar untuk rawatan kecemasan. K012 mempunyai
badan yang lemah, nasib baik dia tak apa-apa dan kembali bersama kami keesokan
harinya.
Ini hari genap tiga minggu kami kenal M27 namun kami tidak
tahu satu pun tentang perempuan itu kecuali, dia seorang Core Experiment
pertama CR dan satu-satunya Core Experiment yang wujud. Saintis juga kata yang
M27 umpama anak kepada Tuan Zeloid kerana kejayaannya yang boleh mengadaptasikan semua Liquid CR dalam badannya.
Oh dan di sebabkan tindakan agresif M27 keatas kami, dia di
pakaikan sejenis collar pada lehernya yang menghalang dia untuk menggunakan
kuasa CR. Sekarang, dia hanya duduk di hujung bilik sambil termenung keluar
memandang setiap saintis lalu tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Kekadang dia juga menjeling kearah kami seperti dia nak makan kami tapi dia
segera berpaling dengan desiran tidak puas hati.
Aku ada satu persoalan. Dia ada penyakit mental ke?
Yang aku tak habis fikir ialah K012. Dah tahu dia hampir
kena bunuh oleh M27 kenapa dia nak dekatkan diri dengan M27 lagi? Berminggu dia
cuba beramah mesra dengan M27 tapi kesemua kebaikannya di tepis bagai sampah.
Tapi….haisssshh…. k012 tetap tersenyum dengan semangat yang tak pernah pudar.
Dia tahu M27 seorang yang baik….
“Give up K012…. budak tu tiada hati. Entah bahagian mana kau
nampak dia ni baik. Aku tak nampak pun dia tu ada kebaikan dalam dirinya. All I
see is a monster.” Kata LK54.
K012 menggeleng menafikannya. “I just know it dan ini hari,
aku pasti akan buat dia buka hati kat kita.” Katanya dengan senyuman gembira.
O-S menjungkit kening. “Apa dia?”
“Ta-daa!” K012 tunjukkan sejambak bunga tulip putih bersama
baby breath kepada mereka semua membuat dua experiment itu terkejut.
“Ini bunga original. Aku rayu kat saintis untuk petikkan
bunga ni untuk hadiahkan untuk M27.” Katanya dengan gembira. “Kalau dia tak
terima bunga ni, aku tak tahu nak buat apa lagi.”
“Hmm… kalau M27 tak terima boleh aku ambil?” Soal O-S. dia
tak pernah lihat bunga asli dalam hidupnya dan dah tentu dia inginkan satu.
K012 mengangguk. “Of Course!”
Pintu bilik itu terbuka menandakan masa untuk M27 meluangkan
masa bersama mereka. “Be nice to your brother and sister okay?”
M27 memandang Tiga experiment itu dan berdecis tanda jijik
dengan gelaran ‘brother and sister’. Jelingan M27 membuat bulu roma mereka
remang satu badan.
K012 terus bagi bunga tersebut kepada LK54. “kau bagi dia.”
“A-Apa—Hey! Bukan kau ke yang beria sangat nak bagi Dia?”
LK54 bagi balik bunga tersebut kepada tuan yang asal. “kau lah yang bagi!”
K012 menggeleng laju. “N-no… bad mood dia lagi power dari
semalam. Kang dia telan aku hidup-hidup!”
Mereka berdua mula bergaduh tolak-menolak bunga sambil
memaksa sesama sendiri siapa yang patut bagi bunga tersebut. O-S hanya
memandang mereka yang hampir nak hancurkan bunga tersebut.
“That’s it!” O-S mengambil bunga tersebut dari tangan mereka
dan berikan kepada K012. “Kau lah yang bagi!” O-S menolak K012 berdepan dengan
M27.
K012 menelan air liur tiga kali memandang wajah M27. Dia
sempat berpaling melihat dua rakannya yang menggalakkan dia untuk bagi bunga
itu kepada harimau yang akan NGAP K012 pada bila-bila masa sahaja.
“Urrm… Nah..” K012 berikan bunga tersebut dengan tangan yang
menggeletar. “S-Sebelum kau tolak bunga ni..” K012 segera bersuara bila tangan
M27 mula bergerak. “I-ini bunga asli dari Dunia Fana…. At least, terima
pemberian kami sekali ni je.”
M27 menyentuh kelopak bunga tulip tersebut dengan lembut.
K012 tersenyum kecil bila dia lihat wajah M27 menjadi lembut. “It’s pretty..”
O-S dan Lk54 mendekati mereka berdua agak terkejut mendengar
M27 bersuara. “I know right!” OS segera menutup mulutnya bila dia rasa dia
ganggu situasi mendapat kepercayaan M27.
M27 mengangguk kecil, mengambil bunga itu. “Yeah… ia lebih
cantik dari apa yang aku bayangkan. Di mana kau dapat?” soal M27 memandang K012
dengan senyuman kecil.
K012 tergamam, dia tak pernah tahu M27 nampak comel bila dia
tersenyum. Terdapat serbuk merah muncul di pipi K012. “Errr… Aku rayu kat
Saintis untuk petikkan untuk kau and yeah… cam tu lah. You like it?”
“Thanks… I love it.” Dia mengambil sekuntum bunga tulip dari
sejambak bunga itu dan letak pada rambut O-S.
O-S tersenyum gembira mendapat bunga dari M27. “Thanks.”
M27 tersenyum kecil. “You know… aku tak suka bila mereka
kata kita bersaudara.” Katanya membuat senyuman mereka pudar. “tapi aku
sebenarnya cemburukan korang semua.”
“Kenapa? Bukannya kita semuanya sama ke? Experiment yang di
besarkan di sini dan imun dengan CR.” Kata LK54. “Apa yang nak di cemburukan?”
M27 memandang ke suatu arah dengan keluhan sebelum bersuara.
“Aku lahir di makmal ni. Bukan di bawah dari luar.”
Dari sini, aku baru tahu kenapa wujudnya Experiment sulit
bernama M27 dan kenapa dia kelihatan seperti patung hidup sepanjang masa. Dia
di lahirkan di dalam sebuah tube. Katanya, M27 ialah patung eksperimen pertama
mereka lahir di dalam tube yang menghirup 100% udara CR dari lahir.
M27 pernah kata yang mungkin suatu hari nanti dia akan di
buang bila dia dah tak tahan dengan Ujian-ujian CR yang dia dapat setiap hari.
lagipun, dia di wujudkan untuk CR, dia hidup untuk Tuan Zeloid, dia mati juga
untuk Tuan Zeloid. Dia tak boleh berharap lebih untuk menjadi seperti
experiment lain.
Hubungan kami semakin erat dari sebelumnya dan kami umpama
air yang tidak boleh di putuskan. Kami sentiasa bersama dan mula buat hal di
Base CR bila umurku mencecah 14 tahun, M27 dan K012 16 tahun, dan LK54 18
tahun.
K012.. sedia? Soal
M27 melalui telepati, dia sedang bersembunyi di sebalik simpang lorong
mengintai para saintis sedang bertengkar sesame sendiri kerana experiment
penting mereka hilang.
Tunggu signal je Boss.
Balas K012.
Perfect…. Tiga… dua…
satu lari!
Dengar signal M27, keempat-empat experiment ini keluar dari
tempat persembunyiannya dan lari melalui saintis yang cemas itu sengaja supaya
mereka mengejar mereka.
M27 tertawa riang bila tiga saintisnya mengejar sambil
menjerit namanya di belakang. “Catch me if you can!”
LK54 juga berlari terlihat butang kecemasan dan tersenyum
nakal. Dia menekan butang itu memecahkan ketenangan dalam Base CR membuat semua
orang cemas mendengar siren kecemasan berdering. “Haha! This is going to be
fun!!”
K012 yang berlari anak dengan riang tidak ada satu saintis
pun yang mengejarnya. Dua saintis berlari lalu K012 membuat experiment ini
tertawa kecil. Dia sekarang dalam keadaan halimunan dah tentu tiada siapa yang
perasan dia. “Hmm…. Apa jadi kalau…” Dia mendepakan tangannya kearah dua
saintis itu dan menarik udara. Collar jaket saintis itu tertarik secara
tiba-tiba membuat mereka jatuh terduduk di lantai. K012 tertawa kecil. “kena
cari Off Spring.” Dia bergerak menumbusi dinding.
Alright everyone,
jumpa di bilik kita okay?”
Roger that!
Aye-Aye captain!
Okay-dokey! Balas
O-S melihat saintis peribadinya bercekak pinggang di depannya. O-S tersenyum
nakal. “Make way!” Dia mengguna kuasanya untuk menghasilkan serbuk tidur di
tangannya dan meniupnya di muka saintis tersebut. “Sorry..” dia
tersengih-sengih dan berlari ke destinasi mereka.
Sebaik sahaja Spring tiba di bilik mereka, M27 telah pun
berada di bilik tersebut, tergantung kepala di tanah dan kaki di udara, berpaut
pada palang exersice LK54.
“Sloooooooooowwww Poke!” usik M27 dengan senyuman nakal
terpapar pada wajahnya. M27 mendepakan tangannya kearah O-S dan experiment
paling muda itu mencapai tangan tersebut dan bergayut padanya.
“Jangan jatuhkan aku!” sahutnya dengan tawa bila M27
membuainya kedepan dan kebelakang. Di sebabkan M27 adaptasikan semua CR dari
setiap department, dia juga kuat seperti LK54 dan kemungkinan lebih kuat dari
lelaki berbadan sasa itu.
“Don’t worry, aku takkan biarkan apa-apa terjadi kat kau.”
O-S tertawa besar. “Tapi kau tetap main tipu!”
M27 juga tertawa. “Kau patut cakap tu kat K012. Dia boleh
lalu dinding.” M27 memandang ke satu arah dan mengangkat dagunya tanda ada
kehadiran di penjuru bilik tersebut.
K012 muncul dari halumannya sambil tertawa. “Macam mana kau
tahu aku ada di sini?”
M27 Melepaskan O-S dan membuat putaran 260 darjah sebelum
mendarat atas rumput palsu itu dengan sempurna. Dia memandang K012 dengan
senyuman nakal. “Aku dapat rasa aura kau menyentuh aura aku.”
“Aura?”
Mereka bertiga berpaling kearah pintu yang terbuka dan
saudara terakhir mereka masuk dengan senyuman.
“Kau lambat K54.” Tegur K012 tapi tetap tersenyum.
K54 mengangkat bahu buat muka innocent. “A little delay.”
Mereka bertiga berkumpul di tengah-tengah bilik tersebut
seperti ia satu habit setiap kali mereka berada di bilik tersebut. Duduk secara
bulatan dan menceritakan hari-hari mereka yang menyesakan.
“Aura. Korang boleh rasa kan kehadiran kita masing-masing.
Bila kita guna kuasa CR, kita tahu siapa tuan kuasa tu kan?” Mereka mengangguk
kepada soalan M27. Setiap kali mereka nak kenakan rakan mereka gunakan kuasa
mereka, pasti mereka dapat cam siapa dalang si pengena itu.
“Itu ialah Aura. Kuasa CR mengeluarkan Vibe di sekeliling
kita membuat CR lain boleh tahu milik siapa Kuasa CR itu.” M27 melihat wajah
rakannya yang buntu dan tersenyum. “For example.” Dia menarik nafas dalam dan
cuba mengguna sedikit dari kuasanya untuk menghasilkan sedikit vibe
disekelilinginya. “Korang dapat rasa tu tak?”
O-S merasakan sesuatu yang sejuk membuat bulu roma lengannya
meremang dan juga hatinya rasa sedikit teruja secara tiba-tiba. “Adakah…. Itu
Aura kau?” Melihat LK54 dan K012, mereka juga tersenyum tanda mereka dapat
rasakan kuasa M27.
M27 mengangguk. “Kalau korang focus kat kuasa aku, korang
boleh lihat warna Aura aku.”
Mereka bertiga saling berpandangan dengan wajah teruja. Mereka
tak tahu kuasa mereka mempunyai warna!
O-S menutup matanya dan focus hanya pada kuasa M27 di dalam
bilik tersebut, melupakan rumput hijau, bilik putih dan saintis yang lalu
lalang di sebalik tingkap bilik tersebut.
Itu dia.
Aura berwarna putih mengelilinginya. Dia membuka mata dengan
perlahan dan melihat aura halus berwarna putih mengelilingi bilik tersebut. Dia
tersenyum lebar. “Oh my… Ini kuasa kau?” soalnya melihat Aura M27 menari-nari
mengelilingi bilik tersebut. O-S sekali lagi terkejut bila dia lihat Aura
berwarna hijau Papermint menari di sekelilingnya membuat rambutnya terangkat.
O-S tertawa. “K012!” sahutnya memandang experiment Mental
department itu.
K012 mengangkat bahu dengan senyuman. “Aku baru tahu setiap
experiment ada warna aura tersendiri.”
O-S merasakan satu lagi Aura wujud dan memandang kearah
LK54. “Oh my Aura kau warna emas…”
LK54 mengenyit mata. “I know. This is exciting!”
O-S memandang kedua tangannya. Macam mana dengan Auranya?
Warna apa Auranya akan buat? O-S mengangkat tangannya ke udara mengeluarkan
kuasanya dari tangan ke udara mengeluarkan aura berwarna rosey Pink dan bersatu
menari dengan aura saudara dan saudarinya. “Woaaah!”
Dia mula berputar-putar mengeluarkan Aura sebanyak yang dia
inginkan menari dan bersatu dengan aura tiga rakannya. Melihat ke empat-empat
aura tersebut mengelilingi dan mewarnai bilik yang suram itu menjadikan ia
kelihan lebih menggembirakan dan penuh dengan fantasi.
Tanpa mereka sedari Tuan Zeloid memandang keempat-empat
experiment cemerlangnya dengan senyuman yang berpuas hati. “Kau tahu ke tentang
ni?”
P.Anya menggeleng kecil, juga tergamam melihat aura yang
berwarna-warni yang mereka keluarkan. “Saya ingatkan ia hanya teori para
saintis yang buat. Nampaknya….”
“Kuasa mereka lebih hebat dari aku jangkakan.” Kata Tuan
Zeloid, senyumannya makin lebar. “Sedia CR mobile. Aku rasa mereka dah
bersedia. Bawa mereka ke CR building di tengah Bandar.”
P.Anya berpaling kearah majikannya. Agak terkejut. “T-Tapi
tuan.. mereka tak bersedia lagi keluar ke—”
“Jangan risau. selagi mereka bersama, selagi tu mereka tak
terfikir untuk keluar dari CR.” potong Tuan Zeloid dan bergerak pergi. “Aku
pasti Maya akan kembali.”
Kembali ke bilik khas itu, M27 yang mempunyai pendengaran 5x
ganda lebih hebat dari manusia biasa dapat dengar perbualan Tuan Zeloid dan
P.Anya. Senyumannya telah hilang sebaik sahaja lelaki itu datang dan mendengar
perbualan mereka.
Maya akan kembali.
Aku takkan benarkan kau desis hati M27 memegang erat kedua
penumbuknya sehingga menjadi pucat. Tanpa dia sedari menebalkan lagi auranya.
“M27… kau okay ke?” O-S perasan perubahan Aura M27 dan
segera memandang M27.
M27 memandang ketiga-tiga rakannya dan menggeleng dengan
senyuman kecil. Wajahn marahnya hilang dengan serta merta. “Nothing. Aku Cuma
terfikirkan sesuatu.”
Masa itu ialah masa yang sangat menyeronokkan, bersama K012,
LK54 dan M27 hanya di dalam bilik khas, melepaskan stress setelah menjalani
eksperiment yang menyakitkan.
Aku tak pernah jangka, pada masa itu, kami semua akan
berpindah ke Bangunan CR di tengah Bandar di Dunia Fana dan juga berpisah ke
department masing-masing. Jarang berjumpa kerana jadual experiment kami makin
ketat dari sebelumnya. Kalau tak pun terlalu penat untuk berjumpa dengan
mereka.
AKu juga tak jangka yang punca kami di bawa di sana ialah
untuk di hapuskan. Bukan kerana kami gagal menjalani experiment. Ia kerana
kewujudan sebenar kami ialah untuk kembalikan Maya. Anak Tuan Zeloid. Aku, K012
dan LK54 adalah tiga bahan utama untuk menghasilkan memori Maya semula dan
masukkan ke otak M27.
Kami telah dipergunakan. Dua kali.
Tidak juga pernah terlintas dalam fikiran aku yang M27 akan
melarikan diri dari Bangunan CR untuk menyelamatkan nyawa kami. Dia fikir kalau
dia hilang, kami takkan di hapuskan. Akan teruskan hidup sehingga M27 ditemui.
DI bawa semula ke Base CR untuk keselamatan.
Perkara yang aku takkan jangka ialah…
Aku akan kehilangan kesemua rakan-rakan aku.
K012. Dia mati menyelamatkan M27 melarikan diri sekali lagi.
LK54. Mati sebab Tuan Zeloid Corrupt mindanya membuat M27
terpaksa bunuh dia.
Dan sekarang…
M27… NightBlue… Miracle…
Melihat kerandanya di turunkan ke lubang sedalam 10 kaki
bersama bunga tulip putih dan baby breath di atas keranda tersebut.
Semua orang menghadiri pengebumian Permaisuri Sylvianne pada
petang ini. Ia merupakan berita terburuk pernah berlaku di kerajaan kecil ini.
Permaisuri tercinta mereka telah meninggalkan mereka, meninggalkan raja dan
juga… meninggalkan Spring buat selama-lamanya.
Axerialeth dapat tahu yang Permaisuri Sylvianne jatuh sakit
beberapa hari yang lalu semasa mereka dalam misi menyelamat mereka. Masa itu,
mereka berada di sebalik dunia. Ia memakan masa 4 hari untuk tiba ke Sylvianne
menggunakan Supersonic.
Setiba sahaja mereka di Sylvianne, Miracle tidak lagi
bernafas dan berada di Throne Room, baring di dalam kerandanya kelihatan
tenang. Pucat tapi tenang.
Kesemua anak kapal Axerialeth jatuh berlutut kerana
terlambat berjumpa dengan Miracle untuk kali terakhir. Mendengar suaranya dan
meminta maaf kepada Miracle atas segala kesalahan mereka.
Raja Sylvianne, Raja Elleson beritahu mereka yang Miracle
telah menulis sepucuk surat untuk setiap satu dari mereka. Dan hanya mereka
sahaja yang boleh membacanya.
Bila mendapat surat tersebut, orang yang paling breakdown
ialah Rick. Dia menangis di depan keranda Miracle sambil berbisik Miracle tak
patut maafkan dia. Ini semua salah dia. berulang-ulang kali selama berjam-jam
lamanya. Sehingga Ben dan Nuez membawa dia keluar dari bilik tersebut.
Isi kandungan dalam surat Spring mempunyai 3 helai kertas.
Ia tentang niat sebenar Miracle mengapa dia melarikan diri dari bangunan CR
untuk menyelamatkan nyawa mereka. Mengapa dia tinggalkan Rick dan serahkan
dirinya kepada Tuan Zeloid semula, kerana dia taknak Axerialeth terbunuh dan
Tuan Zeloid mengancam Miracle untuk seksa O-S, LK54 dan K012 jika dia tak
kembali ke CR Base. Mengapa dia melarikan diri sekali lagi, kerana Tuan Zeloid
menipunya tentang menyeksa mereka dan ingin membebaskan mereka dan juga
experiment yang lain tanpa pertolongan Axerialeth. Mengapa dia kahwin dengan
Raja Sylvianne. Untuk dapatkan perlindungan dan pertolongan untuk mereka mangsa
Experiment setelah mereka di selamatkan dari genggaman Tuan Zeloid.
Perkara yang Spring tak dapat terima ialah, setelah segala
pengorbanannya, melepaskan kebahagiaannya, Dia tetap minta maaf dekat Spring
dan ingin Spring bahagia. Meminta maaf atas semua perkara yang berlaku keatas
Spring. Sepatutnya Spring yang minta maaf kepada Miracle. Dia telah mengambil
kebahagiaan Miracle. Axerialeth miracle. tempat Miracle. Cinta Miracle…. Rick.
Dia telah merampas kesemuanya dari Miracle walaupun Miracle
dah cukup korbankan segalanya untuk mereka. Kalaulah Spring tahu tentang ni.
Dia takkan sesekali dekati Rick. Dia takkan marah Miracle. Namun….
Ia dah terlambat.
Miracle sekarang tiada lagi di dalam dunia Fana itu. Dia
telah meninggalkan Spring seperti mana dua saudaranya, LK54 dan K012.
Spring menahan air matanya dari mengalir. Yang mengugut
untuk jatuh dari kelopak matanya. Kata-kata tiga rakannya masih segar dalam
ingatkannya. Ayat yang Spring rasa dia tak berhak dapat.
“Don’t worry, aku
takkan biarkan apa-apa terjadi kat kau.” Sahut Miracle dengan tawa.
Don’t worry! Kami ada
di sini untuk lindungi kau. We are brothers and sister right?” Kata LK54
bersama senyuman lebar yang menggembirakan.
K012 menyentuh bahu
O-S dan tersenyum manis. “Jangan risau, selagi kami hidup, kau takkan
tercedera.”
Mereka sentiasa lindungi Spring. Sentiasa dari dahulu
sehingga sekarang. Spring baru tahu yang segala pengorbanan mereka bukan untuk
diri mereka. Bukan untuk bebaskan diri mereka dan experiment lain. Tapi untuk
Spring. Untuk kehendak Spring. Untuk masa Depan Spring.
Spring yang nak bebas dari seksaan CR. Spring yang nak bebas
ke dunia Fana. Spring nakkan Experiment CR juga di bebaskan. Spring nakkan
Rick. Spring nak Axerialeth. Spring… Spring…. Spring…
Semua kehendak Spring di tunaikan. Sehingga mereka bertiga
terkorban untuk tunaikan setiap niat Spring.
Sebak di dalam dadanya akhirnya di lepaskan ke tangisan yang
mengalir turun dengan deras. Dia menutup mulutnya dan memeluk Rick yang
sentiasa berada di sebelah Spring. Mengusap belakang Spring, tenangkan wanita
itu.
Sekarang, Miracle telah di tanam sepenuhnya di dalam tanah
dan kata-kata Raja Sylvianne sebagai penutup Pengebumian itu. Kematian Miracle
ialah kerana ingin menyelamatkan bekas Experiment CR dengan mewakilkan dirinya
sebagai bahan uji kaji kepada Kapital untuk membuktikan mangsa Experiment itu
tidak merbahaya kepada Kerajaan Sylvianne dan juga Negara lain. Di sebabkan
Miracle Core Experiment, experiment terkuat CR, jika dia dibuktikan tidak
membawa ancaman kepada Negara dan tanah lain, bermaksud, experiment CR lain
juga tidak membawa ancaman. Namun, proses membuktikan kebenaran telah memakan
badan Miracle sehingga dia jatuh sakit dan sakitnya tidak dapat disumbuh oleh
mana-mana ubat. Setelah dia di sahkan tidak merbahaya, kesihatannya makin
merosot setiap hari. ironiknya, tiada siapa tahu tentang penyakit Miracle
sehingga lah ia menjadi teruk. Semasa Permaisuri Sylvianne ini nazak baru lah
Raja Elleson tahu isterinya sebenarnya mendapat penyakit kronik. Bukan lah
deman atau selsema. Tak lama kemudian, Miracle menghembuskan nafas terakhirnya
di taman kegemarannya yang memandang kearah kota Sylvianne sambil memegang tangan
Suaminya dengan ayat terakhir… ‘Maafkan
aku sebab tak pernah buat kau bahagia El. Aku isteri terteruk seorang Raja
pernah ada.’ Bisiknya dengan tawa sebelum menutup mata buat selamanya.
“Jom Spring. Semua orang dah beredar pergi.” Bisik Rick pada
telinga Spring yang tak berganjak dari menangis pada bahunya.
Spring menggeleng kecil. Melepaskan pelukan Rick. “Korang
pergi dulu. Aku nak berdiri kat sini lama sikit.”
Rick memandang Spring tepat pada wajahnya untuk seketika
sebelum mengangguk perlahan. “Baiklah. Aku bersama Raja El okay?”
Spring hanya mengangguk dan melihat Rick berjalan kearah
Raja Elleson yang berada tidak jauh dari tempat mereka, seperti Raja Elleson
menunggu Rick. melihat Rick menepuk belakang Raja Elleson sepertinya dia sedang
memberi sedikit semangat kepada Raja Elleson untuk tabah.
Spring dapat dengar ayat yang keluar dari mulut Raja Elleson
sebelum mereka berdua pergi lebih jauh dari Spring. “Dia tak pernah jadi isteri dan permaisuri yang tak sempurna bagi aku
Rick.”
Spring memandang batu nisan Miracle dengan lama. Memikir
kenapa nasib Miracle berakhir seperti ini. Dia berhak mendapat masa depan yang
lebih baik dari ini. Bukan berakhir dengan batu nisan. Tak. tak sekali.
Pandangan Spring bertukar kepada seorang lelaki muda berbaju
serba hitam(bukan suit tapi jaket leather hitam yang panjang paras lutut)
bergerak pergi dari tanah perkuburan itu. Spring kenal lelaki itu. Dia Personal
Assistant mangkat permaisuri Sylvianne. Juga Experiment CR.
“K—Kevin!” Spring sahut nama lelaki itu membuat si pemilik
nama berpaling memandang Spring.
“Oh… O-S.” dia bersuara bila Spring berada di depannya. “Dah
lama tak jumpa kau.”
Spring menangguk kecil. Mengelap air matanya yang masih
mengalir dari matanya. “K-Kau tahu tentang penyakit Miracle kan?”
Bekas P.A ini mengangguk. “Dia suruh aku rahsiakannya. Nak
tak nak aku terpaksa.”
Spring hanya terdiam. Dah tentu. Arahan permaisuri kena
akur. Tak boleh di bantah. “K-Kau terima Miracle w-walaupun d-d-dia clon
Maya..”
Kevin juga terdiam untuk sementara waktu, memandang tanah
yang dia pijak sebelum menendang batu yang berada di sebelah kasutnya. “Ya. Dia
satu-satunya keluarga aku yang tinggal selepas Pakcik Zeloid mati. First aku
tak terima Miracle langsung tapi…. Heh, she’s all I got left.” Suara Kevin
pecah pada ayat terakhir. Dia segera berdehem cuba cover balik suaranya.
Spring rasa kasihan dengan Kevin. Dia juga menimpah nasib
malang. Dia merupakan sepupu kepada Maya, anak kepada Tuan Zeloid yang mati
kerana bara otak. Di sebabkan Tuan Zeloid tak terima kematian satu-satunya anak
kesayangannya. Dia cuba cari cara untuk hidupkan anaknya semula. Dengan
penemuan batu CR, dia dapat sedikit harapan dan Kevin orang pertama jadi bahan
experiment. Tuan Zeloid mempergunakan Kevin untuk cari cara hidupkan Maya.
Setelah itu dia cari orang lagi kerana Kevin masih semasa tu masih kecil dan
parent Kevin tak benarkan Kevin jumpa pakciknya lagi. tapi setelah parent Kevin
meninggal dunia, Kevin tiada tempat dari tinggal dengan Tuan Zeloid dan dari
situ dia ketahui tentang M27. Pada mula dia benci Miracle tapi akhirnya dia
dapat terima M27 setelah M27 selamatkan mereka semua dari CR base.
“So, apa kau nak buat sekarang?” Soal Spring. Dia tahu dia
tak patut tanya tapi hatinya berkeras nak tahu apa akan jadi setelah Kevin
kehilangan semua keluarganya.
“Keluar dari Sylvianne.” Jawab Kevin sambil termenung jauh.
“Aku tak boleh tinggal sini. Kenangan aku dan Miracle main di istana masih
segar dalam ingatan aku. Aku perlu melarikan diri dari tempat ni cepat sebelum
dia start menghantui aku.” Kevin tertawa sedekah dan memandang Spring semula.
“Jangan bagi aku pandangan tu Off-Spring.”
Spring tersenyum sambil menggeleng. “Maaf. Kau akan kembali
ke?”
Kevin menggeleng. “Tak. aku akan mengembara. Miracle selalu
kata dia nak sangat mengembara satu dunia. Tapi tak dapat sebab dia ada
tanggungjawab di sini.” Kevin menarik nafas dalam dan menghembus panjang.
“Nampaknya tanggungjawabnya dah selesai. Rakyat CR dah selamat. Amanah K012,
LK54…. Kau.” Kevin tersenyum halus kepada Spring. “Aku tahu tentang tu Spring.
Jangan rasa bersalah. Kau ialah adik Miracle dan dia nak kau bahagia. Seperti
mana K012 dan LK54 nakkan kau bahagia. So, live your life. Make no regrets.
Just like Miracle.”
Spring terdiam untuk seketika sebelum mengangguk dengan
senyuman kecil. “Baiklah Kev. I will.”
“Good. Bye Spring.” Kevin meramas rambut Spring sebelum
berputar pergi ke kereta yang menunggunya di luar perkarangan tanah perkuburan
itu.
“Oh—Kev! Aku akan jumpa kau lagi ke?!” sahut Spring kepada
Kevin yang dah jauh darinya.
Kevin melambai kepada Spring tanpa memandangnya. “I’ll see
you when I see you!” dengar dari nada Kevin, Spring tahu dia sedang tersenyum
dan ia buat Spring juga tersenyum.
“Bye K-E715” Bisik Spring sambil melambai kecil. Matanya
mengekor Kevin memanjat pintu pagar tanah perkuburan itu dan melompat masuk ke
dalam kereta hitam yang parking di tepi jalan, depan pagar tersebut. Terdapat
seseorang duduk di tempat duduk pemandu dalam kereta itu. Spring tak dapat agak
jika pemandu itu perempuan atau lelaki.
Dah tentu Kevin perlukan seseorang temankan dia mengembara.
Dia baru sahaja kehilangan orangyang dia sayang. Tentu on one day dia akan
menangis dan perlukan seseorang rapat dengannya berada di sisinya untuk
temankan dia.
“Spring?”
Spring toleh ke belakang, Rick berdiri tidak jauh darinya
dengan kedua tangan di dalam seluar, hidung dan mata merah dari menangis. (dah
tentu menangis dengan Raja Ellen) dan senyuman kecil terukir di hujung
bibirnya.
Rick menghulurkan tangan. “Jom pergi. Mereka yang lain
sedang menunggu kita.”
Spring memandang tangan Rick untuk seketika dan berfikir. Sepatutnya Miracle yang sambut tangan
tersebut. Bukan dia.
Spring kembali memandang Rick dan tersenyum tawar. Dia
mencapai tangan Rick dengan tangan yang menggeletar. “Rick…. It’s all my
fault.” Bisiknya dengan nada yang sama menggeletar dengan tangannya.
Rick segera memeluk Spring sambil mengusap rambutnya dengan
lembut. “It’s all our fault Spring. Bukan kau sahaja. Kita semua.” Dia memegang
kedua pipi Spring dan mengusap air mata Spring yang jatuh dengan ibu jarinya.
“So, kita akan tebus kesalahan kita dekat Miracle dengan tunaikan niat dia pula
okay?” Spring memandang wajah Rick tidak faham apa yang Rick maksudkan. “Kita
kena bahagia untuk Miracle. okay? kau boleh kan?”
Spring rasa air matanya kembali mengugut dan mengangguk.
“Mmhmm..”
Rick tersenyum kecil dan mengucup dahi Spring.. “Good Girl.
Now, lets go. Mereka dah tunggu kita.”
Spring hanya boleh mengangguk kerana dia dah tiada suara
untuk bercakap. Dan biarkan Rick pimpin dia keluar dari perkarangan tanah
perkuburan itu ke kereta yang tersedia untuk mereka dan kembali ke tempat asal
mereka. Kapal kargo buruk mereka.
Kapal yang penuh Impian.
Harapan.
Dan Kenangan.
“Axerialeth.” Bisik satu suara halus di dalam udara dengan
tenang dan tawa kecil yang merdu bersama aura putih berkerlipan, menari-nari di
bawa pergi oleh angin bayu.
.
.
Sementara itu, jauh dari tanah Kerajaan Sylvianne, didalam
sebuah kereta hitam roofless yang meluncur laju di atas jalan raya; dua
penumpang di dalam kereta tersebut berdiam diri menikmati kebebasan mereka dari
tanggungjawab di kota Sylvianne dan meneruskan hidup mereka yang baru di dunia
luas itu. Mengembara dan menerokai. Memenuhi sisa kehidupan mereka dengan
impian mereka sendiri.
Kevin, bekas P.A mangkat Permaisuri Sylvianne duduk di kerusi
penumpang depan dengan tangan di depakan keluar kereta. Merasakan Angin sejuk
membelai tangannya dan pemandangan laut di tepinya bersama matahari petang
berada di horizon dunia.
Dia memutar kepalanya memandang pemandunya dan tersenyum
kecil. Pemandunya tidak memberi sebarang riaksi muka di sebalik kaca mata
hitamnya dan di dalam jaket berhoodie. “Hey Maya…”
Pemandunya memandang Kevin untuk seketika, mendongakkan
dagunya menyuruh Kevin untuk bersuara sebelum kembali memandang jalan raya.
“Kau dah mati.” Katanya membuat pemandunya tertawa kecil.
“No seriously, kali ini kau betul-betul dah mati. Kau okay ke dengan semua ni?”
Pemandunya mengangkat bahu slamber. “That’s how lifes works
Kevin. Kau hidup dan selepas tu kau mati.” Katanya sambil menghembus nafas
panjang. “Kadang kala kau kena fake death untuk selamatkan orang yang kau
sayang. Dengan kematian Permaisuri Sylvianne, tiada siapa akan mempersoalkan
Ex-CR lagi. dah terbukti mereka juga manusia biasa seperti yang lain.” Dia
tersenyum kepada Kevin. “Sekarang, kita mulakan kehidupan baru. seperti kita
rancang.”
Kevin hanya melihat Miracle tersenyum tapi dia tahu senyuman
itu dipaksa. Miracle menyayangi rakyat Sylvianne dan sanggup menipu kematiannya
sendiri untuk keselamatan mereka. Berapa banyak kali dia nak korbankan
kehidupannya macam ni? Dia tak pernah ke fikir tentang kemahuannya sendiri?
Kevin tidak menyoalnya dan hanya mengangguk. Kali ini Kevin
akan melindungi Miracle. Dia satu-satunya keluarga yang tinggal. Dia takkan
biarkan Miracle bersedih lagi, berkorban diri untuk orang lain. Cukup dia
bersedih melepaskan benda yang dia sayang untuk orang lain. Kevin akan berada
di sisi Miracle dan bersumpah untuk bersamanya sehingga akhir zaman.
Kevin tersenyum kecil. “So, ke mana dahulu kita pergi?
Kapital? Atlantica? Broncile? Or bar berdekatan?”
Miracle memikir untuk sementara waktu dengan memandang
keudara dan tersenyum nakal. “Axerialeth.” Sahutnya melihat kapal kargo yang
dikenali berada di jauh di tengah laut.
Kevin juga memandang Kapal tersebut yang mula bercahaya dan
hilang dari pandangan kerana kapal tersebut menggunakan supersonic. “Kau mati
dua kali. Jadi Experiment bersama Axerialeth, Permaisuri bersama Sylvianne,
sekarang apa pula?”
“I don’t know. Kau rasa apa?” Soal Miracle dengan senyuman
nakal.
Terpapar senyuman sama seperti miracle pada wajah kevin. “Pengembara
bersama your loyal P.A?” Katanya mengenyit mata kearah Miracle membuat
pemandunya tertawa.
“Works for me!” Sahutnya sambil tekan pedal minyak. Membawa kelajuan penuh menuju ke horizon
dunia menerokai dunia baru hanya mereka berdua tanpa tali terikat pada diri
mereka. Hanya seorang wanita yang tidak lagi dianggap hidup dan lelaki yang
baru sahaja merasakan kehidupan; mencari ketenangan dan mengisi kehidupan
mereka dengan pengembaraan.
>X<
End
A/N: It supposed to be
cerita tentang Spring je dalam Novel Axerialeth dan Miracle hanya cebisan
memori dalam minda Rick yang menolong Rick untuk buat keputusan yang betul.
But, it ended up with Miracle masih hidup and I terobses dengan kisah hidup
Miracle lebih dari Spring. So, chapter ni kira closer untuk novel ni lah. Plot
yang tak tertulis dalam Novel angah sinopsiskan di sini. Watak Kevin pun
sepatutnya wujud dalam novel sebagai assassin yang Zeloid sememangnya diarahkan
untuk ambil balik Spring. And Kevin sepatutnya perempuan nama ‘Jinx’
huhuhuhuhu. But tukar jadi jantan pulokkk…. Next; Sepatutnya Miracle dan M27
takdok ada kena mengena. LANGSUNG. So, untuk tegakkan kebenaran tentang Spring
sepatutnya jadi main and focus character, Angah buat chapter ni untuk tunjukkan
yang semuanya tentang Spring. Pengorbanan rakannya untuk Spring. Apapun,
Miracle dan M27 related juga membantu pengorbanan mereka untuk Spring. Even it
hurt so much for Miracle T__T Poor Miracle yang sanggup buat apa sahaja untuk
precious Off-Spring.
Of course, Miracle
kena hidup sebab dia kira watak penting dalam cerita ni. Give her a chance to
live like she wanted her live to be. Dia tak boleh mati macam tu je!!! Angah
terlalu attached dengan Miracle. Lagipun, Miracle memang nak mengembara satu
dunia dari awal dia pecah keluar CR Base, so biarlah Ending Miracle, dia
mengembara dengan Kevin seperti mana dia nakkan setelah berkorban
segala-galanya demi orang yang dia sayang. (Angah bagi dia bawa Kevin sekali
supaya Miracle ada kawan selepas dia ‘mati’ dan mengembara. Supaya dia tak
kesunyian.)
So, that’s all nak
cakap tentang Axerialeth ni ^_^ Mungkin in the future angah buat shorts stories pasal (what if) ni. kisah pengembaraan dua saudara. But who knows… mungkin tak. huhuhuhuhuhuhu..
With love,
D.U.K
<3 <3 \(^3^)/
[Previous] | [MiT] | [End]
Okay, just thought of something.... don't you guys think this story will look more awesome if it turn out to be a comic? Hahahahaha I want to slap myself sebab suka fikir macam ni, sedangkan angah takda masa nak buat semua ni! *Cries* *cries*
ReplyDeleteAnyways... FIRST COMMENT! yeay!
Good job angah <3 Somehow I always dreaming that someday I'll creat a story like u. It's too hard though... Hahaha. I tried and it turned out... duhhh. Bad! Hahaha.
ReplyDeleteAww thank you Love~~! Trust me, citer angah dulu so amateur (Even now actually hikss >v<'') and keep on writing! biar teruk, dari novel ke novel, you will learn how to make better plot and story writing! Also, jangan segan post those tacky stories! (But I'm sure yours are awesome) sebab other's review will help you to improve! trust me... I've been there. .
DeleteAaaannndd...... LET ME KNOW IF YOU EVER POST YOUR STORY! I. WANT. TO. READ. IT!! huhuhhuhu I'm super nerd. a book maniac (,,^_^,,)
I'm serious thou, I want to read your story someday.
*wink wink*
Awww... Thnk u so much. This is the first time I get a compliment about my story (eventhough u never read it. huhuhuu) Sure I will tell u about that XD
Delete