Tenth L.O.S.T

The King’s Strength, the Witch’s Weakness-

Louis berdiri tegak di hadapan kerusi diraja didalam bilik takhta Istana, dengan mantel diraja terbentang megah dibelakangnya, putera raja ini mendongak melihat kerusi takhta milik Raja Arthur. 1001 perkara bermain didalam mindanya setelah kejadian malang menimpah keluarga diraja ini malam semalam. Pergaduhan dengan Raja Arthur, adik kesayangannya disumpah, Villain yang diingini dapat melarikan diri sekali lagi, hubungannya dengan Ivy dan pertengkahan antara Raja Arthur dan Permaisuri Genevier awal tadi pagi menggemparkan seluruh keperja istana.

Entah berapa lama mereka tidak dengar Raja dan Permaisuri Camelot bertengkar sehingga menjerit seperti itu. Selalunya mereka akan bergaduh sesenyap yang mungkin dan bila mereka bertengkar menengking; ia memberi petanda buruk kepada seluruh penghuni istana.

Kali terakhir mereka dengar dua kerabat diraja ini bertengkar seteruk itu pada masa kelahiran Puteri Charlotte. Bergaduh samada Puteri Charlotte patut dirahsiakan dari mata dunia; jadikan dia sebagai pekerja istana atau memperkenalkan dia sebagai dirinya yang sebenar. Seorang puteri Camelot, merahsiakan satu fakta kecil yang Charlotte bukan anak Raja Arthur.

Kali ini… pertengkaran mereka tentang Putera kebanggaan mereka pula. George Alexander Louis. Putera yang selama ini cuba menjadi anak yang baik kepada kedua ibubapanya, menjaga nama baik mereka—namun semua itu musnah hanya dengan satu kesilapan.

Dia jatuh cinta.

Adakah mencintai seseorang satu kesilapan?

Dahi Louis berkerut, dadanya rasa berat dengan matanya mula rasa menyengit. Louis memejam matanya dengan erat sambil tundukkan diri, rasa dirinya tidak layak untuk mengangkat kepalanya dihadapan kerusi takhta Ayahandanya.

Keluhan berat yang menggeletar terlepas dari celah bibir. Sakit kepala semalam kembali menyeksa dirinya.

Kalau dia seorang yang naïve, dia pasti akan mencari tempat untuk melepaskan segala keperitan yang dia rasa didalam dadanya, meluahkannya seperti dia menuang air kedalam gelas sehingga melimpah. Tidak teragak-agak untuk membuka perasaannya yang sebenarnya.

Namun… Dia seorang putera. Bakal pemerintah Enchanted yang pertama. Dia tidak boleh tunjukkan sebarang kelemahan. Tidak. Dia kena buktikan pada seluruh Enchanted yang dia seorang pemerintah yang kuat, yang boleh memimpin mereka dan tidak goyah akan masalah seperti ini.

Dia kena jaga maruah, nama dan pangkatnya sebagai seorang bakal pemerintah Enchanted.

Sekali lagi. Kalau Louis seorang yang naïve, dia pasti akan tinggalkan semua tanggungjawabnya dan berlari—melarikan diri bersama Ivy; itupun kalua Ivy masih ingin menerimanya.

Oh Lord…. Jangan rampas kekuatan Beta…”

Bisikan rayuan boleh didengar jika kita senyap. Bisikan yang sayu terlepas dari bibir Putera agung yang disanjungi; yang sedang berdiri di hadapan kurusi takhta Raja Arthur.

“Jadi dialah kekuatan Tuanku yang sebenarnya?”

Louis mendongak sebelum berpaling kebelakang, melihat Puteri Julliana yang kelihatan sangat jelita seperti selalu, gaun biru yang membuat kecantikannya menyerlah, bersinar dibawah cahaya matahari yang masuk dari jendela bilik tersebut.

Wajah Julliana kelihatan sedih. Malah, kelihatan seperti dia juga didalam kesakitan seperti Louis, namun Puteri Permaisuri Cinderella ini lebih pandai menyembunyikannya dari Louis.

Puteri Julliana datang mendekati Louis dan berhenti beberapa meter jauh dari Putera raja itu. Seperti jika dia dekat dengan Putera George, segala kudratnya untuk memasang topeng ‘berkompos’ itu jatuh pecah dan menunjukkan keperitan yang hatinya alami.

“Puteri Jul—”

“Dan bukannya Jill?” Potong Puteri Julliana dengan nada terkhianat. “Selama ini perjuangan saya dengan orang yang salah….” Bisiknya lebih kepada diri sendiri sebelum kembali memandang Putera George. “I don’t get it…. Macam mana ahli sihir tu boleh jadi—sedangkan Tuanku baru kenal dia setahun yang lalu. Tuanku tak boleh jatuh cinta padanya macam tu sahaja… itu—itu tak adil bagi saya. Mana peluang saya—

“Ia tak semudah tu Jull, kamu takkan faham—

“Than make me understand!—” Julliana menutup mulutnya dengan tangan belakang, menahan dirinya dari jatuh berkecai, namun setitis air mata agak sukar untuk ditahan. Badannya menggeletar kerana tangan kiri di sisinya di genggam erat. Kalau dia tidak bersarung lengan, pasti terlihat tulang penumbuknya pucat dan mungkin kukunya mencengkam tapak tangannya sehingga berdarah.

“Tell me George… stop keeping me under the dark! Saya tunang kamu dan saya berhak untuk tahu! I’ve loved you for as long as we’re engedge and not a single moment you let me enter your heart!” sahutnya dengan nada rendah namun kedengaran sayu, membuat Louis bertambah rasa bersalah. “I’ve been wounded for a long years George…. Atleast—sekurang-kurangnya beritahu saya bagaimana? Saya hanya nak tahu…. Saya berhak tahu siapa yang sebenarnya yang telah takhluk hati kamu. Saya merayu Tuanku.”

Louis memandang wajah Puteri Julliana untuk seketika, melihat dirinya menggeletar dengan kemarahan, kesedihan; expressi wajah yang keperitan dan mata yang berkaca menunjuk kesakitan yang hatinya alami.. namun disebalik air mata bertakung itu, mata biru Puteri Julliana tetap membara, seperti dia masih berjuang untuk keadilan hatinya walaupun dia tahu dia telah tumpas.

Dan pada saat itu, Louis faham akan perasaan Julliana.

Louis mengangguk tanda dia setuju dan menarik nafas dalam. “Ya, selama ini bukan Jill tapi Ivy. There were never Jill from the start—

“Bagaimana?—

“Beta kenal Ivy dari kecil lagi.” Jawab Louis membuat Puteri Julliana tambah tertanya-tanya. “Kami berkenalan pada umur 7 – 8 tahun didalam hutan Mahligai—jangan Tanya bagaimana dia boleh lalu tembok berduri tu… kami berdua masih tertanya-tanya juga tapi dari situ persahabatan kami bermula.” Louis berikan Puteri Julliana satu senyuman nostalgic. “It all started because both of us… are two broken doll.” Katanya lagi. “Hidup dibawah kawalan dan pandangan orang ramai, menginginkan kesempurnaan pada diri kami. Sedangkan… kami berdua penuh dengan kelemahan. Jadi….” Louis berpaling arah dari menatap mata PUteri Julliana, kerana dia sedang mendedahkan rahsia yang tiada siapa pernah tahu. Dan ia sangat menggentarkan. “Dengan perlindungan pokok Hutan Mahligai dan keajaipannya, persahabatan kami terjalin, kelemahan kami tertunjuk pada sesame sendiri dan terhasillah… satu dunia kecil hanya kami berdua.”

Louis berhenti seketika, mengusap lehernya kerana rasa segan untuk teruskannya. Sedikit serbuk merah tertabur pada pipi Louis dan senyuman assymetri terukir di hujung bibir. Namun, ia segera jatuh bila ayat seterusnya di sambung. “Like every fairytale story, friendships turn into love. A very dangerous love dan kami berdua sedar akan risiko itu.”

“Kami datang dari dua dunia yang berbeza, beta dan dia tidak mungkin akan bersama dan kami berdua sedar… tahu yang suatu hari nanti, kami tidak akan berjumpa lagi. Perasaan kami akan menjadi sangat merbahaya jika ia bertambah dalam.”

“Kalau Tuanku tahu, mengapa Tuanku tidak berhenti?”

Louis memandang Puteri Julliana dengan expressi wajah yang lembut. “If you are to fall in love, don’t you want to cherish every single moment with them? As long as you could?”

Persoalan itu membuat Puteri Julliana terdiam. Kerana dia juga seperti itu. Mencintai Putera Raja dihadapannya dan akan buat apa sahaja untuk berada di sisinya, menghargai setiap saat selama mana yang dia boleh.

Melihat Julliana tundukkan pandangannya membuat Louis tersenyum sedih. “The funny thing is… Ivy tak fikir macam tu. Dia beritahu Beta untuk berhenti jumpa dia, kami patut berhenti sebelum ia terlambat, sebelum kami berdua terluka lebih dalam. Namun… setiap perjumpaan ‘terakhir’ kami… setiap kali dia kata dia ‘mungkin’ tidak akan datang lagi… dia tetap datang. Dan dia panggil Beta seorang lelaki yang bodoh kerana berharap untuk dia kembali.” Louis tertawa kecil teringatkan masa silam itu.

“The both of us are morons… but I’m the biggest fool.” Louis menarik nafas dan menghembus. “You see, Beta tidak kuat… Beta sangat lemah dan dengan segala tekanan orang Enchanted beri…. Kamu tak tahu berapa banyak kali Beta berhasrat untuk lepaskan takhta beta kepada Putera Ezra.”

“But you can’t.”

“That what she said.” Kata Louis dengan nada sedikit lawak. “Dia siap ugut Beta. ‘If your dare thinking of running away, don’t aspect seeing me again or the daylight again, chicken.’ Bayangkan dia cakap ayat tu pada bakal pemerintah yang digeruni seluruh Enchanted. Sounds like an idiot right? Tapi kerana dia, Beta dapat bertahan dengan beban-tanggungjawab ni. she’s pushed me to exceed my limit, she pulls me up when I’m down… she was there when I need her. She was—is my strength Julliana. Always.”

“Sehingga Tuanku dan ahli sihir itu… berpisah…” Puteri Julliana bersuara, menarik perhatian Louis.

Louis mengangguk kecil. “Dia menjadi kekuatan dan kelemahan Beta. Beta sangat marah bila dia tinggalkan Beta… Beta masih berharap, tetap berharap suatu hari nanti dia akan kembali ke hutan mahligai seperti mana dia selalu buat bila dia kata dia mungkin takkan kembali. Selama bertahun Beta menunggu sehingga Beta terima kenyataan yang dia…. Takkan kembali…”  Louis memandang kedua tangannya sebelum menggenggam dengan erat. “Beta sedari Beta dah kehilangan kekuatan beta dan…. Beta rasa kosong, tiada harapan untuk dia kembali… Dia umpama mimpi dalam tidur beta dan lenyap bila beta bangun. Bangun kedalam dunia reality yang sangat pahit.”

“Dan dengan kekosongan yang Dia tinggalkan, dan kemarahan terhadapnya kerana buat Beta seperti ini… beta cari cara untuk mengisi kekosongan ini, berfikir yang Beta boleh lupakan dia dan…. Pada masa tu, Jill muncul dalam hidup beta.” Louis kembali memandang Puteri Julliana dengan senyuman pahit. “DIkhianati oleh wanita tu hanya kerana Beta tidak boleh lepaskan Ivy. Beta yang salah kerana mempergunakan Jill dan cuba tidak mengulangi kesalahan itu lagi tapi… kamu muncul. Sebagai tunang Beta dan… sekali lagi… beta melukai mereka yang mengambil berat tentang diri beta.”

Louis mengambil beberapa langkah mendekati Puteri Julliana sebelum berlutut dihadapan Puteri itu. “Dan Beta tersangat kesal kerana melukai hati kamu Puteri Julliana. Beta tak tahu bagaimana nak tebusi kesalahan Beta terhadap kamu.”

Puteri Julliana segera tunduk berlutut, sedikit rendah dari Louis. “Please raise your head Your highness. Tolong jangan letak diri Tuanku lebih rendah dari saya.” Katanya dengan nada menggeletar, air mata jatuh membelai pipinya yang kemerah-merahan. “Ini bukan salah Tuanku. Tolong jangan salahkan diri Tuanku. Ia… ia salah saya kerana tidak dapat memahami perasaan Tuanku, tidak memikirkan kesukaran yang Tuanku alami selama ni. Ini salah saya, saya sebagai tunang Tuanku patut perasan semua ini.”

“Tapi Jull—

Puteri Julliana menggeleng, mencapai tangan Louis dan bawa putera raja itu bangun. “Jangan salahkan diri tuanku… saya… saya taknak jadi beban pada Tuanku, saya nak jadi kekuatan—tapi…. Tapi nampaknya perkara itu agak mustahil….” Puteri Julliana melepaskan tangan Louis dan mengambil beberapa langkah kebelakang.  “M-Maafkan saya T-Tuanku… saya…” Kali ini dia tidak dapat menahan perasaannya dan segera berpaling kearah pintu keluar dan berlari pergi sambil kepala tertunduk tanpa berkata apa-apa pada Louis.

Semasa Puteri Julliana membuka pintu, dua Putera raja berada dihadapannya, hampir melanggar salah seorang putera itu.

“Woah, maaf Puteri Jull!” Putera Phillipe segera mengangkat kedua tangannya dan membelakangkan diri dari Puteri Julliana, agak terkejut kerana dia baru sahaja nak buka pintu tersebut tapi telah dibuka oleh puteri Julliana dari dalam.

Phillipe perasan air mata yang membasahi pipi Puteri tersebut dan ingin menyoalnya tapi Puteri Julliana segera beredar meninggalkan dua putera itu di hadapan pintu dengan expressi buntu tertera pada wajah mereka.

Putera Phillipe dan Putera Xiao Ai saling berpandangan sebelum beralih pada kawan rapat merka yang berada di dalam bilik takhta diraja. Melabuhkan punggung di anak tangga terakhir naik ke kerusi takhta Raja Arthur.

“You look charming as always Your Highness.” Putera Xiao Ai bersuara dan mendapat pukulan di perut oleh Putera Phillipe. “Apa?” Soalnya dengan kedua tangan didalam poket, datang mendekati rakan mereka sebelum bersuara lagi. “kesan hitam bawah mata Tuanku Nampak sangat menawan—

“Enough Xiao! Maan…. Kalau kau nak berlawak, bukan sekarang masanya.” Tegur Phillipe. “Kau tak tau nak baca keadaan ke?”

“In the contrary… aku tahu apa yang terjadi sebenarnya dan aku tak berlawak. It is called sarkastik. Ever heard of it?”

Thank you Xiao Ai, aku rasa kau takyah nak panggil aku Tuanku kalau niat kau nak buat aku rasa tambah bersalah.” Louis melontarkan renungannya yang menggerunkan pada Putera China itu.

Putera Xiao Ai menarik sengih. “Come on dude, you get what you deserve. Aku sebenarnya agak kagum mendengar kau dan Ahli sihir tu ada hubungan. All this time I thought the two of you will be enemy for life but….” Putera Cina ini tertawa dengan gelengan tidak percaya. “Who have thought you two having a secret rendezvous all this time. For a long time.

Putera Phillipe memutar bola matanya dan mencangkuk depan Louis, menyentuh lutut Louis seumpama memberi semangat. “Selama ni aku ingat aku putera yang paling rebel antara kita bertiga tapi rupanya…. kau lebih gila dari aku.” Katanya dengan gelakan terhibur membut Putera China dan bakal pemerintah Enchanted ini juga tertawa.

“Thanks guys, sebab setia di sisi aku selepas korang tahu tentang perkara ni.” kata Louis dengan senyuman berterima kasih.

Putera Cina ini menepuk bahu Louis. “Hey, there’s no prince in Enchanted is perfect. Aku lega mengetahui kau ada kesilapan. Kesempurnaan kau buat aku meluat kadang-kadang dengan kau tau tak?” Usiknya sambil menghulurkan tangan. “Besides, kita Power Trio kebanggaan Enchanted. We get your burden George.”
Putera Phillipe kembali bangun, memperbetulkan bajunya sebelum menghulurkan tangan kepada Louis juga. “Dan aku kagum dengan kau juga sebab antara kita bertiga, kau tanggung beban yang paling besar dan kau dapat hormat aku kerana dapat bertahan selama ni, rather than breaking down like a whiny brat.”

Putera Xiao Ai menyiku perut Putera Phillipe. “That’s you, you moron.”

Phillipe berikan senyuman nakal pada putera cina itu. “Kata Putera perfection yang ada ayah yang tak berperikemanusiaan.”

“You bring up again about my f*cking dad and I will slit your throut.”

“See? Breaking down.” Putera Phillipe menuding jari pada Putera Xiao Ai. “Semua orang ada kelemahan. Including this Perfect Prince.”

Louis hanya tertawa dengan gelengan melihat kedua rakannya sempat bertelingkah dihadapannya. Dia memandang kedua tangan mereka yang masih terhulur dan dengan senang hati dia menyambutnya. Kembali berdiri dengan pertolongan Putera Xiao Ai dan Putera Phillipe.

“Really guys, thanks for understands me.”

“No biggie, princy...” Putera Scotish ini memeluk bahu Louis sambil mereka bertiga bergerak keluar dari bilik takhta itu. “But, no promises with Prince Edward thou. Kau hancurkan hati Putera Julliana. His sweet precious Sister.”

Putera Xiao Ai pula menepuk belakang Louis. “Dia putera yang berfikiran rasional. Dia pasti nakkan penjelasan dari kau, talk to him when you have the chance.”

“Fat chance that is.” Tambah Putera Phillipe dengan senyuman nakalnya yang terkenal. “Isn’t Putera Edward juga simpan perasaan pada Ahli sihir kau yang gila tu George?”

“But if you put a good word to him, aku pasti Putera Edward akan faham. He knows how you feel.” Tambah Putera Xiao Ai.

Louis menggeleng kepalanya dengan tawa kecil. Berfikir yang dua rakannya ini umpama Devil dan Angel. Berbisik pada telinganya apa yang dia patut buat.

Ini buat Louis menghembus nafas lega, mendepakan tangannya belakang mereka dan memeluk leher kedua rakannya. “I would trade the world for you two.”

Putera Phillipe ketawa berdekah. “Louis dah start merapu! Dah-dah, Jom cepat sebelum Raja Arthur makan kau lagi macam semalam!”

Putera Xiao Ai menarik sengih. “Kau terharu lebih Phil, tapi kau betul. Taknak buat para kerabat diraja tunggu keputusan terbesar Bakal Pemerintah Enchanted akan umumkan pada mereka.”

“Is that a joke Xiao?” Soal Louis dengan kening terjungkit.

Putera Xiao Ai berikan senyuman nakal yang jarang terukir pada bibirnya. “Now you know that I too, can joke.”

“yang paling teruk. Aku setuju.” Usik Putera Phillipe dan mendapat pukulan padu di belakang kepalanya dari Putera Xiao Ai. Ow—Oi!

“Heh… now, I wonder apa ahli sihir gila kau tengah buat sekarang. Memandangkan dia dah bebas dari hukumannya.”

“Nothing...” Louis berhenti sebelum dia mengeluh. “I hope. Korang, aku percayakan dia, Aku harap korang atleast boleh percayakan aku tentang Ivy.”

Putera Phillipe yang mengusap kepalanya berpaling melihat Louis. “Dude, she got you good.”

“Yes. Yes, she is.”

“And it’s a good thing.” Tambah Putera Xiao Ai lagi, dengan senyuman lembut pada Putera di antara mereka. “You’ll see.”

>X<

Well, well….” Suara Gretel menarik perhatian Ivy dari membaca buku magic ibunya, mendongak melihat adik kawan rapatnya menyandar pada pintu bilik. “You look pretty…… dead.”

Ivy menggosok matanya dengan penat dan melontar buku Black Magic pemberian ibunya masuk kedalam bag sandang. Dia mengusap mukanya dengan keluhan, melabuhkan punggung di tepi katil.

 “Kau pasti ke kau cukup sihat untuk keluar jalankan kerja kau sebagai apprientice Wizard Merlin? Selepas kejadian mengejutkan terjadi di Majlis tari menari malam semalam? I heard it went pretty bad.”

Ivy berikan senyuman tawar dan bangun dari katil. Memanggil Diaval yang berada di tiang rehat ke bahunya. “Aku okay Gret, lagipun, kalau aku tinggal di sini lagi teruk.” Katanya, mengambil beg sandangnya dan bergerak keluar dari bilik bersama Gretel. Sempat meninggalkan nota pada meja belajar Ezra sebelum menutup pintu biliknya. “Majority kerabat diraja salahkan aku yang sumpah Puteri Charlotte into deep slumber. Tentu khabar angin ni dah tersebar ke seluruh Academy.” Ivy menjeling pada para pelajar yang lalu di tepi mereka berdua, juga menjeling pada Ivy dan berbisik pada sesame sendiri. “See? I have to get away until the rumour died down.”

Gretel menepuk bahu Ivy sebelum memeluk bahu kawan rapat abangnya itu. seumpama bagi semangat untuk Ivy bersabar. Gretel dapat tahu, pada malam majlis tari menari itu, selepas pengumuman rasmi Ivy sebagai apprientice The Great Wizard Merlin, satu kejadian yang mengejutkan berlaku; Puteri Charlotte telah diserang oleh Villain Losing Heart.

Tiada siapa tahu tentang Sumpahan Losing Heart yang telah lama berlaku di tanah tersebut; hanya orang-orang tertentu sahaja dan ini menyebabkan Ivy mendapat nama buruk yang dia telah meletak sumpahan keatas Puteri Charlotte.

Banyak konspirasi yang dibuat oleh kerabat diraja pada malam itu. Ivy the Devil dekatkan diri dengan Puteri Charlotte selama ini hanya untuk menyumpah Puteri itu. Ingin menghancurkan Kerabat diraja Camelot; Bermula dengan Puteri kecil sebagai amaran dan akan menyerang setiap ahli keluarga Raja Arthur.

Konspirasi ini di kukuhkan lagi bila beberapa orang dari tetamu yang datang pada malam itu mengaku yang mereka lihat Puteri Charlotte mengejar Ivy the Devil keluar dari dewan tari menari sebelum kejadian itu bermula. Memang tidak syak lagi mereka jangka Ivy the Devil yang meletak sumpahan keatas Puteri Charlotte.

Puteri Ezra, The Great Wizard Merlin dan beberapa kerabat diraja yang merupaka ‘The Believers’ cuba mempertahankan Ivy mengatakan dia tidak bersalah tapi—Ye lah, Ivy dari Vicious, tiada siapa yang tidak akan syak ahli sihir muda itu untuk berbuat sekeji itu.

Ivy tak kisah. Dia sebenarnya tidak seberapa kisah tentang konspirasi itu, malah dia juga menyalahkan dirinya sendiri kerana terbawa-bawa dengan perasaan marahnya dan biarkan Puteri Charlotte mengikut Jack.

Dia patut lebih tahu untuk tidak biarkan lelaki psycho itu bawa Puteri Charlotte pergi. Lelaki itu terlalu merbahaya dan Ivy tahu fakta itu. Namun dia tetap biarkan Jack bawa adik Louis pergi.

Dan tengok apa dah jadi sekarang? Charlotte terlentar diatas katil didalam eternal slumber dan Jack berjaya melarikan diri dari jenayahnya. Menghilangkan diri dari Academy entah ke mana tiada siapa yang tahu. Tiada siapa dapat menjejak di mana lelaki durjana itu berada sekarang.

Ivy mengeluh berat. Sekurang-kurangnya berita tentang hubungan Ivy dan Louis tidak sampai ke telinga orang luar. The Great Wizard Merlin telah Berjaya memutar belitkan memori tetamu yang ada didalam majlis; memadam memori mereka tentang Ivy mendedahkan hubungannya dengan Louis pada khalayak ramai dan Louis mengejar Ivy dari memilih untuk berdiri di sebelah Tunangnya. Menukarnya kepada Ivy membuat persembahan agak menakutkan dan Putera Geroge menegur kelakuan Ivy dan ia menghasilkan pertengkaran diantara mereka berdua sehingga Ivy dengan kurang sopan keluar dari dewan itu. Putera George mengejar Ivy menyuruh dia meminta maaf namun ahli sihir muda ini menepis putera George ketepi.

Ivy yang cadangkan memori itu diubah seperit itu dan nak taknak The Great Wizard Merlin terpaksa bersetuju untuk selamatkan nama Putera George. Tambahan pula, mereka tiada masa untuk fikir sketsa lain untuk mengubah memori mereka pada saat itu.

Dah tentu Puteri Julliana mengetahui hubungan mereka tapi Puteri itu bersetuju untuk tutup mulut selagi Ivy jauhkan diri dari Louis.

Jangan risau. Ivy akan jauhkan dirinya dari Louis.

Untuk kebaikan mereka berdua juga.

Ivy pernah kata dahulu; mereka berdua tidak boleh bersama. Situasi mereka tidak membenarkan mereka untuk bersama. Ivy dan Louis hidup didunia yang berbeza.

Tapi ayat Louis pada malam selepas majlis tari menari itu bermain didalam minda Ivy; ia telah lama bermain selama dua hari itu tanpa henti seperti filem titanic. Sangat sedih tapi tetap di tayang berulang-ulang kali tanpa rasa jemuh.

“I will take the throne dan dengan kuasa yang beta ada, beta akan kekalkan Ivy di sisi beta. No matter what it takes, I will never let her go. So….” Ivy bersembunyi di sebalik langsir mengetap bibir, menahan diri dari tidak buat sebarang suara dan dedahkan persembunyiannya. “beritahu dia untuk bersabar dan yakin dengan beta yang beta akan selesaikan semua masalah ini. untuk kita berdua. I want my future filled with her.”

Dia masih nakkan aku dalam hidupnya… desis hati Ivy, susah ingin percaya kata-kata Louis namun nadanya cukup meyakinkan. Tapi perasaan dikhianati lebih kuat tertanam dalam hati Ivy untuk percayakan kata-kata Louis lagi.

“So, if you by any chance jumpa abang aku, tolong tanya kalau dia makan healthy okay? Aku risau ketagihannya dengan manisan bertambah teruk tanpa sesiapa pantau dia.” Gretel bersuara semula bila mereka sampai di depan pintu masuk asrama, dimana kenderaan kuda Ivy telah menunggu dia dari tadi dan didalam kenderaan itu ada The Great Wizard Merlin sedang menunggu. Dia kelihatan sibuk dengan bebola kaca didalam tangannya.

“Kalau aku jumpa dia. Masalahnya dia tak bagitau aku kami pergi ke mana, It’s top secret.” kata ivy mengangkat bahu kurang pasti. “Aku hanya ikut ke mana The Wizard Merlin pergi. Aku harap aku boleh membantu Wizard Merlin nanti, I’m his apprientice.”

Gretel menarik sengih. “mungkin keluar tangkap mamat gila tu dan kau jadi umpan untuk dapatkan Jack. Aku takkan sangka lelaki tu obsess dengan kau. tentu sesi kejar-mengejar korang sangat seronok kan?”

“Oh come on, kau buat kedudukan aku nampak sangat menyedihkan.” Ivy bercekak pinggang dengan bibir dicebik. “Yes, lebih kurang macam tu but a little cooler. Sebab aku dah ada magic.” Ivy menggoyangkan jari jemarinya, menghasilkan sedikit percikan majik.

Gretel ketawa sambil menggeleng. “Just don’t try to fry him. Dia saksi pada true Villain Losing Heart. He’s dead and we’re back to square one.”

Ivy kerutkan hidungnya, tahu sahaja Gretel yang Ivy ingin seksa lelaki durjana itu. “Fine. Aku takkan bakar dia sebelum dia buka mulut.”

“Vicious as always.” Komen Gretel. “Oh dan bawa rantai ni, ia akan lindungi kau dari Villain—”

 “Ivy!!”

Tidak sempat Ivy berpaling ke suara yang menjerit, sekujur badan telah pun merumpuhnya dan takle dia di leher dengan erat ke lantai. Membuat Ivy tercekik dengan pelukan maut itu. “H-Hanna…. Aku—Tak boleh bernafas!”

Gweneth menarik Hanna dari atas Ivy, menyelamatkan ahli sihir muda itu dari dibunuh dengan kasih sayang kematian Hanna.

Apple Red pula menghulurkan tangan, menolong Ivy bangun semula. “Kau okay?”

Ivy mengangguk sebelum memandang ketiga puteri itu dengan riak wajah pelik. “Apa korang buat kat sini?”

Gweneth memutarkan bola matanya. “To say goodbye to you, duh! Kalau bukan disebabkan Gretel beritahu kami tadi pagi yang kau nak jalan tengahari ni, tentu kami takkan jumpa kau lagi.”

“Yeah!” Hanna mengangguk setuju. “Asal tak bagitahu kami kau dah nak pergi buat kerja apprientice kau ni? We should make a goodluck and goodbye party last night!”

Apple Red menyentuh bahu Ivy dan berikan senyuman lembutnya. “Ivy, aku tahu kenapa kau tak bagitau kami tapi… kami kawan kau, dah tentu kami percaya yang kau takda kena mengena dengan sumpahan yang terkena pada Puteri Charlotte.” Apple Red memegang kedua tangan Ivy dengan erat. “You should trust us better Ai…”

Ivy memandang keempat-empat kawannya sebelum air mata mula mengugut untuk turun. Rasa terharu semacam dengan empat kawan enchantednya ini.

Juga perasaan rindu pada Dottie dan Caramel bila lihat perangai mereka seperti itu.

Deja vu” sahut Ivy membuat yang lain buntu tapi Ivy abaikan dan melontar tangannya kearah mereka berempat.

Empat sekawan ini saling berpandangan tertanya kenapa Ivy tiba-tiba emotional tapi tidak mempersoalkannya dan membalas pelukan kawan ahli sihir mereka itu.

Sementara itu;

Ah-choo!”  Dottie menggosok hidungnya tiba-tiba bersin tanpa sebab dan memandang kearah budak lelaki emo, berbaju serbah hitam yang menyedihkan dan muka pucat bagai mayat yang tercegat di belakangnya selama mana Dottie boleh ingat. “Athens, aku dah kata. AKu tak boleh bawa kau ke Gunung Furious. Its Dangerous.”

Melihat dari renungan mata hitam pekat Athens buat Dottie mengeluh berat. Merungut dalam diam; tertanya kenapalah Budak tu tiba-tiba melekat dengan dia selepas pemergian Hansel. “Fine. Get on.” Katanya menghulurkan tangan kepada budak lelaki berambut panjang, menutup sebelah matanya itu untuk naik haiwan perliharaannya yang berkepala tiga.

Athens tersenyum gembira dan menyambut tangan seniornya itu.

.  .  .

“Ah-choo!”

Utopia mendongak melihat seniornya yang tiba-tiba bersin tanpa sebab. “Kak Carie allergic dengan hairspray ke?” Soalnya sebelum melihat dirinya didepan cermin, rambut didandan cantik oleh Caramel.

Caramel hanya kerutkan hidungnya yang gatal sebelum menggeleng. “No, there’s a b*tch talking about me again.” Caramel mengeluh dengan cantik. “aku terlalu menawan sampai semua perempuan cemburukan aku dan kau…” Caramel menyentuh kedua bahu Utopia. “kau akan jadi secantik aku! Just like me, Dottie and Ivy. You’ll fine your own soulmate with this pretty face of yours!”

Utopia tersenyum lebar dan mengangguk. “A prince!”

Caramel hanya ketawa sambil menggeleng. Tidak berkata apa-apa kerana tidak ingin menghancurkan impian Utopia. Lagipun, suatu hari nanti Utopia akan sedar juga yang dia takkan dapat seorang putera raja atau pergi ke tanah seberang.

Mungkin. Kalau pergi ke tanah seberang pun dia tidak akan dapat putera raja yang dia nakkan.

Kerana mereka semua akan mati.

Senyuman wicked terukir pada bibir merah jambu Caramel, tidka sabar menunggu saat saat itu terjadi.

Kembali di Enchanted, Rakan-rakan Ivy berikan ahli sihir muda ini semua barang yang dia perlukan untuk pengembaraannya. Kebanyakannya barang yang tidak diperlukan, jadi Ivy terpaksa tolak dengan baik dan ambil beberapa benda sahaja untuk sedapkan hati tiga puteri itu.

Terutamanya rantai yang Gretel berikan pada Ivy. pelindung dari terkena sumpahan Losing Heart. The Believers kena pakai rantai tersebut untuk mengelakkan informasi mereka terbongkar pada Villain itu. juga menghilangkan jejak mereka dalam mencari si Villain ini.

“Be careful okay.” Gretel memicit bahu Ivy, seumpama memberi semangat kepada ahli sihir muda itu sekali beritahu dia untuk sentiasa berjaga-jaga di luar sana.

Ivy mengangguk dan mengucapkan selamat tinggal pada kawan-kawannya, naik kedalam kenderaannya dan duduk di hadapan The Great Wizard Merlin dengan Diaval berada di pangkuannya.

“Dah bersedia Cik Ivy?” Pengetua Merlin masukkan bola kristalnya di dalam topi ajaib sebelum Ivy sempat menjenguk gambaran didalam bola tersebut. The Great Wizard Merlin berikan senyuman manis pada Menteenya.

Ivy mengangguk; tidak seberapa kisah apa yang terkandung dalam bebola Kristal itu dan mengetuk dinding kenderaan bahagian coachman itu. “Jom pergi.”

“Baik cik Ivy.” Coachman itu bersuara dan mengarahkan kuda-kudanya untuk bergerak.

Ivy pula keluarkan kepalanya dari tingkap kenderaan dan melambai selamat tinggal kepada empat rakannya yang berdiri didepan pintu asrama academy. Mengendahkan renungan dari pelajar lain padanya dan tetap melambai pada rakannya dengan senyuman lebar.

“See you soon!”

Wizard Merlin hanya melihat kelakuan Ivy; kembali duduk dihadapannya setelah mereka dah jauh dari bangunan asrama academy. “Kamu ada kawan yang baik.”

“Hmm?” Ivy tumpukan perhatiannya pada Wizard Merlin dan mengangguk kecil. “Ya. Saya beruntung dapat kawan seperti mereka.”

Wizard Merlin mengangguk setuju dan mengeluarkan sesuatu dari lengan jubah bajunya; sebuah buku kecil dan berikan pada Ivy.

“Apa ni?” Soal Ivy menerima buku tersebut. Tidak seberapa faham tulisan kuno yang tertulis pada cover buku kecil itu.

“Charmed book.” Jawab Pengetua Merlin dengan senyuman kecil melihat Ivy membuka buku kecil itu dan dapat tahu ia kosong. “Buku ni mengandungi 1001 pengetahuan, ia akan muncul bila kamu betul-betul perlukannya.”

Ivy kembali mendongak memandang Pengetua Merlin. “Macam…. Nota tambahan subjek philosophy dari Prof. Hawkthorn?”

Seperti apa yang Ivy inginkan, buku tersebut menunjukkan barisan ayat diatas muka surat kosong. Mata Ivy terbeliak bulat bila dia baca isi kandungan yang wujud secara magic didalam buku tersebut. “Ni nota Prof!” sahutnya dengan girang. “No way… saya takkan ketinggalan pelajaran kalau macam ni! Dan… oh Lord, kerja kita akan jadi lebih senang dengan adanya buku ni. Dari mana Tuan dapat buku ni?”

“Dari seorang kawan. Tapi itu tak penting, yang penting kamu boleh gunakannya bila kamu perlukannya.” Kata Pengetua Merlin dengan senyuman. “So, saya harap tiada alasan tentang prestasi akademik kamu merosot nanti ujian akhir semester ni. Faham?”

“Yes sir!” sahut Ivy dah ingin membaca buku tersebut, tapi niatnya untuk mula membaca terbatal dan melihat Wizard merlin semula. “uhm.. anyway, kita nak ke mana sebenarnya?”

“You’ll see dear.”
>X<

(A/N: YESSSS!! YAASSSS! Finally an update! ini bermaksud semester angah dah tamat and I'm free to write! boleh update chapter weekly again! I have so many Ideas for the latest chapter and can't wait to share it to all of you!! tapi for the next novel tak start lagi cam mana plot BUT THAT CAN WAIT!! anywayssss enjoy my peeps! and the next chapter will out in a couple of days! I promise thy~ lol *Hug&kisses*)

P/S: we interrupt this programme to promote a new e-novel blog! http://mysticalwritings2017.blogspot.my/ ! ! ! angah dah baca her first novel called 'The Pit' and so far so good! It's really Goooooooood! Angah sarankan korang pegi blog dia and read it for yourself! huhuhuhuhuhu and if the author reading this now~~ Good luck on your writing love!! I know you can do it! 

2 comments: