New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Saturday, 11 March 2017

Fourteenth L.O.S.T

An old secret

Ivy mengendahkan pandangan orang istana pasti mempersoalkan wajah Ivy yang sembab, hidung merah namun matanya membara seperti dia sedang marah. Membuat pekerja istana takut akan ahli sihir itu.

Ahli sihir ini hanya tumpukan perhatiannya di hujung laluan istana di mana ia akan bawa Ivy ke bilik penyelidikan Hansel.  Dia cuba tumpukan perhatian pada perasaannya yang secara perlahan redah dari kesedihan. Dia taknak bila dia masuk kedalam bilik tu, perkara pertama mereka akan tanya mengapa Ivy kelihatan seperti dia baru sahaja bersedih.

Tak, Dia kena pakai topengnya sekali lagi. Topeng yang menyembunyikan segala kerisauan dan kecelaruan dalam minda.

Ya, Mindanya bercelaru; Dia rasa tidak aman dari awal Ivy mulakan ‘pengembaraannya’ bersama The Great Wizard Merlin. Dia tak dapat nak tidur dengan lena, walaupun Diaval cuba untuk tidurkan dia seperti dahulu kecil. Kadang kala dia ingin masa bersendirian namun jika dia menyendiri terlalu lama mereka akan tahu dia ada masalah.  Hansel tahu dia ada masalah. Itu perkara terakhir dia nak, Hansel risaukan dia sedangkan lelaki itu ada perkara lebih penting yang patut dia risaukan.

Ivy rasa seperti matanya di silaukan dengan masa silam bila dia teringatkan lagi kata-kata Louis pada malam penuh tragedy itu. Di mana Louis janji yang dia akan buat apa sahaja untuk pastikan Ivy berada di sisinya.

Ayat Louis yang bermain didalam minda Ivy hampir membuatkan topengnya jatuh. Hatinya hampir luntur dengan kata-kata janji dari Puteranya. Ivy tidak pernah menyangka yang Louis akan pergi sejauh tu untuknya. Membuat keputusan yang sangat berisiko tinggi, membolehkan namanya rosak, membuat kepercayaan rakyat Enchanted pada bakal Raja mereka hancur dan…. Segala kerja Louis selama ini menjadi sia-sia.

Mengapa lelaki tu bodoh sangat? Hanya kerana cinta dia sanggup rosakkan segala kerja kerasnya? Beban yang dia tanggung akan menjadi lebih berat dan rasa bersalah Ivy padanya akan menjadi lebih besar.

Hanya kerana perasaan kasih dan sayang pada ahli sihir kejam dia sanggup bekorban sebesar itu walaupun dia tidak pernah dengar yang Ivy mengutuskan kata cinta padanya?

Dear Lord… Ivy tak pernah beritahu Louis yang Ivy juga cintakan dia…

Ya, topengnya hampir jatuh dari menyembunyikan perasaan sebenarnya. Bibirnya sudah jatuh ke bawah, mata kembali menyengit. Tangannya naik untuk menyentuh mata tapi dia segera menarik tangannya, menjadi penumbuk dan kembali berdiri tegak. Menarik nafas tajam.

Tidak. Dia menggeleng kuat membuat rambutnya terhumban ke kiri dan kekanan seperti lingkaran air sungai. Ivy menggenggam kedua tangannya di sisi, mencengkam hujung jubahnya dengan kening berkerut serius.

Tidak. Dia tak boleh seperti ini, dia tak boleh risaukan mereka didalam bilik itu lagi.

Sebaik sahaja Ivy tiba di hadapan bilik penyelidikan dan ingin membuka pintu, kelibat lelaki tembam membuka pintu itu dahulu kelihatan. Membuat langkah Ivy terhenti. Begitu juga Tom Thumb.

“Oh CIk Ivy.” Tom thumb tangan memegang tombol pintu. Memandang tepat pada mata hijau Ivy membuat bulu roma Tom Thumb meremang tanpa sebab. Expressi wajah kosong ahli sihir kejam itu berikan pada dia dan renungan tajam seperti ia boleh makan roh Tom kalau dia berkelip.

Hanya dengan ekspressi wajah itu membuat lutut the believers ini menggigil. “E—Encik Hansel tiada di bilik ni sekarang tapi CIk boleh tunggu dia di sini kalau cik nak-

Ivy mengangkat tangan. “Dia di mana?”

Tom Thumb menelan air liur kelat, dapat rasa dahinya mula berpeluh dari perasaan gemuruh. “U-uhm… Di menara selatan istana? Bersama The Great Wizard Merlin.”

Tom Thumb belum habis bercakap Ivy telah berputar ke arah mana yang The Believers muda itu cakapkan tanpa mengatakan apa-apa padanya.

Melihat Ivy bergerak pergi, lelaki tembam ini menghembus nafas yang dia tak tahu dia tahan selama ini dan mengelap dahinya yang basah dengan lengan bajunya.

“Tom, kau okay?” Maddison munculkan diri dari belakang Tom, menyentuh bahu kawan sekerjanya dan perasan yang Tom menggeletar sedikit. Sebelum memandang keluar pintu, melihat jubah belakang Ivy the Devil menari megah di atas laluan istana.

“Dia satu mimpi ngeri.” Itu jawapan Tom pada Maddison.

Sementara itu, ekspressi kosong ahli sihir muda ini menjadi serious, dahinya berkerut dengan satu tanda tanya bermain didalam mindanya. Mengapa Hansel berada di menara tu? Adakah dia juga mempunyai urusan tersendiri dengan Permaisuri Aurora?

Langkah Ivy terhenti sejenak, terfikirkan kelakuannya sebentar tadi pada Permaisuri kerajaan tersebut, hanya sejenak sebelum dia kembali berjalan ke destinasinya.

Apa yang dia katakan tadi adalah benar pada Permaisuri Aurora, dan dia tidak boleh memperbetulkan apa yang telah berlaku. Hanya satu perkara sahaja Ivy boleh lakukan, iaitu memakai topengnya dan minta maaf.

Bukan perkara yang Ivy gemari dan bukan juga tempat Ivy untuk tunjukkan lagaknya. Dia hanya rakyat biasa di Enchanted dan dia sepatutnya bersyukur dia tak dihumban terus kedalam penjara kerana meletup dihadapan Permaisuri Etalean. Apatah lagi dengan sejarah antara Ibunya dan Permaisuri itu. Pasti lebih besar konflik itu akan jadi dan Ivy mungkin di hokum pancung.

Tiba di menara tersebut, Ivy naik tangga berputar itu agak laju membuat jubah belakangnya seumpama terbang di udara dengan begitu megah.

Dan setiba sahaja dia di hadapan pintu masuk, dengan sedikit nafas hilang memanjat tangga sehinggi 40 kaki, dia ingin mengetuk pintu tersebut tapi langkahnya terhenti bila dia dengar bisikan-bisikan halus kedengaran dari dalam bilik itu, menarik perhatian Ivy untuk mencuri dengar.

“Sumpahan Lady Morgana tidak membenarkan apa-apa sumpahan menimpah keatas Putera George. Jadi mustahil untuk Cik Ivy santau Putera George.”

“Tiada sebab Ivy nak santau Putera tu. Semua tahu yang Ivy terlalu baik untuk santau dia.”

Kedengaran Wizard Merlin mentertawakan mereka. “Mengaku je lah, yang CIk Ivy cinta tulus pada Putera George.”

“We will not!”

Ivy menyentuh pipinya yang merah, dapat tahu dua lelaki dan satu burung gagak didalam bilik itu sebenarnya memperkatakan dia; dan ia berkenaan perkara yang paling Ivy taknak di bangkitkan oleh sesiapa. Dia sendiri taknak bangkitkan subjek itu selama mana dia mampu dahulu dan mendengar dari mulut orang membuat dia rasa segan tak tekata.

Walaupun Ivy malu dengan perbualan mereka, telinganya tetap tajam mendengar pembicaraan mereka didalam. Dia yakin, dia dengar mereka membangkitkan isu Sumpahan Lady Morgana.

Dan ia ada kena mengena dengan Louis?

 Nampaknya Wizard Merlin berseronok mengenakan Diaval dan Hansel, dia ketawa dengan riang. “Apapun, Putera George naik berang kerana kita sembunyikan kes ini darinya. Kerisauan saya dia akan gunakan kuasanya sebagai pemerintah Enchanted untuk tangkap penjenayah ini akan berlaku. Dia tak patut risaukan Villain Losing Heart.”

“DIa sepatutnya focus dalam persediaan berperang. Sebaik je dia jadi Raja Enchanted, masanya menjadi singkat dan….” Ivy tekan telinganya pada pintu kerana tidak dengar suara Hansel. Dia dengar keluhan berat. “Bukan saya tak percayakan kebolehan Putera George, Cuma…. Bersiap sedia dari awal sebelum menyesal. Perang bukan berlaku dalam masa sehari.”

Perang? Ivy jauhkan pipinya dari pintu itu, merenung permukaan kayu antic dengan penuh persoalan. Dia tak suka apa yang mereka sedang perbincangkan, ia buat Ivy tidak sedap hati. Seperti jantungnya ingin luruh.

“Nanti—waktu peperangan ini tercetus ada had masa ke? Tuan pasti ramalan Tuan tak salah? I mean—not to underestimate you tapi Tuan tak boleh ramal segalanya yang berlaku dengan tepat, malah, secara detail.”

Diaval tahu tentang peperangan ni?! Oh that bird gonna get it later! Desis hati Ivy, menyumpah seranah penjaganya berani berahsia dengan Ivy. Lagipun, mengapa Diaval mengikut perbincangan mereka? Dan…. kenapa Diaval dalam bentuk manusia pula?

Ivy tak dengar apa-apa selepas itu. Mereka diamkan diri untuk seketika membuat Ivy fikir yang mereka dah agak kehadiran Ivy di sebalik pintu, sedang curi dengar perbualan mereka.

“Diaval, It part of the curse. Dalam Sumpahan Lady Morgana dia ada mengatakan waktu kemenangan hanya terletak didalam tangan Putera George namun bila pasir masa hayat George tamat, harapan untuk Enchanted juga tamat. Pasir masa D, means it will end.

“Then, Berikan takhta tu kepada Puteri Ezra. Jika Putera George punca peperangan berlaku. Then, ‘peperangan yang korang cakapkan ni takkan berlaku.”

“Kamu ingat saya tidak fikir semua tu? Mengapa lagi saya buat pemilihan bakal Pemerintah Enchanted 9 tahun lalu? Rakyat memilih Putera George dan Puteri Ezra. Saya juga cuba memujuk pemerintah-pemerintah Enchanted untuk pilih Puteri Ezra sebagai pemerintah tapi mereka tetap memilih Putera George. Saya juga tangguhkan pertakhtahan Putera George selama 3 tahun. Tiga tahun, dalam masa tu cuba mengubah pendapat para Raja dan Permaisuri kearah Ezra. Namun tidak berhasil.”

“How? Setahu saya Puteri Ezra agak digemari ramai.”

“Kejadian Puteri Ezra di rasuk Losing Heart.” Hansel bersuara dengan pahit. “Kejadian tu membuatkan Para Raja dan Permaisuri meragui kebolehan Puteri Ezra memerintah seluruh Enchanted jika dia boleh terkena sumpahan dengan mudah.”

“Kamu tak Nampak ke Diaval? It’s the curse, Putera George ditakdirkan untuk menjadi Pemerintah Enchanted.” Wizard Merlin bersuara. “dan dia tidak boleh melarikan diri lagi dari takdirnya, saya juga tidak boleh menolong dia melarikan diri. Ia hanya membawa malapetaka pada semua orang di tanah ni.”

“It’s maybe a coincidence.” Balas Diaval kedengaran tegas.

“Kebetulan atau tidak, lihat apa dah jadi pada Puteri Charlotte, Puteri Ezra? Raja Arthur dan Permaisurinya. Jika Putera George menolak takdirnya, benda buruk akan menimpah pada diridan orang di sekelilingnya. There’s no other way.”

“Tapi kalau dia kalau terima takhta tu pun Enchanted akan hancur juga.” Diaval Bersuara.

“Dia dikurniai dengan Magic Royal Fairies. Dia akan menjadi Raja yang akan membawa kemenangan pada kita didalam peperangan ini nanti.”

“Masalahnya… masa yang diberikan pada Putera George untuk memimpin kita agak singkat. Dia perlukan setiap masa tertumpu pada persediaan peperangan bukan kes ini. Ia akan melambatkan masa dan takut persediaan perang tidak lengkap dan kita tidak dapat mencapai kemenangan sebelum jangka hayat Putera George tamat.” Ivy tidak dapat nak pastikan jika Hansel sedang meragui Louis atau risaukan bakal Raja Enchanted yang dia tak seberapa suka.

“What the f*ck--dan orang Enchanted terima semua ini dengan rela? That their king will die just like that?”

“Rakyat tidak tahu tentang Sumpahan Lady Morgana ni Diaval. Bukan semua yang tahu.”

“Bukan semua--maksud Tuan, ada rakyat tahu tentang benda ni?” Diaval diam seketika sebelum menjerit. “Siapa?!”

“Beberapa The Believers tahu dan seorang perempuan bernama Jill. Dia…. bekas kekasih Putera George dan Putera George beritahu perempuan tu. She’s the only one knows dan dia bersumpah untuk tutup mulut. She’s a good girl.”

“Tapi jangan beritahu Ivy.” Hansel bersuara membuat Ivy memandang pintu bilik itu, seperti dia boleh lihat Hansel melalui pintu tersebut. “Jika dia tahu PUtera George tidak hidup lama… who know’s what that witch will do.”

Ivy sudah tidak sanggup mendengarnya lagi. Dia membelakangkan diri dari pintu itu dengan gelengan tidak percaya. Menyentuh dadanya yang terasa berat selepas mengetahui semua itu.

Perang? Perang apa? Dan mengapa Louis harus… dia tidak mempunyai masa yang panjang lagi?

Dia… Louis akan mati selepas dia menjadi Pemerintah Enchanted?

Apa?

Tidak… tidak…bukan ini yang Ivy ingin dengar. Mengapa perkara seperti ini mesti berlaku? Ivy tak faham… dia tak faham mengapa—Dia perlukan keterangan yang lebih jelas.

Apa yang sedang berlaku dibelakangnya sebenarnya ni? Mengapa Hansel dan Diaval boleh tahu sedangkan dia tak boleh? Mengapa dia tak boleh tahu?

Dengan tangan yang menggeletar, Ivy mencapai tombol pintu itu, inginkan keterangan dari mereka. Dia tidak ingin dihantui dengan tanda soal.

Tapi. Dia menarik tangannya semula. Memeluk kedua tangan di dada, merasakan ketakutan menguasai dirinyanya, takut akan mengetahui kebenaran yang ssangat buruk. Takut mereka akan mengetepikan Ivy dan biarkan dia didalam kegelapan lagi. Menyembunyikan kebenaran dari pandangan Ivy, sedangkan Ivy sudah boleh lihat sedikit bayangan sebuah rahsia itu.

Wizard Merlin mungkin akan padam pengetuannya tentang Louis dan Sumpahan tu…

Ivy menggeleng. “There’s no way I’ll let them do that to me.” Bisiknya dengan rendah dan berpaling bertentangan dari pintu tersebut, Turun dari menara, menuju ke pintu utama Istana namun langkahnya terhenti bila dua penjaga pintu itu bersilang lembing mereka dihadapan Ivy..

“Maaf Devil.” Penjaga pintu masuk istana merenung jijik pada Ivy. “tapi tiada siapa yang boleh keluar dari istana ni tanpa kebenaran Raja Philip.”

“Aku Apprientice Wizard Merlin.” Ivy cuba menahan marahnya tapi tidak bermaksud dia kena sembunyikan ekspressi wajahnya. “Aku boleh keluar mengiku suka hati aku.”

Seorang dari penjaga itu menarik sengih. “Heh, terutamanya anak Maleficent. Kami tak boleh lepaskan kau dari pandangan kitorang. Selepas apa ibu kau tu buat pada Permaisuri kami.”

“What the—I don’t have time for this!” Ivy mengeluarkan kayu saktinya dan meletak satu jampi ringkas pada dua penjaga itu. ‘Jampi Hipnotis’ membuat mereka berdiri tegak seperti patung dengan mata tertumpu pada Ivy. “Saya boleh keluar masuk istana ni sesuka hati saya. Faham?”

Kedua penjaga itu menganguk faham dan Ivy memetic jarinya. Membuat dua pengawal itu menggeleng dan memandang Ivy semula.

“Oh, maafkan kami Cik Ivy.” Kata salah seorang dari pengawal itu, mereka segera memberi laluan untuk Ivy keluar.

Ivy tak cakap apa-apa, dia terus menjejak keluar dari istana itu, lepas dari pengawal pagar masuk dengan taktik yang sama dan teruskan perjalanannya ke Kota. Mengabaikan pandangan pelik dari penduduk Etalean dan juga pengawal-pengawal diraja yang berkeliaran di mana sahaja Ivy berpaling, Dia membuka buku jampinya untuk membaca jampi menjejak. Dua rangkap ringkas dan satu hayunan kayu sakti; aura pink kelihatan hanya pada pandangan matanya dan ia merupakan petunjuk bagi Ivy untuk dia pergi ke satu destinasi yang dia ingin pergi.

 Mengikut petunjuk aura pink itu, Ivy tiba di hadapan pagar sebuah rumah. Nafas sedikit hilang kerana berlari—Ingin berada jauh dari renungan orang ramai—dia melihat rumah putih yang cantik yang disekelilingi pokok-pokok renek yang berwarna perang. Dedaun jatuh kerana tibanya musim luruh.

Namun rumah itu kelihatan tersangat cantik dan menenangkan.

Angin senja datang dari belakang, seperti menolak Ivy untuk menjejak masuk ke perkarangan rumah itu. Dia sempat memandang ke jalan mana dia datang, menyelit rambut depannya di belakang telinga, teragak-agak dahulu sebelum mengikut kehendak angin bayu, mengambil keputusan untuk masuk kedalam halaman rumah itu dengan perlahan, naik beranda rumah. Dia masih teragak-agak bila dia berada di beranda rumah tapi badannya tetap menarik dia untuk berdiri di hadapan pintu rumah yang tidak dikenali itu.

Dia mengangkat penumbuknya dengan perlahan. Berhenti di udara untuk seketika sebelum mengetuk pintu kayu berwarna putih itu dengan perlahan.

Ivy segera turunkan tangannya semula, mengusap lengannya kerana dia mula rasa angin luruh yang sejuk menyucuk kulit.

Tidak sampai beberapa saat, pintu itu terbuka dan wanita berambut emas, berwajah manis kelihatan dari celah pintu.

Belum sempat Ivy ingin menyapanya, mata pemilik rumah itu membesar, sama seperti senyumannya. “Ivy!”

Ivy berikan senyuman tawar. “Hey, Jill.”

Pintu dibuka luas untuk Ivy. “Oh my kamu pasti kesejukan. Masuk-masuk, saya baru je buat hot choco. Mari masuk.” Jill mengambil jaket whoolnya yang bergantung di tepi pintu untuk dipakaikan pada bahu Ivy dan bawa ahli sihir itu masuk kedalam rumahnya.

Ivy perasan yang jaket tersebut agak besar untuknya dan terus memandang badan Jill, kening terjungkit melihat Jill menutup pintu supaya angin sejuk tidak datang menjajah kehangatan dari pendiang sebelum membawa dia duduk di sofa comel yang terdapat di ruang tamu.

“Duduk Ai, tunggu sini sementara saya ambil coklat panas untuk kita.”

“Oh Jill, kau tak perlu nak buat macam tu--

“Hush dear.” Jill tersenyum manis dan bergerak ke dapur. “kamu kawan saya. saya takkan biarkan kamu kesejukan macam tu je.”

Ivy kembali duduk di sofa, mengalah dengan Jill. “Thanks.”

“You welcome!” sahut Jill dengan manis dari dapur. “Anyways, saya jangka kamu akan lawat saya suatu hari nanti tapi saya takkan jangka hari tu sekarang.”

Ivy ketawa kecil bila dia dengar nada riang Jill dari dapur, menggosok lengannya yang sejuk melalui jaket yang dia pakai, cuba menghangatkan badannya yang sejuk sebelum melihat Jill muncul dengan dua gelas hot choco didalam tangan. Berikan Ivy satu dan melabuhkan punggung di kerusi Single, sebelah Ivy.

“Apapun, saya gembira kamu datang melawat saya.” katanya dan menyentuh lutut Ivy. “Thank you.”

Ivy segera menggeleng. “Tak-tak, aku sepatutnya berterima kasih kat kau sebab bukan semua orang nak bekawan dengan ahli sihir macam aku ni-

“Dan bukan semua nak berkawan dengan perempuan pisau cukur yang inginkan Putera George demi pangkat sahaja.” balas Jill membuat Ivy terdiam.

Sebelum mereka berdua ketawa dengan ayat mereka sendiri.

“Kita berdua hampir sama.”

Ivy mengangguk dengan sisa tawanya. “Yeah. Kau betul—Nanti, apa dah jadi dengan lengan kau tu?”

Jill menyentuh pembalut yang disembunyikan dengan sweater lengan panjang dan dia segera menggeleng. Berikan senyuman kecil pada Ivy. “Nothing big. Aku bercucuk tanam di belakang rumah semalam dan cangkul jatuh tepat-tepat atas ni. Sebab tu berbalut.”

Ivy hanya mengangguk faham. Sebelum keluhan berat terlepas dicelah bibirnya. Mata beralih ke tempat api yang membara dengan perlahan, memberi kehangatan yang selesa bagi mereka.

Jill perasan riak wajah Ivy. Melihat kawan ahli sihirnya itu minum hot choco tanpa mata lepas dari pendiang membuat Jill tersenyum kecil. Memicit lutut Ivy untuk menarik perhatiannya dengan senyap.

“Something’s in your mind, isn’t it?”

 Ivy memandang Jill semula, dan menghembus nafas kecil dengan anggukan. “There’s a lot actually.”

Jill tersenyum simpati pada ahli sihir Vicious itu. Memahami apa yang Ivy lalui sama seperti yang dia lalui. “Jangan risau, saya pasti kamu boleh hadapinya. Kamu ahli sihir yang tabah.”

“Itu masalahnya.” Ivy bersuara, kedengaran agak kasar dari apa yang Ivy maksudkan. “aku tak pasti aku boleh hadapinya. Lebih lama aku membongkarnya… lebih teruk yang aku jumpa dan… dan aku tak pasti kalau aku boleh terima kenyataan ni.”

“Menjadi Apprientice Merlin ada kesukarannya juga. Enchanted tak secantik yang kamu fikirkan--

“Bukan itu yang aku maksudkan.” Ivy menyampuk. “Jill, aku maksudkan Kes Losing Heart dan Sumpahan Lady Morgana.” Ivy berhenti untuk melihat riaksi Jill. Matanya membesar dan segera bangun seperti dia ingin mengelak dari topik itu tapi Ivy segera mencapai lengan Jill. “Jill, aku tahu kau tahu tentang Sumpahan Lady Morgana pada Lou--Putera George. And I need you to tell me everything about this Curse.”

Tertera pada wajah Jill yang dia cemas dengan persoalan Ivy. Mula rasa takut dengan ahli sihir Vicious ini. “M-Maaf Ai, tapi saya tak boleh cakap pada sesiapa. saya dah angkat sumpah--

“Aku tahu.” Ivy kata dengan tegas. “Aku tahu kau dah berjanji untuk tidak buka mulut tapi aku perlu tahu.”

“Mengapa kamu tak tanya The Great Wizard Merlin sendiri?”

“Kerana mereka tidak ingin beritahu aku.”

“Dan mengapa saya kena beritahu kamu sedangkan The Great Wizard Merlin tidak ingin kamu tahu?”

Itu sebab-!….” Ivy menarik nafas dalam, tenangkan perasaannya dan menghembus nafas panas. Bersuara dengan lebih rendah; “Kerana kita berdua serupa Jill.”

Ekspressi wajah Jill berubah dari cemas ke hairan. “Serupa? Maksud kamu?”

“Aku….” Ivy menarik nafas dalam sekali lagi, kali ini sediakan dirinya secara mantel untuk beritahu Jill rahsianya yang terbesar. “Aku… dan Putera George ada hubungan.”

“Hubungan?”

I love him!--Maaf..” Ivy segera melepaskan Jill. Mengalihkan tempat dia duduk ke hujung sofa sambil memeluk tubuh. Meramas rambutnya ketepi dengan keluhan berat. “Aku dan kau sama, aku juga mencintai Putera George. Ketawa la kalau kau rasa ini satu lawak tapi… ini satu kenyataan. I love him Jill dan aku nak tahu apa yang sedang berlaku pada lelaki yang aku sayang. Dan kau ada jawapannya.”

Jill memandang Ivy untuk seketika, memproses apa yang Ivy katakan sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Ivy. Menyentuh bahu Ivy dengan lembut. “Hey, saya takkan gelakkan kamu. saya faham. saya pun pernah lalui saat ni.”

“Sekurang-kurangnya Putera George beritahu kau tentang sumpahan tu. Tiada siapa nak beritahu aku apa-apa tentang semua ni. Dan aku tak tahu kenapa?”

“Ivy, kenapa lagi mereka tidak beritahu kamu? Mereka taknak kamu risau.”

“Yeah but--

“saya pun takkan tahu jika saya tidak paksa Geo--Putera George buka mulut.” Jill tertawa kecil melihat Ivy terkejut. “Ya. saya ugut saya akan buka mulut tentang hubungan kami jika dia tak bagi saya tentang sumpahan di—” Ayat Jill terhenti. Seperti dia tidak boleh mengolah ayat seterusnya dan menarik nafas dalam.

“seperti kes Losing Heart?” Soal Ivy membuat Jill mengangguk.

“Lebih kurang. Tapi—” Sekali lagi dia terhenti, mati di situ sahaja dan menarik nafas dalam. “Ia…. Agak berbeza.”

Ivy memutar badannya pada Jill, kedua tangannya menggenggam cawannya dengan erat. Mata seumpama merayu pada Jill. “Please, bagitau aku tentang sumpahan Lady Morgana ni Jill. Aku kena tahu tentangnya.”

Jill memerhatikan wajah Ivy untuk seketika, melihat tepat pada mata hijau Ivy untuk mencari ketulusan dalam ayat ahli sihir itu. Bila dia menjumpanya, Jill menghembus nafas sedih. “saya nak beritahu kamu tapi…. Saya tak boleh.”

“Mengapa? Beritahu aku Jill, aku perlu tahu—

“saya memang tak boleh sebab…” Jill tertunduk kecewa. “sebab Wizard Merlin dah buat ‘The Vow’ pada saya.”

Mata Ivy terbeliak bulat. “Tak… tak, tak, tak… perjanjian tu mustahil di pecahkan—

“Kerana dia tak ingin sesiapa tahu tentangnya Ivy. Tolong faham, mungkin Wizard Merlin merahsiakannya dari kamu kerana dia ada sebab tersendiri. Mungkin… mungkin kamu boleh tanya Wizard Merlin sendiri Ivy…. Kamu anak murid dia, pasti kamu—

“Kau tak faham ke? Kalau aku boleh tanya dia dah lama aku buat tapi dia akan buang memori aku tentang ni kalau dia tahu aku tahu.

Jill menggeleng, agak terkilan dengan nada kasar Ivy namun dia faham mengapa Ivy seperti itu. “Tak Ivy, Wizard Merlin takkan buat—

“Mengetahui Wizard Merlin sanggup buat The Vow pada kau membuktikan betapa dia nak rahsia ni disimpan dari sesiapa. Apatah lagi dari aku. Tak syak lagi dia akan padam memori aku.” Ivy meletak cawannya di atas meja kopi, takut dia akan lontar cawan tersebut ke pendiang akibat perasaan marah.

Ivy menghembus nafas geram, tertunduk dengan kedua sikunya di lutut dan kedua tangan tertanam dalam rambut hitam yang lurus bak air terjun melalui celah jarinya. “I’ve messed up Jill, dan aku nak tebus kesalahan aku. Dan… dan aku rasa—aku pasti aku boleh tolong mereka. Somehow… Jill, tolong aku tolong mereka.”

Jill menghembus nafas sayu, meletakkan cawannya juga ke tepi dan bergerak ke sisi Ivy. Tangan menyentuh belakang kawan ahli sihirnya untuk comfort Ivy. Dia diam untuk seketika, membenarkan Ivy berfikir dan hanya mendengar percikan api dari pendiang, cahaya dari api beralun pada rambut Ivy membuat ia terliht Ivy bercahaya walaupun dalam kemurungan.

“Ivy…” dia bermula dengan suara yang lembut dan perlahan. “Saya tahu niat kamu baik tapi jika saya ingin beritahu kamu pun, saya tak boleh. Percayalah saya juga nak selamatkan Putera George—saya akan lakukan apa sahaja untuk selamatkan dia, tapi saya tiada kuasa untuk semua tu.” Jill mengusap belakang Ivy, sentuhannya umpama angin yang tersangat halus, umpama sentuhan hantu tapi sangat menenangkan.


“Kadang kala…. Kita tak boleh buat apa-apa bila situasi seperti ini terjadi dan—” mata Jill membesar bila dia dengar satu esakan terlepas dari kawan ahli sihirnya. “Oh Ivy…”

Tangan Ivy berpindah menutup matanya, sekali esakan kuat terlepas dan dia membongkok dada ke lutut. “Ini… I-ini tak adil Jill.” Katanya dan menarik nafas beralun, dadanya terasa berat untuk dia menarikk nafas baru. “Just for once… Aku cuba memperbetulkan segalanya namun.. A-Aku pasti akan rosakkannya… setiap kali aku cuba… Ia pasti—” dan dia dah tak boleh teruskannya lagi. Hanya tangisan berat terlepas dari bibir nipis ahli sihir Vicious ini, bahunya naik turun dari esakan berat. Tidak dapat nak olah ayat baru.

“Oh honey… Ivy, come here, come dear…” Jill menarik ahli sihir itu dekat padanya dan memeluk Ivy, cuba menenangkan Ivy dengan mengusap belakangnya berulang kali. “Saya tahu ia sukar. Saya faham, saya juga alami beban ni setiap hari…” pujuknya Cuma mendapat Ivy menangis lebih kuat. “Just… lepaskan segalanya dear… Saya tahu semua ni sukar. Pasti kamu memendam perasaan kamu selama ni, Let it out ivy… you need it.”

Itu yang Ivy lakukan, membuka topengnya dan biarkan air mata mengalir turun menunjukkan perasaannya yang sebenar. Segala perasaan yang dia rasa selama ni, stress yang dia alami dan rasa bersalah didalam dadanya diluahkan dalam bentuk air mata, menangis disebalik tangannya dan Jill memeluk Ivy, seumpama menakung ahli sihir yang rapuh ini dari pecah berkecai menjadi serpihan kaca yang mungkin sukar untuk dicantum semula.

“A-Aku ingatkan… aku ingatkan kau boleh beritahu aku Jill…” bisiknya diantara esakan berat. “Kau je la harapan aku… t-tapi… tapi semua ni—” Ivy hanya menggeleng. “I really think I could--

Melihat Ivy seperti itu membuat Jill rasa tambah bersalah, dia tak boleh buat apa selain cuba menenangkan ahli sihir itu. Jika dia tidak membuat perjanjian tu pada Wizard Merlin, dah tentu Jill akan beritahu Ivy segala-galanya kerana dia juga pernah alami perkara seperti ini dahulu.

“Ai, saya rasa… sekarang kamu tak boleh buat apa sehingga—

“Don’t you get it?” Ivy melepaskan diri dari tangan Jill, memandang perempuan itu dengan mata merah berkaca, bukti pada perasaan yang dia pendam selama ni. “I love him Jill, I really do… dan teka? Aku tak pernah sekali pun beritahu dia yang aku sayangkan dia! Dan aku rosakkan segalanya pada malam tu!” Ivy marah lebih pada diri sendiri. “Dan… dan a-aku dapat tahu yang dia tak dapat hidup lama… macam mana kalau aku tak sempat beritahu dia betapa pentingnya dia dalam hidup aku? Macam mana kalau aku tak dapat jumpa dia lagi?” Soalnya membuat dadanya bertambah sakit, memikirkan kemungkinan itu.

“Jill, Please… please tell me, something—anything! Apa-apa sahaja yang kau boleh beritahu aku tentang keadaan George… Tolong Jill…. Tolong.”

Jill mengusap rambut Ivy, menolaknya ke belakang telinganya dengan riak wajah sedih. Juga terharu betapa tulusnya kasih sayang Ivy pada Putera George. Tersentuh. Mungkin Ivy lebih menyayangi pureta George lebih dari Jill menyayanginya.

“Ivy… I promise you, kamu ada peluang untuk luahkan perasaan kamu. Trust me, sebaik sahaja kamu jumpa dia, tell him what you tell me. Betapa kamu sayangkan dia, beritahu dia segala-galanya. Mungkin… Mungkin dia akan beritahu kau segala-galanya juga.” Jill menyentuh kedua pipi Ivy, mengangkat kepalanya untuk pandang tepat ke mata Jill. “Jika Wizard Merlin tidak beritahu dan saya tidak dapat nak beritahu… mungkin Putera George akan beritahu. Jika kamu tanya. Jika dia sayangkan kamu juga, dia pasti akan beritahu kamu. Okay?”

Ivy hanya mengangguk, hanya memandang wajah Jill dengan air mata mengugut untuk jatuh; sepertinya Ivy pula sedang mencari sesuatu dari Jill.

“Jill…. Adakah kau… masih sayangkan George?”

Persoalan itu membuat Jill tergamam untuk seketika. Kelihatan pada matanya yang dia agak terkejut dengan persoalan itu. “S-saya—

Ayat Jill terhenti bila ketukan kuat kedengaran dari pintu depan rumah, membuat kedua wanita ini terlompat dari tempat duduk mereka.

Kali kedua, Pintu rumah Jill terbuka kerana kekuatan ketukan dari orang luar, membenarkan angina malam yang berdesir kuar datang mencuri kehangatan dalam rumah itu, hmapir memandam api di pendiang.

D-Diaval!” Ivy segera berpaling, mengelap air matanya bila dia lihat Burung gagak berubah manusia rupanya yang mengetuk pintu seperti pembunuh bersiri targetkan penghuni rumah itu. “A-Apa kau buat kat sini?”

DIaval tak menjawab, dia mengambil langkah besar mendekati mereka berdua dan mencapai atas lengan Ivy, memutar ahli sihir itu untuk memandangnya. “Mengapa kau keluar istana tanpa beritahu kami?” Soalnya dengan nada rendah yang menakutkan. “Kau tahu tak betapa cemaskan aku dengan Hansel bila dapat tahu Wizard Merlin tak dapat kesan kehadiran kau di seluruh Istana? I thought you were kidnap by Jack?!

“Hey! Berperikemanusiaan la sikit!” Jill masuk campur dengan memaksa Diaval melepaskan Ivy. Berdiri diantara mereka. “Ivy dah lalui banyak perkara dan kamu jangan nak tambah lagi stress dia!”

Sumpah renungan Diaval boleh buat orang terbunuh, kerana Jill mula rasa cuak dengan lelaki muka berparut itu, tapi dia gagahkan diri untuk melindungi kawannya.

Kau Jill.” Diaval kata tanpa ada persoalan sebelum memandang Kearah Ivy, baru perasan ekspressi sedih wajah anak jagaannya, memeluk tubuh dengan kepala tertunduk cuba menyembunyikan sisa air mata yang masih melekat di celah bulu matanya. “Ivy…”

“Aku minta maaf okay?” Ivy bersuara dulu, nadanya kasar dan tajam. Mata yang sedih berubah menjadi marah. “Korang semua sibuk dengan kes yang aku tak patut masuk campur, aku takda kerja nak buat jadi aku lawat Jill.” Ivy menggosok air matanya yang tinggal untuk menghilangkan bukti tangisan dan kembali berdiri tegak seperti dia telah pasang topengnya sekali lagi. “Maaf sebab tak bagitau korang.” Katanya mengambil keputusan untuk bergerak keluar dari rumah itu. Menepis Diaval bila penjaganya ingin menyentuhnya dan mengendahkan panggilan lembut Jill.

Diaval menghembus nafas berat, kedua tangannya di genggam di sisinya seperti dia marahkan sesuatu. Seseorang sebenarnya. Pada dirinya sendiri.

Melihat Ivy masuk kedalam kereta kuda yang ada di hadapan rumah tersebut, Diaval terus berputar memandang Jill. Memberikan renungan maut yang membuatkan penghuni rumah itu ketakutan.

“Kau tak beritahu apa-apa pada dia kan?”

Jill menggeleng laju, lututnya menggeletar ketakutan pada lelaki serba kelabu yang mengeluarkan aura membunuh. “T-tak..! I swear I didn’t tell!”

Diaval hanya memandang Jill, ikutkan hati dia tak percaya tapi dia ingat Wizard Merlin ada beritahu dia yang Jill memang tidak boleh beritahu sesiapa kerana dia telah buat perjanjian ‘The Vow’ pada Wizard Merlin,

Mengetahui rahsia itu tidak terbongkar, Diaval juga melangkah keluar dari rumah Jill tanpa beritahu apa-apa pada Tuan rumah dan masuk kedalam kereta kuda diraja Etalean. Menutup pintu dengan kasar sebaik sahaja dia masuk dan duduk bertentangan dengan Ivy.

Diaval hanya perhatikan Ivy yang duduk memeluk tubuh, memakai hoodie jubahnya dengan ekspressi wajah menjengkelkan yang Diaval selalu tengok Ivy pakai; memandang kearah luar jendela sementara kereta kuda mereka mula bergerak kembali ke istana.

Burung gagak ini menggenggam dan melepaskan genggamannya di atas pahanya. Sepertinya dia teragak-agak untuk bersuara pada ahli sihir di hadapannya. Ingin menyoal sesuatu tapi dia lebih tahu lebih baik diamkan diri dari buat keadaan bertambah lebih teruk.

“LALALALALALALALALALALALALALALALALA—I’m not hearing anything!—LALALALALALA!”

“Ivy dengar bila aku tengah bercakap ni—Ivy!” Jerit Hansel menarik tangan kawan rapatnya yang menutup telinga, buat derk semasa Hansel beri sedikit ceramah kepadanya. “Boleh tak kau bersikap matang, untuk sekali ni je?!”

“Aku? Bersikap matang? How about yooouuuuu…..” Ivy menyucuk bahu Hansel. “…. tidak bersikap macam orang tua. Aku dah kata aku ke rumah Jill hanya untuk melawat dia. That’s all! Sheeessshhhh asal korang semua ni paranoid sangat aku kena tangkap Jack? Tengok Pengetua Merlin. Dia tenang je aku keluar istana.” Ivy mendepakan tangan kearah Mentornya yang duduk di meja kopi sambil menikmati teh bunga bersama sedikit manisan.

Pengetua Merlin berikan senyuman tayang gigi sambil mengangkat cawannya, menyapa Ivy.

“See? Tak paranoid. Korang berlagak macam aku masih digari dengan Genie’s cuff!”

“Lagipun, Cik Ivy akan bakar Encik Jack hidup-hidup kalau dia terserempak dengan anak muda tu.” Pengetua Merlin bersuara, membuat Hansel dan Diaval menghembus nafas fed up dan dua orang bawahan Hansel menepuk dahi.

“Terima kasih Tuan Merlin.” Ivy tundukkan kepala pada Wizard Merlin kerana berada di pihaknya.

Kitorang tak risaukan Jack, Ivy—

“Tadi kau cakap—

“Kitorang risaukan Mary! Villain yang bersama Jack. Macam mana kalau kau terserempak dengan Villain sebenar huh? Kau tak tahu pun macam mana rupa Villain ni dan macam mana kalau dia menyamar menjadi innocent girl dan memanipulasikan kau? Villain tu ahli sihir berpengalaman, lebih berpengalaman dari kau Ivy dan lebih licik dari kau. Kau tak terfikir ke tentang tu?” Soal Hansel, sempat menjentik dahi ahli sihir muda itu.

“Ouch!” Ivy menggosok dahinya yang dia tahu merah kejap lagi dan mencebik. “Even so, aku ada rantai ni untuk lindungi aku dari magic hitam Villain tu. Plus, aku ke rumah Jill menggunakan fast phase spell. Ahli sihir tu dalam keadaan lemah sekarang, dia takkan dapat tangkap aku kalau aku berjalan macam lipas kudung—ow!”

Diaval memukul bahu anak jagaannya, geram. “Kau buat macam ni lagi, tak teragak-agak aku suruh Genie pasang garinya balik kat tangan kau. Faham??”

Ivy berdecit, tertanya mengapa dua lelaki yang paling menjengkelkan ini namun paling dia sayang suka pukul dia. Macam dia tu budak lima tahun. She’s 22 for God sake!

“Okay… Okay! Aku faham!” sahut Ivy bila kedua lelaki itu dah naik tangan nak jentik + pukul dia lagi. Ivy kerutkan hidungnya sebelum menyumpah seranah kedua mamat jahanam yang terlalu paranoid itu di bawah nafasnya.

Pintu bilik penyelidikan diketuk, menarik perhatian kesemua penghuni bilik itu dan melihat seorang lelaki serba hitam formal, melambangkan dia pekerja istana menampilkan diri masuk.

“The Great Wizard Merlin, Permaisuri Aurora ingin berjumpa dengan Tuan.” Kata lelaki bermisai kucing itu dengan penuh professional. Dia berpaling arah pada Ivy. “Bersama Cik Devil juga.”

Kali ini, semua mata jatuh pada ahli sihir itu pula.

“What does she want now?” Soal Ivy dengan nada menyakitkan hati. Dia segera mengangkat tangannya untuk perlindungan bila Hansel dan Diaval juga mengangkat tangan ingin memukul Ivy. Kerana kurang sopan.

“Sesuatu yang penting Cik Ivy. It’s part of your apprientice-ship.” Katanya Wizard Merlin, bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke pintu keluar. “Mari Cik Ivy.”

“Coming!” sahutnya menahan diri dari guna kasar dan berbisik persoalan mengapa permaisuri kerepot itu nakkan dia lagi? Nak kutuk-kutuk dia lagi ke?

Mengetahui Diaval dan Hansel mendengar bisikannya, Ivy mempercepatkan langkah sebelum dua lelaki itu sempat bertindak.

“Behave Ivy!” sahut Hansel pada ahli sihir yang keluar bersama Mentornya. “You hear?!”

“YES!” jawab Ivy fed up sebelum menutup pintu dengan kasar, membuat orang dalam bilik itu terkejut sedikit.

“Is she in a bad mood or something?” Soal Maddison, mengusap dadanya sambil memandang pintu yang Ivy keluar tadi.

“Isn’t she always?” Soal Tom Thumb balik dan mereka menyambung kerja mereka.

Diaval pula menyandar pada meja besar bilik penyelidikan itu dengan kedua tangan dimasukkan dalam poket, melihat Hansel menggeleng dengan tabiat Ivy.

“Kau rasa Ivy tahu tentang sumpahan Lady Morgana?”

“Probably.” Jawab Hansel tanpa teragak-agak sebelum berpaling memandang Diaval. “Dia Ivy the Devil, tiada siapa tahu apa yang dia fikir sebenarnya.”

“Budak Jill tu mungkin tahu.” Diaval bersuara membuat Hansel mengangkat kening kirinya. “Hans, dia menangis depan Jill. Dia tak buat macam tu depan semua orang, menangis. Jill dan Ivy tak pernah jadi kawan tapi mengapa dia tetiba boleh je luahkan…. Macam tu je?”

“Really?” Hansel kembali berpaling ke pintu bilik itu dengan kening terjungkit, mengusap dagunya dengan penuh pertanyaan.

Hansel rasakan sesuatu yang tak kena. Bukan Diaval sahaja yang rasa benda tu pelik.

“Tom.”

“Ya?” Tom Thumb mendongak memandang Hansel bila namanya di panggil.

“tolong carikan saya latar belakang hidup Jill.” Katanya sebelum berpaling memandang budak itu.

Tertulis pada wajah Tom yang dia tertanya mengapa ketuanya inginkan latar belakang perempuan yang takda kena mengena dengan kes mereka tapi dia tidak mempersoalkannya pada Hansel. Hanya mengangkat tangan faham dan bergerak keluar dari bilik itu.

“Mungkin takda apa-apa.” Daival bersuara melihat budak tembam itu keluar dari bilik.

“Mungkin, tapi aku takkan ambil ringan tentang benda ni lagi.”

Diaval hanya mengangguk. Setuju.

.

.

Jill memandang refleksi wajahnya pada permukaan air yang bertakung didalam singki. Memerhatikannya dengan lama sebelum menghembus nafas lelah dan sambung menyuci dua gelas hot choco yang dia buat untuk tetamu istimewanya.

Dia hampir jatuhkan gelas dalam tangannya bila dia dengar bunyi kuat; seperti sesuatu pecah dari tingkat atas rumahnya dan mengeluh berat. Dia biarkan gelas tersebut di singki dan bersihkan tangannya. Bergegas naik ke bahagian atas rumah, menuju ke satu bilik di bahagian belakang di mana ia dikunci.

Jill buka sahaja bilik tersebut, matanya terbeliak bulat, tertarik nafas tajam melihat keadaan bilik itu berantakan. Pasu bunga pecah dilontar ke dinding, perabotnya di humban hancur dan almari tinggi ditarik jatuh ke lantai.

Pemilik rumah ini berpaling melihat tetamunya yang duduk diatas katil dengan tangannya menggenggam serpihan kaca pasu bunga, darah menitis jatuh dari tangannya.

“Jack….” Jill mengeluh dan mengeluarkan tuala bersih dari apronnya. Bergerak mendekati lelaki yang kelihatan mayat hidup itu.

Dia berlutut di hadapan Jack, mencapai tangan lelaki itu. “Buka tangan kamu Jack.” Arahnya dengan lembut. Bila Jack tidak akur, Jil mengeluh sekali lagi. “Jack, berhenti berperangai seperti—

“Apa dia buat kat sini?” Jack menyoal dengan nada mendatar, kedengaran sedikit lemah. Anak matanya berubah tumpuan ke wajah Jill. “Dia sedang cari aku ke?”

Jill menggeleng tanpa mendongak melihat Jack, dia hanya bersihkan tangan lelaki itu. “Jack, dia cintakan Putera George. She will do anything for him, kau kena lepaskan dia.” Katanya dan mengambil serpihan kaca dari tangan Jack. Membalut tangan itu dengan lembut.

Jack menarik sengih. Tangannya rasa menyengit dari lukanya tapi dia endahkan. Rasa sakit di dadanya lagi perit dari luka di tangannya. “Are you nuts? Dia tunang aku! Tak kisah la dia suka kat putera hingusan tu. Louis tak tahu apa-apa, dia takkan tahu yang ahli sihir tu tunang aku.”

Jill mengeluh, dan akhirnya mendongak melihat Jack. “Tunang kau dah mati Jack—Ah!

Jack menolak Jill dengan kasar, menggunakan kaki membuat perempuan itu terbaring di atas lantai dan Jack, naik diatasnya, mencekik Jill.

“Dia tak mati! Vivian ada didepan mata kau! Can’t you see? She’s still alive!” marahnya, mencengkam leher Jill dengan erat.

“J-Jack… lepaskan—Aku!” Jill merayu, cuba bergelut dari cengkaman Jack.

Jack tersenyum gila melihat wajah Jill memucat dan bibirnya membiru. “Hah! You, pathetic little whore!” Jack melepaskan Jill dan Bangun dari badan perempuan. “Kalau kau cuba lagi cakap seperti itu. Trust me, kau akan menyesal.” Katanya, meludah ke muka Jill dan bergerak keluar dari bilik itu.

Jill yang terbatuk sesak nafas berpaling melihat Jack yang melangkah pergi. “Jack! Kau nak ke mana?!”

“Doing my F*cking work!” sahut Jack sebelum Jill dengar bunyi terbakar dari bawah rumah, bermaksud Jack telah teleport dirinya pergi.

Jill hanya merenung kearah pintu bilik yang terbuka luas itu sambil mengelap ludahan Jack di pipinya menggunakan apron. Dia menggeleng lemah dengan hayalan lelaki itu. “Dia bukan Vivian Jack, itu Ivy. Ivy the Devil”


>X<

(A/N: Hello??? *Echoes in this blog* Lol, okay looks like nak update weekly dah berakhir kerana Angah dah masuk new semester so... as usual, one chapter a month? and angah ambil keputusan untuk post new chaper every 11th in every month sehinggalah cuti semester.... yeay or nay? huhuhuhuhu anywhooooo... angah try to post another chapter when I'm not busy! stick with me lovelies!)

4 comments:

  1. no way.. nak every week.. mati nak tahu story..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This hurts me than it hurts you love~ but reality is a cruel world! But angah akan write kalau ada masa Maybe! Angah dpt post awal *sobs sobs*

      Delete
  2. Yay . Bole laa every 11th in every month dari takdak langsong . Hahahaha .
    Andddd still taktaw apa benda sumpahan lady morgana tuhh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay! Glad u willing to wait for me to write *tears of joy* hahahaha semuanya akan dijelaskan direct to the actualy scences where Lady morgana akan sumpah Louis! Only a few chapter left to reveal it!! I hope lol *kisses*

      Delete

Savior of Tales