Axerialeth: SOD -Shield that protect the heart-
Bab
18
I
dreamt… I was embrace by the person that I love but when I woke up, the warmt
of that man also disappear. If only I can keep that warmt, I rather sleep
forever than waking up in a cold reality.
…..
“RISE AND SHINE, CAPTAIN!!” Ben membuka
langsir bilik membenarkan cahaya mentari masuk melalui celah-celah ukiran pintu
kaca itu ke Bilik Rick.
“BEN! Apa kau buat dalam bilik aku?” Suara
halus kedengaran dari dalam bilik air bersama air hujan mengalir.
Ben tertawa besar. “Untuk bangunkan Captain
KESAYANGAN aku lah!” JEritnya dengan senyuman nakal. Matanya jatuh kearah dua
botol kosong yang ada di atas lantai bilik tersebut. “KAU MINUM KE SEMALAM?!”
Tiada balasan dari orang dalam. “Dude! Asal kau tak ajak aku?”
“Pipe down Ben! Aku sakit kepala..” Rick keluar
dari bilik air hanya dengan tuala mengelilingi pinggangnya dan di lehar. “Keluar
sekarang.”
Ben menarik nafas dalam dan menyentuh
dadanya. “Ouch, my lover tolak cintaku.”
Rick melontar tualanya tepat pada muka Ben.
“Pervert Yaoi. Apa kau nak sampai masuk bilik aku hah?”
“Ellen nak bawa kita ke tempat construction
kat hujung Bandar Sylvianne. Dia ada hal jadi kita jumpa dia kat sana.” Ben
mengambil botol-botol tersebut dan keluar dari bilik Rick. “Tak sangka kau
minum sampai banyak cam ni hanya sebab kapal kesayangan kau rosak.”
Rick menjeling kearah Ben ingin menjerit
kearahnya tapi Ben sudah pun hilang dari bilik itu. Rick mengeluh. Suatu hari
nanti dia akan kenakan lelaki tu.
Sementara di daput, Pengemudi kapal ini
meletak botol tersebut di atas kaunter dapur. Dia memandang botol tersebut
dengan lama,dahinya berkerut tanda kerisauan. Rick, jangan buat kita semua
risau.
“Ben? Hoi, apa hal dengan botol tu? Kau
minum ke semalam?”
Dahi Ben tambah berkerut, kali ni dia sakit
hati. Dia tahu suara menjengkelkan tu dari mana-mana sahaja. The one and only
Mr. Half Gender.(Dia sendiri tak tahu kalau Orang tu Mr. Ke Miss) “Nak jadi
recycle bin ke Pole? Aku sumbat botol-botol ni dalam mulut kau nak?”
Pole menarik sengih. “Hah! Mesti ada
perempuan reject kau dalam talian sebab tu kau macam ni kan?”
“Aku dari bilik Rick lah. Botol-botol ni
Rick punya.” Kata Ben malas nak main dengan Pole. “Dia Mental Breakdown lagi.
Nasib baik dia tak gila meroyan.”
“Sejak bila lagi Rick gila meroyan?” Pole
bercekak pinggang. Dia dapat ke mesej aku? Dia faham ke maksud aku atau dapat
teka siapa yang aku maksudkan? Desis hati Pole. Dia menggeleng, dia tak sanggup
lihat Rick cam tu tapi ini untuk kebaikannya juga.
“Dia bengang kapal dia rosak. Kau tahu lah
kan Rick obsess dengan misinya. Selagi kapalnya tak di baiki, cam ni lah
gayanya. Buat something stupid.” Kata Ben sambil tertawa. “Oh dan NightBlue dah
bangun ke?”
>X<
“Miracle~ Miracle~~ Mira~Mira~Miracle~~~”
Kepala Miracle berputar 90 darjah dengan
laju, merenung tajam kearah Glend. “Stop calling me kalau kau takda hal dengan
aku lah!”
Glend tertawa. “Tapi bila lagi aku nak panggil
kau Miracle? Aku tahu PM lebih hebat tapi Miracle is your name! Aku suka nama
Miracle tuu~”
Miracle menjungkit kening hairan dengan
perangai Glend. Dia dah salah buat Glend ke? Kekadang emosi perempuan ni tak
stabil.
“Puteri Miracle, aku rasa baik kita buat
penebat pada tali bawah tanah ni. amacam?” soal salah satu pekerja construction
itu.
“Hmm… boleh juga. Oh, lintaran tali tu
boleh tahan sehingga—”
“Boo.”
“Ahh!” Miracle menyentuh telinganya dan
berputar memandang Ellen yang tersenyum nakal. “El!”
“Good morning to you too.” Katanya sambil
tertawa. “So, plan apa lagi yang Puteri Sylvianne buat untuk melindungi
penduduknya?”
Miracle tersenyum dan tunjukkan blueprint
kepada Ellen. “A shield. CR shield. Kota ni terlalu banyak barang berharga
tersembunyi dan untuk mengelakkan barang Sylvianne di eksploitasi oleh orang
luar, aku rancang nak buat pelindung untuk Sylvianne.” Miracle kata. “Walaupun
Sylvianne mempunyai peralatan dan senjata canggih, Kota kecil tetap tidak dapat
melayan kuasa besar. So, untuk mengelakkan serangan direct-harap perkara tu
takkan berlaku-aku nak buat banteng CR mengelilingi Sylvianne supaya mereka
selamat dari serangan tersebut.” Miracle tunjuk litar berwarna hitam berada di
dalam tanah. “Tali ni akan mengelilingi Sylvianne dari bawah tanah. Setelah ia
selesai, kita akan letak menara jam di tengah-tengah Sylvianne.”
“menara Jam? Untuk apa?”
“untuk aku.” Jawabnya seumpama memandang
menara yang ada di tengah-tengah Sylvianne. “Hanya mereka yang ada kuasa CR
sahaja boleh hidupkan benteng sebesar satu Sylvianne ni. Aku boleh buat tanpa
litar ni tapi untuk mengelakkan radius aku lari, lebih baik ada litar penebat
CR untuk bantu aku kan?”
Ellen mengusap kepala Miracle dengan
lembut. “Ia selamat ke?”
Miracle diam seketika sebelum mengangguk
perlahan. “Kalau tak selamat kenapa aku buat kan?”
Ellen tersenyum lega. “That’s good to
hear.”
Glend hanya memandang mereka berdua
tersenyum sesama sendiri. Miracle akan
kahwin dengan Ellen. Aku pasti aku lihat Miracle pakai gaun putih dengan
senyuman gembira. Aku tak syak Ellen ialah pengantin lelaki. Aky yakin apa yang
aku lihat ialah masa depan Miracle tapi… Bila Rick muncul, aku lihat Miracle
berada dalam dakapan Rick. Jadi aku keliru samada Miracle bersama Ellen atau
Rick. Sehingga semalam, Miracle mati bersama lelaki yang aku tak pernah jumpa.
Macam mana Masa depan Miracle boleh berubah? Aku kena cari cara untuk Miracle
tidak mati. Dia tak boleh mati…
“Good Morning everyone!”
Glend berputar memandang suara yang menyapa
dan matanya jatuh kearah lelaki yang dia takuti. Rick. Matanya bercahaya buat
seketika. “Rick akan halang Ellen….”
“Oh, Ben! Aku tak sangka korang sampai
cepat sangat.” Ellen melambai kearah mereka dengan senyuman. “So macam mana
malam korang kat Guess house? Selesa tak?”
Pole mengangguk dengan anggunnya. “Yes.
Service kat rumah tu pun sangat baik. Terima kasih sebab layan kami dengan baik
Tuanku.”
Ellen tertawa sambil menggeleng. “No-No.
kawan kepada Night tak perlu panggil aku Tuanku. Just Ellen is find.”
“Tapi Tuanku keturunan di raja. Kami patut
hormat tuanku.” Kata Manda.
“I said it’s oka—”
“Biarkan mereka Ellen. Mereka akan panggil
kau Tuanku juga walaupun kau tak suka.” Sampuk Miracle tersenyum sebalik purdahnya.
“Korang akan ke bengkel nanti kan?”
Ellen mengangguk. “Yup. Nak check kerosakan
kapal tu. Nak join sekali ke?”
Miracle menggeleng. “It’s okay. Aku nak
siapkan benda ni secepat yang mungkin.” Dia melambai kepada mereka “Have fun
you guys.”
Ellen mengambil tangan Miracle dan
mengucupnya. “I’ll see you this evening. Hati-hati okay?”
Miracle mengangguk kecil dengan muka yang
merah, dia sempat menjeling kearah Rick. Lelaki itu kelihatan Emotionless. Tapi
entah kenapa riaksi itu buat Miracle kecewa. Dia tak tahu kau siapa Miracle, apa
yang kau harapkan dari lelaki tu desis hatinya cuba marahkan hatinya sendiri.
Dia melihat mereka semua masuk ke dalam
kereta dan bergerak pergi ke hujung Sylvianne. Miracle mengelu dan membuka
purdahnya. “Glend, lets get back to work.”
“Okey-Dokey!”
>X<
Mereka semua tiba Di bengkel bawah tanah di
mana kapal Axerialeth di baiki dan mereka terus memulakan proses memperbaiki
kapal tersebut. Ellen bahagikan pekerjanya kepada beberapa bahagian dan satu
kumpulan bersama dengan salah seorang dari member kapal tersebut.
Nuez bersama beberapa pekerja Ellen
bertanggungjawab atas senjata Axerialeth yang telah rosak dan perlu di
perbaharui. Banyak juga kerosakan yang ada pada senjata mereka, terutamanya
bilik senjata yang sememangnya dah hancur.
“Kerosakan pada senjata utama agak teruk.
Dua senjata Neo 07 dah hancur dan pengawalnya juga tidak berfungsi.” Nuez slide
tangannya pada permukaan mesin itu tapi tidak ada apa-apa berlaku. “Controller
pun tidak memberi respon. Sensor dia dah rosak jugak.” Dia mula menekan secara
manual pada butang-butang yang ada pada mesin tersebut. Holo screen keluar
secara samar-samar. “Gangguan pada screen. Kuasa dia tak kuat, mesti dari enjin
kapal. Let’s see what else.” Dia menarik sesuatu keluar dari bajunya, seutas
rantai berbentuk kunci dan masukkan kunci tersebut kedalam lubang yang terdapat
dalam mesin tersebut.
Siren merah berbunyi dengan bising membuat
Nuez memandang sekeliling. “Emergency Weapon room berbunyi dengan baik.” Holo
screen dan screen pada mesin tersebut muncul dngan banyak menunjukkan kesemua
infromasi tentang bilik senjata itu. Jari-jemari Nuez rancak menekan holo
keyboard atas mesin itu.
“Hmm…. 86% kerosakan. Lebih teruk dari apa
yang aku jangkakan.” Dia berputar memandang pasukannya yang terngangah dengan
senyuman manis. “Nampaknya kapal ni takkan baik dalam masa yang singkat. Mesin
buruk ni kena di perbaharui!”
Pasukannya hanya terngangah. Dia panggil
Weapon controller yang rosak itu mesin buruk?? Ini first time mereka lihat
perkara seperti itu.Weapon controller Room yang gunakan Smarttouch dan Holo
Programming? Itu terlalu advance dari mereka!
Sementara Di Bilik pengemudi pula, Ben
bersama teamnya memeriksa kerosakan pada bilik itu. Ben tak tahu samada dia
patut rasa sedih atau gembira sekarang ni. Melihat dari mesin tersebut, dia dah
dapat tahu lebih dari 60% kerosakan dalam bilik itu. Not to mention dalam enjin
lagi. “Urrrgghh… Aku happy nampak bendalah ni rosak tapi…” Dia dahulunya suka
sangat maki mesin buruk tu tapi bila dah rosak, dia rasa sedih sebab dia dah
mula suka kerjanya sebagai pengemudi. “Alright. Kita upgrade menatang ni. With
my Style.” Kataya dengan senyuman jahat. “Biar Rick keliru dengan kapalnya
sendiri! Mwahahahaha!” Team Ben hanya melihat Ben ketawa seorang diri seperti
orang gila.
Mereka takkan faham perangai orang luar.
Mereka semua sangat pelik.
Speaker kapal tetiba hidup membuat tawa Ben
serta merta dan menekan butang microfon bilik itu.
“Hah, kenapa?”
“Ben, aku perlukan kau di bilik Enjin.
Boleh kau naik kejap?”
“Roger that.” Sahutnya dengan senyuman. Dia
memandang Teamnya. “Aku kena naik. Ini korang patut buat. Check holo screen dan
Throtle kapal ni. Aku rasa ketumpatan udara dia dah rosak sebab time kami
terbangkan bendalah ni ia susah sangat nak di imbangkan. Oh, dah check Gravity
Newton dia sekali. Aku takut angin N dia rendah sangat. Steering dan ekor juga
perlu di perbaiki. Ia susah nak di kawal dan di putar. Kalau ada apa-apa
masalah beritahu aku okay? Pasal organ dia pula nanti aku check kerosakan dia.”
Ben merenung kearah mereka satu persatu. “Jangan sentuh organ bilik ini. faham.
Aku tak percayakan tangan korang.” Selesai bagi amaran dia terus keluar dari
bilik tersebut dan pergi ke Bilik Enjin di mana Rick berada.
“Yo! Mana team kau?”
Rick menendang spana yang ada di lantai dan
mengeluh. “Aku suruh mereka pergi ambil spare part. Aku nak discus something
dengan kau.” Katanya memandang Ben dengan serius.
Ben tersenyum nakal. “Kau nak cakap yang
kau tak tahu enjin ni ke? Ini ke captain Axerialeth yang hebat? Tak tahu pasal
kapalnya sendiri?”
Rick menarik sengih dan memandang kearah
satu bahagian kapal yang di tutup dengan kain usang. “Ya, aku tak tahu kapal
aku sendiri sekarang ni.”
Ben memandang kearah mana Rick lihat dan
menepuk bahu Rick.”Chillaxz Dude, tiada siapa tahu apa fungsi bendalah tu. Sekarang,
apa problem kau?”
Lain pula ceritanya di Third Base kapal
tersebut di mana Pole menjadi Sparta mengarah pasukannya untuk mengalihkan
barang-barang dalam kapal itu keluar. “Hati-hati dengan kotak kayu tu—Hey!
Benda dalam tu harga Berjuta billion tahu tak?” Jeritnya kearah seorang lelaki
yang hampir tersandung membawa kotak. “You there! Kotak tu letak dengan kotak
yang ada chop Hijau understand?” Dia melihat seorang pasukannya lalu di depan
Pole membuat mata half Gender ini turun ke bahagian rare dan tersenyum. SMACK!
“Move it Sexy Ass!” katanya dengan senyuman menggoda. Lelaki itu memandang Pole
dengan muka merah tahap gaban dan Pole tambahkan lagi kepedasan dengan
reshberry kiss. Lelaki itu segera lari keluar dari kapal tersebut.
“Hmmm… He can’t handle my charm.” Katanya
dengan bangga dan keluar dari perut kapal itu.
Ellen
melihat berkotak-kotak barang di keluarkan dan kerana firasat ingin tahunya
agak tinggi ketika itu, Dia membuka salah satu dari kotak kayu tersebut. “Woa!
Navy 05N! Dari mana kau dapat?”
Pole menolak rambutnya dengan bangga. “Like
what you see your Hightness. It’s take a lot of charm to get this baby.”
Ellen tertawa janggal. Dia tak tahu macam
mana Pole boleh dapat senjata canggih tu, sedangkan dia sendiri susah nak
dapatkannya. Dan Ellen tak nak tahu cam mana Pole dapatkannya. Biarlah jadi
rahsia. “Aku pasti kau hebat dalam babak-babak ‘charm’ ni.” Ellen memandang
kearah beberapa lagi kotak yang mempunyai chop yang berlainan. “Chop merah
untuk senjata. Hijau dan kuning pula untuk apa?”
“Hmm? Oh, Hujau untuk bahan mentah dan
hasil ‘buruan’ kitorang. Kalau Kuning pula barang penting untuk kapal ni. Spare
part, besi dan macam-macam lagi.”
“Wow… kau atur semuanya dengan baik.
Patutlah kau jadi Stock Girl dalam kapal ni.” Ellen mendongakkan kepalanya
melihat ke arah bahagian enjin kapal. “Siapa yang buat Enjin? Aku dengar khabar
angin yang Kapal Axerialeth lain dari yang lain.”
“Dulu, Nuez yang jaga Enjin tapi Nightblue
ambil alih tempat tu dan cipta Supernova.” Pole melihat wajah terkejut Ellen.
“Aku tahu Siapa NightBlue tapi jangan risau. Aku sayangkan Miracle. aku takkan
buat something yang akan buat dia sedih.”
Ellen memandang Pole lebih lama. “Kau akan
satukan Rick dengan Miracle ke?”
Pole tertawa kecil. “Tuanku tak perlu
risau. Itu Miracle yang tentukan. Aku hanya melihat dan menghalang jika
something berlaku antara mereka berdua.”
>X<
Glend melihat Miracle dari cermin tengah
yang sedang membuat pengiraan kos untuk membuat benteng Sylvianne itu. “Mira~
kau patut rehat.”
Mira mendongak,
memberi senyuman kepada Glend. “Don’t worry. Aku tak buat apa-apa pun ni hari
kecuali menyibuk kat construction tu.”
Glend mengangguk
dan kembali tumpukan perhatiannya pada jalan. Bukan itu yang aku risaukan… Kau
terlalu banyak guna kuasa CR. Kuasa tu ada kesan sampingannya dan kau takda
antidote untuk liquid tu desis hatinya risau.
“Bila kali
terakhir kau tambah kuasa?” Glend mula menyoal membuat Miracle tertangguh
dengan kerjanya.
Dia menjeling
kearah Glend untuk seketika sebelum sambung membuat kerjanya semula. “Glend,
aku kata jangan risau.” Dia melihat huruf dan nombor atas kertas putih itu tapi
mindanya kea rah lain. 10 hari lalu. Dia patut dapat kesannya pada bila-bila
masa sahaja tapi dia tak kisah sangat pasal benda tu. Ada perkara lebih penting
dari itu.
Dia termenung
jauh keluar tingkap kereta. Adakah hidup di dunia luar buat kita keliru dengan
diri kita sendiri? Adakah hidup di dunia luar memaksa kita untuk buat pilihan?
Adakah kehidupan di dunia luar kita perlu korbankan segalannya yang kita
sayang?
Miracle
mengeluh. Aku tak patut berharap sesuatu yang tinggi, Aku takkan tanya Glend
apa akan jadi pada aku sebab aku dah putuskan sendiri masa depan aku dan aku
takkan benarkan sesiapa ubah fikiran aku lagi. Miracle melelapkan matanya.
Rick… maafkan aku.
>X<
Rick mengusap
belakang lehernya bila dia rasa seram sejuk. Dia memandang kearah pintu bilik
Enjin itu sepertinya mengetahui seseorang akan masuk ke bilik tersebut. Namun,
tiada siapa yang datang.
“That’s weird…”
“Rick, do you here me? Speaker testing one
two three~~”
Rick menekan
butang speakernya. “aku dengar. Kau dengar tak suara aku?”
“Loud and clear capn’! Oh dan Tunang Ellen
ada kat bawah. Dia datang nak lawat kita.”
Rick kaku untuk
sementara sebelum bersuara. “Roger that.”
Apa NightBlue
buat kat sini?
Rick turun ke
Third base menggunakan tangga sebab menggunakan lift sangat merbahaya sekarang
ni. Dia terpaku di mulut kapal bila dia terlihat NIghtBlue yang memakai gaun
serbah biru awan. Dia tak lihat NightBlue tapi Miracle.
Rick menggeleng
laju. Dia kena berhenti fikir seperti itu. NightBlue bukan Miracle dan
NightBlue dah ada tunang.
“Ah Rick!”
Spring yang bercakap dengan Miracle perasan kehadiran Rick dan melambai
kearahnya.
Miracle berputar
memandang Rick dan mata mereka bertembung. Kali ini Miracle kaku. Dia lihat
Rick yang berpakaian casual yang kotor dengan minyak hitam. Rambutnya kusut
masai kerana topi yang dia guna. Mukanya juga kotor. Dia juga tak terlepas
pandang otot Rick. Gosh, sejak bila Ricky jadi mascular??
Miracle segera
berpaling dan memegang kedua pipinya. Tak Mira tak! Jangan nak mengada sana!!
“Night, kenapa
muka kau merah?”
Miracle
mendongak dan mukanya dengan Manda sangat dekat. Dia terus berdiri seperti
biasa. “N-Nothing. Bengkel ni rasa panas sangat. Ha-haha-hahahaha…” Dia paksa
ketawanya sambil pandang kearah lain.
Manda hanya
diamkan diri untuk seketika sebelum tangannya melayang kearah Miracle tapi
Miracle segera menahannya. “Wow… cantik tindakan reflex kau.”
“Thanks.”
Miracle tersenyum di sebalik topengnya.
“Aku nak ke Bandar
untuk beli supplier. Glend, kau boleh tolong aku tak?”
Glend menjungkit
kening. “Nak aku temankan kau cari supplier apa?”
“Perubatan. Aku
perlukan aid kit yang baru.”
Glend memandang
Miracle seperti meminta kebenaran dan Miracle mengangguk. Dia memandang kearah
Manda semula. “Okay.”
Manda tersenyum
manis tanda terima kasih dan bergerak keluar dari bengkel bawah tanah itu
bersama Glend.
“Glend… aku nak
tanya sesuatu.”
“Apa dia?”
“Kau suka cerita
dongeng tak?
[Previous] | [MiT] | [Next]
Nak lg angah...makin best...tak cukup la satu bab je...
ReplyDeletehuhu.... maaf lambat update ;P final exam dah nak dekat and kena focus study for a week or two But No worries! Lepas habis semester ni Angah sentiasa update.... but no promises ^_~
ReplyDelete