Twelfth L.O.V.E

–Worthy Trust-

”Siapa?” soal penghuni bilik itu dengan suara mengantuk

Ivy tahu itu Gretel. Ivy meletakkan kayu saktinya pada lehernya untuk menukar nada suaranya ke suara penjaga Wing Winter. “Cik Gretel, saya Warden.”

“Coming…” sahutnya dan tak lama kemudian Gretel membuka pintu dengan mata yang tertutup. “Ada apa—” Rasa mengantuk Gretel terus hilang bila dia tahu siapa yang berdiri di hadapan biliknya sekarang.

Ivy tersenyum nakal dan mengankat tangan. “Hai.” Bisiknya dan sebelum Gretel sempat menjerit, Ivy dah pun melontarkan jampi ringkas iaitu ‘unconcious spell’ membuat Gretel tidak sedarkan diri dan Ivy segera melontarkan pixie dust pada Gretel sebelum perempuan itu jatuh terhempap atas lantai. Apungkan dia di udara.

Ivy tersenyum lebar. This is fun… desis hatinya riang dan menarik Gretel keluar dari bilik tersebut, menutup pintu bilik itu dengan perlahan. Ivy mendongak melihat Gretel yang terapung di atasnya sambil bercekak pinggang. “Baiklah. Jom jalan-jalan.” Katanya mengeluarkan tali dari beg sandangnya untuk mengikat pinggang Gretel. Mengelakkan Gretel terapung naik ke langit. Dia mengikat erat tali pada pinggang Gretel dan pergelangan tangannya.

Setelah itu Ivy mengeluarkan dua botol potion invisibility untuknya satu dan Gretel. Ivy memandang potion itu dengan jijik. Entah da berapa kali dia minum bendalah tu dan sampai sekarang dia masih tidak sukakannya. Taste like dog poop dan Vomit Troll.

Dengan perasaan terpaksa dia minum cecair itu dengan menutup hidung dan membuka satu lagi botol untuk masukkan ke dalam mulut Gretel.

Yang baiknya ‘Inconcious Spell’ ni, apapun terjadi pada si mangsa mereka takkan bangun selagi si penyihir tidak bangunkan mereka. Jadi Cecair teruk itu takkan bangunkan Gretel langsung.

Setelah mereka berdua menjadi halimunan, Ivy kena pastikan tali dalam tangannya tidak terlepas kerana bukan sahaja dia akan kehilangan Gretel tapi orang lain akan lihat Gretel terapung di udara dalam keadaan tidak sedarkan diri bila potion itu habis tempoh. Plus, boleh mati bila pixie dust itu dah habis.

Ivy memandang Gretel yang terapung di udara dengan senyuman sinis. Lets have some fun...

~Sambungan~

Hansel keluar dari lubang tembok berduri itu dan pandang lubang itu untuk memastikan tiada siapa mengekorinya. Melihat pada hujung lubang tersebut gelap menandakan batu yang Hansel letak telah menyembunyikan lubang tersebut.

“Okay.” bisiknya lega dan pandang ke dada langit yang akan cerah tidak lama lagi.

Hansel mula bergerak ke Tasik di mana dia dan Ivy akan berjumpa dan seperti yang dia jangka, Ivy tidak sampai lagi. Dah tentu. kedudukan academy agak jauh dari Hutan Mahligai. Mustahil untuk mereka sampai dahulu dari Hansel.

Apatah lagi bawa Gretel Desis hatinya risau yang Gretel akan meroyan dalam perjalanan ke hutan Mahligai itu. Ye lah, Gretel benci Villain. Entah macam mana Ivy akan pujuk Gretel tapi Hansel tau Ivy akan bawa Gretel ke sini.

She promise… Ivy tak pernah mungkiri janjinya

Hansel mengambil keputusan untuk duduk di tepi tasik tersebut sementara menunggu Ivy tiba. Dia mencabut rumput-rumput dan melontarnya ke arah tasik tanpa berfikir.

Apa dia nak buat sementara menunggu mereka? Hansel menyesal tak bawa apa-apa ke sini. Kalau dia bawa buku sekurang-kurangnya dia ada bahan untuk menghilangkan bosannya. Takpa lah, dia akan tunggu mereka.

Tiga pari-pari music muncul dari celah semak bila mereka perasan Hansel berada di tepi tasik itu dan menyapanya.

Hansel tersenyum kecil. “Hey, maaf mengganggu tempat korang. Saya tengah tunggu Ivy.”

Pari-pari itu saling berpandangan dan mengangkat bahu sebelum memainkan lagu merdu kepada Hansel. Menemani lelaki itu sementara menunggu kawannya.

Hansel tunduk kepada mereka tanda terima kasih dan termenung kearah tasik sambil menikmati irama lagu merdu itu dari mereka.

Tidak lama kemudian, Hansel terganggu dengan bunyi semak berdekatan dengannya. Dia segera bangun takut kalau-kalau pixie sedang memantau mereka. Pari-pari music tu pun menghentikan irama mereka kerana bunyi tersebut.

Pari-pari ini tak melarikan diri bermaksud tiada bahaya akan datang dan mereka tak tolak Hansel untuk bersembunyi juga bermaksud bukan pixie. Jadi apa yang buat semak tu bergoyang?

Tiba-tiba, entah dari mana; Ivy muncul tepat di depan Hansel dengan senyuman lebar tertera pada wajahnya hampir buat Hansel melompat terkejut.

“Kau nak bunuh aku ke?” soal Hansel mengurut dadanya. “Awal kau datang.”

“Dah tentu.” jawabnya dengan senyuman nakal. “Oh dan kali ini aku tepati janji aku.”

Hansel memandang sekeliling sebelum pandang Ivy semula dengan kening terjungkit. “Mana adik aku?”

Ivy menghayunkan kayu saktinya ke udara di belakangnya dan muncul Gretel yang tidak sedarkan diri di udara dan terikat pada tali di pergelangan Ivy.

Mata Hansel terbeliak bulat melihat adiknya di sihir oleh Ivy. “Apa kau dah buat dengan dia???” soalnya dengan Horror, menarik adiknya ke darat.

“Oh relaks—pegang dia kuat-kuat.” Kata Ivy membuka tali pada tangannya. “Kau pasti tiada orang ikut kau?”

Hansel mengangguk. “Aku datang sini time nak subuh. Now, unspell her.

Ivy hanya tertawa mendengar ancaman Hansel dan menghayunkan kayu saktinya kearah Gretel, membatalkan jampinya dan juga pixie dust pada Gretel.

Sebaik sahaja jampi itu terbatal, Gretel terus menyambung tindakannya sebelum dia di sihir. Menjerit.

“Aaaaaaaahhhhhh!!—Hmmph!! Hansel segera menutup mulut Gretel sebelum mereka terkantoi oleh jeritan Gretel.

Shhhhhh” Hansel suruh adiknya diam. “Gretel, ini abang. Hansel, its okay. its okay….”

Mata Gretel terbeliak bulat melihat hansel dan terus memeluk abangnya dengan erat. “Hansel!” sahutnya dengan tangisan. Dia melepaskan pelukan mereka dan memegang kedua pipi abangnya. “Oh god, abang… Gretel ingatkan Gretel takkan jumpa abang lagi.”

“Abang pun sama. I’m so glad you are okay.” Bisiknya mengucup dahi adiknya sebelum memeluk Gretel semula.

Gretel mengangguk dengan tangisan gembira. “Gretel okay. Abang?” dia menanam wajahnya pada bahu abangnya kerana air matanya mula mengalir.

Hansel juga yang bermata merah mengangguk. “Abang Okay. Jangan risau pasal abang.”

“Thank goodness.” Sahut Gretel lega dan teruskan menangis dalam dakapan abangnya.

“Shhh… its okay. jangan nangis.” Pujuk si abang pula.

Sementara itu, orang ketiga dalam reunion family ini, yang asyik memandang menjejak kasih mereka bersuara. “Awww…. Sweetnya korang.”

Dua beradik ini terus melepaskan sesama sendiri bila teringatkan Ivy ada di sisi mereka dan mengelap air mata masing-masing.

“Oh… aku mengganggu ke?” Soal Ivy dengan innocent. “Sorry, aku pergi tempat lain. Sambung menjejak kasih korang.” Kata Ivy hanya berlawak.

“No sh*t witch, kau culik aku.” Marah Gretel menjeling kearah Ivy. Hansel memegang lengan Gretel, memarahi Gretel melalui renungannya. “T-tapi abang dia—”

“Dia rancang untuk temukan kamu dengan abang.” Hansel memotong. “Kamu patut berterima kasih kepada dia.”

Gretel menjeling kearah Ivy. “Fine. Thank you.”

 “No big—oh wait it is. Kau tahu tak betapa susahnya aku nak pujuk kau baik-baik untuk bawa kau ke sini?” Soal Ivy memeluk tubuh.

Gretel memandang Ivy dengan wajah ‘tidak percaya’. “Oh… time aku tanya pasal abang aku kenapa kau tak bagi tahu?”

“Payback is a b*tch.” Katanya dengan senyuman nakal.

“Why you—”

“Gretel!” Hansel menghalang Adiknya dari menampar Ivy dan berdiri diantara mereka. “She’s evil. Apa boleh buat? Dah cukup baik dia bersusah payah dia bawa kamu ke sini.”

“Dengan culik Gretel?” Soal Gretel menunjuk dirinya sendiri. “Dia menyamar menjadi wadern dan culik Gretel. Plus, dia letak jampi kat Gretel! Abang menyebelahi dia kenapa?”

“Sebab dia sanggup buat semua tu untuk bawa kamu jumpa abang.” Katanya. “Walaupun dia perangai teruk dengan kamu, dia tetap bawa kamu ke sini.”

“Yeah.” Ivy menambah. “Kalau aku bagitau kau yang aku nak bawa kau jumpa abang kau, kau akan percaya ke?” Soal Ivy memeluk tubuh. “Kau tak percayakan aku langsung. Sebab aku ni Villain. Siapa nak percayakan Villain?”

Gretel ingin membalas tapi terbatal bila dia fikirkan apa yang Ivy katakan. “Baiklah. kau betul.” Katanya terpaksa mengalah walaupun dia tak sukakannya. “Maaf sebab marah kau bila kau nak bercakap dengan aku dan juga tak percayakan kau.”

Hansel akhirnya menurunkan tangannya dari menghalang perempuan itu dari bergaduh. “Good. Ivy? kau ada apa-apa nak cakap ke?”

“Me?” Soal Ivy memandang Hansel tak percaya. Dia kena minta maaf jugak ke?? bila lihat muka serious Hansel, Ivy berdengus. “Fine. Sorry sebab usik kau.”

“Itu saja?” Soal Hansel menjungkit kening. Memberi amaran.

Ivy menarik sengih. “Aku takkan minta maaf sebab culik dia. Its Fun.” Katanya membuat Hansel mengeluh. “Well, aku biarkan korang berdua menjejak kasih. Aku berada di seberang tasik kalau korang nakkan sesuatu.” Kata Ivy menuding kearah tasik besar itu. “Lagipun, aku tak nak dengar musyi-wusyi dua beradik ni.” Usiknya dan berlari pergi bila Hansel nak tengking dia. “See ya!”

Ivy berjalan mengelilingi tasik itu untuk keseberang tasik dengan tiga pari-pari music mengekorinya. Ivy tersenyum kepada mereka. “Thanks sebab temani aku.”

Pari-pari itu terbang dengan riang mengelilingi Ivy tanda mereka tidak kesah malah sukakan Ivy.

Sebaik sahaja Ivy dapat tempat yang sesuai untuk duduk dan pari-pari itu berehat di pangkuan Ivy, dia memandang kearah dua beradik di seberang tasik sedang bercerita sesama sendiri, menghilangkan rasa rindu mereka setelah 10 tahun tidak berjumpa.

“isn’t it nice?” Soal Ivy melihat hansel dan Gretel. “Akhirnya Hansel dapat jumpa adiknya.”

Tiga pari-pari itu mendongak memandang Ivy kelihatan yang mereka tidak faham maksud Ivy.

Ivy tertawa kecil. Dah tentu mereka tak faham. “Hansel dipisahkan dari Gretel 10 tahun lalu. dia di hantar ke Vicious kerana membunuh Fairy Fauna.” Ayat tersebut membuat tiga pari-pari ini terbang semula. Ivy menangkap mereka dari terbang kearah Hansel dan bersuara. “Jangan salahkan dia. Dia tak sengaja.” Katanya membuat pari-pari itu kembali duduk di pangkuannya. “Dia desperate. Dalam hidupnya hanya Gretel yang tinggal dan dia taknak adiknya mati—Gretel dahulu sakit tenat.” Katanya memandang tiga pari-pari itu. “Nak tak nak dia curi kayu sakti Fauna untuk sembuhkan adiknya dan tak sengaja membunuh Fairy Fauna. Dia tak sengaja. Bukan salah dia.” katanya memandang hansel kali ini, tertawa bersama adiknya. “apa budak 10 tahun boleh buat? Dia masih kecil dan tak sanggup kehilangan adiknya selepas ibu bapanya tinggalkan mereka. Mereka tak patut buang Hansel macam tu je. He’s just a kid.” Marah Ivy menggenggam rumput di sisinya dengan erat sehingga ia tercabut. “What are the Enchanted thinking?”

Pari-pari itu perasan mata Ivy membara dan segera terbang ke muka Ivy. menyuruh dia tenangkan diri. Ivy tersentak dan tersenyum kepada mereka. “Jangan risau. sekurang-kurangnya ini yang aku boleh buat untuk Hansel dan Gretel. Mereka hanya ada satu sama lain dan tiada siapa berhak hidup bersendirian.” katanya kembali memandang Hansel dan Gretel. “terutamanya mereka.”

Tiga pari-pari ini memerhatikan Ivy tersenyum kecil melihat kawannya dan mereka saling berpandangan. Mereka mengangguk pada sesama sendiri dan terbang mengelilingi Ivy. membuat Ivy tertawa kecil. “Apa kamu buat ni?” Soalnya dan lihat bunga lavender mula tumbuh disekeliling Ivy.

Pari-pari itu terbang keatas sambil berputar dan buat letupan bunga lavender diatas Ivy. serta memegang mahkota lavender dalam tangan mereka.

Ivy tertawa kecil bila tiga pari-pari itu memakaikan mahkota itu di kepala Ivy. “Thanks korang.” Katanya dengan senyuman manis. “I love it.”

Sementara itu di seberang tasik, Gretel dan Hansel memandang kearah Ivy yang dihiburkan oleh pari-pari music.

“See, dia tak jahat sebenarnya.” Kata Hansel tersenyum melihat Ivy dikelilingi bunga lavender yang cantik.

Dahi Gretel berkerut. Selama ini, cara Ivy melayannya semua palsu? Susah untuk dia percaya yang Ivy berlakon didepannya. But she’s evil… Mustahil orang yang sememangnya jahat boleh berlakon jahat. Tapi bila lihat bagaimana Ivy bersama pari-pari itu… Gretel mula ragu-ragu. Betul ke dia tidak jahat?

Senyuman manis Ivy membuka mata Gretel. Dia tak pernah lihat Ivy tersenyum seperti itu. Ivy the Devil, tersenyum manis di sekeliling bunga lavender yang subur, bersama pari-pari music, bersenda tawa dengan mahkota bunga di atas kepalanya.

Kalau Ivy seorang Villain, dia akan menghancurkan bunga itu, akan membunuh pari-pari itu, akan merosakkan mahkota tersebut. Takkan tersenyum seindah itu.

“You believe me now?” Soal Hansel menarik perhatian Gretel semula. “Gretel, kalau bukan di sebabkan dia Abang takkan ada di sini. Dia menyelamatkan abang, bersama abang sepanjang masa. Abang yakin semua kejahatannya tu hanya lakonan. Dia tinggal di tanah Vicious, semua orang aspect dia jadi jahat. Ibu dia nak dia jadi jahat. Apa dia boleh buat ialah berlagak jahat.” Kata Hansel kembali memandang Ivy di seberang tasik. “Sedangkan…. Dia tak jahat langsung.”

“Dan abang tak sedarkan dia tentang ni?” Soal Gretel.

Hansel menggeleng. “Dia takkan mengaku dirinya baik. Dia terlalu kepala batu.” Katanya membuat mereka berdua tertawa. “Dia yakin dia jahat tapi tanpa dia sedar dia sebenarnya baik. Dia secara semula jadi baik tapi diseliputi dengan kejahatan.”

“Hanya façade.” Bisik Gretel dan mengangguk. “Yeah… dia teruk sangat. susah orang nak percaya dia baik kalau perangainya jahat.”

Hansel tertawa. “Itu Ivy. Dia akan ada cara tersendiri untuk buat orang percayakannya. Just see.” katanya mengenyit mata. “That’s Ivy the Devil we’re talking about. The daughter of maleficent.”

Gretel memandang abangnya dengan lama sebelum bersuara. “Abang pasti ke abang dengan dia tiada hubungan?” soal Gretel menjungkit kening. “Sebab Gretel taknak kakak ipar seorang Villain.”

Hansel tertawa besar dengar rungutan Gretel. “Tak. mustahil kami bersama. Dia tiada hati.

Dua beradik ini teruskan bercerita tentang benda lain, tentang diri mereka selama 10 tahun itu sampai petang sehinggalah Ivy datang menganggu mereka beritahu Gretel masa untuk mereka balik.

Dengan perasaan sedih Gretel memeluk abangnya dengan erat sebelum memandang Ivy. “Macam mana kita nak balik?”

Ivy memberi invisibility potion kepada Gretel. “pegang ni.” Katanya dan mengambil tali untuk mengikat tangan Gretel dengan tangannya.

“Apa kau buat?” Soalnya melihat Ivy mengambil satu potion dari tangan Gretel.

“Invisibility potion. Kau minum dan jadi halimunan tapi kau tak dapat nampak aku kalau kau halimunan juga.” Katanya membuka penutup botol potionnya. “jadi mengelakkan kau sesat, aku ikat kau dengan aku.”

Hansel tertawa melihat tangan mereka yang terikat. “Alright Girls. Have a safe journey.”

Ivy salute kepada Hansel sebelum memaksa dirinya menelan potion tersebut. “Euugghh….”

Gretel mula ragu-ragu minum potionnya bila dia hidu potion tersebut. “Seriously?”

“Drink up.” Kata ivy menolak potion itu masuk mulut Gretel bila dia nak halimunan.

Gretel hampir termuntah bila dia tak tersengaja tertelan semua cecair itu sekali gus. “Eeeeeeiii—Weck!”

Hansel hanya menggeleng melihat mereka. Nasib baik dia tak perlu minum potion bagai. “See ya.” sahut Hansel melambai kepada dua perempuan yang menjadi halimunan pada mata Hansel.

“bye Hans.”

“See you again abang.”

Itu yang Hansel dengar sebelum dia sendiri berputar kembali ke lubangnya tanpa pandang belakang kerana dia tahu dia takkan dapat lihat mereka pergi.

>X<

Sehari kemudian…..

Ivy berada di cafeteria mengambil makanannya seorang diri bersama burung gagaknya di bahunya. Dia melihat sekeliling ruang cafeteria itu mencari tempat duduk kosong. Tiada.

“Diaval.” Pinta Ivy dengan senyuman berniat.

BUrung gagak itu berbunyi sinis faham maksud Ivy dan terbang kearah satu meja berdekatan, menakutkan tiga pelajar yang makan di atas meja tersebut, menghalau mereka dari situ.

Ivy tersenyum dengan puas hati dan duduk di meja makan yang telah pun dikosongkan oleh Diaval. “Thanks dude.” Katanya dan mengasingkan ikan panggang dari talam makanannya untuk Diaval makan.

Ivy melihat makanannya satu persatu. Steak panggang saiz medium dengan mash potato (fav baru Ivy), kuah steak, sos BBQ, dessert crème bule dan minuman chocolate shake.

Ivy mengeluh panjang dan memandang kearah Apple Red yang duduk tidak jauh darinya bersama rakan-rakannya.

Oh well… dia dah biasa.

Ivy mengambil pisau makan dan garfunya dengan mulut yang berliur, bersedia untuk melahap makanannya tapi semasa dia memotong steaknya tiba-tiba setalam makanan muncul di hadapan Ivy dan seorang wanita yang dikenali duduk depan Ivy bersama buku melekat di hidungnya.

“Gretel?” Ivy menjungkit kening, secara perlahan senyuman terukir pada bibirnya.

Gretel menjeling kearah Ivy sebelum kembali pada bukunya. “Tiada meja yang tinggal. Shut up.

Ivy menahan dirinya dari tersenyum lebar dan mengangguk dengan serius. “Oh, okay.”

Gretel menghempap bukunya keatas meja sebab dia perasan Ivy tak dapat sembunyikan muka terhiburnya dengan baik. “Okay. Listen, aku terima kau sebab kau kawan abang aku.” Bisik Gretel sambil arahkan garfunya pada Ivy. “Aku berhutang budi dengan kau sebab tolong abang aku selama ni dan kita dah even so, get of my back with your sinister act.”

Act? Mesti Hansel tipu Gretel lagi ni desis hati Ivy. dia berterima kasih kat Hansel sekarang dan sebagai balasan kepada Hansel, Ivy akan layan Gretel seperti mana dia layan Hansel. “Sure. Okay.”

“Satu lagi. kalau aku dapat tahu kau dan abang aku betul-betul ada hubungan…” Dia buat signal kerat leher guna garfunya.

Ivy mengangguk laju dengan senyuman nakal. Ingat dia rasa terancam dengan ugutan kecil tu? Ivy tak membantah kerana dia terlalu terhibur sekarang ni. “Noted.” Itu yang dia kata sambil menahan ketawanya.

“Good.”

Baru je Ivy nak makan, tiga lagi talam makanan muncul di atas mejanya. Satu sebelah Gretel dan dua lagi di sebelah Ivy.

Gretel memandang kearah Gweneth yang melabuhkan punggung di sebelahnya. “Kau berkawan dengan Ivy?”

Gweneth yang meniup gula-gula getahnya mengangguk. “Sekarang. Ya.” jawabnya dan hulurkan tangan kearah Ivy. “Even?”

Ivy tersenyum dan menyambut tangan itu. “Even.”

Hanna yang duduk di sebelah Ivy pula juga bersalaman dengan Ivy. “Gweneth rasa kau baik sebab Gretel datang duduk dengan kau. Bermaksud dah terbukti kau tak jahat. By the way, aku Hanna.”

Ivy tertawa kecil melihat keriangan Hanna. “Hai, aku Ivy.”

“See?” Soal Apple red yang duduk bahagian kanan Ivy pula. “I told you.”

“Yeah-yeah sweetheart. Aku dan Ivy dah berbaik. So jangan ungkit.” Kata Gweneth dan kembali pandang Ivy. “kau ada plan petang ni?”

Me?

Ivy menggeleng. “Perpustakaan duty, remember?”

Gweneth dan Hanna saling berpandangan sebelum Gweneth bagi signal suruh hanna bersuara.

“Oh, kalau kami tolong kau, kerja kau boleh habis sampai petang ni ke?” Soalnya dengan senyuman.

“Mungkin.”

“Good!” Apple Red pula menyahut. “Kami tolong kau kat perpustakaan nanti dan lepas tu kau ikut kitorang okay?”

“Err…” belum sempat Ivy nak bersuara Gweneth bercakap dahulu kepada Gretel.

“Babe, join us.”

Gretel menjeling kearah Ivy dahulu sebelum mengangguk. “Yeah, sure. Boleh je.”

 Setelah itu tiga rakan ini kembali bercerita seperti biasa dan Gretel pula kembali pada bukunya. Manakala Ivy memandang kearah Diaval yang juga terkejut dengan kedatangan mereka secara tiba-tiba.

What just happen? Ivy dapat lihat persoalan itu pada wajah Diaval dan Ivy mengangkat bahu. Dia sendiri tak faham apa dah jadi sebenarnya.

“See? I told you everything will be okay.”

Mata Ivy membesar terdengar bisikan suara budak dan melihat sekeliling cafeteria itu. Dia perasan di penjuru cafeteria itu, seorang budak 8 tahun memakai mantel merah berdiri dengan senyuman manis pada wajahnya. Setelah itu dia lenyap.

Everything will goes well… itu yang Ivy ingatkan Hood beritahu dia semasa dia dan Louis kembali berkawan. Ini buat Ivy tersenyum lega. Semua akan baik-baik sahaja desis hati Ivy dan dia makan makanannya dan bercerita dengan yang lain, saling kenal mengenali.

Dia ada kawan. Dia tidak keseorangan…..

 Kerana tiada siapa berhak keseorangan.


(A/N: Feewwwwww!!! I smiled dengan chapter ni. Suka je Ivy kenakan Gretel. Takda abang nak kacau, adik pulak jadi mangsa. Hahahahaha… see you in next chapter!)

12 comments:

  1. Angah!!!!! Tenkiu. Muahahaha. Setiap hari bukak tgk ada update dak. Hehe. Good luck. ^_~. -epi-

    ReplyDelete
  2. Bila nk sambung??siyesli..menarik..
    ....peminat baru cerpen ni...

    ReplyDelete
  3. Epi!!! You Welcome Babe <3 <3 huhuhuhuhuhu sebaik je balik rumah terus menaip sepanjang malam untuk bab ni, feel inspired right now!! *Hwaiting!!*

    Uuuu... Unknown Comment-er!!! Hey awak, update for satu bab makan masa dua ke tiga hari but sometime seminggu bila ada hari sibuk dalam real life... huhuhu anyhow... WELCOME TO MY BLOG UNKNOWN!!! Thanks for visiting and liking my story *Hug&kisses*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unknown aka malieficient..January 06, 2016 5:10 pm

      Tau tak wak2 kelas addmath kt skola tadi,,tetiba teringat cerpen ni..pastu tringt juga komen sapa ntah tanya sapa ayah ivy..then trus terpikir..ayah ivy....the great wizard merlin???

      Delete
  4. Huwaaaa. Lps ni x blh dh nk baca story angah sbb baru masuk form 5. Ishk2! Sedihnya...

    ReplyDelete
  5. Angah,
    Sebenarnya baru terjumpa your blog dan payah jumpa writer yang buat cerita fantasi ni.

    acikzai suka sangat all your stories sampai ulang baca dua tiga kali, amazing blog, extraordinary stories..keep it up and all the best.

    Sekaranh ni setiap hari jengah blog ni tunggu next n3.

    Acikzai

    ReplyDelete
  6. fyzrin boleh jadikan citer ni sebagai tempat hilangkan stress time study nnti! Gerenti jamin, stress study hilang dgn L.O.V.E... huhuhu and good luck 4 ur spm honey! I wish u the best of luck *hug&kisses* ^_^

    Hai Acikzai
    First, welcome to my humble domain And thank you for the compliments (,,^_^,,) angah gembira dengar ada lagi readers sukakan cerita angah. It encourage me to write more!! Please look foward everyday acikzai! Really apprieciate it <3 <3

    ReplyDelete
  7. Hmmm... theory yang baik wahai kembar maleficent... hahaha But who knows, Mungkin boleh jadi buuuuuuuuuut.. kita akan tahu juga nanti. Tak nak spoil apa-apa! hehehehe

    ReplyDelete
  8. hihihihi sukeeee .... ^____^
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
  9. Nak lagi..best sangat~
    (qees)

    ReplyDelete
  10. Yeay!!! gembira dengar korang sukakan bab ni! ^_^ *Kiss Kiss*

    ReplyDelete