Eleventh L.O.S.T

Trust

“Mengambil Takhta kamu sebagai Pemerintah pertama Enchanted?” Soal seorang Maharaja dari kerajaan Ababwa, memerhati Putera George dengan teliti sambil mengusap janggutnya. “Selama tiga tahun ini kamu mengelak untuk mengambil takhtah tersebut tapi kenapa sekarang berubah fikiran pula? Is… your ‘wisdom’ already enough for you to take this throne?”

“Ini tanggungjawab yang besar Putera George. Bukan perkara yang boleh dibawa main. setelah kamu memegang pangkat ini, kamu dah tidak boleh tarik balik. Keselamatan Enchanted dipikul sepenuhnya di bahu kamu. Are you sure you want to take it now?” Soal Permaisuri Marida, dengan loghat Scotland yang pekat. Berpaling melihat anandanya berdiri di hujung bilik dengan pandangan ‘seriously?’ dan Putera Philipe mengangguk serious.

Putera George yang duduk di kerusi takhtah yang terdapat di dalam bilik Meja Bulat itu; Mengangguk dengan yakin. “Patik bersedia menerimanya.”

Para Raja dan Permaisuri, juga putera-puteri wakil ibubapa mereka yang tidak dapat hadir yang duduk di meja bulat itu saling berpandangan, berbisik sesama sendiri sedang berbincang tentang keputusan putera sulung Camelot itu, sebelum berpaling melihat Raja Arthur.

 “This is rather a shocking decision Arthur…  are you okay with your son decision?" Melihat Raja Arthur hanya merenung anandanya dengan lama, renungan yang dingin tanpa mengata apa-apa dan akhirnya dia hanya menghembus nafas berat dan memejamkan mata.

Raja Philip, suami kepada Permaisuri Aurora dah tahu apa maksud keluhan itu. DIa berpaling memandang Putera George pula. “ adakah ini kerana Kemalangan yang menimpah Puteri Charlotte beberapa hari yang lalu?” soalnya lagi “Putera George, hanya disebabkan satu kemalangan yang tidak dijangka tidak bermaksud kamu boleh buat keputusan terburu-buru—

“Patik dah lama berniat untuk mengambil takhta tersebut.” Potong Louis dengan nada mendatar, terdapat unsur kekuasaan didalam nadanya. “Secara jujurnya Patik ingin mengambilnya  setelah menghabiskan pelajaran Patik di Gracious Academy. Ini kerana Patik mengambil lewa akan tanggungjawab ini dan berfikir tiada apa akan berlaku jika Patik tidak mengambil takhtah tersebut namun..” Louis diamkan diri sebentar, keningnya berkerut sedikit dan memandang setiap pemerintah kerajaan yang hadir di tanah itu dengan renungan serius. “Nasib yang menimpah Puteri Charlotte telah menyedarkan Patik yang patik tidak boleh lari dari takdir patik sendiri. Patik dilahirkan untuk memegang takhta sebagai seorang pemerintah Enchanted yang pertama dan jika Patik melarikan diri dari takdir patik sendiri, perkara buruk sahaja akan berlaku di tanah ini.”

“Sumpahan yang terkena pada Puteri Charlotte ialah salah patik kerana mengambil lewa tentang tanggungjawab patik yang sepatutnya telah menjadi Pemerintah Enchanted tiga tahun lalu dan jika patik tidak tangguhkan pengtakhtahan patik, pasti perkara seperti ini tidak akan berlaku. Patik akan focus kepada keselamatan Enchanted sahaja dan bukan perkara lain seperti pelajaran patik di Academy.”

“Maafkan Beta tapi beta harus membantah kata-kata kamu Putera George.” Maharani Cina; Wu Zetian bersuara dengan penuh sopan santun dan suara dikawal ayu. Mengangkat matanya yang tajam kearah Putera sulung Camelot dengan tenang. “Pembelajaran kamu adalah sangat penting dan kami perlukan pemerintah yang berpengetahuan luas; bukan sahaja dari bentuk pertahanan Putera George. Pemerintah yang baik juga pentingkan pengetahuannya dalam melindungi tanahnya.” Kata Maharani ini. “Seperti mangkat Lieutenant General Mulan. Mangkat Ibunda Beta; kedua Mental dan Fizikal perlulah seimbang untuk jadikan diri seorang pemerintah yang baik. Keseimbangan Ying dan Yang adalah mustahak Putera George.”

“Patik faham Maharani Wu Zetian.” Putera George mengangguk sekali. “patik tidak mengatakan patik akan tinggalkan pembelajaran patik sepenuhnya. Patik mengambil takhta ini untuk melindungi Tanah Enchanted; tumpukan sepenuh perhatian pada Enchanted dan pembelajaran beta akan diteruskan didalam istana.” katanya dengan senyuman nipis. “My study will no longer in Gracious but inside the castle dimana saya boleh fokuskan kedua-dua aspek ini dengan seimbang. A private tutor will be hired. Lagipun, bukankah ia memberi banyak kelebihan jika patik memerintah sekarang? Patik masih muda, itu betul tapi pemikiran patik juga tajam. Apa yang patik belajar di Gracious telah patik mengetahuinya dari belasan tahun lagi; patik mengambil kelas tambahan di Gracious dan juga di istana Camelot. Patik mengetahui banyak benda dari putera puteri biasa.” Dia berhenti sejenak, memandang mata-mata yang tumpukan perhatian padanya. “Tuanku semua tahu patik telah bersedia dari tiga tahun yang lalu lagi dan keinginan patik yang menangguhkannya atas sebab-sebab amatur. Sekarang, Patik tidak lagi memberi sebarang alasan dan mengambil tanggungjawab ini sepenuhnya. Bersedia untuk memerintah Enchanted dan melindungi Tanah kita dari Villain yang ingin menghancurkan keharmonian Enchanted. Jadi, patik ulang sekali lagi;

Louis bangun dari kerusi takhtanya, berdiri dengan megah dihadapan pemerintah-pemerintah kerajaan Enchanted. “Patik, Putera George Alexander Louis Pendragon, I will claim the throne as the First King of Enchanted.”

Kesemua Raja dan Permaisuri Enchanted berbisik sesama sendiri, berbincang dan melihat dari anggukan dan jelingan lembut dari para pemerintah itu, Louis yakin mereka semua sebenarnya bulat suara dan ini membuat Louis sedikit lega. Namun….

“If you take the throne… what will happen to The Witch?” Suara Putera Edward menghentikan perbincangan permaisuri dan raja dalam bilik itu. Memandang Putera raja Permaisuri Cinderella berdiri di hujung bilik perbincangan dengan tangan memeluk tubuh dan renungan tajam terlekat pada wajah Louis. “She’s a threat to Enchanted. Garinya telah dibuka dan dengan kejadian malam semalam, siapa tahu apa dia akan buat dengan kuasa magic yang dia ada sekarang. She can’t be tame. Not anymore. Apa jadi kalau dia menjadi punca utama Enchanted musnah?”

Persoalan itu membuat pemerintah-pemerintah Enchanted kembali memandang Putera George, menunggu jawapan Putera George tentang masalah ‘kecil’ yang berlaku di hadapan mata mereka sekarang.

Louis menarik nafas dalam. Dah agak yang Putera Edward akan soal dia tentang Ivy. Dan dalam persoalan itu Louis tahu ada maksud tersirat hanya mereka yang tahu tentang hubungannya dengna Ivy sahja yang akan faham.

She cannot be tamed. Not anymore. Hubungan Louis dan Ivy sekarang boleh menjadikan punca Ivy berpaling tadah kea rah Villain yang berlegar didalam bayangan Enchanted dan Ya, Ivy mungkin boleh menjadi punca kemusnahan Enchanted.

“Putera Edward, kamu tahu yang dia dibawah pantauan Wizard Mer—

“Dan dengan itu dia dapat kepercayaan Wizard Merlin dan juga kelemahan Ahli sihir Enchanted. Wizard Merlin mempercayai Ivy the Devil tapi adakah Ivy menghargai kepercayaan Wizard Merlin?” Putera Edward berhenti sejenak, nadanya tiada maksud yang dia akan berhenti di situ sahaja. “She’s from Vicious, a place of full of hatred, death, darkness, betrayal and evil person who ever has step on the face of this land. Dia mungkin telah menjadi rakyat Enchanted, itu tak bermaksud kisah silamnya di Vicious terpadam begitu sahaja. She once evil and she can be evil again. What will you do about that?”

Dan kali ini para pemerintah berbisik sesame sendiri, setuju dengan Putera Edward sebelum memandang Putera Goerge. Menunggu apa jawapan yang Putera George akan berikan pada mereka.

Putera George memandang rakan-rakannya yang hadir di bilik itu. Putera Xiao Ai, Philipe, dan puteri Ezra yang mengetahui rahsianya. Mereka agak bersimpati kepada Putera George kerana disoal putera yang marah pada Louis kerana telah melukakan hati adiknya. Mereka faham mengapa Putera Edward berbuat sedemikian, bukan atas sebab marah sahaja, tapi ingin mendapatkan penjelasan yang rasional dari George dan ingin mengetahui jika Goerge bersedia untuk bertanggungjawab atas segala kelakuannya di masa hadapan kelak.

Putera George mengangguk kecil, seperti menerima cabaran dari persoalan Putera Edward dan ingin bersuara tapi, belum sempat dia menghasilkan sepatah perkataan, Raja Arthur menyahut.

“She is a threat.” Ayatnya membuat mereka berpaling pada Raja Camelot itu. Raja Arthur pula hanya memandang anaknya dengan ekspressi wajah yang tegang. “Ahli sihir tu telah menjadi Apprientice The Great Wizard merlin tapi itu tidak mengubah fakta yang dia ialah Ivy The Devil; the Heartless witch and the off-spring to Maleficent. Kita tidak tahu apa yang ahli sihir muda itu fikirkan, samada dia merbahaya atau tidak bila dia berada di tanah kita.” Raja Arthur tumpukan perhatiannya pada Louis dengan teliti. “Apa pendapat kamu tentang Ivy the Devil, Putera George. She is no matter what still a threat to every Enchanted’s eye dan apa kamu akan buat tentang kehadiran ahli sihir itu?”

Louis memandang Ayahandanya seperti apa yang keluar dari mulut Raja Arthur hanyalah satu khayalan. Tapi Louis tahu itu tidak akan berlaku dan apa yang ayahandanya cakapkan adalah benar.

“Nothing.” Putera sulung Camelot ini membalas renungan sama darjat dengan Ayahandanya. “Not yet atleast. Patik tidak nafikan yang Ivy the Devil sangat merbahaya kepada tanah kita dan seperti kamu fikirkan, Ahli sihir itu susah untuk dipercayai. Namun, dia bukanlah satu ancaman utama kita bila dia berada di sisi The Great Wizard Merlin.” Balasnya dengan tenang dan professional. “Kita semua tahu bila urusan dipegang oleh The Great Wizard Merlin, segala urusannya dijamin berjaya. Selesai tanpa sebarang halangan. Begitu juga dengan Ivy the Devil dia bukan satu ancaman kepada kita pada waktu ini, jadi dalam kesempatan ini kita hanya perlu tumpukan perhatian pada kejahatan yang berlegar di sebalik bayang-bayang Enchanted—

“Bagaimana kalau Ivy the Devil telah capai tahap the Great Wizardry?” Soal Putera Edward. “The Royal Fairies sendiri menyatakan yang Ivy the Devil is a gifted witch dan diramalkan akan menjadi lebih kuat selepas The Great Wizard Merlin. Then what? Dan bagaimana jika dia—let just say, kembali kearah kejahatan? The Great Wizard Merlin tidak boleh melawan ahli sihir itu lagi.”

“Then I will deal with her personally.” Jawapan Louis membuat kesemua pemerintah tergamam. “Mark my Word, patik akan buat Ivy the Devil berada di bawah kawalan Patik. Tuanku semua boleh meragui Patik sekarang dan itu tidak akan menghentikan janji patik bila Patik kata Patik akan pastikan Ivy the Devil tidak akan menjadi satu ancaman pada kita semua.”

“Dan bagaimana rancangan kamu untuk ‘menjinakkan’ ahli sihir Vicious ini?” Soal RAja Arthur dengan kening terjungkit mencabar.

Louis membenarkan tarikan sengih di hujung bibirnya. “Kami berada di dalam satu Academy dari mula Ivy the Devil jejakkan kali di sini. Patik memerhatikan ahli sihir itu, menyelidik tentangnya dan kelemahannya. I know her weakness and flaws. Patik lihat apa yang dia boleh buat dan tidak boleh buat. Kelemahannya yang terulung ada pada Patik.” Jawab Louis pada persoalan kepada semua Pemerintah tapi ia lebih ditujukan khas kepada Raja Arthur dan Putera Edward. Memandang Ayahandanya sambil dia katakan kesemua janji-janji Pemerintah Enchanted.

Raja Arthur terdiam dengan pengakuan Louis. Adakah Louis cuba sampaikan pada Ayahadanya yang kelemahan IVy the Devil ialah dirinya sendiri? Putera George adalah kelemahan Ivy the Devil. Jadi, Selagi Ivy masih mencintai Louis, Ivy the Devil tidak akan naikkan tangannya untuk melakukan sebarang kesalahan yang akan mengecewakan Louis.

Rancangan Louis untuk menjinakkan Ivy the Devil sebenarnya telah lama berlaku dari dahulu lagi. Dia tidak perlu buat apa-apa kerana.... Anandanya; telah berjaya buat Ivy the Devil tunduk padanya.

Dengan hubungan sulit mereka.

Raja Arthur menarik nafas dalam, tidak tahu samada dia patut lega atau bertambah risau dengan kenyataan itu.

 “Bagi Beta, keputusan kamu sangat terburu-buru. Amatur dan tidak strategic langsung. Selama tiga tahun kamu mengelak dari tanggungjawab ini namun setelah karma membalas kesalahan kamu pada Puteri Charlotte, kamu akhirnya menerima takhta ini. Juga, memanggil kesemua Pemerintah ke sini sehari selepas majlis kamu tanpa pengetahuan Beta adalah sangat mengecewakan. Kamu patut beritahu Ayahanda dahulu jika kamu ingin membuat perbincangan Royal seperti ini.” Katanya dengan tegas, nadanya hampir buat Louis tertunduk rasa bersalah tapi dia gagahkan dirinya untuk berdiri dengan tegak seperti seorang pemerintah yang berani dengan apa jua masalah yang datang menimpahnya.

“Namun….” Ekspressi wajah Raja Arthur melembut sedikit. “You’ve made your own decision and never hesitated. Beta bangga dengan keputusan kamu untuk mengambil tanggungjawab ini tanpa sesiapa meminta atau memaksa kamu. Ia kehendak kamu sendiri dan Beta pasti kamu boleh menjadi seorang Pemerintah yang sangat baik untuk Enchanted.”

Louis tersenyum lega dan tundukkan kepalanya tanda hormat. “Terima kasih Tuanku.” Dia bangkit dan memandang Putera Edward.

Putera Edward hanya mengangguk, menunjukkan yang dia juga faham maksud yang Louis cuba sampaikan dan dia berpuas hati dengan jawapan itu.

Satu tepukan kuat menarik perhatian mereka dan berpaling pada Permaisuri Marida. “There’s no need to worry Arthur! This Boy is blessed with The Royal Faries Magic! Saya pasti anak kamu boleh jadi pemerintah yang baik!” sahutnya dengan nada lantang. “Well then, masalah ni dah selesai bila The formal Meeting diadahkan? The other Kings and Queens kena tahu tentang bendalah ni and then we go straight dengan pertakhtahan Putera George!?”

Raja Philip hanya ketawa melihat telatah Permaisuri Merida. “Relax Merida, saya tahu kamu tak sukakan formal meeting ni—

“You bet I don’t!” sahutnya dengan girang.

“—It takes weeks to prepare one, maybe months. Bukan semua pemerintah ada masa free dan berkumpul seperti kita ni kawan kolej mengadakan reunion. Dan kita tak tahu jika mereka yang lain bersetuju dengan keputusan ni.

“Saya rasa walaupun tidak semua yang bulat suara akan pertakhtahan Putera George secara mengejut ini, majority Pemerintah bersetuju. Saya rasa pelancaran pertakhtahan ini tiada masalah langsung.” Permaisuri China bersuara dengan suara lembut bak sutera. “The question is, bila masa yang sesuai untuk buat majlis pertakhtahan Putera George?”

“Saya ingin kata lebih cepat lebih baik tapi The Great Wizard Merlin berada di luar kerajaan, sedang menjalankan beberapa tugas penting. It may take months—”

Biar saya bertanggungjawab pada persiapan majlis perasmian pertakhtahan Putera George sebagai Raja Pertama Enchanted nanti.” Maharani Wu Zetian bangkit, mewakilkan diri sebelum yang lain mengambil tanggungjawab itu. “Saya berbesar hati untuk menolong The Great Wizard Merlin untuk menjayakan Upacara ini secepat yang mungkin. Kita tidak boleh membazir masa dan tunggu Wizard Merlin. jika saya tolong Wizard Merlin, pasti mengurangkan beban The Great Wizard Merlin. He is, cannot be denied old.”

 “Saya setuju dengan Maharani Wu Zetian! Formal meeting dah makan berbulan takkan persiapan upacara ni pun nak makan berbulan kan?” Maharaja Aladdin pula menghentak penumbuknya diatas meja, setuju. “Even better, saya boleh minta Genie untuk tolong. Dia akan mempercepatkan proses persiapan Upacarah Pertakhtahan.”

“Di Istana Enchanted.” Raja Eric, suami kepada Permaisuri Ariel bersuara. Menarik perhatian yang lain. “We’ll make a grand ceremony. Merasmikan penduduk di kota itu dan sekali memperkenalkan istana pertama Enchanted kepada kerabat diraja yang lain. Termasuk rakyat; we’ll make it a public ceremony.”

“Istana tu dah siap?” Louis pula bersuara dengan kening terjungkit. Setahu merek semua, istana rasmi kepada Raja Enchanted masih tidak lengkap lagi kerana ia diubah suai lagi sekali memandangkan Louis menangguhkan pertakhtahannya. Mereka upgrade istana itu menjadi lebih mewah dan lebih sesuai untuk Raja Enchanted (Sedangkan Louis tidak pernah minta istana itu dimewahkan lagi sedangkan ia dah nampak sangat mewah dari mula)

“Almost, Maharaja Aladdin boleh minta Genie cepatkan pembinaan terakhir istana tu.” Jawab Raja Eric. “The question is, bila pertakhtahan itu diadahkan?”

“As soon as possible.” Kata Putera sulung Camelot dengan nada tegas.

“Then, We better get ready!” Permaisuri Marida menghentak tangannya diatas meja bulat, mengejutkan para pemerintah dengan kelakuan ganasnya tapi Permaisuri Merida mengendahkan pandangan mereka dan tergelak.

Namun tawa Permaisuri Merida terbantut bila satu tepukan dingin menarik perhatian mereka dan memandang kebelakang. Puteri Ezra memandang mereka semua dengan muka serious. “Perkara ini menyeronokkan dan Ya, semua orang teruja tapi jangan terbawa-bawa.” Katanya kali ini membuat Pemerintah Enchanted terduduk segan atas keterujaan mereka. Mereka Pemerintah for crying out loud! Dan putera Puteri Enchanted ada didalam bilik itu menyaksikan ibubapa mereka yang sepatutnya membuat meeting yang penting!

“Persiapan upacara Putera George akan bermula, hanya akan bermula setelah Formal meeting. Kita tidak tahu lagi jika ada pemerintah akan mengubah fikiran mereka. Kita taknak sebarang pertengkaran berlaku hanya kerana Tuanku sekalian ‘yakin’ akan keberhasilan perasmian ini.” Katanya dengan tegas, malah dingin kedengaran sama seperti Permaisuri Elsa.

Louis memandang Puteri Ezra dengan kagum. Tak menyangka Putera ais ini boleh membuat Pemerintah pemerintah Enchanted terdiam seperti kena marah oleh ibu mereka.

Louis berdehem, menyembunyikan keterujaannya dan mengangguk. “Saya bersetuju dengan Puteri Ezra, saya taknak perkara yang tidak diingini pula berlaku disebabkan keputusan mendadak saya. Thank you Puteri Ezra.”

“Don’t get me wrong.” Puteri Ezra bersuara dengan tenang. “Saya tiada niat untuk membantah pertakhtahan Putera George malah saya lega dia mengambil takhta tersebut dari saya yang memegangnya. Saya tahu saya tidak dapat memikul tanggungjawab sebesar itu.” Katanya lagi. “I’m doing this untuk mengelak Ibunda saya mempersoalkan professional para pemerintah je. She will freeze the room kalau dia tahu Tuanku semua tidak bertindak sewajarnya nanti pada formal meeting.”

“Looks like Puteri Ezra selamatkan kita dari kedinginan Ibundanya sendiri.” Raja Eric tertawa kecil. “Then, Kita mulakan persiapan selepas Formal Meeting!”

“Alright then, apa yang pasti ialah Majlis pertakhtahan akan diadahkan secara public! Semua orang di jemput datang ke majlis Pertakhtahan Putera George dan jadikannya semeriah kemenangan orang Enchanted!” Maharaja Aladdin pula bersorak. “Rakyat tentu gembira dapat tahu kita menjemput mereka sekali.”

“Well, tunggu apa lagi?” Soal Raja Naveen dengan tawa kecil. “walaupun persiapan tak boleh dimulakan sekarang, sekurangnya kita boleh rancang bagaimana bentuk upacara tu.” Katanya dengan kening terjungkit nakal. “Mari kita buat persediaan untuk Majlis terbesar pernah dibuat selepas setengah abad. Kita tak banyak masa untuk merancang majlis sebesar tu, jadi setiap masa adalah penting.”

“Yes-yes… mari kita pergi buat perancangan.” Raja Arthur mengangguk setuju juga tergeleng pada masa yang sama. “Baiklah itu sahaja perbincangan untuk ni hari. Para pemerintah boleh tinggal di sini untuk bermalam atau pulang pada hari ini juga. Penghantar Beta sentiasa bersedia untuk menghantar kamu semua kembali. I’ll send the Formal letter to everyone as soon as possible.”

Kesemua pemerintah Enchanted beredar dari bilik itu sambil merancang majlis perasmian Pertakhtahan Putera George dan meninggalkan Putera yang menjadi tajuk utama itu bersama empat putera puteri.

“Aiyaiya…. Mereka tak faham Bahasa langsung.” Puteri Ezra menggeleng sambil menyentuh dahinya. Fed up dengan pemerintah-pemerintah Enchanted. Persediaan dan Perancangan adalah maksud yang sama!

Putera George mengukirkan senyuman terhibur. “Benda dah tak boleh dihalang.”

Puteri Ezra mengangkat tangan mengalah. “Well, bukannya kita ada di sana untuk lihat Ibunda saya mengamuk. Apapun, tahniah Putera George.”

“Yeah…. Nampaknya dalam beberapa bulan akan datang, kitorang dah tak boleh nak lepak dengan kau dah.” Putera Philipe bersuara dengan keluhan, tapi senyumannya masih terukir. “Aku yakin kau boleh lakukannya Georgy.” Katanya sambil menumbuk bahu Louis.

“Thanks Dude. Appriciate it.”

“No problem. Kami pasti kau boleh buat.” Kata Putera Xiao Ai pula sambil memperbetulkan kaca matanya. “Now excuse us, aku dah Philipe ada urusan nak buat.” Katanya dan Tarik Philip eke pintu keluar.

“We do?” Soalnya sedikit buntu.

“Yes we do.” Kata Putera Xiao Ai dengan serious, cukup meyakinkan Putera Philipe. Dia sempat menjeling ketiga-tiga putera puteri itu sebelum melontar Putera Philipe keluar bilik dan menutup pintu meninggalkan mereka bertiga.

Tiga kerabat diraja ini hanya melihat pintu bilik tersebut ditutup. Sebelum Putera Edward bersuara dulu; “I swear Putera Xiao Ai tahu kewujudan the Believers.”

Puteri Ezra dan Putera George mengangguk setuju, tanpa sebarang bantahan.

“Anyways… aku harap apa yang kau cakapkan betul.” Putera Edward terus mengubah tajuk, kembali memandang Putera George. “Aku masih tak percaya tentang hubungan korang berdua dan aku berhak mendapat penjelasan dari kau.”

“Ya, Aku tahu. Edward jangan risau, aku akan beritahu kau semuanya.”

“Good.” Edward mengangguk puas hati. “Jadi, macam mana kau nak jinakkan Ivy? Since she’s free from her cuff, pasti villain tu targetkan dia.”

“Selagi dia berada di dalam Gracious, Villain tu takkan berani mendekati Ivy kerana terlalu banyak mata-mata pada dinding Academy. Villain tu mengambil risiko yang besar jika dia serang Ivy didalam sekolah.”

“Yeah, the problem is Ivy tiada di Academy.” Puteri Ezra bersuara membuat mata Louis terbeliak bulat. “Apa? Kau tak tahu ke? Wizard Merlin bawa dia keluar dari Academy untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai Apprientice Wizard Merlin yang pertama.”

“Wha—Apa—” Louis tergamam, dia memicit rangka hidungnya kerana migraine mula naik ke kepalanya. Dua tiga hari ini sudah cukup buat George tidak tidur malam dan stress memakan dirinya, dan mengetahui peratusan Ivy berhubung dengan Villain itu naik disebabkan Orang tua gila yang Louis sepatutnya percayai adalah perkara terakhir untuk buat Louis naik gila.

Louis menarik nafas dalam, sedalam yang mungkin untuk tenangkan hatinya yang membara sebelum bersuara; “why in the world, orang tua tu bawa Ivy keluar academy sedangkan dia tahu risiko bawa Ivy keluar?”

“Untuk apa lagi?” Soal Putera Edward. “Selesaikan Kes Losing Heart tu lah.”

“N-nanti… jadi korang berdua tahu tapi tidak menghalang Ivy dari pergi?” Soalnya hampir menjerit.

“Aku baru tahu tadi dari Ezra.” Edward bersuara. “Dan aku ingatkan kau dah tahu sebab tu aku Tanya macam mana kau nak jinakkan Ivy—Wow….. hubungan korang seteruk tu ke sekarang?” Soal Putera Edward dengan sarkastik dan mendapat renungan dari Louis.

“Aku tak faham, mengapa Wizard Merlin rahsiakan perkara sepenting ni dari aku? Tapi beritahu kepada kamu semua? Aku berhak tahu ada benda yang lebih besar sedang berlegar di luar sana, I’m the future King of Enchanted for Heaven’s sake!” sahutnya dengan geram, tangan di pinggul dan satu lagi di dahi, menahan diri dari meramas rambutnya dari rosak kerana urusannya berkaitan pertakhtahan masih belum selesai.

Setelah mengetahui sumpahan Losing heart pada malam adiknya kena sumpah, Louis berdepan dengan Raja Arthur sendiri tentang kes sulit itu, apa sebenarnya losing heart dan mengapa ia dirahsiakan darinya.

Raja Arthur beritahu Louis apa yang ayahandanya tahu dan ia diketuai oleh The Great Wizard Merlin. Setelah mendapat tahu kebenaran tentang kes tersebut, Louis pergi mencari the Great Wizard Merlin untuk mengetahui apa telah berlaku dan perkembangan kes Losing Heart namun, Louis tidak dapat menjumpai THe Great Wizard Merlin selama tiga hari itu berturut-turut.

That old Bafoon cuba melarikan diri dari Louis!

Dammit!!

Dan tadi pagi sebelum meeting, Louis berhasrat dia dapat berjumpa dengan The Great Wizard Merlin walaupun untuk seketika tapi belum sempat dia ingin keluar ke menara Wizard Merlin di istana Camelot, burung hantu ahli sihir tua itu datang mengetuk tingkap biliknya dengan segulung kertas kecil terikat di kakinya mengatakan yang ahli sihir kerepot itu telah kembali ke Academy dan akan bertolak untuk menjalankan kerjanya sebagai Ahli sihir lagenda.

“Itu sebab selama ni dia sentiasa ke luar kerajaan. Untuk menyelesaikan kes Losing Heart, bukan sebab kerja ‘remeh-temeh’ Raja Arthur. Dan korang mengetahuinya. You guys make me look like a fool bila aku dapat tahu tentang Kes ni.”

Puteri Ezra tersenyum simpati pada Louis, untuk pertama kali, dia mengangkat tangannya untuk menyentuh bahu Louis membuat dua putera ini terkejut akan tindakan sip uteri dingin. “Kau tahu mengapa Tuan Merlin tidak beritahu kau tentang kes ni.”

“Enlighten me.” Kata Louis geram.

Tangan Ezra berubah tempat dari bahu Louis ke dadanya. Memandang tepat ke wajah Louis tanpa mengatakan apa-apa. Nampaknya gesture Ezra sampai pada Louis kerana ekspressi bengang Louis berubah untuk sementara waktu sebelum dia kembali bengang.

Dammit.” Kali ini dia meramas rambutnya, dengan keluhan berat terlepas dari celah bibir yang kelihatan pucat.

“Kau dah tanggung banyak beban sebagai bakal pemerintah Enchanted dari umur 13 tahun lagi George, dari kau lahir lagi.” Puteri Ezra menurunkan tangannya ke sisi. “Pengetua Merlin taknak kau risau tentang kes ni. sebab tu dia rahsiakannya dari kau. Sebab tu dia rahsiakannya dari semua pemerintah Enchanted. For your sake.

“But it’s important.”

“It is, sebab tu Pengetua Merlin tubuhkan ‘The believers’ bersama The Four Briliant Brothers. Hanya beberpa orang sahaja yang kena tahu tentang kes ini, mereka yang boleh dipercayai untuk simpan rahsia ini sehingga waktunya didedahkan pada kau.” Kata Putera Edward pula. “Come on dude, Tuan Merlin kata kalau kau tahu tentang kes ini, tentu kau akan bersikap terburu-buru.”

“Aku bersikap terburu-buru? In what way?” Soal Louis, terasa dirinya di simpan didalam kegelapan terlalu lama. Dia tak faham apa yang mereka cuba cakapkan.

Kali ini Putera Edward mengangkat bahu. “Beats me, kami hanya ikut arahan. For now, takyah la nak fikirkan sangat tentang kes ni. Apa kata kau tumpukan perhatian kau dalam penerimaan takhta kau sebagai Raja Enchanted nanti. Kalau ada apa-apa perkembangan tentang kes ni, kami akan laporkannya pada kau. You are our will-be King of Enchanted.”

“Dan kami akan cari seseorang untuk terangkan segalanya tentang kes ni pada kau. Kau akan tahu segalanya George dan kita akan hentikan gelagat dia secepat yang mungkin. Okay?” tambah Puteri Ezra pula, dengan senyuman kecil. “Now, sementara menunggu, apa kata kau serahkan kes ini pada kami dan percayakan tindakan The Great Wizard Merlin. Hmm?”

 “Yeah, setelah mengetahui dia bawa Ivy keluar dan tinggikan risiko Ivy berhubung dengan Villain tu, aku dah mula meragui Wizard Merlin.” Katanya dengan sarkastik membuat dua kawannya menggeleng dengan senyuman.

Putera Edward ingin bersuara tapi ketukan pintu menarik perhatian mereka dan seorang pekerja istana masuk sambil tundukkan kepada kepada mereka.

“Puteri Ezra, Putera Edward… kereta kuda tuanku telah tiba untuk bawa tuanku kembali ke Gracious.”

“Oh yeah… aku ada urusan dengan malam ni dengan Papa koala di Academy. Well, I better get going.” Puteri Ezra menepuk bahu Putera George dengan lembut. “I wish you all the best George.” Katanya dan bergerak keluar setelah mendapat anggukan terima kasih dari George.

Putera Edward melihat Ezra meninggalkan mereka sebelum berputar memandang Louis. Dia berdiam diri untuk sejenak, seperti dia menunggu ayat yang sesuai untuk bersuara apa yang bermain dalam kepalanya. “Aku…. Tahu kau risaukan keadaan Ivy sekarang.”

“Tak disyak lagi.” Balas Louis cepat. “Aku risau dengan keadaan kami sekarang, villain tu mengambil kesempatan dan…. Kau tahu la… cuba memanipulasi fikiran Ivy semula kearah…” Louis menarik nafas panjang, seperti ayat itu akan berlaku jika dia menyebutnya.

Putera Edward mengangguk faham. “Tapi dia takkan… kan?”

“Apa?”

“Ivy.” Edward memandang tepat pada wajah Louis. “Dia takkan mengkhianati kau kan?”

Putera Camelot ini terdiam untuk seketika, melihat mata biru Edward yang meminta kepastian darinya. Louis dapat lihat, ada sedikit ketakutan di mata biru Edward. Satu ketakutan yang Ahli sihirnya berpaling tadah dan menghancurkan tanah kelahiran mereka.

Louis menggeleng dengan yakin. “Dia takkan. Dia mungkin gila, kepala batu dan susah nak dengar cakap tapi… dia jenis yang tidak akan pernah mungkir janji. Dia tidak pernah berdalih dari apa yang dia pernah cakap.” Louis berhenti sejenak. “Dia tahu Enchanted penting pada aku, dia yang menggalakkan aku untuk tidak berputus asa. Jadi… aku tahu, dia takkan mengkhianati aku, hanya kerana hubungan… pertunangan aku dengan… Julliana.”

“Kau pasti?” Soal Edward lagi

“Aku berharap.”

“Then that’s good enough for me.” Balas Edward dengan hembusan kecil. “Everything based on hope dan selagi kau, our future king masih berharap. Aku boleh rasa tenang.” Kata Edward membuat Louis ketawa kecil.

“You trust me too much Edward. Setelah apa aku buat pada adik kau.”

“I know.” Balas Putera Edward dengan senyuman menawan. “tapi aku pasti kau ada sebab logic dan aku pasti Julliana akan terangkan semua kepada aku. Aku mungkin takkan faham pasal semua ni nanti but… aku tahu nak cari kau kat mana nanti.”

Louis ingin bersuara namun terbatal dan mengangguk, mengikut sahaja. “Alright. Aku sentiasa bersedia untuk beritahu kau segalanya.”

Edward menarik sengih. “Make sure you make me understand okay? Kang aku declare perang dengan Camelot.” Katanya dengan nada berlawak membuat Louis ketawa. “So, See you soon okay?” Putera Edward menghulurkan tangannya

Dengan senang hati Louis menyambut salam Putera Edward. “Okay.”

Dan Edward mengambil langkah keluar namun langkahnya terhenti di depan pintu, berpaling sambil berkata; “And… um, kau patut kemaskan rambut kau tu. Don’t want to look unprofessional nanti.” dengan kenyitan mata sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu bilik itu.

Sebaik sahaja pintu itu tertutup, senyuman Louis jatuh murung sama seperti satu badannya jatuh terduduk di atas kerusi takhtanya bersama satu keluhan berat. Memicit dahinya yang mula sakit kerana menempuhi hari-hari yang berat dan kerisauan menimpa dirinya setelah mengetahui kekasih hatinya berada di luar sana bersama The Great Wizard Merlin untuk mengangkap Penjenayah Losing Heart.

Menangkap Jack.

Apa yang Merlin fikirkan? Jack seorang lelaki yang tidak waras! Louis takut, jika Ivy pergi tangkap lelaki itu, Jack akan cederakan dia. Mengapa-apakan ahli sihirnya.

Dammit! Louis tahu Ivy boleh menjaga dirinya sendiri dan jika ada apa-apa berlaku, The Great Wizard Merlin ada bersamanya untuk menolong tapi, Louis tetap risaukan Ivy kerana dia berdepan dengan lelaki terlicik, terumit dan paling merbahaya.

Dahulu ya, Louis memandang rendah pada kebolehan Jack. Berfikir yang perangai Jack tidak lebih dari sifat nakal—hanya berada di hujung garisan antara baik dan jahat. Berbuat benda-benda buruk yang tidak akan membawa malapetaka pada tanah mereka.

Namun tindakan Louis membiarkan Jack bebas membuat apa sahaja dia nak adalah salah dan sekarang Jack telah Berjaya meletak sumpahan keatas adiknya.

Louis tidak menjangka yang lelaki itu bersubahat dengan Villain Losing HEart!

Kenapalah dulu aku percaya yang Jack boleh berubah semula desis hati Louis pahit. Tidak menyangka kawannya yang baik hati telah hilang. Hanya lelaki yang tidak berhati perut tinggal dalam jasad bernama Jack.

Sebenarnya bukan Louis sahaja berharap Jack menjadi baik semula, The Great Wizard Merlin, orang yang mengenali lelaki itu, juga Hansel berharap Jack kembali kearah yang benar dan tinggalkan kejahatannya.

“Bukan semua orang ingin berubah…” Louis menghembus nafas kecil, teringatkan Ahli sihirnya yang telah tinggalkan kejahatan. Masih ada lagi sifat Vicious didalam diri Ivy tapi dia cuba untuk berubah. Ini buat Louis tersenyum gembira. Gembira yang dia tidak perlu menentang ahli sihirnya jika peperangan diantara Enchanted dan Vicious akan tercetus suatu hari nanti.

Tapi sebelum perkara itu berlaku, Louis kena pastikan dia menebusi kesalahannya pada Ivy. Dia kena buktikan pada Ivy yang dia tiada niat untuk khianati Ahli sihirnya, dia akan cari cara untuk yakinkan Ivy yang Dia; Louis adalah milik Ivy seorang dan Ivy adalah milikya seorang.

Dengan gelarannya sebagai Pemerintah Raja Enchanted yang pertama akan menyelesaikan segala salah faham antara mereka berdua. Ia mungkin akan masa yang lama untuk mengatasi salah faham itu tapi Louis sanggup untuk Ivy.

Dia akan bawa Ivy ke sisinya. Dengan segala kuasa yang dia ada.

Kalau boleh, lebih.

>X<

“Saya tahu kamu berdua dah lama menyelidik latar belakang Jack.” Wizard Merlin menghayunkan dua jarinya kearah Diaval, menukar burung di dalam pakuan Ivy menjadi manusia dan duduk di sebelah anak jagaannya.

Ekspressi wajah Ivy dan Diaval sama, terkejut. “Dan saya juga tahu yang Jack telah lama mengejar Cik Ivy.”

“Kalau tuan tahu kenapa Tuan diamkan diri—

Ivy menahan Diaval dari tinggikan suara pada Mentornya. Menggunakan pandangan, menyuruh Diaval untuk bersabar. Biar dia yang bercakap. “Jadi Tuan tahu bekas kekasih dia yang dah mati sama nama dengan saya?”

Wizard merlin memandang Ivy dengan kening terjungkit tinggi, tertulis pada wajahnya yang dia tertanya bagaimana menteenya tahu tentang informasi peribadi seperti itu. Dia terus memandang kearah Diaval.

Diaval mengangguk. “Saya sempat korek informasi tentang Jack pada malam majlis tari-menari malam semalam. Saya beritahu Ivy tentang Jack. Apa yang Jack cakap pada saya.”

“Hanya kamu?” Soal Pengetua Merlin sambil mengecilkan matanya pada Diaval.

Burung gagak manusia itu mengangguk sekali. “Hanya kami berdua didalam bilik itu.”

“Dan dia beritahu hal sebenarnya?”

“Kesemuanya.”

Wizard Merlin mengusap janggutnya, kembali menyandar pada kerusi didalam kenderaan itu dan memandang kearah luar tingkap, seperti dia sedang memikirkan sesuatu. Seseorang.

“Jack seorang budak yang baik. Bertanggungjawab dan disegani oleh ramai orang walaupun dia hanya seorang pekerja didalam istana.” Wizard Merlin bersuara. “Satria mulia menyukainya, pekerja dalam istana menyayanginya, rakan sebaya menyanjunginya, Kerabat diraja dan bangsawan memuji dia. Namun…. Suatu hari, tanpa sebarang sebab dia menghilangkan diri dari istana. Tiada siapa tahu dia ke mana dan bila dia kembali ke Camelot. Dia telah berubah.”

“Berubah macam mana?” Diaval menyoal.

Wizard Merlin berpaling melihat kedua orang Vicious itu, lebih tertumpu pada Ivy sebelum menghembus nafas lelah. “Dia mula tunjukkan perangai buruknya pada orang Camelot. Memperguna kawan-kawannya—Hansel dan Gretel, pasti kamu dengar cerita ni dari dua beradik tu kan?” Ivy mengangguk. “Dia menguji kekuatan pedangnya dengan mencabar 12 satria mulia Camelot. Dan dia Berjaya menumpaskan mereka. Tinggalkan segala impiannya dan buat hal di dalam bayangan Camelot.”

“Mencuri hati-hati orang tak bersalah?” Soal Ivy ingin tahu.

Wizard Merlin mengangguk kecil. “Saya tidak faham mengapa dia berbuat seperti itu sehingga Hood muncul didalam menara saya suatu hari. Dia bantu saya untuk memahami niat sebenar Jack. Mengapa dia curi hati-hati itu selama ni.” Merlin melihat wajah kedua orang Vicious itu, tahu apa yang bermain dalam minda mereka. “His heart broke into million pieces…”

“But it never really broken.” Diaval bersuara, memandang keudara sebelum memandang The Great Wizard merlin semula. “His heart Cracked into million pieces but still intact…”

“That’s why he’s a mess?” sampuk Ivy, memandang kedua orang yang lebih tua dari dia. “Aku tak pernah dengar hati berfungsi macam tu. dah berkecai tapi masih terbentuk; kenapa dia masih pegang hati hancur tu sedangkan dia nak jadi—Lord who’s know, an ultimate villain?”

“hati tu tak hancur Ivy.” Diaval bersuara. “ia retak seribu tapi masih berfungsi. Dia masih mempunyai hati.”

“Dan disebabkan dia tidak terima kekasihnya mati…” Wizard Merlin memandang Diaval. “Dia berpaut pada hati itu. jika dia menjadi jahat sepenuhnya, rasa kasih dan sayang pada kekasihnya juga akan hilang. Dia tak nak itu berlaku.”

Ivy memandang mentornya agak lama, mendengar dari penjelasan Wizard merlin, Ivy dapat tangkap sesuatu tentang niat Wizard Merlin untuk menangkap Jack. “Tuan nak tolong dia. Tangkap dia bukan untuk paksa dia buka mulut tentang Villain sebenar Losing Heart, tapi untuk bantu dia kembali baik dan dia berikan identity Villain itu secara rela. You pitied him.”

Wizard Merlin hanya berikan senyuman halus pada Ivy, ayat Ivy bukanlah satu persoalan pada Wizard merlin tapi satu penyataan tentang tanggapan Wizard Merlin pada Jack. Dan apa yang Ivy katakan ialah benar.

Ivy dah mula terdedah dengan semua masalah ni… tak lama lagi dia akan tahu kebenarannya tentang Putera George….harap bukan pasal Jack desis hati Wizard Merlin, terdetik perasaan risau akan kebenaran yang Ivy semakin dekat nak capai.

“Kita dah sampai.” Coachman mereka bersuara, menarik perhatian ketiga-tiga penumpang dan dibukakan pintu untuk mereka. “Kita berada di rumah Encik Jack.”

Diaval yang turun dahulu dari kenderaan itu, disusuli oleh Ivy dan akhir sekali The Great Wizard Merlin.

“Mari kita siasat rumah ni.” Kata ahli sihir tua itu, memimpin mereka masuk kedalam rumah kosong kepunyaan Jack.

Masuk melalui pintu depan, mereka bertemu dengan ruang tamu kecil yang mempunyai perabot yang agak usang. Sofa dan meja kopi dihadapan fireplace kelihatan sangat usang seperti ia telah berumur berpuluh tahun. Tempat api juga kotor dengan habuk arang api seperti tidak pernah dibersihkan langsung.

Ruang tamu rumah Jack tersangatlah kotor dengan sesawang laba-laba dan habuk tebal menyeliputi lantai.

“Rumah ni macam di tinggalkan lama.” Komen Diaval dan tunduk melihat kesan tapak kaki keluar masuk dari rumah, dapur dan naik ke tingkat atas. “Cuma penghuni rumah ni masih tinggal di sini.”

“Melihat dari tapak kaki ni.. Jack baru sahaja melarikan diri. Mungkin semalam.” Tambah Ivy, mengekori kesan tapak kaki yang paling jelas diatas lantai itu, masuk kedalam dapur dan keluar ke pintu belakang.

Diaval mengalihkan kepalanya ke sisi. Melihat The Great Wizard Merlin dengan satu signal didalam pandangannya.

The Great Wizard Merlin menepuk bahu Diaval, suruh dia bertenang. “Tiada bahaya di dalam rumah ni. I assure you.”

Diaval hanya mengangguk dan mengejar Ivy yang pergi ke laman belakang. Dan langkahnya berhenti mendadak di pintu dapur itu; terkejut melihat keadaan laman belakang rumah Jack.

Sebuah taman mini yang telah dihancurkan teruk. Pokok-pokok bunga di pijak dan di cabut dengan kasar. Tanah laman itu berlubang seperti kena gali secara rawak hanya untuk menghancurkan rumput tersebut. Pokok rendang di hujung taman itu hangus terbakar seperti di sambar petir.

Yang buat Diaval terkejut ialah kebanyakan bunga yang tertanam di laman itu tidak wujud di Tanah Enchanted. Bunga Ros Ungu.

Cuma satu sahaja bunga yang hidup liar di laman tersebut, Berjaya hidup dicelah-celah pokok bunga yang telah mati.

Bunga Spider lily merah.

“Bunga ni yang aku rasa semasa dia nyanyi lagu tu.” Ivy masuk kedalam pandangan mata Diaval, memetik sekuntum bunga liar itu. “Bunga ni pun tiada di Enchanted.” Ivy berpaling memandang Diaval. “What do you think happen here?”

Diaval memerhatikan anak jagaannya memegang bunga tersebut membuat jantungnya jatuh ke perut. Rasa cuak tanpa sebab. Diaval membasahkan bibirnya sebelum menggeleng. “Dia mungkin hancurkannya.”

Ivy hanya mengangguk, kembali melihat laman tersebut secara menyeluruh. “Adakah taman ni milik kekasihnya yang dah mati?”

Diaval perasan mata hijau Ivy menjadi sayu dan terus mencapai siku anak jagaannya. “Kita kena keluar dari sini.”

Ivy terus menarik lengannya dari pegangan Diaval. “Kau dah kenapa ni? Cemas tetiba?”

“I told you to stay alert with this guy! Aku lihat dalam mata kau Ivy, kau bersimpati pada lelaki tu!”

Ivy menggeleng, menafikannya. “Aku cakap je! Kenapa lagi dia nak hancurkan taman ni sebelum dia melarikan diri? Tentu taman ni penting bagi dia, means ini pasti taman Vivian tu. Stop being Paranoid D.”

“Aku tak paranoid. Aku berjaga-jaga.” Bantah Diaval. “And throw that flower Ivy. It’s bad luck.”

“Ye lah tu tak paranoid.” Ivy memutarkan bola matanya tapi akur, melepaskan bunga itu ketanah. “Aku pasti tanaman ni milik bekas kekasihnya. Bunga spider-lily ni sebagai bukti.”

“Hmm…” Wizard Merlin bersuara dari belakang mereka. “Bunga tu tanda kematian. Saya rasa kamu betul Cik Ivy.”

Ivy berikan senyuman nakalnya. “Senang je nak teka. Sebelum Jack melarikan diri, dia pergi ke laman belakang rumahnya dan hancurkan taman mini ni. Tiada sebab lain lagi kenapa dia singgah ke sini hanya nak hancurkan taman ni sedangkan dia boleh datang dan pergi untuk melarikan diri.” Ivy kembali memandang taman tersebut. “This garden must be precious to him. Apa yang paling berharga pada Jack? Kekasihnya yang dah mati. Mungkin dia hancurkan taman ni supaya dia tiada sebab nak balik Camelot lagi. dan Spider-lily tumbuh secara liar selepas ditinggalkan; mengukuhkan lagi bukti yang taman ini sememangnya milik bekas kekasihnya yang mati.”

Wizard Merlin ketawa kecil mendengar teori Ivy dengan senyuman bangga tertampal pada bibirnya. “Itu tidak membantu kita ke mana Jack melarikan diri Cik Ivy.”

“Tapi kita tahu dia takkan kembali.” Ivy berikan senyuman tayang gigi. “So, apa kita naik ke tingkat atas? Mana tau ada sebarang petunjuk di biliknya mungkin?”

“Done that.” Wizard Merlin mengangkat gulungan kertas didalam tangannya, juga buku nipis berjudulkan tulisan ruin. “Saya datang ke sini untuk dapatkan ini sahaja. Now, lets go. Kita ada dua hari perjalanan ke kerajaan seterusnya.”

Ivy hanya mengangguk dan mengekori Mentornya dari belakang kembali ke kereta kuda mereka.

Diaval pula ketinggalan kebelakang. Memerhatikan taman mini yang telah hancur oleh lelaki yang patah hati; bunga spider-lily yang mula tumbuh menguasai laman tersebut.

Kerutan hodoh terbentuk diantara keningnya, takut melihat keadaan laman tersebut dan perasaan pahit didalam dadanya. Seperti sesuatu yang buruk; perkara tersangat sedih berlaku di laman tersebut.

Bukan Ivy sahaja yang rasa sayu pada laman tersebut, Diaval juga merasakan kesedihan yang masih segar berlegar didalam udara.

Diaval rasa seram sejuk, berdiri lama-lama di laman tersebut dan melangkah keluar dari tempat itu secepat yang mungkin.

Apa sahaja Diaval rasa di dalam laman itu…. ia sangat teruk. Membuat Diaval sendiri tertanya. Apa yang Jack lalui selama ini? keperitan, kepahitan dan beban yang dia rasa didalam dadanya. Perasaan tidak ingin melepaskan yang terkandung dalam dirinya. Bagaimana Jack boleh tanggung semua itu dan masih boleh stabilkan hati dan mindanya?

Kalau Diaval dia akan naik gila. Gila.

Diaval terus memandang Anak jagaannya, Ivy yang menjadi target Jack hanya kerana nama Ivy dan kekasih Jack sama.

Ivy didalam bahaya.

>X<

Sementara itu, di dalam bilik seorang puteri kecil yang telah disumpah ke dalam eternal slumber, tidur diatas katilnya bersama berjambak bunga segar mengelilinginya. Bunga pemberian dari kerajaan lain dan rakan-rakannya di Gracious Academy, mendoakan Puteri kecil ini sedar dari sumpahannya suatu hari nanti.

Tangan Charlotte tersimpul cantik di atas dadanya, memakai gaun tidur yang diperbuat dari kain sutera cina dan kain siffon. Rambutnya di tocang tepi dan dihias beberapa permata batu indah yang membuat wajah kecilnya yang tidur menyerlah bila pantulan matahari senja datang dari tingkap biliknya, terpantul pada perhiasan rambutnya.

Bilik tersebut dihias umpama mahligai untuk si puteri kecil yang sedang tidur itu. Membuat dia kelihatan dia sebuah patung cina yang sangat fragile terlentar diatas katil. Sangat rapuh, sangat berharga dan sangat-sangat di sayangi.

Namun, sebaik sahaja matahari senja menghilangkan diri disebalik horizon dunia, satu bayangan hitam muncul di penjuru bilik bak mahligai itu. Bayangan umpama tangan-tangan mimpi ngeri terbentuk menjadi satu figura yang tidak berwajah, mata merah berdarah. Mata tersebut tertumpu pada si puteri kecil yang tidak sedarkan diri itu.

Senyuman wicked yang mengerikn terukir pada wajah yang kosong itu, tersenyum lebar dari telinga ke telinga. Ia datang mendekati Puteri Charlotte bersama gelak ketawa gelap, tangan didepakan kearah Puteri itu.

Semakin dekat dia dengan Charlotte, cahaya putih makin bersinar muncul dari dalam dada Puteri Charlotte, membuat figura gelap itu tergelak lebih wicked dari sebelumnya. Matanya membesar, teruja yang dia akan mendapat hati tersuci di atas tanah Enchanted itu.

Hati yang boleh membuat dia hidup selama 100 tahun lagi dan kuasanya menjadi berlibat kali ganda lebih kuat dari sebelumnya.

Akhirnya setelah berpuluh tahun menunggu kewujudan hati suci itu, dia Berjaya meletak sumpahan atas puteri kecil itu. Akhirnya… akhirnya dia akan bebas dari penyamarannya yang menyedihkan dan menjadi ahli sihir yang berkuasa di atas tanah tersebut—“Ah!!”

Figura hitam itu menarik tangannya dan mengambil beberapa langkah kebelakang bila satu pendinding terbentuk, melindungi hati suci Charlotte semasa dia ingin mengambil hati tersebut.

Dia memegang tangannya yang lenyap kerana renjatan kuat datang dari pendinding itu. Dia berdesir kesakitan dan menjeling kearah pendinding berwarna ungu yang datang dari tangan Charlotte yang tersimpul diatas dadanya. “Tak… tak mungkin….!”

Kau takkan pernah menang Mary…”

Figura ini mendongak melihat ke seberang katil tersebut dan seorang wanita bermantel merah muncul dari pandangannya. Merenung sama pada figura hitam itu. “Hood…..”

Bibir Hood jatuh murung melihat wanita berbayang hitam di hadapannya. “Kau takkan dapat hati budak ni.”

“Jampi apa yang Emrys buat dengan pendinding tu?!” soalnya dengan suara nyaring, seperti bunyi helang menyahut yang membingitkan.

Hood menggeleng dengan senyuman kemenangan. “Bukan Emrys… tapi Vivian. Bukan jampi… tapi kasih sayang. Mengalah lah Mary, kau dah kalah.”

 Figura tersebut berubah pandangan ke pendinding ungu itu sebelum menjeling buruk pada Hood. Bayangan hitam di sekelilingnya mula bertindak gila seperti mana figura hitam itu mula rasa marah sebelum dia meleput, menjerit sekuat hatinya. “NEVER!” dan terbentuk tornado kecil di sekelilingnya dan melenyapkan diri.

Bila figura negative itu telah hilang, Hood menghembus nafas lega dan datang mendekati Puteri Charlotte.

Hood tersenyum kecil melihat wajah tidur Charlotte. Kelihatan sangat suci, sangat comel. Dia membelai rambut Charlotte, pipinya dan menyentuh tangan Charlotte yang tersimpul diatas dadanya. Di mana rantai Ivy tersembunyi rapi.

kau betul Char…. Kau betul tentang Ivy.” Kata Hood dengan nada menggeletar, bukan sedih tapi gembira. “Aku harap kau akan bangun dan beritahu Ivy yang kau betul.”

Hood tunduk dan memberikan kucupan halus pada dahi Puteri Charlotte sebelum dia juga menghilangkan diri menjadi gerlipan cahaya dan terbang menghidupkan lilin-lilin didalam bilik itu.

Tidak lama kemudian, Permaisuri Geneviere masuk kedalam bilik dengan sebatang lilin dalam tangan. Permaisuri Camelot ini terkejut bila dia perasan yang lilin didalam bilik Charlotte telahpun di hidupkan.

Dia berjalan mendekati Charlotte dengan mata yang terbeliak bulat, melihat setiap lilin sememangnya telah dinyalakan.

Permaisuri Geneviere meletak lilin dalam tangannya di meja tepi katil Charlotte dan duduk di penjuru katil. Memandang anaknya dengan senyuman kecil. “Abang kamu ke datang hidupkan lilin?” soalnya sambil membelai rambut Charlotte dengan lembut. “Kamu pasti dah tahu yang Abang kamu akan jadi Raja Enchanted kan? So, hurry up wake up my dear dan beritahu abang kamu apa yang kamu cakap betul.” Kata Permaisuri Geneviere sebelum mengucup dahi Puteri kecil itu. “He will be a great king. Now, for a bed time story.” Katanya membuka laci meja di tepi katil itu dan mengambil sebuah buku kanak-kanak dan mula membacanya untuk Charlotte.

“Once Upon a time, land far away, lives an old man who wanted a son….”

Jika Permaisuri Geneviere tidak tumpukan perhatiannya membaca buku tersebut dan memerhatikan wajah Charlotte, pasti dia akan perasan senyuman halus yang indah terukir di hujung bibir puteri yang disumpah ini.


>X<

(A/N: Lol.... the plot getting a little bit intense~~~~ See you next time peeps! *kisses*)

4 comments:

  1. hohohohoho scary....scary sb jantung nk melotop kegembiraan..gud job angah as usually......keep it up...cecepat update tau....
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuuuuuu glad you like it dear! the chapter will out as soon as possible! jgn risau~~~~

      Delete
  2. Mary tuh adik Raja Arthur tu ke ? Yang da sumpah Louis ? Hmm hmm satu2 rahsia da terbongkar . And apa lagi rahsia Louis yang Ivy taktaw and yang Merlin takutkan tuh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thats the question semua orang nak tahu! and akan diceritakan in a few more chapters foward. Jangan risau, everything will be clear! keep questioning love~~~~

      Delete