New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Wednesday, 12 April 2017

Sixteenth L.O.S.T

Long Live the king 

Pada hari yang indah, satu kemeriahan dilangsungkan didalam sebuah istana yang tersangat indah. Diperkatakan ia hasil dari magic Genie dan perhiasan didalam istana itu dihias oleh Maharani Great China sendiri. Istana yang dikhaskan untuk Raja Pertama Enchanted. Istana yang diberi nama Eidolon, The Great Kingdom of Enchanted.

Penduduk kerajaan itu meraihkan hari paling bersejarah ditanah mereka, raja pertama Enchanted akhirnya menuntut takhtanya dan akan memerintah seluruh Enchanted. Mereka meraihkan hari berbahagia ini dengan penuh meriah. Menari, menyanyi dan mengadakan banyak makanan secara percuma kepada sesame sendiri.

Di hadapan istana, rakyat mengadakan tarian tradisional mereka sambil dikelilingi orang ramai. Music berkumandang dengan ceria di udara dan gelak ketawa mengindahkan lagi irama lagu tarian itu.

Ivy menepuk tangan mengikut rentak lagu dengan senyuman indah terukir pada bibirnya, tertawa bila penari mengangkat pasangan mereka keudara dengan begitu cantik. Rambut hitamnya yang half braid di hiasi dengan mahkota bunga lavender yang dia buat sendiri dengan tiga kuntum bunga diasi mengambil tempat sebagai permata mahkota itu.

Ivy menutup mulutnya menahan tawa bila lihat salah satu penari itu hampir tersandung kerana terpijak gaun pasangannya.

“Tak baik ketawakan orang, cupcake.”

Ivy hampir melompat bila seseorang berbisik lembut ditelinganya dan segera berpaling; hanya bertemukan sepasang mata emas dan senyuman yang menayangkan gigi taring yang menawan.

“Jack!” Sahutnya dengan gembira, melontar dirinya Kearah lelaki tersebut. Memeluknya dengan erat. “I’m so glad you keep your promise!”

Jack ketawa kecil sambil memeluk pinggang Ivy, menampung berat badan perempuan itu. “I’d rather die than break it.” Bisik Jack, mengucup belakang telinga Ivy sebelum melepaskan perempuan itu. “Dan aku masih tak percaya kau nak aku ambil kau kat sini. I mean… tengok perhatian yang kita tarik di sekeliling kita.” Kata Jack dengan keluhan main-main, bercekak pingang sambil memandang orang disekeliling. Berbisik dengan teruja melihat lelaki kacak berbaju perisai dengan lambang kerajaan mereka terukir pada sebelah kiri dada perisainya. Berwarna emas menandakan dia ketua satria mulia kerajaan itu.

Ivy tertawa kecil, tangan masih memeluk leher Jack. “Well…” Jarinya bermain dengan hujung rambut Jack. “It’s to show dominance to the ladies out here.” Bisiknya dengan merbahaya, wajahnya makin dekat. “That you are mine.”

Terukir senyuman nakal pada Bibir Jack sebelum bertemukan dengan bibir Ivy membuat orang sekeliling menarik nafas tajam.

“What a wicked plan you have.” Kata Jack bila dia kembali melihat mata amerald Ivy. Mata yang membuatkan dia cair setiap kali memandangnya.

“Tapi kau sukakannya,”

“tak diragui.” Balas Jack membuat Ivy tertawa besar. “Baiklah my Evil Witch, masa untuk pergi sebelum fangirl aku datang serang kau. Plus, orang tua kerepot tu tengah cari kau, sayang.”

Oh romeo take me away~!” Ivy sempat berdramatic, tangan didahi dan dibawa pergi oleh Jack dengan memeluk pinggangnya. Tetawa bersama sambil menuju ke Istana Eidolon.

Mereka masuk kedalam istana melalui pintu belakang, kejar mengejar didalam dapur membuat chef menjeritkan nama mereka berdua kerana Ivy mencelup jari telunjuknya kedalam sup cendawan dan Jack mengambil dua biji epal dari pekebun yang baru datang menghantar buah-buahan untuk majlis makan malam nanti.

Orang dalam pekerja istana menggeleng kepala dengan karenah dua pasangan itu. Tidak dapat memarahi dua insan yang sedang bercinta, bahagia dengan hubungan mereka. Seumpama dua pasangan ini keluar dari buku cerita dongeng.

Dilengkapkan dengan—Hansel berdiri bercekak pinggang di pintu keluar menuju ke bangunan utama istana. Berpakaian perisai sama dengan Jack, kaki di hentak menandakan kesabarannya kian menipis.

Dua pasangan ini berhenti mendadak, hanya beberapa kaki dihadapan Hansel dan tersengih-sengih, seperti budak kecil tertangkap dengan perangai nakalnya.

“Kadang-kadang aku fed up dengan korang dua ni. Asyik melekat 24/7! Tak cukup ke alone time korang menghilangkan diri dua minggu lalu? Korang menghilang sebulan lebih takkan tu tak cukup untuk pisahkan Jack dari kau?” soal Hansel sambil berikan renungan mautnya pada Ivy.

Ivy mengangkat bahu tidak bersalah dan tanganya terus menepis tangan Jack yang dengan perlahan datang dari belakang untuk memeluk pinggangnya. “Jack!

“Okay rephrase.” Hansel mengeluh dan menjeling pada Jack pula. “Kau ketua tentera satria mulia for goodness sake! Cuba berperangai matang sikit just for today.”
Jack menelan tawanya dan ekspressi wajahnya menjadi serious, membuat Ivy ketawa disebalik tangannya. Jack hanya berikan senyuman kecil dan mencuit pinggangnya.

Ouch—hey!”

korang!”

“DIa mula dulu!” sahut mereka berdua sambil menuding jari antara satu sama lain.

Hansel menepuk dahinya fed up.“Oh lord kenapa aku pernah plan untuk buat korang dua confess sesama sendiri? Ia satu kesilapan! Kesilapan besar I tell you!” jeritnya ke udara dan berputar kebelakang. Bergerak pergi dari mereka. “Jack! Kita kena berada di sisi Pute—Raja George sebentar lagi! Finish your kisses fast!” jeritanya tanpa berpaling kebelakang. Meluat melihat dua pasangan terlalu bahagia itu.

Mereka ketawa melihat Hansel bergerak pergi sambil berleter betapa meluatnya dia lihat kemesraan mereka berdua, dia lebih seronok yang mereka menghilangkan diri selama sebulan tu. Tiada lah dia mengaburi matanya melihat Jack dan Ivy sentiasa bermesra setiap kali Hansel bertemu dengan mereka.

Ayat Hansel membuat Jack berpaling melihat Ivy, dan senyumannya pudar bila wajah riang Ivy turut menghilang. “Sayang…”

“Aku okay…” katanya dengan rendah dan berikan senyuman manis yang kurang meyakinkan. “Betul ni Jack. Aku okay—uhm, kau patut pergi pada Hansel sebelum dia berleter tentang kita pada orang lain.”

Jack tertawa kecil dan mengangguk. Dia mencapai siku kekasihnya dan dengan perlahan membelai ke tangan Ivy. Menggenggam erat seperti memberitahu Ivy sesuatu.

Ivy turut menggenggam tangan Jack dan mengangguk faham. “Pergi Jack.”

Dengan perlahan Jack melepaskan tangan Ivy, tangan mereka bergantung diudara untuk seketika sebelum Jack berpaling dan menuju ke mana Hansel pergi.

Namun tidak sampai tiga langkah jauh dari Ivy, Jack menarik nafas dalam sambil mendongak keudara. Rasa berat didalam dadanya kerana hati milik Ivy terasa sayu. DIa memutar badannya semula dan memeluk Ivy dengan erat. Mengetahui Ivy memeluk lehernya seperti nyawanya bergantung dalam tangan Jack.

“Semuanya akan jadi okay Vivian…. Semuanya akan okay.” Bisiknya ditelinga Ivy. Mengucup belakang telinganya dan beberapa lagi kucupan di dahi, kening, hidung dan bibir. Sebelum dahi mereka bertemu. “Sweetheart, aku tahu kau takut tapi semuanya akan okay. Okay?”

Ivy mengangguk, cuba menahan perasaannya dari terdedah. “okay.”

Jack tersenyum kecil, kagum melihat kekuatan tunangnya. Dia mengusap dagu Ivy dengan ibu jarinya dengan lembut. “Good girl.” Dan dia lepaskan Ivy dari tangannya. “Aku pergi dulu.”

Ivy mengangguk, menjatuhkan tangannya ke sisinya dan melihat Jack pergi. Bila figura lelaki yang dia sayang hilang dari pandangan matanya, Ivy menghembus nafas yang dia tahan. Melepaskan perasaan yang dia tahan dan mengusap air mata yang hampir jatuh.

“Cik Hood?”

Ivy berpaling kebelakang, bertemu dengan mentornya yang berpakaian serba formal untuk pertama kali selama mana Ivy mengenali The Great Wizard Merlin.

Ahli sihir tua itu berikan senyuman menenangkan pada anak muridnya. “Saya gembira kamu kembali.”

Ivy tertunduk dengan satu anggukan. “S-Saya minta maaf Tuan, saya tak bermaksud untuk melarikan diri t-tapi saya tak b-berani nak berlawan dengan ibu saya—saya tahu ibu saya seorang ahli sihir yang jahat da—dan dia bukan ibu yang terbaik bagi saya dan perlu dihentikan—saya sahaja yang boleh hentikan dia t-tapi saya tak—” Ayat Ivy terhenti bila Wizard Merlin mengangkat tangannya.

“Saya tahu Cik Hood. Kamu mungkin tidak mengenali ibu kamu tapi dia tetap seorang ibu bagi kamu. Saya memahami mengapa kamu ingin melarikan diri dan saya gembira kamu mengambil keputusan untuk kembali. Dan saya nak ucapkan terima kasih—

“Saya yang patut berterima kasih Tuan.” Potong Ivy. Bermain dengan kain gaunnya. “bersabar dengan saya, tetap mengambil saya sebagai anak murid tuan sedangkan saya tak boleh mengawal magic saya dengan sempurna dan…. Dan tidak berputus asa dengan saya sedangkan saya berkali-kali mengalah. Terima kasih Tuan kerana percayakan saya yang saya boleh berdiri di sisi tuan sebagai Apprientice Tuan.”

“Vivian…. Saya tak tahu berapa kali saya kena katakan pada kamu. Semua orang percayakan kamu, Cik hood. Kamu seorang ahli sihir yang gifted. Hanya perlukan kamu percaya diri kamu sendiri yang kamu boleh.”

Ivy tersenyum mendengar teguran lembut Mentornya dan mengangguk. “Maaf—Maksud saya, baiklah Tuan.”

“dan saya taknak dengar kamu minta maaf lagi.” Wizard Merlin bercekak pinggang dengan nada bermain. “I just wish you are like your over-confident mother sometimes. Bukan kearah kejahatan, of course.” Katanya sambil menghulurkan tangan pada anak muridnya.

“SAya hanya ada sifat over-thinking ayah je. Tuan buat saya rindukan dia.” Ivy menyambut tangan Mentornya dan mereka bergerak ke grand hall dimana perayaan diantara kerabat diraja dan bangsawan Enchanted merayakan hari berbahagia itu.

Wizard Merlin menepuk lembut tangan Ivy. “Sekurang-kurangnya dia dapat lihat kamu dan Jack bertunang sebelum dia pergi. Malangnya, jika dia bertahan untuk setahun lagi, tentu dia akan lihat Putera George naik takhta.”

“Ayah dah nak dekat 100 tahun, Tuan. Dia bukan seorang ahli sihir yang boleh hidup beratus tahun dan masih sihat seperti Tuan.”

Wizard Merlin tertawa kecil. “Ayah kamu pergi dengan gembira.”

Ivy mengangguk setuju, dia mendongak melihat kawan rapatnya; Putera George berada di atas kerusi takhta di hadapan bilik takhta itu. Bersama 7 satria mulia. Ivy melambai kearah mereka bertiga; Hansel dan Jack berdiri di sisi bakal raja mereka. “Dia pergi dengan satu penyesalan.”

“dan apakah itu Cik Hood?” Soal Wizard Merlin, tertawa kecil melihat ketiga-tiga lelaki di atas sana berikan lambaian kecil sebagai balasan.

“Ibu tidak mendapat happy ending yang ayah janjikan—

Bunyi trompet diraja bergema didalam bilik tersebut menandakan upacara pertakhtahan Raja pertama Enchated telah bermula dan semua orang didalam bilik itu sedang bersuka ria mengalihkan tumpuan mereka kearah Putera George.

“That’s my Q.” Wizard Merlin bersuara, melepaskan tangan Ivy dan bergerak ke tengah-tengah bilik dimana karpet merah terbentang dari kerusi takhta ke pintu keluar bilik tersebut.

Para tetamu memberi laluan kepada Ahli sihir terhebat itu lalu dengan bunyi trompet diraja bermain sebagai latar. berjalan dengan penuh tenang dan yakin.

Ivy hanya berdiri di sisi, memeluk tubuh melihat mentornya menikmati saat-saat seperti itu dimana semua perhatian ditumpukan padanya. Ivy menggeleng dengan senyuman, menahan diri dari tertawa dengan ekspressi wajah Mentornya.

Bila Wizard Merlin tiba di anak tangga teratas pentas tersebut, mata Ivy beralih sekejap pada Hansel yang menyentuh bahu Putera George, seperti memberi semangat pada putera yang menarik nafas gementar.

Pada saat itu, Ivy dan Putera George bertentangan mata. Ivy berikan penumbuk kecil tanda dia boleh lakukannya dan Putera itu berikan anggukan kecil sebagai terima kasih, bersama senyuman yang sangat menawan—walaupun perasaan gementarnya tertunjuk untuk seketika.

“Tuan-Tuan dan Puan-Puan! Disini saya berdiri, sebagai orang yang bertanggungjawab dalam mempertakhtahkan Raja pertama Enchanted, ingin mengatakan bahawa hari ini ialah hari yang paling bersejarah dalam tanah ini! Dan hari yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh rakyat Enchanted namun juga pemerintah-pemerintah yang lain!”

Mereka semua bertepuk tangan dengan gemuruh termasuk juga Ivy. Mungkin tepukannya lebih kuat dari orang lain. Sangat gembira pada pencapaian Louis, segala kerja kerasnya selama ini; tidak berputus asa selepas apa yang dia lalui dan terus berdiri sehingga dia sampai ke tahap ini.

Wizard Merlin terus berucap untuk beberapa minit lagi sehinggalah upacara meletakkan mahkota tiba. Ivy kagum melihat cara Wizard Merlin menyeru mahkota tersebut kedalam tangannya.

Dia mengeluarkan tongkat saktinya dan membaca satu mantera yang agak panjang, menghayunkan tongkat sakit ke udara seperti dia sedang mengukir sesuatu dengan kedua tangan. Cahaya begerlipan terwujud dan berkumpul dihadapan wizard Merlin. Tangan kiri Wizard Merlin yang sepatutnya kosong didepakan kehadapan dengan sejenis bebola cecair berwarna emas didalam tangannya. Bebola itu juga berkumpul dengan cahaya tersebut.

Ivy menggosok lengan sendiri bila bulu romanya meremang merasakan kekuasaan magik mentornya. Sentiasa kagum dengan kekuatan ahli sihir tua itu dan tertanya jika suatu hari nanti dia juga akan menjadi sekuat Wizard Merlin seperti mana dijanjikan.

Ivy menggeleng secara mental. Siapa boleh kalahkan Wizard Merlin? Desis hatinya dan kembali tumpukan perhatian.

Keajaiban itu mula mengeluarkan cahaya terang beberapa kali, bergelipan membuat para tetamu tepersona. Secara perlahan, ia membentukan diri menjadi sebuah mahkota yang tersangat cantik.

Dan, empat royal fairy datang tampilkan diri dengan bisikan-bisikan riang menyertai The Great Wizard Merlin untuk melengkapkan mahkota tersebut. Sedikit rahmat dari pari-pari diraja dan empat batu permata yang diperbuat dari setiap pari-pari itu. Dihias diatas mahkota tersebut.

Oh wow…” itu yang terlepas pada bibir Ivy, bukan sahaja teruja melihat hasilnya tapi juga kuasa yang dia dapat rasakan terkandung didalam mahkota itu.

Ia mendarat didalam tangan The Great Wizard Merlin. Memberi isyarat pada Louis untuk tampil kehadapan.

Louis mengangguk, bangun dari kerusinya, menarik keluar pedang Excalibur untuk diberikan pada Hansel.

Ivy sengetkan kepalanya sedikit dengan perasaan pelik. Dia rasa Louis telah beri pedang itu kepada orang yang salah. Seseorang sepatutnya berada di atas tu bersama Louis… tapi siapa?

Mengendahkan persoalan itu, Ivy kembali tumpukan perhatiannya pada pertakhtahan Louis. Melihat dia  berdiri di sisi Wizard Merlin, tersenyum dengan sungguh kacak sebelum dia berlutut dengan satu lutut mencecah lantai dan tundukkan diri, dihadapan Wizard Merlin.

“Pemerintah dan bangsawan Enchanted sebagai saksi, mahkota ini sebagai bukti, saya; The Great Wizard Merlin menobatkan kamu sebagai Raja (Pertama) Eidolon, The Great Kingdom of Enchanted!”

Dengan tepukan gemuruh diberikan oleh mereka yang dikatakan saksi, Louis menerima mahkota tersebut diatas kepalanya sebelum bangkit, berdiri megah dihadapan khalayak ramai.

Bila Raja baru mereka mengangkat kedua tangannya menyuruh mereka senyapkan diri membuat Ivy menjungkit kening hairan; seperti yang lain. Tertanya adakah Raja baru mereka ingin menyampaikan ucapannya tersendiri?

Oh dear the bratsy king dah buat arahan pertamanya desis hati Ivy dengan gelengan. Entah apa lagi Louis hendak katakan pada mereka semua; dia pasti saja ada ucapan ingin disampaikan dan selalunya ia ucapan yang agak mengagumkan.

Ivy mengeluh, susah nak tahu apa yang Raja baru mereka fikirkan ni kadang-kadang. Orang yang kenal Louis luar, dalam hanya lah……..

Dahi Ivy berkerut.

Hanya lah……. Siapa?

“First, Beta ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan dan dorongan kamu semua. Beta tak rasa beta akan berdiri di sini sebagai Raja Enchanted jika bukan kerana kepercayaan kamu yang tidak terputus selama beberapa tahun ini. Walaupun Beta menangguhkan pertakhtahan beta selama 5 tahun, kamu semua tidak pernah berputus harapan akan diri beta sedangkan pada masa itu Beta sendiri tidak yakin pada diri Beta sendiri.”

5 tahun? Sekali lagi dahi Ivy berkerut. Dia kembali didalam kekeliruan mindanya. Apa yang Louis maksudkan 5 tahun? Dia tangguhkan pertakhtahannya? Mengapa dan…..

Ivy menyentuh dahinya… Apa? Apa sedang berlaku ni? dan melihat sekeliling, wajah-wajah gembira sepertinya hanya Ivy yang tidak tahu tentang hal tersebut dan kembali memandang Louis. Berharap Louis menjeling kearahnya dan mungkin memberi kepastian pada Ivy yang dia akan jelaskan padanya. Ataupun Mentornya. Sesiapa sahaja memandang kearahnya dan beritahu dia apa yang sedang berlaku.

“Dan juga… beta tidak akan berada di sini kalau bukan kerana seorang wanita yang tersangat penting dalam hidup beta.”

Ivy kaku di tempatnya bila Louis akhirnya berpaling kearahnya. “Aku?”

Louis mengangguk dengan tawa kecil, mendepakan tangan memanggil untuk naik ke pentas. Ke sisinya.

Ivy memandang orang sekelilingnya, memandang Ivy seperti menggalakkan dia untuk naik.

Dia jadi segan silu. Membesarkan matanya pada Louis yang dia akan kenakan lelaki itu kerana tida beri amaran awal-awal yang dia akan panggil Ivy ke naik.

Mengumpul gaunnya didalam tangan, dia mengambil langkah ke sisi Louis, namun. Namun, tidak sampai selangkah, seseorang mencapai siku Ivy, menarik dia semula masuk ke dalam kalangan orang ramai. Memeluk pinggangnya dan suara halus yang menggerunkan dibisikkan ke telinganya.

Not you, sweetheart.”

Seseorang lalu menembusi badannya dan mata Ivy membesar melihat Puteri Julliana mencapai tangan Louis dan di kucup dengan penuh rasa kasih oleh Louis sebelum berdiri di sebelahnya.

Ivy dapat rasakan hatinya tenggelam melihat Louis… Puteranya berada di sisi perempuan yang bukan dia. Bukan itu sahaja, dia bertambah keliru apa yang sedang berlaku sekarang. Sebentar tadi semua orang mengetahui dirinya dan sekarng seperti dia tak wujud langsung.

Sekali lagi mata Ivy membesar, teringatkan lelaki di belakangnya dan sepantas kilat dia berputar, membelakangkan diri dari lelaki tersebut.

“Jack?” suara Ivy menunjukkan kekecewaan dan kekeliruan sebelum mindanya teringat siapa lelaki itu sebenarnya. Jack.”

“Woah there darlin’.” Jack tersenyum sinis. “Apa dah jadi dengan suara manis, penuh kasih sayang kau pada aku?” soalnya dengan senyuman yang bertambah lebar. Melihat wajah jijik Ivy padanya. “dan kita kembali pada kebencian.” Dia buat-buat keluhan sedih. “Our love hate relationship is reaaally complicated.”

Diam dan beritahu aku, aku di mana ni?! apa yang berlaku sebenarnya!”

dan kau salahkan aku?”

“aku dan kau bertunang? Louis menangguhkan pertakhtahannya selama 5 tahun? Julliana yang menjalinkan hubungan dengan Louis—

“Mereka sememangnya bertunang—

“He’s mine! Dan mereka tahu tentangnya!” Marah Ivy, mengeluarkan kayu saktinya dari celah lengan gaun dan ingin melontar satu sumpahan ganas pada Jack, tapi magicnya tidak berfungsi. Langsung.

“Magic tak berguna di sini sayang.”

“Dammit Jack!” Ivy menghayunkan kayu saktinya beberapa kali tapi gagal. “Apa semua ni? satu Ilusi? Hela kau lagi untuk kelirukan aku?!”

Jack menghembus nafas panjang dan melihat sekeliling; orang didalam tu bersorak gembira pada ucapan menyentuh hati Raja George pada tunangnya, Puteri Julliana. “Ilusi? Memori? Mimpi? Bayangan di masa hadapan?” Jack mengangkat bahu. “How bout you tell me? Aku teringin sangat nak tahu pendapat kau tentang semua ni—

Nightmare.”  Balas Ivy dan ya, Ivy perasan riaksi terkejut Jack walaupun dia cuba sembunyikannya dengan senyuman sinis.

“Nightmare it is.” Katanya sebelum mata berpaling kearah lain, senyuman sinis itu bertambah yakin. “Then Nightmare it shall be.” Jack menuding jari kearah mana dia lihat.

Kepala Ivy berputar ke kanan, melihat satu figura berjubah serba mewah, wajahnya tertutup di sebalik hoodie tapi Ivy boleh lihat figura itu bernafas dengan berat, kayu sakti didalam tangannya.

“I-itu kayu sakti—

“Apprientice? Yes, yes it is.” Jawab Jack dengan slamber dan mencapai tangan Ivy bila ahli sihir muda itu ingin menghentikan figura tersebut. Memulas tangan Ivy, menguncinya dalam posisi. Mencengkam pipi Ivy dengan tangannya yang kosong.

“Now-now Vee, let just watch the show shall we?” bisiknya pada telinga Ivy. Terhibur kerana Ivy cuba melepaskan diri dari tangannya.

Seperti mereka, tiada siapa melihat kewujudan perempuan itu. Walaupun dia berjalan di tengah-tengah karpet merah dengan jubah yang tersangat cantik. Bila dia buka hoodie tersebut tiada siapa melihat kehadirannya. Seperti mereka.

Ivy tertanya. Siapa perempuan berambut hitam itu? Bagi dia itu tidak penting kerana ekspressi membunuhnya kearah Raja yang berdiri di atas pentar takhtanya.

Dia targetkan Louis….!

Ivy sekali lagi cuba melepaskan dirinya dari pegangan Jack namun apakan daya, lelaki itu sememangnya lebih kuat dari dia. “Jack—Lepaskan aku!

“I would love to do as you want princess tapi kali ni satu pengecualian. I need you to watch this. ” Kata Jack, mengetatkan pegangannya. Membiarkan Ivy tidak bermaya dan hanya boleh melihat sketsa itu terjadi.

Perempuan berambut hitam itu berdiri beberapa meter jauh dari Louis dan mula mengangkat kayu sakti apprientice didalam tangannya. Mulut berkumat-kamit membaca satu mantera. Kelihatan seperti dia tidak dapat nak menampung mantera tersebut kerana dia bergelut hanya dengan menyebut perkataan-perkataan itu.

Dan dengan satu hayunan besar, dia melontarkan satu sumpahan kearah Raja pertama yang tidak tahu apa-apa itu.

LOUIS!

Sepertinya Louis tersentak dari satu mimpi bila dia dengar namanya di panggil dan dia boleh melihat wanita yang melontarkan sumpahan tersebut, namun dia terlambat. Sumpahan itu terkena pada dadanya dahulu sebelum dia berikan sebarang riaksi dan dia terlontar ke atas lantai.

Dan segala kewujudan di dalam bilik itu menjadi kabur dan menghilang, meninggalkan hanya Jack, Ivy, perempuan tersebut dan Louis yang terlentar diatas lantai, berlumuran dengan darah.

Louis!”

Jack melepaskan Ivy, membiarkan dia pergi ke sisi Puteranya sementara dia melihat ahli sihir yang memegang kayu sakti Apprientice itu jatuh rebah. Dan lenyap dari pandangan mata.

“Louis…… Louis—oh Lord, louis please… please please bertahan!:” rayu ahli sihir muda itu kepada lelaki yang dia cintai memuntahkan darah dan tidak bermaya didalam pangkuannya. Memegang tangan Louis dengan erat.

Louis menggeleng dengan senyuman tawar. “Maafkan aku… maaf—

“Tak… tak jangan minta maaf! Kau akan sembuh, kau dengar tak? Kau akan sembuh—

“It’s a killing curse.” Jack menyampuk. Datang mendekati mereka dan berdiri dengan tangan didalam poket. Ekspressi wajahnya tersangat kosong sehingga buat Ivy tertanya jika lelaki itu mempunyai perasaan simpati ataupun tidak.

Louis berpaling melihat Jack. “Don’t you have to know everything?” soal Louis dengan tawa dan digantikan dengan batukan berdarah. “I hate that part of you.”

“Diam Louis… diam dan biarkan aku—

“Tak Vee.” Louis mencapai tangan Ivy yang ada di bahunya. “Dah terlambat untuk sembuhkan aku.”

“T-Tapi—

Louis menggeleng, beritahu Ivy untuk berhenti dan kembali memandang Jack. “Kau berjanji?”

Jack mengangguk sekali. “Aku tak pernah mungkin janji aku pada kau.”

Ayat Jack membuat Louis tersenyum lega. “Viv… aku nak kau tahu… yang ak—aku cintakan kau dan akan… akan sentiasa mencintaimu.” Dengan ayat terakhir itu, Louis menghembuskan nafas terakhirnya.

“Tidak… tak-tak tidak! LOUIS!”

Jack melihat Ivy memeluk badan Raja yang tidak bernyawa itu. Menangis teresak-esak akan peninggalan lelaki yang dia sayangi.

Dia biarkan Ivy menangis sepenuh hatinya untuk sementara, berdiri tanpa kata apa-apa dihadapan dua kekasih itu.

“Itu akan terjadi bila masa sumpahan Morgana tamat.” Jack bersuara, menarik perhatian ahli sihir itu padanya semula. Jack memetic jari, membuat jasad didalam tangan ivy hilang hanya meninggalkan kesan darah pada gaun Ivy.

“Dia akan mati?” Jack mengangguk. “Macam mana kau tahu?” Soal Ivy dengan nada mengancam. Dia tidak akan percaya apa yang Jack katakan. Dia takkan terjebak dengan permainan Jack lagi. Kerana ia Cuma satu mimpi ngeri. Yang tersangat real.

“Macam aku cakap tadi. Ilusi? Mimpi? Memori? Masa depan? Tiada siapa tahu kecuali aku.” Jack bersuara. “tapi bagi kau satu mimpi ngeri dan samada kau percaya atau tidak ia terpulang bagi kau.” Katanya sebelum menarik sengih. “tapi kau sanggup ke lalui situasi yang sama seperti tadi? Melihat putera kesayangan kau mati didepan mata kau? Secara perlahan rohnya meninggalkan jasad, meninggalkan kau seorang?”

Ivy yang terdiam diri cukup untuk Jack sebagai jawapan. Dia turun berlutut dihadapan Ivy dengan senyuman sinis yang menawan. “Aku boleh tolong kau selamatkan putera kesayangan kau tu, since….. I’m the only one know how dan macam mana sumpahan Morgana berfungsi.”

“Dan kau takkan tolong aku tanpa sebarang balasan?” soal Ivy dengan renungan tajam, matanya merah dari menangis dan perasaan negative dalam dirinya terlalu besar dan dia mungkin akan bunuh Jack dengan tangannya sendiri tanpa magic kalau Jack cuba mainkan dia lagi.

Jack menarik nafas terkejut. “Good girl… kau secara perlahan tahu peraturan dalam permainan aku ni.”

“satu lagi permainan?”

“tak, ia permainan yang sama.” Jack kembali serius tapi tidak seserious Ivy. “kau sememangnya sedang mengejar aku tapi The Great Wizard Merlin menghalang. It’s not fun when someone ban you to do what you want right?” Soalnya dengan senyuman nakal. “I give you the chance to catch me.”

“How?”

 “Itu urusan aku macam mana. Apa kau perlu buat ialah ikut. Okay?”

“Macam mana aku nak percayakan kau?” soal Ivy. “Kau lelaki yang tiada siapa ingin percaya, termasuk The Great Wizard Merlin.”

“Ah… that my love...” Jack mengangat telunjuknya. “Only you have the advantage. Remember? I’m deadly in love with you and I’ll do anything for you.”

“Dan kau sanggup serahkan diri kau untuk aku jika aku suruh kau?”

“Tapi kau kena tangkap aku dulu.” Jack mengenyit mata. “for that, you have to do what I said.”

Ivy menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. Dia dah tak larat nak layat Jack. Dia penat… dari segi mental dan emosi.

“Apa kau nak?”

Senyuman Jack makin lebar. Ivy sentiasa terjebak dalam permainannya.

.

.

Ivy bangun mengejut dari tidurnya dan termengah-mengah hilang nafas. Dia mengelap peluh yang membasahi dahinya dan memandang sekeliling.

Dia bertemu dengan sepasang mata coklat gelap yang risau. “sayang, it’s okay…. Hanya mimpi ngeri.” Kata Permaisuri Jasmine dengan nada yang menenangkan. “It’s just a nightmare.”

“Oh, Cik Devil dah bangun ke?” Sultan Aladdin masuk kedalam bilik yang Ivy rasa bilik rawatan didalam istana. “Beta minta maaf kerana tidak beri amaran pada kamu tentang dungeon rahsia di dalam bilik bacaan Beta. Kamu terhantuk kepala kamu agak kuat juga. Beta harap kamu tak apa-apa?”

“Dia hanya mengalami mimpi ngeri Sultanku.” Permaisuri Jasmin bersuara dengan senyuman. “Mungkin gas tidur dalam dungeon tu patut ditukar?”

“Tapi ia hanya gas tidur biasa.” Balas Sultan Ababwa itu.

“Uhm… Tuan Permaisuri jangan risau, ia hanya mimpi buruk yang biasa.” Ivy segera bersuara, dah masak dengan dua suami isteri ini bertelingkah dengan manja dihadapannya. Ivy dah mula muak.

“Kamu pasti ke?” soal si permaisuri. “sepertinya ia bukan mimpi buruk sembarangan.”

Ya, ia bukan. Lebih teruk, orang Vicious tak mengalami mimpi ngeri.

Ivy hanya berikan senyuman yang cukup meyakinkan. “Wizard Merlin dan burung saya mana?”

“Oh mereka berada di bilik entertainment dengan Genie.” Sultan Aladdin jawab. “Tapi saya galakkan kamu untuk berehat. Rehat sehingga kamu pulih sepenuhnya sebelum menyambung kerja kamu. Okay?”

Ivy hanya mengangguk akur. Kembali baring diatas katil dengan pertolongan Permaisuri Jasmine, menyelimutkan dia. Beritahu Ivy jika dia inginkan apa-apa panggil sahaja pekerja didalam bilik tersebut sebelum pergi meninggalkan Ivy keseorangan.

“Apa patut aku buat?

“help me steal something from a sacred library .”

Ivy mengeluh berat, memejam matanya seketat yang mungkin. Sacred Library ialah tempat yang dikawal ketat dan hanya kerabat diraja sahaja boleh masuk. Dan bukan sebarang kerabat diraja yang mempunyai kunci untuk ke tempat tersebut…. lelaki bebal tu suruh ivy pergi selongkar sangkar naga yang membunuh itu.


>X<

(A/N: I'm Late a day!! sorry guys but yesterday ada paper exam so I have to focus on that but no worries! it's already here and hope you guys enjoyed it!! dan ya, this chapter is a little bit confusing lol *sigh* how are you guys? dah lama tak 'commenting' dengan korang. apapun Enjoy my loveliessssss~)

7 comments:

  1. Finally ~~ hahaha. Not a little bit confusing but a lot of angah. Lot of. Huhu. Angah, please give ivy and louis a great happy ending. Pleaseeee~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha Kena jelaskan cepat2 ni with all the confusion! so many things nak jelaskan but we just have to wait *coughsebulancoughsekalicough* and of course every fairy tale has its happy ending--ye ke? lol saja nak bagi suspen! *wink wink* *blowkiss* *runs away*

      Delete
    2. Just wanna let you know that once for a month is really torturing me. Huhu. Angah mmg patut jelaskan semuanya cpat2. Hoho

      P/s: you know what angah? I really want to know you even more close.

      Delete
    3. I know love.. I know, It's killing me too *sobs* and you know what? want to know about you too *wink wink*

      Delete
  2. Sangat mendebarkan. Memang pengkahiran untuk Sumpahan Morgana, Louis akan mati eyh? Takdak sapa ke yang bole hapuskan sumpahan tu? Macam mana sumpahan tu bole terjadi? Kenapa Luois yang kene? Agak2 nya Ivy dapat dak hapuskan sumpahan tu ? Sapa Morgana tu sebana nya ?

    Uish banyak persoalan yang tak terjawab lagi ni . Hahhahha
    Pape pong Angah, best cite nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, yes, akan diterangkan dan juga yang tu, and yes, and lastly juga akan diceritakan. Lol, so many persoalan and Angah kena jawab semuanya in the story Lololol

      And thanks honey~~~~!!! *hugs&kisses*

      Delete
    2. Yes angah banyak sangat persoalan . Haahahahhahahah. Haa betul tu angah kene jawab dekat dalam story tapi tula kene ada kesabaran yang tinggi untuk taw . Hhahahahaha

      Delete

Savior of Tales